Anda di halaman 1dari 20

Panduan Pengguna Aplikasi Osem

Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

Isi Kandungan

1. PENDAHULUAN ............................................................................. 3
2. CARA MEMUAT TURUN APLIKASI OSEM ........................................ 3
2.1 Laman Web ............................................................................... 3
2.2 Google Play, Apple App Store, Huawei AppGallery .......................... 4
3. CARA MENDAFTAR ATAU MASUK AKAUN ...................................... 6
3.1 Laman Web ............................................................................... 6
3.2 Aplikasi ..................................................................................... 7
4. CIRI-CIRI APLIKASI ..................................................................... 8
4.1 Home ....................................................................................... 8
4.2 Search ...................................................................................... 9
4.3 Battle .................................................................................... 10
4.4 Library .................................................................................... 11
4.5 Performance ............................................................................ 12
4.6 Profile ..................................................................................... 13
4.6.1 Help & Support .................................................................. 14
4.6.2 Setting .............................................................................. 15
4.6.3 Logout ............................................................................... 16
4.7 Activity ................................................................................... 17
5. PROGRAM REFER FRIENDS ........................................................ 18
6. PENUTUP .................................................................................... 20

Page 2 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

1 PENDAHULUAN

Aplikasi Osem merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat Think


Osem Sdn. Bhd. seiring dengan perubahan drastik penggunaan teknologi
digital dalam sektor pendidikan pada masa kini. Aplikasi Osem boleh
digunakan dan disokong sepenuhnya pada peranti mudah alih seperti telefon
dan tablet. Pihak Think Osem Sdn. Bhd. menyokong usaha kerajaan bagi
memastikan sesi pembelajaran sentiasa berjalan dengan lancar walaupun
negara dilanda wabak Covid-19. Oleh itu, Think Osem Sdn. Bhd. melancarkan
aplikasi pembelajaran atas talian yang mudah diakses ke mana sahaja tanpa
ada batasan tempat dan masa. Dokumen ini dilengkapkan dengan panduan
penggunaan aplikasi Osem.

2 CARA MEMUAT TURUN APLIKASI OSEM

Aplikasi Osem boleh dimuat turun melalui beberapa cara iaitu melalui laman
web ataupun secara terus melalui Google Play Store (Android), App Store
(iPhone), atau Huawei AppGallery.

2.1 Laman Web

Pengguna boleh melayari laman web osem.me melalui enjin pencarian


Internet. Rujuk gambar rajah 1 - Landing Page, apabila telah berjaya.
Aplikasi boleh dimuat turun dengan menekan butang “Download”.

Page 3 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

Gambar Rajah 1 - Landing Page

2.2 Google Play, Apple App Store, Huawei AppGallery

Untuk memuat turun aplikasi Osem melalui platform-platform ini,


pengguna hanya perlu menaip nama ‘Osem’ pada bahagian carian.
Paparan aplikasi adalah seperti contoh di gambar rajah 2 - Google Play,
Apple App Store, Huawei AppGallery.

Page 4 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

Gambar Rajah 2 - Google Play, Apple App Store, Huawei AppGallery

Page 5 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

3 CARA MENDAFTAR ATAU MASUK AKAUN

3.1 Laman Web

Tekan butang “Daftar Pelajar”. Isikan nama penuh, nombor telefon, id


log masuk, kata laluan, jenis sekolah dan darjah/tingkatan. Tandakan
kotak pengesahan dan persetujuan bahawa anda bersetuju dengan
terma dan syarat. Tekan butang “Daftar Masuk” untuk mendaftar.

Gambar Rajah 3 – Laman Web

Page 6 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

3.2 Aplikasi

Apabila pengguna telah berjaya memuat turun, buka aplikasi


tersebut. Masukkan id masuk dan kata laluan yang betul bagi
pengguna yang telah mempunyai akaun.

Bagi pengguna baru, tekan di bahagian “Create Account”. Pilih jenis


sekolah, darjah/tingkatan, nama penuh, id log masuk, kata laluan
dan nombor telefon. Seterusnya, tekan butang “daftar”.

Pengguna juga boleh mencipta akaun dan masuk ke dalam akaun


dengan menyambung pada akaun “Facebook”.

Gambar Rajah 4 – Aplikasi

Page 7 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

4 CIRI-CIRI APLIKASI

Terdapat 5 menu yang dipaparkan pada navigation bar footer di halaman


utama iaitu Home, Search, Battle, Library, Premium dan butang floating iaitu
Performance.

4.1 Home

Pengguna akan dibawa ke halaman Home apabila telah berjaya masuk


ke dalam akaun. Halaman ini memaparkan nota dan soalan yang terkini
serta bahan yang dicadangkan oleh sistem.

Gambar Rajah 5 – Home

Page 8 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

4.2 Search

Gambar rajah di bawah adalah halaman Search yang membolehkan


pengguna untuk mencari nota atau soalan yang diperlukan, nama guru,
dan juga nama rakan mereka. Halaman ini juga mengandungi cadangan
nota dan soalan kepada pengguna, menunjukkan nota dan soalan yang
popular, dan beberapa nota motivasi. Paparan antaramuka Search
adalah seperti berikut :

a. Search Engine

b. For You

c. Trending

d. Motivation

Gambar Rajah 6 – Search

Page 9 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

4.3 Battle

Gambar rajah di bawah memaparkan halaman Battle iaitu salah satu


fitur yang terdapat dalam aplikasi Osem. Apabila pengguna menekan
butang “Battle”, mereka akan bersaing bersama rakan dalam subjek
yang telah dipilih. Halaman ini juga menunjukkan Gold terkumpul oleh
pengguna dan hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan di dalam sistem.
Selain itu, terdapat juga butang navigasi “rank” dan “history” untuk
pengguna mengetahui kedudukan semasa dalam Battle dan juga
melihat sejarah Battle.

Gambar Rajah 7 – Battle

Page 10 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

4.4 Library

Gambar rajah di bawah memaparkan halaman Library. Ciri ini


membolehkan pengguna menyimpan nota dan soalan yang mereka
sukai. Ciri ini dilengkapi dengan penyaring supaya nota dan soalan yang
disimpan tersusun mengikut subjek.

Gambar Rajah 8 – Library

Page 11 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

4.5 Performance

Gambar rajah di bawah memaparkan halaman Performance. Ciri ini


membolehkan pengguna mengukur kelemahan dan mengenal pasti
aktiviti mereka sepanjang menggunakan aplikasi.

Gambar Rajah 9 – Performance

Page 12 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

4.6 Profile

Halaman ini menunjukkan butiran diri pengguna seperti nama,


darjah/tingkatan, dan beberapa maklumat berkaitan pembelajaran di
dalam Osem. Sebagai contohnya, terdapat maklumat rank, jumlah
battle yang dimenangi, dan nota yang telah dipelajari. Terdapat juga 3
butang navigasi yang dipaparkan di halaman ini iaitu “Help”, “Setting”
dan “Logout”.

Gambar Rajah 10 – Profile

Page 13 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

4.6.1 Help & Support

Halaman ini menyediakan senarai soalan dan jawapan yang kerap


ditanya oleh pengguna.

Gambar Rajah 11 – Help & Support

Page 14 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

4.6.2 Setting

Halaman Setting membolehkan pengguna mengubah maklumat


akaun, maklumat diri, subjek dan maklumat ibu bapa.

Gambar Rajah 12 – Setting

Page 15 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

4.6.3 Logout

Butang ini membolehkan pengguna untuk keluar dari akaun.

Gambar Rajah 13 – Logout

Page 16 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

4.7 Activity

Gambar rajah di bawah merupakan halaman Activity yang memaparkan


senarai aktiviti rakan-rakan. Ciri ini memudahkan pengguna untuk
mempelajari nota dan soalan yang sama dengan rakan mereka.
Pengguna juga boleh mengikuti guru yang sama yang diikuti oleh rakan-
rakan mereka.

Gambar Rajah 14 – Activity

Page 17 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

5 PROGRAM REFER FRIENDS

‘Refer Friends’ ialah program yang membolehkan pengguna memperoleh point


dengan mengajak rakan lain untuk mendaftar dan belajar menggunakan
Osem. Dengan berbuat demikian, pengguna boleh menebus point yang
terkumpul untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.

Untuk pergi ke halaman ini, pengguna perlu klik pada gambar profil pengguna
dan klik butang “Refer Now” untuk pergi ke halaman Refer Friends (rujuk
gambar rajah 15). Antaramuka Refer menunjukkan yang berikut:

a. Jumlah point terkumpul

b. Hadiah yang ditawarkan untuk ditebus

c. Pautan pengguna

d. Pelajar yang didaftarkan menggunakan pautan pengguna

e. Soalan yang sering diajukan pengguna

Cara-cara penggunaan :

1. Daftar - Muat turun aplikasi Osem untuk dapatkan pautan anda


2. Kongsi - Kongsikan pautan kepada kawan-kawan
3. Points - Dapat 10 point apabila kawan mendaftar dan menjadi “active user”
4. Tebus - Lebih banyak point, lebih banyak hadiah yang boleh ditebus

Page 18 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

Gambar Rajah 15 – Refer Friends

Page 19 of 20
Aplikasi Osem | Think Osem Sdn. Bhd.

6 PENUTUP

Aplikasi Osem sememangnya dilengkapi pelbagai ciri yang menarik dan amat
mudah digunakan. Oleh itu, diharapkan manual penggunaan aplikasi ini
sedikit sebanyak dapat memberi panduan bagi melancarkan proses
kepenggunaan aplikasi Osem bagi kali pertama. Selain itu, semoga aplikasi
Osem ini dapat menarik minat pengguna di samping melancarkan proses
pembelajaran yang kian mencabar.

Page 20 of 20

Anda mungkin juga menyukai