Anda di halaman 1dari 7

TEKS JURU ACARA MESYUARAT AGUNG PIBG

SK.PEKAN MEMBAKUT/ 2022

BIL. PERKARA CATATAN

Mengambil Tuan-tuan,Puan-puan yang dimuliakan,sila mengambil tempat


Tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja
lagi.Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Dimuliakan..


Encik Ag.Duramin Tapa,Ketua Cabang PKR P176 Kimanis dengan
diiringi oleh Puan Doris@victoria Michael Joannes,Guru Besar
SK.Pekan Membakut, En.Jiran Menalai,Pengerusi PIBG SK.Pekan
Membakut,En.Zaabar Ag.Damit,Ketua Unit Pendidikan Swasta dan
Pendidikan Khas,PPD Beaufort,guru-guru penolong kanan dan AJK
PIBG.

Bacaan Doa Hadirin yang dimuliakan,

Kayu Jati si kayu cendana,


Mari ditanam kita berdua,
Majlis kami tidak kan sempurna,
Tanpa diiring seutai doa.

Sebelum tirai dibuka,sebelum majlis bermula,marilah sama-sama kita


menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari yang
maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan En Kassim Hj.Ghani untuk memimpin bacaan
doa.Dengan hormatnya dipersilakan.
**************Bacaan Doa**********
Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik Kassim Hj.Ghani atas
pimpinan doa itu tadi.Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan
terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Nyanyian Seterusnya, marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu


Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.
Negaraku
dan Sabah *****************************
Tanah Airku Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.Hadirin
dipersilakan duduk.

Solutasi Kompang bergema pusaka bangsa,


Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan puan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillahirabbilaalamin..wassolatuwas
solamuala asyrafil anbiyaai walmursolin waala alaihi waashabihi
ajmaain..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Yang dimuliakan En Ag.Duramin Hj.Tapa,Ketua Cabang PKR P176
Kimanis,
Yang berusaha Puan Doris@victoria Michael Joannes,Guru Besar
SK.Pekan Membakut,
Yang dihormati En.Zaabar Ag.Damit,Ketua Unit Pendidikan Swasta
dan Pendidikan Khas,PPD Beaufort,
Yang dihormati,En.Jiran Menalai,Pengerusi PIBG ,SK.Pekan
Membakut,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,En.Ali Ahmad Hj Osman.
Guru Penolong Kanan HEM, Pn.Jainap Hj.Ingkar.
Guru Penolong Kanan KoKurikulum, En.Tajudin Asim.
AJK PIBG SK.Pekan Membakut,barisan guru-guru,tuan-tuan dan puan-
puan yang dikasihi.

Alhamdulillah,marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kehadrat


Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberi luangan
waktu,digerakkan minda dan deria rasa,dikurniakan kecerdasan fizikal
dan mental unruk sama-sama berkumpul di dewan ini bagi Mesyuarat
Agung PIBG SK.Pekan Membakut.

Ucapan YDP Warga dewan yang dimuliakan,


Majlis dimulakan dengan ucapan daripada En.Jiran
Menalai,Pengerusi PIBG SK .Pekan Membakut. Majlis dengan segala
hormatnya, dipersilakan.
*****ucapan YDP*****
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Bagi melengkapkan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput dan
Guru Besar mempersilakan, Pn.Doris@Victoria Michael Joannes untuk
menyempurnakan bingkisan ucapan . Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.
********Ucapan GB******
Terima kasih diucapkan kepada Pn.Doris@Victoria Michael Joannes
atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan Hadirin yang dimuliakan,
Perasmian
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini,majlis sangat berbesar hati
memberi laluan,peluang dan kesempatan kepada En.Ag.Duramin Hj
Tapa, Ketua Cabang PKR P176 Kimanis untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Pekan
Membakut. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
********uacapan perasmi******
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian
sebentar tadi.

Tayangan Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama
Aktiviti PIBG kita saksikan paparan Aktiviti PIBG SK Pekan Membakut sepanjang
sepanjang tahun.
Tahun **********************tayangan**************
Majlis mengucapkan terima kasih atas paparan aktiviti PIBG itu tadi.

Penyampai- Hadirin yang dimuliakan,


an
cenderahati Seterusnya majlis mempersilakan Guru Besar Pn.Doris@Victoria
Michael Joannes untuk menyampaikan cenderahati kepada
En.Ag.Duramin Hj.Tapa,Ketua Cabang PKR P176 Kimanis..
Majlis mempersilakan..

Seterusnya dipersilakan En.Zaabar Ag.Damit,Ketua Unit Pendidikan


Swasta dan Pendidikan Khas, PPD Beaufort untuk menerima
cenderahati daripada puan guru besar.
Majlis mempersilakan…

Bagi menghargai jasa dan sumbangan AJK PIBG SK Pekan Membakut,


PIBG SK Pekan membakut telah memilih 4 orang ahli yang aktif
sepanjang tahun membantu dan memberi sumbangan tenaga dalam
menjayakan semua aktiviti PIBG Sk Pekan Membakut.
Untuk itu,Majlis mempersilakan En.Ag.Duramin Hj Tapa, serta diiringi
Guru Besar,En.Zaabar Ag.Damit, YDP PIBG serta guru-guru penolong
kanan bagi menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan.

Dipersilakan…
1.
2.
3.
4.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Penutup Dari mana asalnya,usah diusul,


Molek budinya menambat hati,
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Pekan Membakut,merakamkan


penghargaan terima kasih kepada En.Ag.Duramin Hj Tapa,Ketua
Cabang PKR P176 Kimanis atas kesudian meluangkan masa pada pagi
ini untuk merasmikan mesyuarat Agung PIBG Sk Pekan Membakut.
Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa,guru-guru dan tuan-tuan dan
puan-puan.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh..

Mesyuarat Seterusnya, kami serahkan kepada………………..untuk meneruskan


PIBG 2019 agenda mesyuarat Agung PIBG Sk Pekan Membakut bagi tahun 2019.
PIBG SK. PEKAN MEMBAKUT
PETI SURAT BIL. 03
89727 MEMBAKUT
SABAH.

TEL/ FAKS : 087-887511


EMAIL :xba6106@moe.edu.my
Ruj. Kami : PIBG/SKPM100-13/1/4( 7 )
Tarikh : 28.06.2022

Kepada:
Ibu Bapa / Penjaga Murid
Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut.

Tuan / Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


(PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN MEMBAKUT BAGI TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Berhubung perkara di atas, pihak PIBG SK Pekan Membakut dengan sukacitanya menjemput
tuan / puan menghadiri mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 02 Julai 2022 (Sabtu)


Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Aula Lestari Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut

03. Bersama-sama ini disertakan slip jawapan dan usul untuk dibincangkan dalam Mesyuarat
Agung tersebut. Semua usul hendaklah dikembalikan semula kepada Puan Mathilda Peter Limpas (SU
PIBG) selewat-lewatnya 01 Julai 2022 (Jumaat).

04. Sukacita dimaklumkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan
jika tuan / puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Usul yang berbentuk untuk membantu meningkatkan
kecemerlangan murid amat digalakkan.

05. Kehadiran tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“MUZAKARAH MEMBAWA KEJAYAAN”

Saya yang menjalankan amanah.

_______________________
( JIRAN BIN MENALAI )
Yang Dipertua PIBG ,
Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut.

Sk. Fail
SURAT JAWAPAN & USUL / CADANGAN

Saya………………………………………………………………………….Ibu Bapa /
Penjaga
kapada:

BIL. NAMA ANAK KELAS

*Hadir / Tidak Hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Pekan Membakut Tahun 2020 pada 29
Februari 2020. Saya ingin membentangkan usul / cadangan seperti berikut:

1.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------

2.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------

Yang Benar,

……………………………………….
( )
*Potong yang tidak berkenaan*

Anda mungkin juga menyukai