Anda di halaman 1dari 2

perkara makruh ketika solat

Perkara makruh ketika solat


1) Berpaling ke kanan atau kiri kecuali kerana keperluan
Apabila kita bersolat, kita sebenarnya sedang bermunajat dengan Allah SWT.
( Allah SWT sentiasa mengadap hambaNya secara berdepan ketika solat
selagi hambaNya tidak berpaling. Sekiranya hambaNya berpaling, maka Allah
berpaling daripadanya - Abu Dawud). Dalam hadis Bukhari pula semasa
menjelaskan perbuatan berpaling ketika solat (ia adalah suatu bentuk kecurian
yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seseorang hamba). Justeru apabila
kita sedang bermunajat namun kita berpaling ke kanan atau ke kiri, seolah-olah kita
tidak serius berhadapan dengan Allah SWT. Hati kita tidak khusyuk sedangkan
khusyuk merupakan tuntutan solat. Ulama menafsirkan berpaling di sini dengan 2
keadaan iaitu berpaling muka dan berpaling hati. Namun jika ada keperluan seperti
memerhatikan musuh, ia tidak makruh kerana disebut dalam hadis bahawa Nabi
SAW pernah bersolat dalam keadaan baginda berpaling kepada suatu lorong
(hadis Abu Dawud).
2) melihat ke langit (termasuklah melihat ke siling, cicak dan sebagainya di atap
masjid).Sabda Nabi SAW ( apakah gerangannya kaum yang mengankat
pandangan mereka ke atas ketika bersolat? Kemudian baginda menyambung
lagi. Samada mereka berhenti daripada berbuat demikian atau disambar
pandangan mereka Bukhari)
3) Menutup mulutnya seperti menutup dengan kain melainkan kerana menguap.
Disebut dalam hadis Apabila menguap hendaklah menutup mulutnya dengan tangan
kerana syaitan akan masuk.
4) Bermain-main dengan rambut (menguraikannya) dan menyinsing hujung baju
(lengan) ketika solat. Ini berdasarkan hadis Bukhari dan Muslim ( aku diperintah
supaya sujud di atas 7 anggota dan aku tidak bermain-main pakaian dan
menguraikan rambut.) namun perempuan yang bersolat dengan tidak membuka
sanggulnya.
5) Berludah semasa solat samada di sebelah hadapan atau kanannya. Jika hendak
berludah juga, hendaklah di sebelah kiri atau di bawah kaki jika bersolat di luar
masjid. Jika di dalam masjid hukumnya haram. Keadaan ini jika terpaksa, kalau
boleh tahan untuk tidak meludah, sebaiknya kita tahan. Kalau tidak dapat menahan
diri daripada meludah, bolehlah kita mengeluarkan saputangan atau tisu dan
meludah di dalam tisu.
6) Bertelekan pada pinggangnya kerana ia merupakan perbuatan yang ditegah
sebagaimana disebut dalam hadis(hadis tidak disebut di dalam kitab). Bertelekan
maknanya bercekak pinggang. Perbuatan ini merupakan perbuatan orang yang

takbur dan syaitan. Ada juga yang mengatakan ianya Makruh kerana perbuatan
yahudi.
7) merendahkan kepala daripada belakang semasa rukuk
8) solat ketika hendak berhadas samada hendak buang air kecil, besar atau
angin(kentut). Ini kerana orang yang bersolat dalam keadaan menahan kencing atau
air besar tidak mungkin dapat khusyuk. Ada hadis (tidak sempurna solat di
hadapan makanan dan dalam keadaan dia menahan daripada kencing dan
buang air besar - Muslim). Justeru sesiapa yang ingin menunaikan hajatnya
hendaklah menunaikannya terlebih dahulu dalam keadaan waktu solat masih
banyak.
9)Bersolat di hadapan makanan/minuman yang diingininya. Hukumnya makruh
kerana tidak mungkin seseorang dapat khusyuk ketika solat. (apabila makanan
malam seseorang kamu telah dihidangkan, di waktu yang sama solat hendak
didirikan, maka mulakan dengan makan dan janganlah gopoh (untuk pergi
solat) sehingga selesai solatnya Bukhari & Muslim).
Ada 3 syarat untuk menjadikannya makruh
a) makanan telah dihidangkan. Dengan kata lain orang yang hendak solat sudah
nampak makanan yang hendak dihidangkan, sudah terhidu aroma baunya
b) orang yang hendak bersolat sangat-sangat teringin untuk makan. Kalau dia
sudah kenyang dan tidak teringin hendak makan, ia tidak menjadi makruh.
c) berkuasa atau memang dapat amik makanan itu. Kalau sekadar lalu di jalanan
dan terlihat makanan di kedai namun tidak dapat membelinya, ia tidak menjadi
makruh
10)solat di tempat2 tertentu.
Makruh solat di tempat seperti solat di bilik air (hammam, kalau di tandas tempat
melepaskan hajat hukumnya haram), di tengah jalan, tempat buang tahi, tempat
menyembah berhala, tempat perhimpunan unta ( tempat unta tidur), kandang dan
sebagainya. Larangan bersolat di tempat ini kerana ianya dibimbangi terdapat najis
dan sesetengahnya boleh menyebablan tidak khusyuk. Ini berdasarkan hadis
( Nabis SAW telah melarang daripada bersolat di tempat buangan sampah,
tempat sembelihan, kawasan perkuburan dan kawasan laluan di tengah jalan,
bilik air, tempat unta duduk dan di atas kaabah- Tirmizi. Hadis ini ada
perbahasannya. begitu juga makruh solat di gereja yahudi atau nasrani dan kuil
sami
* sebahagian daripada kuliah maghrib berdasarkan kita munyatul musalli

Anda mungkin juga menyukai