Anda di halaman 1dari 3

1.

0 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH


( kod: ………) Buku Peraturan dan Disiplin MS:

MEROSAKKAN HARTA BENDA PELAJAR LAIN


( kod: ………) Buku Peraturan dan Disiplin MS:

Di dalam buku Peraturan dan disiplin menggariskan perkara penting berikut berkaitan
kerosakan Harta benda:
1. Semua pelajar hendaklah menggunakan semua kemudahan yang disediakan dengan baik
dan cermat, dengan menjaga harta benda sekolah, baik di dalam kelas mahupun di
kawasan persekitaran sekolah supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi
2. Murid dilarang menconteng atau mengotorkan bangunan atau hartabenda sekolah
seperti kerusi, meja , almari , papan kenyataan , dinding bangunan sekolah dan
sebagainya . Penggunaan liquid paper tidak dibenarkan
3. Murid yang melakukan sebarang kerosakan samaada dengan sengaja atau tidak sengaja
atau terlihat pelajar lain melakukan, hendaklah melaporkan kepada guru disiplin/ PK
HEM atau pengetua atau pejabat sekolah.
4. Murid tidak dibenarkan membawa balik harta benda sekolah .
5. Sekira hartabenda sekolah bersepah adalah menjadi tanggung jawab murid memulangnya
atau meletakkan di tempat sepatutnya.
6. Murid mesti mengamalkan sifat jimat cermat.Paip-paip air hendaklah ditutup rapat
apabila sudah diguna. Lampu dan kipas angin dipadam apabila meninggalkan kelas atau
tidak diperlukan
7. Dilarang sama sekali murid menanggalkan , memadam atau mengubah sebarang carta
atau kenyataan yang ada di kawasan sekolah kecuali dengan arahan guru .
8. Perbuatan berunsur ‘vandalisme’ yang merosakkan harta benda sekolah atau
mencacatkan keceriaan sekolah amat dilarang. Perbuatan ini termasuklah merosakkan
perabot (kerusi, meja, almari dan sebagainya), papan kenyataan, peralatan bekalan
elektrik dan air atau menconteng dinding dan sebagainya.
9. Pelajar yang didapati melakukan perbuatan ‘vandalisme’ dan merosakkan harta benda
sekolah akan dikenakan tindakan disiplin yang berat, termasuk menggantikan kos harta
benda yang dirosakkan itu sepenuhnya
2.0 MEMBAWA SENJATA KE SEKOLAH
( kod: ………) Buku Peraturan dan Disiplin MS:

Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya merupakan salah satu kesalahan yang
dikategorikan dalam kesalahan dan hukuman berat. Benda-benda tajam seperti pisau,gunting,
besi dan lain-lain alatan merbahaya tidak dibenarkan di bawa ke sekolah kecuali untuk mata
pelajaran tertentu dengan kebenaran guru. Sebab itu dalam spot check badan disiplin dan
pengawas yang lalu, kita telah merampas barang- barang yang boleh dijadikan senjata atau alatan
bahaya. Sebagai contoh
1. Pisau/ gunting besi
2. Peralatan -peralatan solek/ Barang kemas termasuklah:
 Cermin (Sama ada yang lengkap/ separuh)
 Sikat (pemegang yang tajam)
 Pewangi (Liquid atau cecair)
 Rantai leher/ cincin dan sebagainya

3.0 MENCEROBOH BILIK KHAS


(kod: ………) Buku Peraturan dan Disiplin MS:

Perbuatan menceroboh bilik-bilik khas juga termasuk dalam satu kesalahan yang juga
dikategorikan dalam kesalahan dan hukuman berat .Perbuatan ini seumpama mencuri,
merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
Apakah yang di maksudkan dengan KAWASAN LARANGAN di sekolah?
 Pejabat umum sekolah, Bilik Pengetua, Bilik Penolong Kanan, Bilik Guru Kanan Mata
Pelajaran, Bilik Guru dan Bilik Pekerja ialah kawasan larangan pelajar.
 Pelajar dilarang masuk ke makmal Sains, bengkel, bilik cetak, bilik rawatan, bilik
mesyuarat stor sukan, bilik bahasa dan bilik gerakan tanpa kebenaran guru.
 Kawasan loji air, sesalur elektrik adalah dilarang masuk tanpa guru.
 Tempat-tempat lain yang dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pelajar-pelajar dilarang
memasuki atau berkeliaran berhampiran dengan kawawsan yang tersebut.
 Pelajar hanya dibenarkan masuk ke tempat-tempat tersebut apabila diminta berbuat
demikian oleh guru atau apabila ada urusan rasmi dan hendaklah masuk dengan tertib.

Bagi pelajar yang melakukan kesalahan disiplin yang agak serius, berat dan berulang–ulang, ibu
bapa/ penjaga akan diminta hadir ke sekolah untuk sesi perbincangan dengan pihak sekolah,
memaklumkan tindakan yang akan dikenakan dan mendapat jaminan bertulis terhadap perubahan
tingkah laku anak jagaan mereka.
Pelajar yang menjalani hukuman gantung sekolah tidak dibenarkan berada di dalam kawasan
sekolah sepanjang tempoh penggantungan. Kegagalan mematuhi hukuman ini akan
menyebabkan pelajar dikenakan tindakan buang sekolah.
Keputusan tindakan disiplin oleh pihak sekolah adalah muktamad.Walau bagaimanapun, rayuan
terhadap sesuatu keputusan boleh dibuat melalui/ kepada Pengetua untuk pertimbangan
selanjutnya.
Akhir sekali sebagai seorang murid, kamu perlu memahami, bahawa semua peraturan dan
hukuman /tindakan dibuat adalah bertujuan :
 Mewujudkan suasana yang tenteram dan selamat bagi memastikan proses
pembelajaran dan pengajaran (PNP) berlaku dengan baik dan berkesan.
 Mengawal dan mencegah pertumbuhan kelakuan yang buruk dan
merosakkan di kalangan murid-murid
 Membentuk dan melahirkan murid-murid yang mempunyai akal / moral yang
tinggi dan mengamalkan DISIPLIN KENDIRI
 Menyedari bahawa ‘Disiplin Teras Kejayaan ‘

Anda mungkin juga menyukai