Anda di halaman 1dari 9

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari pulau mutiara


Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum w.b.t dan Ahlan Wa Sahlan


Hadirin sekalian, Selamat datang ke MRSM Taiping.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
program Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia kali ke-6 ini dapat berjalan seperti
yang dirancangkan. Program ini sememangnya menjadi program tahunan dalam
agenda MARA untuk menjana kecemerlangan pelajar dari aspek akademik dan
sahsiah. Dengan tema pada tahun ini Bersama Menjana Generasi Pintar Soleh,
diharapkan agar program ini dapat dijadikan sebagai satu platform kepada para
peserta untuk mengetengahkan bakat dan seterusnya menjadi insan yang cemerlang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja yang telah menjayakan
Program Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia kali ke-6 ini. Sesungguhnya dengan
komitmen daripada semua pihak maka program ini telah berlangsung dengan
jayanya.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz Abdul Hadi bin
Isa untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala takzim dipersilakan.

Amin ya Rabal Alamin. Semoga majlis kita mendapat keredaan dari-Nya. Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abdul Hadi atas bacaan doa sebentar
tadi.

Hadirin sekalian,
Sebagai tuan rumah untuk program nadwah pada kali ini sudah pastinya kami cukup
berbangga atas kedatangan semua kontinjen dari 38 buah MRSM yang mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang telah disusun sepanjang 4 hari kita berkampung
di MRSM Taiping ini.

Bagi meneruskan acara, marilah kita sama-sama mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-
Quran. Dengan ini, majlis menjemput saudara Muhammad Hazim bin Nazmi untuk
memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran surah Al-Luqman ayat 12-19.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Muhammad Hazim bin
Nazmi atas bacaan sebentar tadi.

Untuk makluman hadirin, rumusan bagi ayat tersebut ialah ALLAH SWT
mengingatkan kita tentang nasihat Luqman Al-Hakim untuk anaknya. Antara nasihat
Luqman Al-Hakim adalah seperti berikut:

 Jangan lakukan perbuatan syirik


 Tunaikanlah solat
 Bersabar atas setiap bencana
 Berbuat baik kepada ibu bapa
 Janganlah bersifat sombong
 Lakukanlah kebaikan dan mencegah kemungkaran

Dalam usaha membentuk generasi pintar soleh, penerapan nilai-nilai murni haruslah
ditanam dalam sanubari pelajar.

Sifat-sifat mahmudah yang termaktub dalam ayat tersebut haruslah dijadikan


pegangan dan diimplimentasikan dalam kehidupan seharian pelajar.

Kesedaran dan ruh Islamiah dalam jiwa pelajar akan membentuk jati diri yang utuh
dari segala aspek dan pelajar akan terhindar dari segala anasir yang menghancurkan
umat Islam.

Hadirin sekalian

Agenda diteruskan dengan persembahan montaj yang memaparkan aktiviti-aktiviti


yan sempat dirakam sepanjang program ini berlangsung.

Terima kasih diucapkan atas persembahan montaj sebentar tadi.


Hadirin sekalian,
Kini tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan alu-aluan daripada pengetua
MRSM Taiping. Dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Berusaha Tn Hj Mohd Saroni bin Kasmani untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan beliau sebentar
tadi.

Hadirin sekalian,
Agenda diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berhormat Kapt (B) Dato' Hj Mohd
Najmuddin bin Elias Al-Hafiz, Penasihat Agama kepada Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Perak, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Penutupan Program Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia Kali Ke 6 ini. Dengan
hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Kapten Bersara
Dato Hj Mohd Najmuddin atas ucapan perasmian itu tadi.

Hadirin sekalian,
Seterusnya kita akan disajikan dengan persembahan khutbah spontan daripada johan
khutbah spontan nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia kali ke 6. untuk itu, dengan
hormatnya majlis menjemput saudara ____________________________________.
dipersilakan.

Hadirin sekalian,
demikianlah tadi persembahan khutbah spontan yang sungguh bersemangat oleh
saudara____________________________. Syabas dan tahniah diucapkan.
Hadirin sekalian,
Keputusan pertandingan telah pun berada di tangan kami dan debaran kian terasa.
Oleh itu, pihak majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua,
Tn Hj Mohd Saroni bin Kasmani untuk mengiringi Yang Berhormat Kapten (B) Dato
Hj Mohd Najmuddin untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dipersilakan.

*Untuk pengumuman pertandingan, sekiranya kategori individu, sebut namanya dan


gunakan saudara/saudari dan dari MRSM mana.

Bagi persembahan forum, dijemput wakil dari maktab-maktab berikut untuk


menerima hadiah saguhati
Dipersilakan wakil :

Seterusnya, Pertandingan Pembentangan Ucaptama.


Bagi tempat ke-4 hingga ke-8 para peserta akan menerima hadiah sagu hati.

Dipersilakan kedua-dua peserta naik ke pentas untuk menerima hadiah :

MRSM ____________________

Tempat ketiga disandang oleh___________________________


Naib johan_______________________________
Johan bagi Pertandingan Pembentangan Ucaptama disandang oleh
____________________________________
Seterusnya bagi pertandingan khutbah, dipersilakan peserta daripada maktab-maktab
berikut untuk menerima hadiah saguhati.

Dipersilakan peserta dari:

MRSM____________________

Tempat ketiga _________________


Naib Johan _____________________
Johan bagi pertandingan khutbah disandang oleh _____________________

Bagi pertandingan pidato, dipersilakan peserta dari maktab-maktab berikut untuk


menerima hadiah saguhati

Dijemput peserta dari

MRSM________________________

Tempat ketiga _________________


Naib Johan _____________________
Johan bagi pertandingan pidato disandang oleh _____________________

Seterusnya, diumumkan Johan Keseluruhan Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia


kali ke-6. Untuk makluman, Johan Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia akan
menerima piala, dan piala pusingan sumbangan MUAFAKAT Kebangsaan.

Johan Keseluruhan Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia kali ke-6 jatuh kepada
_____________________________

Dijemput wakil dari MRSM _________________________ untuk menerima hadiah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.


Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan atas kesudian Yang Berhormat
Kapten (B) Dato Hj Mohd Najmuddin kerana sudi hadir ke majlis kita pada hari ini.
Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderahati kepada Yang Berhormat
Dato. Dengan itu majlis menjemput tuan pengetua Tn Hj Mohd Saroni bin Kasmani
untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Kapt (B) Dato Hj
Mohd Najmuddin kerana sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah sebentar
tadi.

Hadirin sekalian,
Kami merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak
yang telah terlibat dalam menjayakan program Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia
kali ke-6 ini.

Biar hidup bersendi syarak


Biar mati berkalang iman
Jadikan nadwah terus semarak
Menjadi pedoman sepanjang zaman

Sebagai penutup program Nadwah Islamiah MRSM Se-Malaysia kali ke-6, 2010,
hadirin diminta berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu maktab.

Dif-dif kehormat dijemput untuk menikmati juadah di bilik jamuan, manakala guru-
guru pengiring serta para peserta dijemput ke Dewan Selera.

Sekian. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

Hadirin diminta terus berdiri bagi menghormati perarakan keluar tetamu kehormat.

Majlis Bersurai.
SKRIP PENGACARA MAJLIS PROGRAM NADWAH ISLAMIAH MRSM SE-
MALAYSIA KALI KE-6 2010

PENGUMUMAN

Assalamualaikum wbt
 pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian agar dapat memastikan
telefon bimbit berada dalam keadaan mod senyap agar tidak mengganggu
kelancaran majlis.

DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERHORMAT KAPT (B) DATO HJ MOHD


NAJMUDDIN BIN ELIAS AL-HAFIZ, PENASIHAT AGAMA KEPADA YANG
AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PERAK, DIIRINGI PENGETUA MRSM
TAIPING DAN DIF-DIF JEMPUTAN.

HADIRIN DIPERSILAKAN BERDIRI.

HADIRIN DIPOHON UNTUK TERUS BERDIRI BAGI MENYANYIKAN LAGU


NEGARAKU DAN ASMAUL HUSNA.

HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK. TERIMA KASIH.


 YANG BERHORMAT, KAPTEN BERSARA DATO' HJ MOHD
NAJMUDDIN BIN ELIAS AL-HAFIZ,
(PENASIHAT AGAMA KEPADA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI
BESAR PERAK)

 YANG BERBAHAGIA, TN HJ MAZLAN BIN HASHIM


(KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN
BAHASA ARAB BAHAGIAN PELAJARAN DAN LATIHAN MENENGAH
MARA)

 YANG BERBAHAGIA,
____________________________________________________________

 YANG BERUSAHA, TN HJ MOHD SARONI BIN KASMANI,


(PENGETUA MRSM TAIPING)

 YANG BERUSAHA, EN MOHD YUSOFF BIN MAT TAHA,


(TIMBALAN PENGETUA HAL EHWAL AKADEMIK MRSM TAIPING)

 YANG DIHORMATI, USTAZAH HAFIDZAH BT MOHD ZAINAL


(PENYELARAS PROGRAM NADWAH ISLAMIAH MRSM SE-MALAYSIA
KALI KE-6)

 PEGAWAI PELAJARAN DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA

 PENGETUA-PENGETUA MRSM, PENGETUA-PENGETUA INSTITUSI


PENDIDIKAN MARA, PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH SEKITAR
LARUT MATANG DAN SELAMA, ATAU WAKILNYA, GURU-GURU,
DAN PARA PESERTA NADWAH ISLAMIAH MRSM SE-MALAYSIA
KALI KE-6

Anda mungkin juga menyukai