Anda di halaman 1dari 11

TEKS MC GRADUASI TAHUN 6 2018

PERKARA TEKS CATATAN


HOUSEKEEPIN BIMILLAHIR RAHMA NIRRAHIM…ASSALAMUALAIKUM
WBT, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI
G
SEJIWA.

MOHON PERHATIAN…

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA MAJLIS AKAN


BERMULA SEBENTAR SAHAJA LAGI.PIHAK URUS
SETIA DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT
DAN MEMPERSILAKAN PARA JEMPUTAN UNTUK
MENGAMBIL TEMPAT DUDUK MASING-MASING DI
DALAM DEWAN INI.

MOHON YANG BERBAHAGIA DATUK-DATUK, DATIN-


DATIN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN MEMBERIKAN
KERJASAMA.

SEBELUM ACARA DITERUSKAN, MAJLIS INGIN


MENARIK PERHATIAN KEPADA PARA HADIRIN AGAR
DAPAT MEMBERIKAN SEPENUH KERJASAMA UNTUK:

 BERDIRI SEBAIK SAHAJA DIUMUMKAN


KETIBAAN TETAMU KEHORMAT MASUK KE
DEWAN INI SEHINGGALAH SELESAI NYANYIAN
LAGU NEGARAKU.
 MEMASTIKAN TELEFON BIMBIT MASING-
MASING DIMATIKAN ATAU BERADA DALAM
MOD SENYAP KETIKA MAJLIS SEDANG
BERLANGSUNG.
 MENGHADKAN PERGERAKAN SEMASA MAJLIS
BERLANGSUNG DAN TIDAK MENINGGALKAN
MAJLIS SEHINGGA MAJLIS SELESAI.
MOHON KEPADA PARA HADIRIN AGAR TIDAK
MEMBUANG SAMPAH DAN MENGUTAMAKAN
KEBERSIHAN KETIKA BERADA DI DALAM DEWAN INI
-Muzik- tunggu
Diumumkan perarakan masuk murid-murid ke dalam dewan
dimulai dengan murid 6 Bestari, diikuti oleh murid 6
Cemerlang, seterusnya murid 6 Dinamik, disusuli murid 6
Inovatif dan murid 6 Kreatif.
Seterusnya, marilah sama-sama kita menyaksikan
perarakan masuk tetamu kehormat , YANG BERBAHAGIA
DATO’ SULAIMAN BIN WAK, barisan pentadbir, YDP PIBG
SERTA guru-guru warga pendidik Sekolah Kebangsaan
Seri Bintang Utara.
Hadirin MOHON berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku.
….…..

Hadirin dipersilakan duduk.


Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum, salam wilayahku
ceria dan salam apresiasi.
Yang Berbahagia Dato’ Sulaiman Bin Wak,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor
Pembangunan Profesionalisme Keguruan,Kementerian
Pelajaran Malaysia ,
Yang Berusaha,
Puan Noriah Binti Hj Ismail Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Seri Bintang Utara,
Puan Noriyati Binti Pit, GPK Tadbir dan Kurikulum,
Puan Siti Hanim Binti Ismail, GPK Hal Ehwal Murid,
En Mohd Nizam Bin Samsudin, GPK Kokurikulum ,
Yang Dihormati En Hakim Bin Hamzah Yang Dipertua
PIBG SKSBU, ahli – ahli jawatankuasa PIBG, rakan
sejawat warga pendidik sksbu, dato/datin, tuan/puan, para
ibu bapa, para hadirin yang dimuliakan seterusnya YANG
DIRAIKAN murid-murid tahun 6 sesi 2013 – 2018 .

Anak helang mencari makan,


Anak merbah RIUH MENYANYI
Selamat datang kami ucapkan,
KEPADA TETAMU MAJLIS APRESIASI
Pihak majlis sangat berbesar hati dan mengalu-alukan
kehadiran dato/datin, tuan/puan bagi meraikan dan
memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini.
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Dengan ini,dipersilakan Al- Fadhil Ustaz Syamil Irawan bin


Ismail untuk membacakan doa.
….……
Amin Yarabbalalamin. terima kasih di atas bacaan doa itu
tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada hari ini berjalan lancar
dan beroleh kerahmatan .

Melayang serindit di atas permatang,


Meribah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Hadirin yang dimuliakan,


Seperti sedia maklum, majlis kita pada hari ini sangat
istimewa dan bermakna buat semua apatah lagi bagi para
murid yang bakal merubah status akaun mereka daripada
sekolah rendah ke sekolah menengah.

Dengan ini, marilah kita sama – sama mendengar ucapan


daripada wakil murid selaku ketua pengawas SKSBU 2018.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan adik Puteri Nisa
Sahira Binti Rozelan.
Terima kasih diucapkan kepada adik Puteri Nisa Sahira Binti
Rozelan di atas ucapan wakil murid sebentar tadi.
Indah nian pucuk bidara,
Indah lagi bunga setanggi,
ucapan puan penerus bicara,
silakan bonda yang kami sayangi.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha Puan Noriah Binti Hj Ismail,Guru Besar SKSBU
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
majlis dipersilakan…
….….
Terima kasih diucapkan kepada Puan Noriah Binti Hj Ismail
di atas ucapan itu tadi. Penuh bersemangat dan penuh
pengharapan. Insha Allah doa kami akan sentiasa
mengiringi perjuangan kalian.

Bukan rumput sebarang rumput


Rumput hiasan tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Emput tuan menyampaikan ucapan

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan TETAMU


JEMPUTAN Yang Berbahagia Dato’ Sulaiman Bin Wak
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Apresiasi Tahun 6 sesi 2013 – 2018. Majlis dengan
SEGALA hormatnya dipersilakan.

-Ucapan perasmi-

Terima kasih SEKALUNG BUDI diucapkan kepada Dato’


Sulaiman Bin Wak atas ucapan PERASMIAN sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
BIAR PENAT BERDIRI
JANGAN PENAT MEMBERI
BIAR LELAH TERDUDUK
JANGAN LELAH MEMBENTUK
BIAR JASA TIDAK DIGARAP
JANGAN SEKALI HENTI BERHARAP

SESUNGGUHNYA Penganjuran majlis apresiasi dan


lambaian kasih Tahun 6 dan seumpamanya ini bertujuan
memberi motivasi serta perangsang agar murid dapat
meningkatkan kesediaan diri dan intelek untuk meneruskan
pencapaian yang cemerlang walau di mana jua mereka
berada kelak.
Justeru, pada hari yang penuh gemilang ini kita akan
menyaksikan penyampaian sijil dan anugerah kepada murid-
murid tahun 6 sesi 2013-2018.

Dengan ini majlis dengan segala sukacitanya menjemput


Puan Noriah Binti Hj Ismail bagi mengiringi Yang Berbahagia
Dato’ Sulaiman bin Wak bagi menyempurnakan majlis
penyampaian sijil kepada murid-murid TAHUN 6.
Dengan ini dijemput Puan Sareah binti Arshad bagi
mengumumkan PENERIMA SIJIL murid-murid Tahun 6
Bestari.
….…….
Seterusnya dijemput Puan Anna binti Amat bagi
mengumumkan penerima sijil murid-murid Tahun 6
Cemerlang.
….……
Dijemput Puan Nalini a/p Thangavello bagi mengumumkan
penerima sijil murid-murid Tahun 6 Dinamik.
….……
Seterusnya dijemput Puan J.Saira Banu Jinnah bagi
mengumumkan penerima sijil murid-murid Tahun 6 Inovatif
….…….
Dijemput Puan Aminah bt Jamaluddin bagi mengumumkan
penerima sijil bagi murid-murid Tahun 6 Kreatif.
….…..
Hadirin yang dimuliakan,
Sempurnalah sudah majlis penyampaian sijil kepada semua
murid Tahun 6 sesi 2013-2018.Terima kasih diucapkan
kepada Yang Berbahagia Dato’ Sulaiman bin Wak di atas
penyempurnaan majlis itu tadi. Syabas dan tahniah kepada
semua murid.

Seterusnya, mari kita sama-sama dengarkan 2 rangkaian


lagu yang akan disampaikan oleh .
Majlis dipersilakan..
….…….
Terima kasih diucapkan kepada atas
persembahan sebentar tadi.

Dalam usia yang masih muda perjalanan untuk memburu


kecemerlangan akademik masih jauh dan terbentang luas
dihadapan, maka jangan berhenti untuk terus belajar dan
berusaha sesuai dengan kata pujangga Inggeris yang
berbunyi;
Education is the most powerful weapon which you can use to
change the world.
Awan bersua citra berkisah,
Ukiran sukma kilauan kelisa,
Penyampaian sijil selesai sudah,
Anugerah istimewa menyusul pula.
Hadirin sekalian, sepanjang sesi persekolahan murid-murid
Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, pihak
sekolah amat berbangga dan berbesar hati dengan segala
usaha, kegigihan, kesungguhan serta pencapaian yang
ditunjukkan oleh mereka dalam meningkatkan prestasi diri
dan nama baik sekolah. Sebagai penghargaan, pihak
sekolah ingin menyampaikan beberapa kategori anugerah
kepada individu-individu yang berkenaan.
Dimulakan dengan Anugerah Khas YDP PIBG
Anugerah ini merupakan anugerah kedua tertinggi yang
diberikan kepada murid yang berjaya mencapai bilangan 6A
sebanyak 6 daripada 7 kali peperiksaan yang dijalankan
pada tahun ini.
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah yang
dipertua pibg, pihak majlis dengan rasa sukacita menjemput
sekali lagi Pn Noriah Binti Hj Ismail untuk mengiringi YDP
PIBG En Hakim Bin Hamzah bagi menyempurnakan
penyampaian anugerah.
Anugerah Khas YDP PIBG 2018 dianugerahkan kepada
1. Jayden Ng Honn Hei
2. Airil Luqman bin Azmil Farid
3. Nur Uzma Batrisyia binti Mohd Yusof

*Ketiga - tiga penerima anugerah sebentar tadi telah


memperolehi 6A sebanyak 6 daripada 7 kali
peperiksaan yang telah dijalankan pada tahun ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima


anugerah.
Terima kasih kepada En Hakim Bin Hamzah di atas
penyampaian anugerah sebentar tadi.
Seperti kata pujangga Inggeris “Intelligence plus
character that is the goal of true education”.
Seterusnya, Anugerah Khas Kecemerlangan
Kokurikulum
Anugerah khas ini diberikan kepada murid berdasarkan
penglibatan aktif dan pencapaian terbaik dalam bidang
kokurikulum samada persatuan, permainan dan badan
beruniform. Penilaian dibuat berdasarkan pencapaian rekod
dan kemenangan yang telah diraih pada peringkat sekolah,
zon, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Dengan ini majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn
Noriah Binti Hj Ismail untuk mengiringi Ybhg. Dato’
Sulaiman Bin Wak bagi menyempurnakan penyampaian
anugerah.
Sebelum saya mengumumkan penerima bagi anugerah khas
kecemerlangan bagi kategori lelaki 2018, izinkan saya untuk
membacakan kecemerlangan yang dikecapi oleh penerima
anugerah ini.
******* BACA TEKS ******
Anugerah khas kecemerlangan kokurikulum bagi kategori
lelaki tahun 2018 dianugerahkan kepada;
1. Airil Luqman bin Azmil Farid
Seterusnya izinkan saya untuk membacakan kecemerlangan
yang dikecapi oleh penerima anugerah bagi kategori
perempuan.
******* BACA TEKS ******
Anugerah khas kecemerlangan kokurikulum bagi kategori
perempuan tahun 2016 dianugerahkan kepada :

2. Naeimah bt Hakim

Majlis diteruskan lagi dengan Anugerah Sahsiah


Anugerah Khas ini diberikan kepada murid yang sentiasa
menunjukkan sikap dan perilaku yang baik dalam kalangan
warga sekolah khasnya guru-guru mahupun rakan-rakan
yang lain. Ciri-ciri seperti menghormati orang lain, bermurah
hati, sentiasa merendah diri mahupun memberi pertolongan
antara kriteria utama dalam pemilihan anugerah ini.

Untuk penerima anugerah pada tahun ini, dipersilakan


Muhammad Afham bin Mohd Faisal
Seterusnya dipersilakan Zara Sofea binti Mohd Ramzisham

Anugerah seterusnya ialah Anugerah Peningkatan


Akademik
Anugerah peningkatan akademik merupakan anugerah
kepada murid yang telah menunjukkan peningkatan prestasi
dalam setiap penilaian yang dijalankan. Anugerah ini juga
dinilai dari aspek penguasaan nilai tambah dan
kecemerlangan yang ditunjukkan oleh murid ini sendiri.
Antaranya kesungguhan, sifat ingin tahu dan memberikan
komitmen tinggi dalam setiap tugasan.

Anugerah ini dianugerahkan kepada :


Manoj a/l Thiruvasagam
Anugerah yang terakhir ialah Anugerah Kecemerlangan
Akademik
Anugerah Kecemerlangan Akademik merupakan anugerah
khas tertinggi yang diberikan kepada murid yang telah
menunjukkan prestasi terbaik dalam bidang akademik dan
peratus pencapaian keseluruhan tertinggi dalam kalangan
murid Tahun 6.
Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi tahun 2018
dianugerahkan kepada;
1. Jayden Ng Honn Hei
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima
anugerah .
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato’
Sulaiman bin Wak atas penyampaian anugerah sebentar
tadi.
Pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga,
sempurnalah sudah penyampaian anugerah,
tahniah dan syabas kepada semua.
Kepada semua penerima anugerah dan begitu juga kepada
murid-murid lain,…. kehidupan ini seringkali memberi kita
peluang yang dinamakan “ hari esok “ . Teruslah berusaha
untuk terus gemilang di dunia mahupun di akhirat kelak .
Penyampaian cenderamata
Hadirin sekalian, sebagai tanda penghargaan kepada
tetamu kehormat, pihak MAJLIS berbesar hati ingin
menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan
kerana sudi hadir ke majlis APRESIASI PADA KALI INI .
Oleh itu, majlis menjemput Pn Noriah Binti Hj Ismail GB
SKSBU untuk menyampaikan CENDERAMATA kepada
Yang Berbahagia Dato’ Sulaiman Bin Wak.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Noriah
Binti Hj Ismail GB SKSBU atas penyampaian cenderamata
itu tadi.
ANAK – ANAK , PARA MURID TAHUN 6 YANG DIKASIHI
Ilmu itu ibarat lautan,
semakin diselam semakin dalam.

JANGANLAH BERHENTI UNTUK TERUS MENGEJAR


IMPIAN DAN KEGEMILANGAN .
WE LOVE U INFINITY.
Diumumkan perarakan keluar tetamu kehormat, barisan
pentadbir, YDP PIBG, dan guru-guru warga pendidik
Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan seterusnya
murid-murid Tahun 6 sesi 2013 – 2018 .

Andai Esok Berbaju Baharu


Baju Lama Jangan Dibuang
Andai Esok Tidak Bertemu
Jadikan Ini Sebagai Kenangan

Terbang rendah burung tempua,


Hinggap berdua di dahan ara,
Hidangan di meja sudah tersedia,
jemput tuan menjamu selera.

Hadirin sekalian, sambil menikmati juadah yang tersedia ,


pinjamkan mata dan telinga anda BUAT SEKETIKA untuk
menyaksikan persembahan istimewa, bakat terpendam
daripada para murid yang kita raikan hari ini.

Anda mungkin juga menyukai