Anda di halaman 1dari 6

Larangan Dalam Ihram

Ditulis oleh Mohar Yahya


Labels: Minda Agama, minda cikgupj
Oleh Abu Hassan Wahab
Jemaah wajib patuhi antara syarat babitkan pakaian,
wangian dan hubungan
SEBAIK saja seseorang itu berniat ihram, sama ada haji
atau umrah, maka wajib ia menjaga segala larangan dan
halangan ketika dalam ihram yang secara umumnya
dibahagikan kepada lima kategori.
Larangan itu ialah larangan membabitkan pakaian,
berwangi-wangian,
kecantikan,
alam
sekitar
dan
hubungan jenis.
Larangan membabitkan pakaian termasuk:
Memakai pakaian berjahit/bercantum/bersarung seperti
seluar, baju, sarung kaki, kain pelikat, kasut yang
menutup jari kaki dan tumit (larangan ini hanya
membabitkan
lelaki
saja).
Walau
bagaimanapun,
diharuskan bagi lelaki memakai atau melakukan perkara
berikut tanpa dikenakan dam seperti:
Memakai kain pelikat yang berjahit dan bercantum
tetapi tidak disarungkan apabila dipakai. Walaupun
dibolehkan keadaannya bercantum dan berjahit seperti
digunakan bagi tujuan kain basahan untuk mandi.

Memakai kain tuala mandi dan sebagainya walaupun


berjahit di kedua-dua hujungnya diharuskan kerana tidak
bercantum.
Kain pelikat lepas, yang tidak bercantum antara hujung
penjurunya walaupun bercorak dan berwarna-warni.
Memakai tali pinggang, cincin, gelang pengenalan haji
dibolehkan kerana dikategorikan alat bukan pakaian,
sekalipun kelihatan bercantum.
Memakai sepatu dipotong di bahagian hadapan yang
menampakkan jari kaki dan tumit.
Menutup kaki dengan kain ihram. Sejak beberapa
tahun kebelakangan ini, cuaca agak sejuk. Ramai jemaah
haji lelaki menutup kaki mereka dengan ihram khususnya
ketika tidur atau berbaring. Suasana menjadi kecoh
kerana ada berpendapat dikenakan dam berikutan
dikatakan melanggar larangan dalam masa ihram. Hukum
sebenar dibolehkan.
Menyematkan pin antara dua hujung penjuru kain
ihram sebelah bawah dibolehkan. Bagaimanapun,
menyematkan pin pada kain ihram sebelah atas tidak
dibolehkan. Bercawat dengan kain ihram yang tidak
bersambung dan berjahit dibolehkan.
Jika seorang lelaki ketika ihram memakai pakaian
dilarang dalam kategori ini, secara terlupa atau tidak
sengaja hendaklah menanggalkan pakaian itu dengan
segera apabila dia ingat atau diperingatkan. Jika dia
melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu

melakukannya, maka dia berdosa dan dikenakan dam


(Takhyir dan Taqdir).
Memakai pakaian dilarang jika ada keperluan
hukumnya tidak berdosa, tetapi diwajibkan ke atasnya
membayar dam (Takhyir dan Taqdir) lihat contoh berikut:
Memakai sarung lutut (kneeguard) untuk merawat
sakit lutut atau sakit sendi pada pandangan syarak
pemakainya tidak berdosa kerana bertujuan merawat dan
hajat tetapi dikenakan dam kerana memakai pakaian
berjahit dan bercantum dalam masa ihram.
Memakai kasut pada kaki yang sihat untuk
mengimbangi kasut dipakai pada kaki palsu hukumnya
dikenakan dam kerana melanggar larangan ihram, tetapi
tidak berdosa kerana hajat dan keperluan.
Menutup kepala atau sebahagian daripadanya dengan
songkok, kopiah, serban, kain ihram dan sebagainya.
Larangan ini hanya membabitkan lelaki saja.
Seorang lelaki dalam masa ihram adalah dibenarkan
apabila melakukan perkara berikut tanpa dikenakan apaapa dam seperti menggunakan payung berteduh bawah
pokok atau berteduh bawah khemah.

Jika seorang lelaki dalam masa ihram, memakai pakaian


dilarang dalam kategori ini secara terlupa atau tidak
disengajakan, dia hendaklah menanggalkan pakaian itu
dengan segera apabila dia ingat atau diperingatkan, dia
tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia

melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu


melakukannya maka dia berdosa dan dikenakan dam
(Takhyir dan Taqdir).
Menutup muka. Larangan ini hanya membabitkan
wanita.
Seorang wanita yang berada dalam ihram tidak
diharuskan memakai penutup hidung atau mulut (mask)
kerana ia juga dianggap menutup muka. Bagaimanapun,
atas sebab keperluan dan penjagaan kesihatan, dia tidak
berdosa, tetapi dikenakan dam (Takhyir dan Taqdir).
Jika seorang wanita yang berada dalam ihram menutup
mukanya dengan kain tudung secara terlupa atau tidak
sengaja, dia hendaklah menanggalkan kain itu dengan
segera apabila dia ingat atau diperingatkan. Dia tidak
berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia melengahlengahkan dalam keadaan dia mampu melakukannya,
maka dia berdosa dan dikenakan dam (Takhyir dan
Takdir).
Memakai sarung tangan. Larangan ini membabitkan
lelaki dan wanita.
Memasukkan tangan ke dalam kantung kain/plastik
yang berisi batu untuk melontar di jamarat dibolehkan.
Melindungi tangan di sebalik kain tudung atau kain
ihram dibolehkan. Larangan membabitkan berwangiwangian
Memakai wangi-wangian sama ada di badan, makanan,
minuman atau menghidu ke hidung. (Larangan

membabitkan lelaki dan wanita) Seseorang yang


berada dalam ihram boleh menggunakan ubat gigi, sabun
mandi dan minyak angin, walaupun berbau wangi.
Penggunaannya bergantung kepada niat kita iaitu bagi
tujuan kebersihan atau perubatan. Jika kita gunakan bagi
tujuan berwangi-wangian, maka dikenakan dam. Begitu
juga kita boleh mengambil makanan dan minuman
berperisa wangian (yang asal) bukan diwangikan sebagai
nilai tambah.
Jika seseorang berada dalam ihram memakai atau
menghidu wangi-wangian secara terlupa atau tidak
sengaja, dia hendaklah menghilangkan kesan bauan itu
dengan segera.
Jika seseorang itu, belum lagi bertahallul umrah atau
bertahallul awal, dicalit atau disapu minyak wangi pada
badan atau pakaian tanpa kerelaannya, dia hendaklah
menghilangkan kesan bauan itu dengan segera, dia tidak
berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia melengahkan
dalam keadaan dia mampu melakukannya, maka dia
berdosa dan dikenakan dam (Takhyir dan Taqdir).
Seseorang berada dalam ihram, hendaklah berhati-hati
ketika mahu mengucup Hajar Al-Aswad, kerana dikhuatiri
ia dilumur dengan minyak wangi. Hukum asal mengucup
Hajar Al-Aswad adalah disunatkan. Jika ia mengetahui ia
dilumur dengan minyak wangi hukum mengucupnya
berubah menjadi haram. Jika dia mengucup Hajar Al
Aswad dalam keadaan tidak mengetahui ia dilumur
dengan minyak wangi, dia hendaklah menghilangkan
kesan bau wangi itu dengan segera. Dia tidak berdosa

dan tidak dikenakan dam. Jika dia tidak menghilangkan


kesan bau wangi itu dengan segera, dia berdosa dan
dikenakan dam.
Kaabah dan kelambunya juga dilumur minyak wangi.
Seseorang yang berada dalam ihram hendaklah berhatihati ketika merapatkan tubuh ke dinding Kaabah supaya
tidak menikmati bau wangi itu. Dia hendaklah bersegera
menjauhkan diri jika terhidu bau wangi. Dia tidak berdosa
dan tidak dikenakan dam. Jika dia tidak bersegera
menjauhkan diri, dia berdosa dan dikenakan dam. Adalah
dicadangkan supaya berdoa sambil melekapkan dadanya
ke Kaabah (mengikut kaedah yang betul) dilakukan pada
masa sesuai, bukan dalam masa ihram.
Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu
muka selain yang tumbuh di pipi dan dahi. Larangan ini
membabitkan lelaki dan wanita.
Jika seseorang yang berada dalam ihram, memakai
minyak pada bahagian tubuh yang tidak dibenarkan
secara terlupa atau tidak sengaja, dia hendaklah
menghilangkan kesan minyak itu dengan segera apabila
dia ingat atau diperingatkan. Dia tidak berdosa dan tidak
dikenakan dam. Jika dia melengahkan dalam keadaan dia
mampu melakukannya, maka dia berdosa dan dikenakan
dam (Takhyir dan Taqdir). Penulis ialah mantan Pengurus
Besar Bimbingan Tabung dan Pengkursus Ibadat Haji

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai