Anda di halaman 1dari 8

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

A. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

1. Mengawal disiplin pelajar.


2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan
pengawas junior.
3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau
maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
4. Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
5. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
6. Memimpin rakan-rakan pelajar.
7. Mencegah kes jenayah di sekolah.
8. Menghormati guru.
9. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
10. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
11. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
12. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang
akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
13. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan
pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
14. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya
untuk mengubah sikap mereka.
15. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada
mereka yang bersalah.
16. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa
hadapan.

17. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas
lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
18. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke
makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku pada
setiap pagi dan selepas waktu rehat

B. BESAR TUGASPENGAWAS & KETUA KELAS

1. Bertindak sebagai PENDEDAH


2. Bertindak sebagai PEMBIMBING
3. Bertindak sebagai BADAN PERUNDING
4. Bertindak sebagai MOTIVATOR/PENDORONG
5. Bertindak sebagai PERANCANG
6. Bertindak sebagai ROLE MODEL

C. Perincian Tugas KECIL Pengawas di sekolah

1. Pintu Pagar
2. Di Kantin
3. Perhimpunan Sekolah
4. Di kelas
5. Di Koperasi
6. Majlis Perasmian/Perayaan

D. Prosedur Bertugas Di Pintu Pagar Sekolah

1. Kawalan di Pintu Pagar sekolah secara berkumpulan sama ada di hadapan


atau di belakang kawasan sekolah.
Masa
Dekati pelajar yang dikesan melakukan kesalahan secara berhemah
Panggil namanya
Tegur dengan cara yang baik
Tanya perkara yang menyebabkan pelajar lewat (Sekiranya lewat) Cth. Boleh awal
sikit ke sekolah
Sekiranya baru kali pertama-nasihatkan sahaja
Sekiranya kesalahan yang berulang acapkali-catatkan dalam buku rekod kawalan

2. Catat dalam Rekod kawalan berkaitan kesalahan pelajar berkaitan:


Kesalahan Lewat ke sekolah
Tidak memakai topi keledar
Seluar saiz tidak menepati ukuran
Tidak memakai lencana-perempuan
Tidak memakai tali leher
Rambut panjang
Tidak memakai stoking
Pastikan masuk ke kawasan sekolah dengan basikal yang dibawa dan disusun
dengan teratur

3.

Prosedur Bertugas Di Kantin dan koperasi sekolah Sekolah

Kaunter membeli-pastikan pelajar beratur mengikut saluran tertentu


Meja makan lelaki /perempuan
Duduk bersopan, lepas makan minta masukkan dalam bekas yang disediakan
Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising ketika makan

Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya, sekali sekali senyum dan jeling
Tegur kesalahan secara berhemah
Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
Beritahu secara baik
Sekiranya pelajar degil juga perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan
namanya.
Catat dalam buku laporan

4. Perincian Tugas Pengawas SekolahProsedur Bertugar Di Dewan/ Majlis


Rasmi sekolah
Berada dalam kedudukan masing
Tidak berkumpul dalam kelompok pengawas sahaja
Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising
Beri isyarat jangan bising
Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya
Tegur kesalahan secara berhemah
Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
Sekiranya pelajar degil juga-perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan
namanya.
Catat dalam buku laporan

Ketua Pengawas
1. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar.
2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
3. Mempengerusikan Mensyuarat Lembaga pengawas
4. Menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
5. Mengadakan perbincangan dgn Exco Tertinggi utk membuat tindakan yang
melibatkan
kepentingan semua pengawas.
6. Mengetuai segala upacara rasmi Lembaga Pengawas.
7. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
8. Mnjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.
Penolong Ketua Pengawas
1. Mnjalankan semua tugas-tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
2. Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas
3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan ahli Lembaga Pengawas
4. Menjadi teladan kepada ahli Lemabaga Pengawas dan pelajar lain.
Setiausaha
1. Membuat urusan surat menyurat berkenaan Lembaga Pengawas
2. Menguruskan Mesyuarat Lembaga Pengawas
3. Menyediakan Minit Mesyuarat
4. Membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
5. Memastikan pengurusan Lembaga Pengawas didokumenkan
6. Menyediakan jadual bertugas pengawas
Bendahari
1. Menyimpan rekod kewangan Lembaga Pengawas dengan baik
2. Mengutip bayaran yuran bulanan, dan lain-lain bayaran setelah mendpt keizinan
dari guru pengawas.
3. Menjadi penasihat kepada Ketua Pengawas dan Pen. Ketua Pengawas.
4. Menyerahkan rekod kewangan kepada guru penasihat bila diperlukan.
5. Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas dalam keadaan stabil.
Disiplin
1. Membantu pihak sek. dalam menguatkuasakan Peraturan Sekolah.
2. Menjalankan pemeriksaan terhadap pelajar .
3. Berbincang dgn pljr yang bermasalah dgn cara diplomasi.
4. Memastikan disiplin pelajar dalam keadaan terkawal bagi membentuk
persekitaran yang harmoni.
5. Mengetuai Spot Check

PERANAN PENGAWAS SEKOLAH

LEMBAGA PENGAWAS SK MARIAN CONVENT, IPOH


SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

VISI
"Pengawas Unggul Penjana Disiplin Cemerlang"
MISI
Berazam melahirkan pengawas berkualiti dan berketrampilan
sebagai modal insan yang berwibawa, berperanan dan berkesan
ke arah mewujudkan sekolah yang kondusif
untuk pembelajaran dan pengajaran
melalui motivasi dan bimbingan berterusan.
MOTO

AMANAH , BERDISIPLIN DAN BERTANGGUNGJAWAB

PIAGAM Lembaga Pengawas

Kami Lembaga Pengawas SK MARIAN CONVENT IPOH dengan penuh iltizam berjanji
akan bekerja dengan usaha tenaga kami untuk:
memantapkan disiplin ke hala tuju yang cemerlang dan gemilang.
membantu pihak pentadbir dan guru-guru sekolah dalam segala aktiviti
yang diadakan dengan cemerlang dan berkesan.
memberi layanan dan perkhidmatan yang cekap dan mesra pelanggan.
memastikan peraturan sekolah dipatuhi dan berusaha meningkatkan mutu
disiplin.

menjana pemikiran dan sahsiah pelajar ke arah mencapai kecemerlangan visi


dan misi sekolah.

IKRAR
Bahawasanya kami pengawas-pengawas SK MARIAN CONVENT IPOH berikrar akan
menumpukan sepenuh taat setia kami terhadap lembaga pengawas dan sekolah ini
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
Berpegang teguh kepada ajaran agama dan prinsip-prinsip rukun negara
Bertugas dengan penuh dedikasi, toleransi dan bertanggungjawab
Berusaha untuk menjadi model dan contoh kepada sekolah
Berusaha untuk meningkatkan kualiti akademik
Bertugas ke arah meningkatkan mutu disiplin sekolah

PERATURAN AM PENGAWAS

1. Pengawas Sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada
muridmurid yang mempunyai peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan
jujur,
dedikasi dan berani menjalankan tugas.
2. Semua Pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan
jawatan jika melanggar peraturan atau tidak berkeupayaan menjalankan tugas
dengan
baik.
3. Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan
mempastikan
setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua murid.

4. Murid-murid tidak dibenarkan menentang atau melawan pengawas sekolah dan


mereka
mesti mematuhi arahan pengawas.
5. Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah dan peraturan
am
pengawas.
6. Pengawas-pengawas hendaklah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak
sekolah
dari semasa ke semasa.
7. Membantu pihak sekolah melakukan 'spot check' kepada murid lain.
8. Pengawas sekolah juga mesti hadir ke sekolah lebih awal daripada murid-murid
lain
termasuk ke acara/majlis rasmi.
9. Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik dan imej Lembaga Pengawas
ini
sepanjang masa.

Anda mungkin juga menyukai