Anda di halaman 1dari 24

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

SEK. MEN. KEB. TAMAN TUANKU JA’AFAR,


SG. GADUT, 71450 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAH DARUL KHUSUS.
PENGENALAN
• PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
– Berkhidmat membantu murid lain, terutama
mereka yang memerlukan bantuan dalam
mengendalikan masalah
– Menggalakkan rakan-rakan berbincang tentang
masalah, pandangan, kebimbangan dan lain-lain
aspek serta membina hubungan berasaskan rasa
hormat dan faham
– Dalam membantu rakan, PRS sendiri sebenarnya
membantu memahami diri sendiri. Ini dikenali
sebagai kesedaran kendiri (self-awareness)
MATLAMAT PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
(PRS)
• Membina budaya kasih mesra dan saling membantu
dalam kalangan murid.
• Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-
nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada
Tuhan.
• Memupuk potensi atau bakat kepimpinan dan menjadi
individu yang peka, bertimbangrasa, rela, menolong
dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
• Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam
aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu
mengurangkan masalah salahlaku dalam kalangan
murid.
FALSAFAH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
(PRS)
“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA
MEMBANTU ORANG LAIN”
Dalam usaha membantu rakan, mereka
mendapat pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman untuk meningkatkan
kecemerlangan diri. Oleh itu, mereka
seharusnya berusaha mempertingkatkan
diri dari segi pengetahuan, perlakuan,
perhubungan, kreativiti dan keimanan.
MISI PRS

Membentuk dan melahirkan insan yang


seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan cemerlang
berdasarkan falsafah dan etika
Pembimbing Rakan Sebaya.
VISI PRS

Sistem pengurusan Perkhidmatan


Pembimbing Rakan Sebaya yang
cemerlang dan berkualiti.
PRINSIP PRS

Bersedia dan rela membantu rakan yang


memerlukan bantuan tanpa mengira
agama, bangsa, jantina, kedudukan
perlakuan dan fizikal.
PERANAN ANDA SEBAGAI PRS
Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang
lain dan keadaan sekeliling.
Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu
menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah.
Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk
mendapat bantuan.
Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.
Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan
percaya diri, berasa selesa dan berempati.
ETIKA PRS
Amanah dan menyimpan rahsia.
Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
Tahu batasan dan keupayaan diri.
Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai
aspek.
Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang
lain.
Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat
dan agama.
a. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka,
yakin dan percaya diri, berasa selesa, dan
berempati.
b. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa
syarat.
c. Mendengar, menjelas dan membantu rakan
melihat beberapa altematif sebelum membuat
keputusan.
d. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan
mengambil langkah positif.
e. Mematuhi etika kerahsiaan.
f. Menyedari bahawa bukan semua masalah
boleh diatasi.
g. Berbincang dan membantu rakan yang
menghadapi masalah biasa/normal.
h. Memimpin rakan melihat masalahnya
dengan objektif dan menggalakkannya
mencari penyelesaian sendiri supaya dia
belajar me!alui pengalamannya
i. Merujuk kes yang berat kepada guru
bimbingan dan kaunseling dan menjadi
penghubung kepada rakan yang
bermasalah untuk bertemu dengan guru
bimbingan dan kaunseling atau orang yang
lebih arif
j. Menjalankan projek membantu sambil
mempengaruhi rakan lain supaya
melibatkan diri.
k. Mengutamakan kesejahteraan diri dan
memahami batasan diri untuk membantu.
• Mengawal, memberi khutbah atau
mendesak rakan tentang apa yang mereka
harus lakukan
• Membuat kesimpulan awal dan cuba
mengubah mereka.
• Memberi nasihat atau cadangan
penyelesaian untuk diikuti.
• Membuat sesuatu yang sepatutnya
dilakukan oleh rakan itu sendiri.
• Membuka rahsia rakan.
• Mengharapkan semua masalah boleh diatasi
dengan segera
• Terus berbincang dengan rakan yang
menghadapi krisis dan/atau masalah emosi
yang mendalam.
• Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
• Mengendali masalah rakan yang runcing
sehingga menganggu ketenteraman jiwa.
• Menjalankan projek bersendirian dan
mengetepikan rakan lain.
• Terlibat dengan masalah rakan secara
peribadi sehingga mengganggu pelajaran
dan perasaan.
1. KEHADIRAN AKTIVITI
BIL. TARIKH AKTIVITI MASA T.T. GBK
1 19/6/2021 LATIHAN 1 – 10.00 PG –
PENGENALAN PRS 12.00
T/HARI
2 26/6/2021
3 10/7/2021
4 24/7/2021
5 14/8/2021
UJIAN
6 28/8/2021 TAHAP 1:
7 11/9/2021 2/10/2021
8 25/9/2021
2. PELAKSANAAN PROJEK
BIL. TARIKH NAMA PROJEK/ JAWATAN- T.T. GBK
PROGRAM KUASA
1 1 – 31 JULAI INFOGRAFIK PRS PEREKA
2021 INFOGRAFIK
2
3
4
5 PROJEK:
20%
3. MENGENALPASTI KLIEN
BIL. TARIKH NAMA SAMARAN ISU T.T. GBK
1 4/7/2021 INTAN CINTA
2
3 BERMULA JULAI – DISEMBER 2021
4
5

MINIMUM
20 KLIEN
SELAMAT
MENJALANKAN TUGAS

Anda mungkin juga menyukai