Anda di halaman 1dari 26

Peranan

dan
Tanggungjawab
Pengawas & Ketua Kelas

monasrim@yahoo.com

Susunan Warga Sekolah


Guru Besar
Guru Penolong Kanan
Guru
Pengawas
Ketua Kelas
Pelajar

Konsep Pimpin dan Memimpin


Pimpin?

Bimbing
Pandu
Tunjuk
memegang tangan untuk menunjukkan jalan

Memimpin?

melatih seseorang

mengepalai atau mengetuai sesuatu


badan, organisasi atau pergerakan

Semua tugas besar menjadi lebih


mudah kalau dipecah-pecahkan ,
menjadi bahagian yang kecil.

Beban yang lebih banyak dapat


dibawa jika diikat dengan kuat
berbanding dibiarkan berserakan.

Pemimpin
Memahami prinsip kepimpinan yang baik
dan mempunyai ketokohan untuk
memimpin

Pandai mempergunakan orang yang


dipimpin untuk bekerjasama dengan
bersungguh-sungguh supaya terlaksana
sesuatu pekerjaan

Ciri Asas
Kemahuan untuk memimpin
sebagai penjaga/ ketua
sebagai pemandu arah

sebagai petindak
sebagai pembawa perubahan

sebagai pembuat keputusan

sebagai tenaga perancang

Kejelasan matlamat
peranan/ tugas

strategi untuk mencapai matlamat

tumpuan organisasi

aktiviti/ program organisasi

Ciri Seorang Pemimpin


Tegas dan konsisten
apabila keputusan telah diambil, laksanakan dengan
tegas, bersungguh-sungguh, serius dan bukan sekadar
sambil lewa atau dengan ragu-ragu.

Ikhlas dan sabar


melaksanakan tugas kerana amanah. Dugaan akan
membuatkan kita lebih cekal dalam mencapai matlamat.

Mengambil berat akan seluruh organisasi


sifat ini akan menawan kepercayaan dan arahan akan
dipatuhi dengan rela hati, hormat dan ikhlas.

Ciri Seorang Pemimpin


Cergas dan cerdas
cekap bertindak dan berfikiran tajam dalam membuat
tindakan atau keputusan. Tindak-tanduk sentiasa
diperhatikan sebagai kayu ukur ( contoh/model ).

Mempunyai budi bicara/ pertimbangan


pada saat genting, tidak melulu atau mengutamakan
emosi sahaja.

Kebolehan merancang
semua kegiatan dirancang dengan teliti, difahami
dengan mendalam dan dilaksanakan.

Peranan Seorang Pemimpin


Tanggungjawab terhadap diri sendiri

berdisiplin dan bersahsiah mulia


maju dalam ilmu/ akademik dan kokurikulum
berhemah tinggi
prihatin
mesra
berkeyakinan
tidak mementingkan diri sendiri
positif, dll.

Peranan Seorang Pemimpin


Tanggungjawab terhadap sekolah

melaksanakan peraturan dan undang-undang sekolah


menjaga nama baik sekolah
memelihara suasana/persekitaran sekolah yang baik
bangga akan sekolah

Peranan Seorang Pemimpin


Tanggungjawab terhadap guru

memberi maklumat dan maklum balas


bersama-sama membanteras masalah
menghormati mereka seperti ibu bapa

Peranan Seorang Pemimpin


Tanggungjawab terhadap pelajar lain

mengambil berat akan masalah pelajar lain


menjaga keselamatan dan keselesaan pelajar
Berinteraksi /bergaul dan menghormati mereka
menunjukkan teladan/ menjadi `role model

Interaksi dalam Kumpulan


Tinggi dalam Kuasa

Tinggi dalam
Kemesraan

Rendah dalam
Kemesraan

Rendah dalam Kuasa

Menasihat
Menyelaras
Menganalisis
Memulakan
Memimpin

Bersetuju
Membantu
Mengikut
Sependapat
Merelakan

Mengarah
Mengkritik
Tidak peduli
Menimbangkan
Menentang

Mengizinkan
Mengelak
Menyerah
Berundur
Menarik diri

Gaya Kepimpinan
Autoritarian
-berpusat kepada ketua yang percaya
bahawa jika ahli kumpulan tidak dipimpin
dengan cergas mereka akan terbiar dan
kurang daya untuk bergerak sendiri.
-ahli lazimnya akan bergantung kepada
ketua dan sesetengahnya akan berada
dalam keadaan tidak berpuas hati serta
tidak berkeyakinan.

Gaya Kepimpinan
Demokratik
-menghormati bakat dan keupayaan ahli.
-ketua percaya ahli mempunyai kebolehan
mereka sendiri dan dapat
menggunakannya
jika diberi peluang.
-menggerakkan
dinamik kumpulan dan
bekerjasama dengan ahli untuk
menentukan pencapaian arah dan hasil
yang diingini.

Gaya Kepimpinan
Laissez-faire
-ketua tidak memainkan peranan langsung
kerana berpandangan ahli kumpulan
bertanggungjawab membuat keputusan,
menentukan arah dan memastikan tugas
tercapai.
-biasanya kumpulan menjadi terumbangambing dan tiada sesiapa yang mahu
bertanggungjawab.

Pengurusan dan Organisasi


-Organisasi kelas terdiri daripadaKelas
Ketua Kelas,
Penolong Ketua Kelas, Bendahari dan AJK
(cth.: Kebersihan, Disiplin, Mata Pelajaran, Pertandingan)
-Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam
kelas:
- Jadual waktu
- Jadual tugas (rooster)
- Perabot kelas seperti kerusi, meja pelajar dan guru serta
papan putih
- Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan
pengaut sampah
- dll (cth.: moto kelas, mutiara kata, hiasan, dsb.)

Pengurusan dan Organisasi


Kelas
-Menentukan kawat elektrik, kipas dan lampu dalam
keadaan baik dan selamat digunakan.
-Melaporkan perihal perabot dan peralatan elektrik
yang rosak kepada guru kelas.
-Membimbing organisasi kelas menjalankan tugas.
-Memastikan butiran harian ditulis di sudut atas kanan
papan tulis pada setiap hari persekolahan.
-Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya dikutip
secara berkala untuk tujuan yang berikut:
-Keceriaan kelas
-Kebajikan pelajar
-Pengurusan akademik

Matlamat Kita Sama


Pilih sebarang nombor tiga angka yang
kedudukannya kecil di hadapan besar di
belakang. (cth.: 2 4 6)

Terbalikkan kedudukannya. (cth.: 6 4 2)


Tolak nombor asal. (642 246)
Hasilnya (396) diterbalikkan (693) dan
campurkan kedua-duanya. JUMLAHNYA?
Cara berbeza tetapi MATLAMAT KITA SAMA.

Rumusan
Berkeperibadian mulia
dan terpuji

Bersabar dan tenang


hadapi dugaan

Pengalaman tingkatkan
pengetahuan

Memelihara hubungan
baik

Berusaha tingkatkan
kualiti organisasi

Berfikiran terbuka &


sedia terima teguran

Berusaha tingkatkan
prestasi akademik

Amanah, minat dan


berdedikasi

Untuk Renungan
Orang mukmin yang kuat lebih baik daripada orang
mukmin yang lemah. Oleh itu berpegang teguhlah pada
tiap-tiap kebajikan yang akan memberi manfaat dan
mohonlah pertolongan kepada Allah.
-Hadith Riwayat Muslim

Teman manusia yang paling abadi ialah akal dan


musuh yang paling durjana ialah kejahilan.
-Saidina Ali K.W.

People who fight fire with fire usually end up with


ashes.
-Abigail Van Buren

RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai