Anda di halaman 1dari 11

TEKS UCAPAN

Pengerusi Masjid Ar Rayyan Permyjaya


Sempena Majlis Penutupan Program
Kem Aulad Bestari Anjuran Ikram Junior
Miri

26 Oktober 2014 / 2 Muharram 1436H


Ahad
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia

Yang Berusaha Pn. Balkisnah binti Shaharuddin, Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Daerah Miri.

Yang dihormati

Fasilitator Program Kem Aulad Bestari,

Ibu bapa berdedikasi

Para peserta Kem Aulad Bestari (KAB)

Jemaah masjid, tidak lupa muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.

1. Alhamdulillah ..(Hamdalah)

2. Pertama dan selamanya, marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran


ke hadrat Allah Azzawajalla kerana dengan limpahan rahmat dan kasih sayangnya, kita
dapat bersama-sama berkumpul dalam majlis penutupan Kem Aulad Bestari anjuran
IKRAM Junior Daerah Miri.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

3. Saya mewakili ahli jawatankuasa Masjid ar rayyan ingin mengucapan ribuan terima
kasih kepada barisan krew IKRAM Junior daerah miri kerana telah memilih masjid ar
rayyan sebagai lokasi program untuk mengadakan program Kem Aulad Bestari. Saya
difahamkan, program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2009 di beberapa lokasi terpilih
dalam daerah Miri. Sasaran peserta program ini adalah murid murid yang berumur
antara 7 hingga 12 tahun. Sesuai dengan konsep dan metodologi pelaksanaanya iaitu
santai dan menyeronokkan. Syabas kepada Pertubuhan Ikram Daerah Miri kerana
berjaya menembusi pasaran dakwah dalam kalangan kanak- kanak.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

4. Era kemodenan yang sangat pesat zaman kini, banyak mendatangkan kebaikan. Tetapi,
tidak juga dinafikan, ia mendatangkan keburukan. Anak anak terdedah dengan
fenomena gajet seperti telefon bimbit, computer riba dan sebagainya. Sebagai ibu bapa
yang prihatin, kita perlulah menjadi agen pengawal terhadap tahap penggunaan
kesemua gajet ini oleh anak anak kita. Dunia tanpa sempadan masa kini banyak
mendedahkan perkara perkara yang negative yang boleh merosakkan akhlak anak
anak. Sesungguhnya, pilihan sentiasa ada. Ibu bapa berperanan mencari program
berbentuk kerohanian yang sesuai dengan anak anak.

5. Sempena cuti sekolah ini, marilah kita sama sama memberikan sepenuh perhatian
terhadap anak anak. Pada masa inilah peluang untuk kita mencorakkan kehidupan
mereka terbuka luas. Pantaulah mereka agar tidak terlibat dengan gejala yang tidak
sihat. Keprihatinan ibu bapa yang menghantar anak anak untuk menyertai program
hari ini adalah satu usaha yang baik dan harus dijadikan contoh dalam masyarakat. Bak
kata pepatah anak anak adalah ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang
mencorakkanya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

6. Dikesempatan ini, sekali lagi saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak
IKRAM JUNIOR Daerah Miri kerana sudi bertandang ke masjid ar rayyan dan
melaksanakan program yang sangat bermanfaat ini. Harapan kami agar hubungan yang
mula terjalin antara krew IKRAM Junior, peserta, dan ibu bapa dan pihak masjid tidak
terhenti setakat ini. Mudah - mudahan perkongsian dan pertemuan ringkas ini
mencambahkan kemesraan dunia dan akhirat.
7. Sekian, Yang baik datang dari Allah dan yang lemahnya datangnya dari Allah atas
kelemahan diri saya sendiri.

Wabilahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


UCAPAN PENGERUSI AJK KARIAH UNTUK

MESYUARAT AGUNG, MASJID SULTAN YUSSUF KALI KE 18

KHAMIS, 06 FEBRUARI 2014

Assalamualaikaum warah matullah hi wabarakatuh,

Yang Berusaha Tuan Haji Yeop Mohd.Said bin Abdul Muttalib selaku Pengacara Majlis dan Setia
Usaha AJK Kariah Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia.

Yang Berbahagia, Dato Haji Mohd. Yussuf bin Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam
Perak, tetamu kehormat kita pada malam ini,

Yang Berbahagia Dato Haji Zubairi bin Tajuddin, Orang Besar Jajahan Kampar,

Tuan Haji Saleh bin Abd. Karim, Pemangku Timbalan Pengerusi Masjid,

Ahli-Ahli Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa Biro-Biro Masjid Sultan Yussuf,

Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan Ahli Jemaah dan Ahli Kariah Masjid Sultan
Yussuf yang di rahmati Allah sakalian,

Bersyukurlah kita ke hadrat Allah s.w.t. yang telah mengizinkan kita pada malam ini untuk
berkumpul di Dewan Masjid ini, dengan tujuan menjalankan tugas dua tahun sekali, iaitu
mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Masjid Sultan Yussuf Rapat Setia ini.

Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada tetamu yang kita raikan pada
malam ini iaitu Yang Berbahagia Dato Haji Mohd. Yussuf bin Husin, Pengarah Jabatan Agama
Islam Perak, yang telah sudi menerima jemputan kita untuk merasamikan Mesyuarat Agung
pada malam ini. Tidak syak lagi kehadiran Yang Berbahagia Dato, telah menyeri dan memberi
makna yang besar kepada kita pada malam ini. Dato Haji Mohd. Yusuf telah beberapa kali
datang ke masjid kita ini semenjak menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, tetapi tidak
pernah bercakap secara rasmi kepada ahli kariah Masjid ini. Jadi pada malam ini kita akan
dapat mendengar amanat langsung dari Yang Berbahagia Dato.

Dato Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan sakalian,

Mesyuarat Agung Kali ke 18 ini sepatutnya diadakan pada bulan Jun tahun lepas iaitu
tahun 2013, tetapi oleh kerana pada 7 Jun tahun lepas, kita telah mengadakan sambutan 40
tahun Masjid ini, maka kita telah menunda Mesyuarat ini pada malam ini. Mesyuarat ini
terpaksa ditunda kerana seluruh tenaga dan kewangan Masjid terpaksa ditumpukan kepada
Sambutan 40 tahun itu. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-
tinggi terima kasih kepada Yang berbahagia Dato Mohd. Yusuf dan pegawai-pagawai Jabatan
Agama Islam Perak yang telah memberi pertolongan yang sangat besar hingga Sambutan itu
telah dapat dijalankan dengan sepenuh kejayaan. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan
kita mendapat sepenuh kerjasama dari Jabatan-Jabatan lain saperti JKR, DBI, TNB, JAP dan lain-
lain untuk menjayakan Majlis Sambutan itu, kerana semua jemputan dibuat atas nama Jabatan
Agama Islam Perak.

Sambutan 40 tahun itu diadakan bersama dengan Perasmian Bangunan Tambahan Baru
yang telah mendapat peruntukan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak
sebanyak RM400,000.00. Peruntukan pertama sebanyak RM200,000.00 telah diperolehi pada
pada tahun 2011 untuk mengubahsuai Balai Lentang di sebelah Jalan Tengku Hussain. Setelah
merayu sekali lagi untuk menyudahkan kerja-kerja tambahan, kita telah mendapat peruntukan
tambahan sebanyak RM200,000.00 lagi pada tahun 2012. Akhirnya kita telah dapat
menyiapkan tambahan bangunan di sebelah Jalan Raja Musa Mahadi pada tahun 2013 dengan
perbelanjaan sebanyak RM380,000.00. Ini bermakna jumlah perbelanjaan penambahbaikan itu
sebanyak RM580,000.00. Tambahan RM180,000.00 adalah daripada dana Masjid dan derma
dari ahli kariah masjid ini.

Jika tuan-tuan menyemak Laporan Biro Pembangunan di muka surat 21 dalam buku Mesyuarat
Agung itu jumlah Perbelanjaan Pembangunan dari tahun 2011 hingga 2013 ialah sebanyak
RM676,000.00 yakni lebih setengah juta. Manakala keseluruhan Perbelanjaan Pembangunan
dari tahun 2005 hingga 2013 ialah sebanyak RM1.47 juta. Saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah menyumbangkan derma untuk pembangunan
Masjid ini. Kami juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak yang
telah menyumbangkan peruntukan sebanyak RM518,000.00 dariapada RM1.47 juta itu. Ini
bermakna Keseluruhan Pembangunan Masjid ini 35% dibiayai oleh Kerajaan dan 65% di
dermakan oleh ahli kariah masjid ini sendiri. Kita boleh bersyukur kepada Allah yang telah
memberi hidayah kepada kita untuk berinfak ka jalan Allah, kerana banyak juga Masjid di negeri
ini, dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Saya yakin tidak ada yang menyesal kerana memberi
derma kepada Pembangunan Masjid kita.

Dalam melaksanakan projek Pembangunan Masjid ini, saya sangat terhutang budi
kepada Tuan Haji Abdul Jamil bin Ariffin yang sangat banyak menolong mendapatkan
peruntukan pembangunan dari kerajaan. Bagitu juga kepada Tuan Haji Hamzah bin Long yang
banyak menolong dalam kerja perlaksanaan projek pembangunan ini.

Sidang hadirin yang di Rahmati Allah sakalian,

Jika tuan-tuan dan puan-puan meneliti laporan kewangan yang disediakan oleh
Bendahari, Tuan Haji Abd. Latif Saidin dan Tuan Haji Abu Bakar Sarip dari ms 61 hingga 83, kita
dapati pendapatan untuk dana Masjid ini adalah agak selesa. Kutipan bulanan Hari Jumaat
adalah lebih kurang RM8,000.00 sebulan. Selain daripada itu Masjid mempunyai dua buah
kedai dua tingkat yang menghasilkan sewa RM1,750.00 sebulan. Masjid juga mempunyai
sebuah Rumah Penginapan disebelah Masjid ini yang diuruskan oleh Tuan Haji Yeop Mohd. Said
bin Muttalaib yang menghasilkan pendapatan purata RM600.00 hingga RM700.00 sebulan.

Selain daripada itu setiap malam Jumaat, Masjid ini mengadakan Majlis bacaan Yasin dan
tahlil dan mengadaka jamuan yang didermakan oleh orang ramai yang berjumlah antara
RM400.00 hingga RM1,200.00 se malam. Sebahagian daripada derma ini digunakan untuk
bayaran bill letrik dan air masjid. Selain daripada itu pada bulan Ramadhan ahli kariah Masjid
ini telah menginfakkan hampir RM30,000.00 untuk mengadakan jamuan morei sepanjang bulan
Ramadhan.
Ahli kariah masjid ini bukan sahaja perihatin kepada penduduk tempatan tetapi juga
memberi perhatian kepada saudara seagama di peringkat antarabangsa. Ahli kariah telah
menyumbangkan derma kepada penduduk Gaza sebanyak RM10,000.00 pada bulan Ramahdan
tahun 2012 dan RM6,000.00 kepada pelarian Syria pada tahun lepas. Semuga segala sedekah
jariah kita mendapat keridhaaan Allah s.w.t.

Masjid ini bukan sahaja memberi perhatian kepada pembangunan fizikal atau
infrastruktur, tetapi juga kepada pembangunan rohaniah dan pengimarahan masjid. Masjid ini
mempunyai 9 orang guru agama yang yang memberi kuliah agama selepas solat Maghrib. Pada
malam yang tidak ada kuliah agama, tayangan video ceramah agama oleh pensyarah yang
terkenal dibuat bagi mengisi waktu maghrib dan Isyak yang di kelolakan oleh Tuan Haji Suhaili
bin Hashim.. Jadi hampir setiap malam, masjid ini diimarahkan dan kehadiran ahli Jemaah
hampir seratus orang pada setiap malam dan mencecah hampir 200 orang jemaah lelaki dan
wanita pada malam Jumaat, apabila majlis bacaan yasin dan tahlil di adakan.

Masjid ini bukan sahaja memberi perhatian kepada pendidikan untuk jemaah dewasa
tetapi tidak lupa juga kepada anak-anak ahli kariah. Untuk itu sebuah Sekolah Agama Rakyat
telah di tubuhkan sejak tahun 1970an dan sekarang telah berkembang maju dengan
mempunyai seramai 279 orang murid dan 6 orang tenaga pengajar. Sekolah ini berkembang
pesat dibawah kelolaan Biro Sekolah Agama Rakyat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd.
Junid bin Mohd. Nasir.

Dalam hal pendidikan Masjid juga tidak lupa menambahkan ilmu pengetahuan ahli
jemaah. Untuk ini Biro Pendidikan yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Salleh bin Abdul Karim
telah dapat menjalankan beberapa program yang membawa konsep pendidikan seumur hidup.
Di antaranya: mengadakan kelas Bahasa Arab yang dimulakan oleh Allah Yarham Ustaz Hazman
kemudian disambung oleh Allah Yarham Ustaz Adam. Selepas kematian Ustaz Adam kelas
Bahasa Arab disambung oleh Ustaz Abd. Rani. Yang amat membanggakan seorang murid kelas
Bahasa Arab iaitu Tuan Haji Suhaili telah pun dapat menjadi tutor dan memberi bimbingan
kepada yang baharu belajar Bahasa Arab.
Selain daripada itu kelas Tajwid dan Talaqi Al Quran juga diwujudkan dibawah pimpinan
Ustaz Haji Mazlan Zaini Al Hafiz. Untuk memenuhi keperluan masyarakat, satu pasukan
marhaan juga di wujudkan dibawah pimpinan Tuan Haji Kamaruddin Uda Menon dan Tuan Haji
Mustaha bin Mohd. Radzi.

Di samping itu pendidikan untuk kaum wanita juga tidak dilupakan. Di bawah pimpinan
Pengerusi Biro Wanita : Puan Hajah Zahara Suhaimi dan Puan Hajah Siti Khamsiah kelas
pengajian untuk wanita diadakan selepas solat Asar setiap Hari Isnin, Rabu dan Jumaat, dengan
guru agama seramai 4 orang. Biro Wanita juga telah mengadakan beberapa kursus dan
lawatan, khas untuk kebajikan kaum wanita.

Masjid ini turut memberi perhatian kepada masalah belia disekeliling masjid ini. Untuk
menangani masalah belia Biro Belia dan Beliawanis yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohd.
Fadhil bin Nuruddin telah mengadakan beberapa kegiatan untuk belia saperti sukan, program
Anda Bijak jauhi Zina, kursus tahsin solat, Remaja meraikan Ramadhan dan lain-
lain. Manakala untuk beliawanis dibawah pimpinan Dr. Tun Kamsiah binti Fathullah pula telah
mengadkan kursus fikah an nisa dan program belia dan Al Quran.

Dengan kegiatan yang banyak dijalankan di masjid ini kerosakan bangunan dan peralatan
masjid tidak dapat dielakkan. Untuk menangani masalah ini masjid mempunyai sebuah Biro
Penyelengaraan yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Wan Ahmad bin Wan Ismail dan Tuan Haji
Hamzah Long.. Alhamdulillah segala kerosakan telah dapat dibaiki dengan kadar segera dan
tandas masjid ini diakui oleh pelawat antara tandas masjid yang terbersih di daerah ini.

Berkait dengan kerosakan masalah keselamatan juga timbul. Untuk menangani masalah
ini Biro Keselamatan dan Kebajikan yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad bin Patoon telah
mengadakan beberap program saperti menyediakan papan tanda untuk memudahkan jemaah
dan meyediakan anggota rela untuk menjaga keselamatan masjid. Biro ini juga telah membuat
lawatan ke rumah orang tua dan menziarahi ahli-ahli Jemaah yang uzur.

Sidang hadirin sakalian,


Bagi menggalakkan ahli Jemaah menjalankan sunah Rasullah saw, Biro Ibadah Kurban
yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Zainal Abidin bin Abdul Manaf telah dapat menganjurkan
ibadah kurban pada setiap kali Sambutan Hari Raya Idil Adha. Setiap tahun 10 ekor lembu telah
dapat disembelih hasil sumbangan ahli kariah masjid ini. Setiap tahun kira-kira RM35,000.00
telah dibelanjakan untuk kegiatan ibadah kurban.

Masjid ini bukan sahaja memikirkan ahli Jemaah yang hidup tetapi juga memikirkan
persediaan untuk kematian. Untuk tujuan ini Biro Tanah Perkuburan yang dipengerusikan oleh
Tuan Haji Mohd. Mohd. Junid bin Mohd. Nasir dan kemudian diambil alih oleh Tuan Haji Abd.
Hamid bin Dato Damanhuri telah ditugaskan menyelanggarakan Tanah Perkuburan Masjid
Sultan Yussuf seluas 18 ekar. Biro ini telah membuat pembaikan kepada Tanah Perkuburan ini
dengan perbelanjaan hampir RM100,000.00 untuk menurap jalan, membuat perparitan, dan
menanam pokok perhiasan bagi mengindahkan Tanah Perkuburan. Dengan usaha meraka yang
gigih itu Tanah Perkuburan masjid ini telah mendapat pengiktirafan Tanah Perkuburan terbaik
di Daerah Ipoh.

Pengurusan jenazah juga telah dapat dijalankan dengan cekap dan biasanya jenazah dapt
diselanggarkan dalam masa 4 jam selepas maklumat kematian disampaikan kepada Biro
Pengurusan Jenazah yang di pengerusikan oleh Tuan Haji Adnan bin Mohd. Yussuf dibantu oleh
Tuan Haji Suffian bin Abu Hanifah. Setakat ini sebanyak 540 jenazah telah dikebumikan di Tanah
Perkuburan Masjid ini termasuk 67 orang kanak-kanak. Biro ini juga menyelenggarakan dua
buah kereta jenazah, walau pun kedaannya telah agak uzur. Masjid sedang berusaha untuk
mendapatkan sebuah kereta jenazah yang baru.

Untuk menyampaikan maklumat masjid kepada ahli kariah dengan lebih berkesan Biro
Penyebaran Maklumat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Rozalli bin Suradi telah menubuhkan
laman sesawang masjid ini iaituwww.masjidsultanyussuf.com. Maklumat mengenai masjid ini
termasuk khutbah sebulan sekali dapat diikuti dari laman sesawang ini. Selain daripada itu
maklumat mengenai kegiatan masjid melalui surat-surat edaran juga diperkelilingkan dari
semasa ke semasa.

Sidang hadirin yang di rahmati Allah sakalian,


Langit tidak selalu cerah, sekali sekala dirundung awan, bagitu juga bumu tidak selalu
kering, sekali sekala ditimpa hujan. Bagitulah juga Masjid ini. Walau pun banyak gambaran
kejayaan dan keseronokan tetapi Allah menduga kita dengan kejadian yang menyedihkan. Tiga
hari sebelum Hari Raya Idil Fitri tahun 1434 Setia Usaha Masjid ini, Allah Yarham Tuan Haji
Mokhtar bin Saidin telah kembali ke Rahmatullah dengan sakit hanya beberapa hari. Selang
tiga bulan kemudian, Pengerusi Masjid ini Allah Yarham Tuan Haji Abdullah bin Mohd. Hashim
pula mengikut kembali ke Rahmatullah. Baru tiga bulan yang lepas pula, tiba-tiba Allah Yarham
Ustaz Hazman Hashim Al Hafiz jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital KJP. Dalam masa Ustaz
Hazman di hospital, tiba-tiba dengan dengan mengejut Allah Yarham Tuan Haji Meoer Adam
pula telah kembali ke Rahmatullah. Lima hari kemudian Allah Yarham Ustaz Hazman pula
mengikut Tuan Haji Meor Adam kembali ke Rahmatullah. Jadi dalam masa tidak sampai
setahun kita kehilangan 4 orang yang sangat banyak berjasa kepada Masjid ini. Ini semua
adalah suratan takdir yang terpaksa kita terima. Walau pun kita telah membaca tahlil tadi
tetapi marilah sekali lagi kita mensedekahkan fatihah kepada roh mereka. Al Fatihah.

Sebenarnya dugaan kita tidak habis di situ. Dengan tidak disangka-sangka Timbalan
Pengerusi Masjid , Tuan Haji Ahmad Radzi bin Ibrahim pula ditimpa sakit lebih sebulan dan
hampir hilang pengelihatan beliau. Al hamdulillah setelah berubat di Subang Jaya Medical
Center nampaknya telah bertambah baik. Marilah kita berdoa semuga beliau cepat sembuh
dan dapat kembali bersama-sama kita pada masa kan datang.

Sebagai Pengerusi Ahli Jawatan kuasa kariah Masjid ini, saya mengambil kesempatan
pada malam Mesyuarat Agung kali ke 18 ini, untuk mengucapkan terima kasih kepada
semua 18 orang Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid ini yang telah mengorbankan masa dan
tenaga untuk membangun, memelihara, memaju dan mengimarahkan Masjid ini. Walau pun
tidak mendapat apa-apa elaun tetapi kesungguhan mereka untuk menjalankan tugas
memajukan masjid ini dapat saya rasakan. Bagitu juga bersama-sama mereka ahli
Jawatankuasa sebanyak 18 Biro yang dilantik oleh Masjid yang jumlah semuanya lebih 50 orang
yang telah bersama-sama Pengerusi Biro mengurbankan masa dan tenaga dengan ikhlas untuk
memajukan masjid ini. Sebagai hamba Allah yang dhaif saya tidak dapat membalas jasa mereka
tetapi saya menyerahkan kepada Rahmat dan Rahim Allah untuk mengganjarkan pahala kepada
mereka. Saya yakin Allah Amat Pemurah lagi Maha Penyenyang.

Kepada Ahli Jemaah dan Ahli Kariah yang sentiasa memberi sokongan kepada semua
kegiatan Masjid ini siang dan malam, sama ada dengan sokongan tenaga atau sokongan
kewangan saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih. Kepada yang sentiasa berulang
berjemaah di Masjid ini saya mendoakan semua mereka dimasukkan di bawah naungan arasy
Allah pada Hari Kiamat nanti.

Akhirnya tetapi bukan tidak penting, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
semua Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang telah hadir meramaikan
Mensyuarat Agung Masjid pada Malam ini.

Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika terdapat apa-apa kekurangan dalam
majlis ini yang tidak sedap didengar telinga dan tidak enak dipandang mata. Bagitu juga jika
terdapat kesilapan kami Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid ini dalam menjalankan tugas kami
yang diamanahkan oleh Jabatan Agama Islam Perak, saya bagi pihak mereka dan diri saya
memohon ampun dan maaf. Kita semua akan kembali kepada Allah dan semuga kita menemui
Allah dalam keadaan yang bersih.

Sebelum saya mengundurkan diri sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Dato Haji
Mohd. Yusup bin Husian yang telah sudi hadir memberi ucapan dan merasmikan Mesyuarat
Agung kita pada malam ini.

Sekian. Wabillah hi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullah hi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai