Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN AM PENGAWAS

1. Pengawas Sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada murid-
murid yang mempunyai peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan
jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas.
2. Semua Pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan
jawatan jika melanggar peraturan atau tidak berkeupayaan menjalankan tugas dengan
baik.
3. Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan mempastikan
setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua murid.
4. Murid-murid tidak dibenarkan menentang atau melawan pengawas sekolah dan mereka
mesti mematuhi arahan pengawas.
5. Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah dan peraturan am
pengawas.
6. Pengawas-pengawas hendaklah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak sekolah
dari semasa ke semasa.
7. Membantu pihak sekolah melakukan 'spot check' kepada murid lain.
8. Pengawas sekolah juga mesti hadir ke sekolah lebih awal daripada murid-murid lain
termasuk ke acara/majlis rasmi.
9. Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik dan imej Lembaga Pengawas ini
sepanjang masa.

PERANAN SEORANG PENGAWAS

1. Mengawal disiplin murid.


2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada
murid dan pengawas junior.
3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian
arahan atau maklumat kepada rakan-rakan murid.
5. Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
7. Memimpin rakan-rakan (murid lain).
8. Mencegah kes jenayah di sekolah.
9. Menghormati guru.
10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan murid lain.
13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam
bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan
dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
15. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya
upaya untuk mengubah sikap mereka.
16. Mempengaruhi murid lain untuk berdisiplin dan memberikan teguran
kepada mereka yang bersalah.
17. Menyimpan rekod atau maklumat murid yang bersalah sebagai
panduan masa hadapan.
18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat
tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
19. Memastikan murid beratur semasa membeli makanan di kantin.

Anda mungkin juga menyukai