Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK PEKULA JAYA

5 Ogos 2021; Platform Live Stream Youtube

CUE ANN Tindakan


Aluan Petang yang indah penuh ceria.
Pengerusi Hari yang berbahagia, penuh bermakna kita raikan,
Majlis Sempena Majlis Hari Anugerah Cemerlangan SMK Pekula Jaya Tahun
2020

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.

Bismillahir rahmanir rahim,


Salutasi Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat Petang dan Selamat sejahtera

Yang Berusaha Pn Norzamzila bt Ahmad @ Ibrahim, Pengetua SMK


Pekula Jaya

Yang Dihormati, En Adnan bin Md Isa, Yang Dipertua PIBG SMK


Pekula Jaya

Yang Berusaha, ustaz Ismail bi Ahmad, PK Pentadbiran SMK Pekula


Jaya

Yang Berusaha, Pn Hajjah Che Faridah bt Abd Halim, PK HEM SMK


Pekula Jaya

Yang Berusaha, En Mahayidin bin Mat, PK Kokurikulum SMK Pekula


Jaya

Yang Berusaha Barisan Guru Kanan Bidang, guru-guru warga pendidik SMK
Pekula Jaya, para ibubapa, para pelajar seterusnya hadirin dan hadirat yang
dirahmati Allah sekalian.

1
Nyanyian lagu Majlis pada petang ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu
Negaraku Negeri Kedah.

*****************************usai
nyanian****************************

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian.


Aluan Lenggang bertapak seni memandang,
Pengacara Silat sendeng menyusun jari,
Majlis Salam sembah selamat datang,
Sudilah tuan kemajlis kami.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana dengan izin


serta limpah rahmatnya, kita diberikan kekuatan untuk berhimpun Sempena
Majlis Hari Anugerah Cemerlangan SMK Pekula Jaya Tahun 2020 yang
diadakan secara dalam talian
menerusi……………………………………………………………………….
Semoga dengan penyertaan tuan-tuan dan puan-puan sekalian dapat
menceriakan lagi majlis kita pada petang ini.

Juga bagi pihak penganjur, Ahli Jawatan Kuasa Kerja Hari Anugerah
Cemerlang saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan khasnya kepada Yang Dihormati, En
Adnan bin Md Isa, Yang Dipertua PIBG SMK Pekula Jaya, serta hadirin
sekalian atas kesudian untuk sama-sama mewarnai majlis pada petang yang
berbahagia ini.

Bacaan Doa Hadirin yang diRahmati Allah sekalian

Emas bertatah idaman puteri,


Cantik puteri bersiram di kota,
Acara meriah amatlah berseri,
Makin berseri didahulukan doa.

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis selamat hendaknya.

Bagi memberkati majlis pada hari, marilah kita bersama-sama menadah tangan
dan bertafakur sejenak mengaminkan lafaz doa yang akan disempurnakan oleh
2
Al-Fadil Ustaz Ahmad Nadzri bin Yaakob. Majlis mempersilakan.

*************** ***********usai bacaan doa


************************

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-
Fadil Ustaz Ahmad Nadzri bin Yaakob atas kelangsungan menzahirkan doa
sebentar tadi. Semoga dengan kalimah doa ini, majlis kita di bawah lembayung
keberkatan Ilahi terhasrat segala yang direncana.

Ucapan aluan Hadirin yang di hormati sekalian


Tuan Pengetua
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya;
Tak berguna jika ada dayung tiada sampannya;
Dan … tak lengkap majlis jika tiada yang berbicara.

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat sarapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sebagai pembuka persada ucapan pada petang ini, majlis dengan penuh takzim
dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Pn
Nurzamzila bt Ahmad @ Ibrahim, Pengetua SMK Pekula Jaya Untuk
menyampaikan ucapan aluan. Majlis mempersilakan.
**************************************usai ucapan**********************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan
Pengetua atas ucapan dan laporan beliau sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian,


Perasmian
Yang awal kita dahulukan,
Yang dahulu kita alu-alukan,
Ucapan Yang Dihormati Tuan kita nantikan,
Pelengkap majlis yang kita adakan.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya mempersilakan Yang
Dihormati, En Adnan bin Md Isa, Yang Dipertua PIBG SMK Pekula
Jaya untuk menyampaikan bingkisan ucapan beliau seterusnya merasmikan
3
Hari Anugerah Cemerlangan SMK Pekula Jaya Tahun 2020.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************************* usai
ucapan******************************

Majlis merakamkan sepenuh apresiasi dan ucapan terima kasih kepada Yang
Dihormati, En Adnan bin Md Isa, Yang Dipertua PIBG SMK Pekula
Jaya atas ucapan dan penyempurnaan perasmian sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin yang dihormati,


sijil, hadiah
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha yang gigih dan
berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan
dan kecemerlangan. Oleh itu, pelajar-pelajar yang berjaya sepatutnya diberikan
penghargaan. Semoga ianya akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian sijil dan anugerah
Permata Tahun 2020 kepada pelajar yang cemerlang.

Acara akan dimulakan dengan penyampaian sijil dan anugerah permata untuk
pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4 dan Anugerah Permata PPKI.

PERMATA CEMERLANG TINGKATAN 1 -TINGKATAN 4

KEDUDUKAN NAMA KELAS PENCAPAIAN


1 MUHAMMAD FAKHRUL NAIM BIN ROHASYIMI 1A 1 TP6, 7 TP5, 2 TP3
2 NURUL IWANI BINTI MOHAMAD NORDIN 1A 8 TP5, 2 TP3
3 NURUL ZULAIKHA BINTI MOHAMAD NADZIR 1KAA 7 TP5, 3 TP4, 1 TP3

KEDUDUKAN NAMA KELAS PENCAPAIAN


1 MUHAMMAD AMIR AIMAN BIN ABDUL HALIM 2KAA 4 TP6, 4 TP5, 1 TP4, 2 TP3
2 SITI FATIMAH AZZAHRA BINTI NAZIM 2KAA 4 TP6, 4 TP5, 1 TP4, 2 TP3
3 NOOR HAIKAL ZULKARNAIN BIN NOOR IZWAN 2KAA 3 TP6, 5 TP5, 1 TP4, 2 TP3

KEDUDUKAN NAMA KELAS PENCAPAIAN


1 NUR AZMIRA BINTI SABRI 3A 1 TP6, 5 TP5, 4 TP4
2 UMAIRAH BINTI MOHD SUBHI 3A 1 TP6, 5 TP5, 3 TP4, 1 TP3
3 NUR NADHIRAH BINTI MD NASIR 3A 1 TP6, 5 TP5, 3 TP4, 1 TP3

4
KEDUDUKAN NAMA KELAS PENCAPAIAN
1 MUHAMMAD FARIS BIN KHAIRUL ANUAR 4ST1 4 TP6, 6 TP5
2 SITI HAZAMI BINTI ZAINOL 4ST1 2 TP6, 8 TP5
3 NOR AININA MAISARA BINTI MOHAMAD AZIMAN 4ST1 2 TP6, 5 TP5, 3 TP4

PERMATA CEMERLANG PPKI

BIL NAMA KELAS PENCAPAIAN TERTINGGI


MEWAKILI KMY DAN MENDAPAT NAIB JOHAN -
KATEGORI MASALAH PEMBELAJARAN (BP)
PEREMPUAN – SEKOLAH MENENGAH DALAM
1 HUSNA BINTI MOHD FITRI AMANAH PERTANDINGAN E-TARANUM
AL-QURAN DI KEJOHANAN E-MAHABBAH
PENDIDIKAN KHAS SECARA ATAS TALIAN
PERINGKAT NEGERI KEDAH 2020

Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian


sijil, hadiah
Pergi sekolah seawal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi


galakan sekaligus teladan kepada semua pelajar. Ini bukan sahaja dapat
membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi
tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang. Majlis
yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut
menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang dalam
SPM, Sahsiah Terpuji, cemerlang Kokurikulum dan beberapa anugerah khas
yang lain.

Bagi penyampaian sijil dan Anugerah …………….

PERMATA CEMERLANG SPM TAHUN 2020

BIL NAMA KELAS PENCAPAIAN

1 NUR SYAZLIANA BT JAMALUDIN 5SN1 9A

5
      4A+ 2A 3A-
       
2 NUR SYAHIRAH BT ROSZAMRIN 5GEO 7A
      1A+ 4A 2A-
       
3 NOR IZZATI MAISARA BT JOHAIZEE 5SN1 6A
      1A+ 4A 1A-
MOHAMAD AFIF AZFAR BIN MOHAMAD
4 5AK 6A
YUSRI
      4A+ 2A
5 NUR HUSNINA BT MOHAMAD AZMI 5AK 6A
      3A 3A-
6 NURUL SYAFIQA BT SHAFIE 5AK 6A
      2A+ 2A 2A-
7 ANIS SYAZWANIZA BT ABDUL RAHMAN 5 GEO 6A
      5A 1A-
       
8 HANI MAISARAH BT MOHAMMAD ZAKI 5SN1 5A
      2A 3A-
9 MOHAMAD FARIS BIN MOHAMAD YUSRI 5SN1 5A
      1A+ 2A 2A-
10 NOR AFRINA BT ZULKIFLI 5SN1 5A
      5A
11 NUR ALISA BT MOHD SHAFIZAL 5SN1 5A
      1A+ 1A 3A-
12 NUR SAMIHA BT SOBOHI 5SN1 5A
      3A 2A-
13 NURUL ATIKAH BT ABDUL GHANI 5SN1 5A
      2A+ 2A 1A-
14 NURUL HANI BT NAIM 5SN1 5A
      3A+ 1A 1A-
15 NUR AIN NAZIRA BT ABD HALIM 5SN2 5A
      5A
16 SITI NUR AFIQAH BT MOHAMAD NASRI 5SN2 5A
      1A 4A-
17 NURUL SYAMIMI BT ISMAIL 5AK 5A
      4A 1A-
18 NUR ADLYSHA BT ISHAK 5PG 5A
      1A 4A-
19 ARNINA FARHANI BT MEGAT OSMAN 5GEO 5A
      1A+ 4A
20 NUR IZAZI BT SHAIFUL SHUKRI 5GEO 5A

6
      1A 4A-
21 NURUL NAZIFA BT ADANAN 5 GEO 5A
      1A 4A-
       

PERMATA SAHSIAH TERPUJI

BIL NAMA KELAS


1 NURUL SYAFIQA BT SHAFIE 5AK

PERMATA CEMERLANG KOKURIKULUM

BIL NAMA KELAS


1 MUHAMMAD ARIF DANIAL BIN ERWAN AFFANDY 5SN2

PENYAMPAIAN SIJIL DAN ANUGERAH PANITIA CEMERLANG

BIL NAMA PANITIA PENINGKATAN GP


1 BAHASA MELAYU 4.89 KEPADA 4.54
2 SEJARAH 4.87 KEPADA 4.66
3 PERTANIAN 5.00 KEPADA 4.80
4 PERNIAGAAN 6.90 KEPADA 6.42
5 SAINS RUMAH TANGGA 6.27 KEPADA 5.13
6 KIMIA 6.08 KEPADA 5.94

BIL NAMA PANITIA PENINGKATAN PERATUS LULUS


1 BAHASA MELAYU 90.65% KEPADA 95.31%
2 BAHASA INGGERIS 58.69% KEPADA 62.50%
3 SAINS 86.25% KEPADA 90.21%
4 PERNIAGAAN 86.21% KEPADA 96.77%
5 KIMIA 94.12% KEPADA 95.83%

BIL NAMA PANITIA LULUS 100%


1 PENDIDIKAN SENI VISUAL
2 PERTANIAN
3 PRINSIP PERAKAUNAN
4 REKA CIPTA
5 SAINS RUMAH TANGGA
6 BIOLOGI
7 SENI REKA TANDA

PENYAMPAIAN SIJIL DAN ANUGERAH WARIS JAYA TAHUN 2020

7
BIL NAMA WARIS KEPADA
PELAJAR CEMERLANG SPM TAHUN
1 PASANGAN 2021NUR SYAZLIANA BT JAMALUDIN
JAMALUDIN BIN SALIM DAN FARIDAH BT ISMAIL 9A (4A+, 2A DAN 3A-)

PENYAMPAIAN SIJIL DAN ANUGERAH JASAMU DIKENANG TAHUN 2020

BIL NAMA GURU JAWATAN TERKINI


BEKAS
PENGETUA SMK TUNKU ABDUL RAHMAN. STAR
1 PN ROSHIDAH BT ABD RAHMAN PENGETUA
ALOR SETAR
SMKPJ
BEKAS PK HEM PK PENTADBIRAN SMK CONVENT FATHER
2 EN ISHA BIN HAMIDON
SMKPJ BARIE
BEKAS
3 EN AZMAN BIN HASSAN KAUNSELOR TELAH BERSARA
SMK PJ
GKM SAINS DAN
4 PN SANIYAH BT ABDULLAH MATEMATIK TELAH BERSARA
SMKPJ
GURU GANTI,
SUKARELAWAN
DAN JURULATIH GURU DI MADRASAH TARBIAH ISLAMIAH
5 EN SHAHRIL BIN HASHIM
PASUKAN (SABK) MENTAKAB PAHANG
BERUNIFORM
SMKPJ

Penutup Hadirin yang dihormati sekalian ,

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....

Hadirin yang dihormati sekalian

Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah itu tadi, maka tibalah masanya
untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Bagi pihak
majlis kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata, terlampau cara, sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya.Majlis ingin merakamkan jutaan terima


kasih kepada kesemua hadirin dan hadirat atas kesudian menjayakan majlis
pada petang ini.

Dari mana asalnya, usah diusul,


Molek budinya menambat hati,
8
Dua tiga, bicara, salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Terima kasih sekalung budi,


Daripada kami seikhlas hati,
Moga berjumpa di lain kali,
Dalam majlis ceria begini.

Sekian. Sambutlah salam muhibah salam penuh kemesraan


Wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih…..

Anda mungkin juga menyukai