Anda di halaman 1dari 6

Ibu makan hati sampai mati

Suami malas kerja habiskan masa di warung


22 April 2015 1:57 PM

Petikan lagu Pak Balik Pak dendangan Melati,


mengembalikan ingatan saya pada perjalanan dari Ipoh
ke Kuala Lumpur, bertemankan rakan yang sudah lama
tidak bertemu, baru-baru ini.
Pelbagai perkara dan peristiwa diungkit menjadi
kenangan yang melucukan dalam perjalanan selama tiga
jam itu.

Sesekali keceriaan reda seketika sambil telinga masingmasing mendengar lagu-lagu yang berkumandang dari
radio. Apabila kedengaran lagu berjudul Pak Balik Pak,
dendangan Melati, rakan saya, Rokiah (bukan nama
sebenar), 43, terdiam, seolah-olah menghayati bait-bait
lirik lagu lama tersebut.
Sedang memandu, sesekali mata saya mengerling ke
arahnya yang dilihat sekejap tersenyum sinis dan sekejap
lagi rasa bungkam.
Cuak dengan keadaan itu, satu soalan terkeluar dari
mulut saya, Kenapa tersenyum-senyum ni?
Kau tahu tak lirik lagu ini kena benar dengan kehidupan
aku waktu kecil dahulu, macam drama sekarang...
bezanya adalah realiti kehidupan, katanya perlahan.
Saya tidak bertanya lanjut,
menyambung cerita.

kerana tahu

dia akan

Rokiah memberitahu, dia merupakan anak sulung


daripada empat orang adik-beradik. Ibunya seorang suri
rumah
yang
tidak
pernah
culas
menjalankan
tanggungjawabnya
menjaga
mereka
adik-beradik,
manakala ayah mereka hanyalah seorang lelaki kampung
biasa yang akan menerima upah daripada penduduk
kampung untuk kerja-kerja yang dilakukan seperti
menebang pokok, menebas dan sebagainya.
Berbeza dengan ibu, ayahnya bukanlah seorang yang
rajin mencari kerja. Hobinya hanya berada di kedai kopi
yang dianggapnya satu perkara yang menyeronokkan.

Lazimnya, sekiranya kita mahukan sesuatu pekerjaan,


sepatutnya kita yang mencari, ini terbalik pula kerana
ayah saya tidak akan mencari kerja, malah dia dengan
bangga memberitahu kerja yang akan mencari dia dan
apa yang dia perlukan hanya duduk di rumah sahaja.
Kadangkala berhari-hari ayah duduk di rumah, makan,
tidur sahaja kerjanya. Jarang sangat sebenarnya orang
memanggil ayah untuk melakukan sesuatu kerana ayah
mengenakan upah yang agak mahal.
Apabila ibu cuba menasihati ayah, dia tidak akan
mengendahkan kerana ayah tidak mudah mendengar
nasihat orang lain. Lama-lama ibu tidak terdaya lagi
menasihati ayah. Dia banyak membiarkan ayah dengan
kerja-kerja hariannya, iaitu bertandang ke kedai kopi
sambil berbual dengan rakan-rakannya pada waktu pagi
dan balik ke rumah ketika tengah hari.
Kami adik-beradik yang masih kecil waktu itu hanya
mampu melihat perlakuan ayah kerana tidak mahu
melawan. Kami tidak mahu ayah dan ibu bergaduh
sekiranya mereka berbincang mengenai soal pekerjaan,
katanya.
Rokiah berkata, kehidupan mereka yang sempit semakin
susah dengan sikap ayah seperti itu. Ibu yang rajin mula
mencari kerja.
Dia mengambil upah mencuci baju di rumah-rumah
penduduk kampung pada waktu pagi, iaitu selepas
menghantar kuih untuk jualan yang diletakkan di sebuah
warung.

Dengan duit itulah ibu menanggung kami empat


beradik. Ketika pergi mengambil upah membasuh baju,
dua orang adik kami yang kecil akan dibawa agar senang
menjaga mereka sambil membasuh kain.
Dahulu orang mencuci kain dengan menggunakan
tangan bukannya mesin seperti sekarang. Saya dan adik
di bawah saya ditinggalkan di rumah.
Selepas balik membasuh, ibu akan segera ke dapur
untuk memasak. Pada sebelah petang ibu akan ke
warung untuk mengambi wang jualan kuih sebelum
bersiap untuk memasak kuih untuk jualan esok pagi.
Hampir senja ibu ke kebun di belakang rumah untuk
mencari sayur-sayur kampung yang boleh dimasak untuk
lauk sebelah malam.
Pendek kata, jadual ibu penuh sepanjang hari dan pada
waktu malam, ketika ibu berehat, terlihat sesekali ibu
memicit tangannya yang mungkin sakit dan lenguh
akibat bekerja sepanjang hari. Apa yang penting, sikit
pun ibu tidak pernah mengeluh dengan nasib yang
dihadapinya.
Sebagai isteri yang jujur dan setia, dia tetap melayan
ayah dengan penuh rasa hormat dan tidak pernah
membantah cakap ayah. Cuma dalam doa ibu selepas
solat ibu zahirkan agar ayah berubah sikap satu hari
nanti, sekiranya tidak hari ini mungkin selepas ibu tiada
nanti, kata Rokiah.

Tahun berganti tahun, ibunya tetap rajin mencari wang,


ayahnya tetap rajin ke kedai kopi manakala Rokiah dan
adik masing-masing sudah ke sekolah.
Suatu hari ibunya jatuh sakit, selepas batuk-batuk yang
berpanjangan. Apabila dirujuk ke hospital, dia disahkan
menghidap sakit paru-paru. Sakit ibu Rokiah semakin
melarat, dan terlantar di wad selama dua minggu.
Waktu itu sikap ayah sudah agak berubah. Dia tidak ke
kedai kopi lagi tetapi menjaga kami di rumah sewaktu ibu
terlantar sakit. Ayah juga rajin melawat ibu di hospital.
Datuk dan nenek (ayah dan ibu ayah) ada datang
melawat dan memberi nasihat kepada ayah.
Mereka berkata mungkin atas sikap ayah yang
menjadikan ibu terpaksa teruk bekerja menanggung kami
adik-beradik.
Seminggu juga dilihat ayah termenung mungkin
mengiakan apa yang dikatakan ayah dan ibu. Malang
menanti kami kerana ibu meninggal dunia selepas dua
minggu keluar dari hospital, katanya yang memberitahu
ayah penuh sugul tatkala ibunya meninggal dunia.
Namun kata Rokiah, selepas pemergian ibunya, ayahnya
sakit rindu selama sebulan kerana mengenang arwah ibu.
Mungkin doa ibu makbul kerana ayah berubah sikap
hanya setelah ibu tiada.
Selepas itu ayah mula sedar dan bangkit semula. Dia
rajin bekerja mengambil upah kerja-kerja kampung dan
menyara kami sekeluarga. Dia tidak berkahwin semula
tetapi menumpukan kepada kami kasih sayangnya.

Biarpun kami miskin tetapi kami mendapat makan yang


cukup.
Dia memelihara kami sehingga dewasa dan berjaya.
Baru tahun lepas, ayah meninggal dunia. Kini kami
tinggal yatim piatu, kata Rokiah mengenang kisah arwah
ayah dan ibunya.
See
more
at:
http://www.utusan.com.my/gayahidup/keluarga/ibu-makan-hati-sampai-mati1.83571#sthash.TSyW7BzJ.dpuf

Anda mungkin juga menyukai