Anda di halaman 1dari 1

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNIT BADAN PENGAWAS BAGI

TAHUN 2016
1. Menghentikan masalah disiplin dalam kalangan segelintir pengawas
yang sering melakukan masalah disiplin berpunca daripada
pengaruh rakan sekelas.
- Memantau gerak geri dan disiplin pengawas-pengawas agar
mereka tidak berani untuk membuat masalah disiplin.
- Membuat perjumpaan pengawas untuk memberi nasihat kepada
pengawas-pengawas yang sering membuat masalah disiplin.
2. Meningkatkan keberanian pengawas-pengawas sekolah agar mereka
berani untuk menegur pelajar yang tidak patuh kepada peraturan
sekolah.
- Menjelaskan dan menunjukkan cara yang betul untuk menegur
pelajar yang membuat masalah disiplin bagi mengelakkan
pergaduhan.
- Memberi semangat dan sokongan kepada semua pengawas agar
mereka sentiasa bersemangat untuk menjalankan tugas.
3. Memohon kerjasama dan komitmen daripada semua guru .
- Memohon agar semua guru sentiasa memberi kerjasama dengan
sentiasa menegur pelajar-pelajar yang membuat masalah disiplin
agar pelajar-pelajar tersebut takut untuk melanggar peraturan
sekolah.
4. Membuat perjumpaan pada setiap minggu.
- Dapat sama-sama membincang dan menyelesaikan masalah-
masalah yang dihadapi oleh pengawas-pengawas semasa
menjalankan tugas.
- Dapat berbincang tentang strategi bagi tahun 2016 untuk
mengurangkan masalah disiplin di sekolah.
- Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pengawas-pengawas
agar selesa untuk menjalankan tugas bersama-sama.
5. Menggalakkan semua pengawas untuk berlatih dan menunjukkan
minat untuk menjadi pengacara majlis(emcee) dalam sesebuah
program.
- Meningkatkan bilangan pengawas yang ada dalam biro
pengacara majlis (biro emcee).
- Dapat meningkatkan keyakinan pengawas.
6. Bilangan pengawas yang mencukupi bagi tahun 2016 dalam
mengawal masalah disiplin pelajar.
7. Mempelbagaikan jenis denda kepada semua murid yang membuat
kesalahan terutama sekali kepada pelajar yang sengaja melanggar
peraturan sekolah. (selepas mendapat kebenaran guru disiplin)
8. Mengadakan program melibatkan semua pengawas.
- Mengajar pengawas-pengawas sekolah mengendalikan sesebuah
majlis.

Anda mungkin juga menyukai