Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN SEMASA DI KANTIN 1- Murid harus beratur di luar bilik darjah selepas bunyi loceng dan menuju ke kantin

dengan berdisplin. 2- Murid-murid dikehendaki beratur dan sopan semasa membeli makanan. 3- Murid-murid yang telah mendapat makanan harus bergerak ke tempat yang dikhaskan. 4- Murid-murid mesti membasuh tangan sebelum dan selepas makan. 5- Murid-murid hendaklah makan dengan tertib di meja yang telah disediakan. 6- Murid-murid digalakkan menghabiskan makanan yang telah dibeli. 7- Pinggan dan gelas yang telah digunakan perlu diletakkan di dalam bekas yang disediakan. 8- Murid-murid tidak dibenarkan berlari ketika berada di kantin. 9- Bekas pembalut makanan seperti kertas dan plastik hendaklah dimasukkan ke dalam tong sampah. 10- Jika berlaku apa-apa kemalangan, murid-murid harus segera memberitahu pengawas yang bertugas.

KESELAMATAN DI WAKTU PAGI DAN REHAT. 1- KESELAMATAN DI WAKTU PAGI.

A) MATLAMAT 1- Mewujudkan suasana yang selamat di waktu pagi. 2- Memupuk minat membaca di kalangan murid. 3- Memastikan murid-murid menjalankan aktiviti yang berfaedah semasa waktu pagi. 4- Meyakinkan ibubapa terhadap a]keselamatannya anaknya di waktu pagi. B) RASIONAL. 1234Murid-murid suka kejar mengejar di waktu pagi. Murid-murid membuat kerja yang sia-sia di waktu pagi. Harta benda murid hilang di waktu pagi. Terdapat ibubapa yang risau terhadap keselamatannya anaknya semasa di sekolah. C) POLISI Memastikan murid menggunakan waktu pagi dengan bijak dan optimis dalam suasana yang selamat pada waktu pagi. D) TUJUAN / OBJEKTIF 1- Mengurangkan / mengelakkan kadar kecederaan murid-murid pada waktu pagi. 2- Melatih murid agar memurnikan masa pagi dengan betul dan optimis.

3- Memupuk dan mengukuhkan budaya berdisplin dalam diri muridmurid. 4- Mewujudkan keyakinan di kalangan ibubapa terhadap keselamatan anak mereka ketika berada di sekolah. E) TATACARA UNTUK MURID 1- Sebaik sahaja murid berada di SK Behor Empiang, murid tertakluk dengan peraturan-peraturan yang termaktub di dalam buku peraturan sekolah. 2- Murid yang berbasikal hendaklah meletakkan basikal di tempat yang disediakan 3- Murid dkehendaki meletakkan beg di dalam kelas. 4- Murid yang bertugas dibenarkan berada di dalam kelas untuk membersihkan kelas sehingga loceng dibunyikan. 5- Murid-murid lain hanya dibenarkan berada di kantin ( terutamanya murid RMT ), Dataran Murni dan Dataran SKBE. 6- Murid-murid menggunakan masa tersebut dengan berkualiti seperti berbincang dan membaca nota atau apa saja perkara yang berkaitan dengan persekolahan. 7- Murid-murid dikehendaki berbaris di tapak perhimpunan selepas loceng dibunyikan. 8- Perhimpunan harian akan dimulakan dengan bacaan doa selamat. 9- Murid akan mendengar dan meneliti buku displin / peraturan sekolah yang akan di bacakan sekurang-kurangnya seminggu sekali oleh guru mengikut keadaan semasa. 10- Murid diminta membawa buku peraturan sekolah setiap kali ke perhimpunan. 11- Guru bertugas akan memberi taklimat mengenai senario semasa. 12- Perhimpunan akan diakhiri dengan ikrar murid untuk mematuhi peraturan sekolah. F) PERANAN PENGAWAS.

1- Pengawas bergerak ke tempat-tempat bertugas seperti yang ditetapkan. 2- Pengawas dikehendaki mengawasi tingkahlaku murid-murid supaya berdisplin di waktu pagi. 3- Mereka juga akan memastikan murid-murid membuat perkara yang berfaedah di waktu pagi. 4- Pengawas dikehendaki menghubungi dan melaporkan kepada guru bertugas sekiranya berlakunya kecederaan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. G) PERANAN GURU BERTUGAS. 1- Guru bertugas perlu memastikan murid-murid mematuhi tatacara di waktu pagi supaya tidak berlaku apa-apa kemalangan yang tidak diingini. 2- Guru dikehendaki meronda kawasan sekolah untuk memerhatikan tingkahlaku murid. 3- Guru perlu menasihati murid supaya membuat sesuatu yang berfaedah seperti membaca buku dengan senyap, perbincangan dan sebagainya. 4- Jika terdapat murid yang tidak mematuhi peraturan, guru perlu segera menegur atau memberi amaran kepada murid tersebut. 5- Jika kemalangan berlaku, guru perlu mengambil tindakan segera. H) TATACARA UNTUK IBUBAPA. 1- Ibubapa hendaklah memastikan anaknya sampai ke sekolah sebelum 7.30 pagi. 2- Ibubapa yang menghantar anak perlu meninggalkan anak di luar pintu pagar sekolah. 3- Ibubapa tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah tanpa urusan. 4- Ibubapa dikehendaki mematuhi tatacara di waktu pagi.

PERATURAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1- Pelajar dibenarkan keluar dan masuk dalam bilik kaunseling semasa WAKTU REHAT DAN SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN. 2- Pelajar TIDAK dibenarkan keluar masuk ke bilik bimbingan dan kaunseling pada waktu pengajaran dan pembelajaran KECUALI A) B) C) D) Ada temujanji dengan guru bimbingan dan kaunseling. Dipanggil oleh guru bimbingan dan kaunseling. Dirujuk oleh guru-guru. Hal-hal yang difikirkan perlu. 3- Pelajar TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA sebarang bahan bacaan, maklumat dan peralatan KELUAR dari bilik bimbingan dan kaunseling tanpa kebenaran dari guru bimbingan dan kaunseling. 4- Setiap bahan bacaan yang dibaca atau peralatan yang digunakan hendaklah DIKEMBALIKAN ke tempat asal. 5- Sebarang SAMPAH yang di bawa atau yang dihasilkan ke dalam bilik bimbingan dan kaunseling hendaklahDIBAWA KELUAR bersama-sama dengan pelajar. 6- Pelajar dikehendaki bersama-sama MENJAGA KEBERSIHAN bilik bimbingan dan kaunseling. 7- Semua murid dan guru diminta membuka alas kaki apabila ingin masuk ke bilik bimbingan dan kaunseling.

PERATURAN PENGGUNAAN DI BILIK SPBT 1- Pastikan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada guru SPBT sebelum mengambil buku teks atau cd-rom buku teks. 2- Setiap buku teks dan cd-rom buku teks yang di ambil perlulah direkod ke dalam buku rekod yang disediakan. 3- Sebagai langkah keselamatan, elakkan datang ke bilik SPBT dengan bersendirian tanpa memaklumkan kepada guru SPBT. 4- Dilarang mengambil buku teks dan cd-rom buklu teks tanpa kebenaran. 5- Buku teks dan cd-rom buku teks hendaklah dikembalikan dan diletakkan mengikut rak yang disediakan. 6- Bagi mengelakkan berlakunya kehilangan pada buku teks dan cd-rom buku teks, pastikan pintu bilik SPBT ditutup setiap kali beredar. 7- Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik SPBT, kutip sampah di persekitaran dan buangkan ke dalam tong sampah. 8- Dilarang melepak atau melakukan aktiviti yang membuang masa di bilik SPBT. 9- Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum beredar.

Anda mungkin juga menyukai