Anda di halaman 1dari 10

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN,

KAMPUS SEREMBAN 3.

HBU131 – KESATRIA NEGARA III

KERTAS KERJA: 3 ASAS TENDANGAN

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMAD HAFIZ BIN MOHD NOOR AZMAN 2020866652

NOR AKMAL AIDA BINTI ABDUL RAHMAN 2020959527

NUR ‘ATLIA BINTI MOHD NASRI 2020844842

NUR AINA BINTI MOHAMAD ROSIDI 2020865772

NURUL AINA BINTI SOLIHIN 2020834906

NURUL KHAIRUN NISA BINTI SAARI 2020862496

NURUL SYAZWANI BINTI HUSAIRI 2020834756

SAUTUL NUR SYAFIKA BINTI AZAMAN KHAHA 2020601744

SITI NUR HAFIZA BINTI AZIZ 2020605052

WAN NOR NABILA BINTI MOHD ZAINI 2020847314

DISEDIAKAN UNTUK: MASTER RASHID

TARIKH PENGHANTARAN: 7 NOVEMBER 2021


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 3


2.0 TUJUAN.......................................................................................................................... 4
3.0 LATAR BELAKANG ....................................................................................................... 4
4.0 OBJEKTIF PROGRAM ................................................................................................... 4
5.0 BUTIRAN PROGRAM ..................................................................................................... 5
6.0 MANFAAT PROGRAM ................................................................................................... 6
7.0 CABARAN PROGRAM ................................................................................................... 7
8.0 LANGKAH ATASI PROGRAM ....................................................................................... 8
9.0 PENUTUP ....................................................................................................................... 9
POSTER ...................................................................................................................................10
1.0 PENGENALAN

Tempur Tanpa Senjata (TTS) merupakan salah satu seni bela diri yang diamalkan atau
menggunakan tangan kosong sebagai penangkis serangan pihak musuh. Tempur Tanpa Senjata
(TTS) juga merupakan salah satu cabang pertempuran jarak dekat (close combat) yang
digunapakai oleh pasukan tentera di seluruh dunia. Ianya menerapkan beberapa elemen
mempertahankan diri seperti tangkisan, tumbukan, kuncian dan beberapa gerakan lagi. Ianya
biasanya diajar kepada pasukan pengaman dan angkatan tentera, namun turut diajar kepada
orang awam. Pada peringkat universiti, pelajar didedahkan dengan serba sedikit ilmu berkaitan
TTS dalam aktiviti kokurikulum. Secara tidak langsung dapat mengajar serba sedikit kepada
pelajar tentang cara mempertahankan diri. Sehubungan dengan itu, seni mempertahan diri juga
sewajarnya diterapkan dari kecil supaya sebati dengan diri bak kata pepatah “Alah bisa tegal
biasa’. Oleh itu, kami sekumpulan bersepakat untuk menganjurkan program berkaitan dengan 3
asas tendangan dalam Tempur Tanpa Senjata.

3 asas tendangan merupakan salah satu pelajaran yang terdapat dalam Tempur Tanpa
Senjata. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan dengan asas tendangan dan menarik minat
mereka untuk belajar dengan lebih mendalam. Aktiviti ini juga secara secara tidak langsung
dapat menerapkan ilmu seni mempertahankan diri dalam diri mereka.

Tuntasnya, program ini akan membawa kesan yang positif dalam hidup seseorang.
Namun, jika disalahguna akan membawa kesan yang buruk pada diri sendiri dan orang ramai.
Seperti yang kita tahu, ilmu mempertahankan diri penting pada masa akan datang dan dapat
melindungi diri kita dari perkara berbahaya seperti dirompak, dibuli dan sebagainya. Kami
berharap agar program ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari warga
pelajar UITM Negeri Sembilan Cawangan Kampus Seremban 3.
2.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak UiTM dan
pihak yang berkenaan untuk mengadakan “Program Service Learning Malaysia University
for Society (SULAM)” secara online di platform Microsoft Teams pada 11 Disember 2021
untuk melakukan pemindahan ilmu daripada pelajar kepada masyarakat bagi
pembangunan komuniti serta menambah pengetahuan mengenai tiga asas tendangan
dan cara yang betul untuk melakukan tiga asas tendangan.

3.0 LATAR BELAKANG

Terdapat pelbagai jenis teknik tendangan yang diajarkan di dalam Tempur Tanpa Senjata
yang bertujuan bagi melindungi diri sendiri mahupun menangkis serangan dan
menyerang balas pergerakan daripada pihak musuh. Tendangan merupakan salah satu
daripada seni bela diri yang tidak menggunakan sebarang alat dan diamalkan oleh
pelbagai individu tanpa mengira jantina dan umur. Oleh itu, projek kami dinamakan
sebagai “3 ASAS TENDANGAN” bagi menerangkan serta memberi pencerahan
mengenai teknik tiga asas tendangan iaitu “sidekick”, “front kick” dan “turning kick” yang
benar . Justeru Itu, setiap pelajar mestilah memupuk rasa percaya diri serta menjadi
individu yang tidak kenal erti takut bagi menjadi seorang insan yang amat berkualiti bukan
sahaja terhadap diri sendiri malah kepada masyarakat dan negara.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM


4.1 Pelajar dapat mempelajari 3 asas tendangan yang terdiri daripada “sidekick”, “front
kick” dan “turning kick”.
4.2 Pelajar dapat memperoleh pengetahuan berkenaan teknik-teknik tendangan yang
betul untuk digunakan pada masa hadapan.
4.3 Pelajar boleh membetulkan teknik tendangan daripada perbuatan salah kepada
teknik yang betul
5.0 BUTIRAN PROGRAM
5.1 Bilangan peserta
Para peserta terdiri daripada siswa dan siswi dari UiTM Negeri Sembilan,
Kampus Seremban
5.2 Ahli Jawatankuasa Program (ketua program + ajk)
5.3 Tarikh cadangan
11 Disember 2021
5.4 Aturcara program
9.00 PM: Para peserta masuk dan sertai dalam Microsoft Teams
9.05 PM: Majlis bermula
Bacaan doa
Lagu Negaraku
Lagu UiTM DiHatiku
9.15 PM: Ucapan dari ketua program
9.20 PM: Tayangan montaj
9.35 PM: Asas Tendangan
10.30 PM: Sesi Soal Jawab
10.45 PM: Sesi bergambar
10.50 PM: Bersurai
11.0 PM: Ucapan/pandangan dari Jurulatih
5.5 Langkah pelaksanaan
- Kami menggunakan media sosial seperti aplikasi ‘Microsoft Teams’
sebagai platform menjayakan program.
- Link diedarkan kepada pelajar sehari sebelum program berlangsung.
- Menerangkan 3 asas tendangan berdasarkan slide yang telah dibuat.
5.6 Tempat program
Program ini akan diadakan dalam platform media, Microsoft Teams bagi
memudahkan para pelajar untuk menyertai program ini.
6.0 MANFAAT PROGRAM

Antara manfaat yang dapat diperoleh hasil daripada program ini adalah para hadirin dapat
didedahkan dengan apakah itu tiga asas tendangan dan cara yang betul untuk melakukan
tiga asas tendangan. Dengan mempelajari tiga asas tendangan, kita dapat
mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ini dalam kehidupan seharian terutamanya apabila
berhadapan dengan situasi yang membahayakan seperti berhadapan dengan musuh
atau melepaskan diri daripada penjahat. Secara tidak langsung, keselamatan diri akan
lebih terjamin apabila mengetahui beberapa asas dalam seni mempertahankan diri.

Selain itu, para hadirin juga berpeluang untuk meningkatkan kecerdasan fizikal
dengan mempraktikkan pergerakan dalam tiga asas tendangan. Hal ini kerana sewaktu
kita melakukan langkah- langkah dalam tiga asas tendangan secara berulang kali untuk
mendapatkan pergerakan yang sempurna, kita sebenarnya mampu untuk meningkatkan
koordinasi mata, tangan dan kaki. Jika dilakukan sebagai senaman harian pula, kekuatan
otot kecergasan badan dapat dipertingkatkan.

Di samping itu, program ini juga dapat mendidik para hadirin agar lebih berdisiplin
dan berpikiran jauh. Walaupun kita mempunyai kelebihan mengetahui asas dalam
mempertahankan diri, kita seharusnya berwaspada dalam mengaplikasikan ilmu yang
diperolehi pada jalan yang betul. Ilmu seni mempertahankan diri ini perlulah digunakan
untuk melindungi diri serta orang ramai dan bukan mengaplikasikannya ke arah
keganasan.

Kesimpulannya, program yang dianjurkan oleh kumpulan kami dapat memberikan


banyak manfaat kepada para peserta. Sehubungan dengan itu, semoga program seperti
ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap pada masa akan datang bagi meningkatkan
apresiasi orang ramai terhadap seni mempertahankan diri.
7.0 CABARAN PROGRAM

7.1 Kesukaran dalam berkomunikasi antara ahli kumpulan.

Ahli kumpulan mempunyai keterbatasan dalam berkomunikasi antara satu sama


lain disebabkan oleh rangkaian alam maya. Jurang komunikasi ini kemudiannya
berlakunya perselisihan informasi ketika membentangkan idea kepada ketua
kumpulan.

7.2 Kekangan penyertaan pelajar.

Terdapat kekangan daripada penyertaan para pelajar UiTM Seremban 3


disebabkan oleh kekurangan pengaksesan internet di tempat tinggal mereka,
kekurangan waktu senggang pada cuti minggu dan terdapat masalah peribadi.
Justeru, agak sukar untuk memenuhi kuota penyertaan bagi program ini.

7.3 Kekurangan dana dan peruntukan.

Tiada dana dan peruntukan diberikan kepada para fasilitator bagi mengendalikan
program ini. Jadi, agak sukar bagi penganjur untuk mencari idea bagi
memeriahkan program tanpa menggunakan apa-apa modal.
8.0 LANGKAH ATASI PROGRAM

8.1 Mewujudkan satu rangkaian komunikasi atas talian antara kumpulan .

Bagi menangani kesukaran dalam berkomunikasi antara ahli kumpulan lebih-lebih


lagi ketika menjalani pembelajaran secara dalam talian ,(ODL), ketua kumpulan
sebagai contohnya perlulah memainkan peranan mewujudkan ataupun memilih
mana-mana rangkaian komunikasi dalam talian antara ahli kumpulan yang lain
agar lebih mudah memulakan perbincangan dan berkongsi idea sesama ahli
kumpulan. Sebagai contoh, mengadakan perbincangan di dalam grup melalui
aplikasi WhatsApp ataupun Telegram.

8.2 Menyebarkan poster iklan berkaitan dengan pertandingan kepada seluruh


pelajar Uitm Seremban 3.

Langkah ini dilakukan bagi menangani permasalahan atau kekangan penyertaan


dalam kalangan pelajar dengan menyebarkan poster iklan pertandingan ini
kepada seluruh pelajar Uitm Seremban 3 melalui aplikasi media sosial termasuk
Whatsapp, Telegram, Instagram dan mana-mana platform yang bersesuaian.
Melalui langkah ini, pelajar akan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
pertandingan yang akan berlangsung.

8.3 Membuka tabung peruntukan dana secara terbuka.

Ekoran berlakunya kekurangan dana dan peruntukan, permasalahan ini boleh


diatasi dengan memohon peruntukan dana secara terbuka kepada pihak-pihak
yang ingin menyalurkan. Melalui kaedah berkenaan, hal ini sedikit sebanyak dapat
menampung daripada keseluruhan kos yang diperlukan bagi melaksanakan
program ini.
9.0 PENUTUP
Kesimpulannya, dengan adanya program sebegini, kita dapat mempelajari teknik
asas tendangan yang betul sebagai asas pertahanan diri pada masa yang genting
contohnya ketika diugut perompak dan diancam bunuh. Hal ini demikian kerana pada era
kini, kita telah mendengar banyak berita tentang kes peragutan, kes rogol dan sebagainya
yang telah berleluasa dan meningkat jumlahnya disebabkan tiada asas pertahanan diri
yang dipelajari oleh mangsa-mangsa kes berkenaan. Apabila disuruh untuk mempelajari
seni mempertahankan diri, banyak yang memberi alasan tidak mempunyai wang atau
faktor kewangan tidak mengizinkan ditambah lagi dengan krisis pandemik covid19 yang
sedang melanda negara kita masa kini. Oleh sebab itu kumpulan kami, serba sedikit
memahami masalah demikian dan berusaha untuk membantu masyarakat mempelajari
asas pertahanan diri secara percuma tanpa bayaran melalui peringkat universiti agar
pengetahuan yang didapati oleh siswa dan siswi dapat dikongsikan kepada keluarga dan
sahabat handai dalam mengurangkan statistik kes yang melibatkan nyawa saban hari.

Justeru, kita dapat melahirkan rakyat yang bukan sahaja cerdik dari segi
pengetahuan bahkan bijak mengendali diri di saat-saat yang cemas menggunakan
pengetahuan pertahanan diri yang telah dipelajari melalui program ini. Selain itu, pelajar
universiti dapat memperoleh teknik-teknik tendangan yang betul tanpa perlu
mencederakan apa-apa sendi atau otot ketika mengayunkan tendangan. Lazimnya, otot
dan sendi mudah tercedera akibat melakukan teknik tendangan yang salah dan hanya
mengikut-ngikut orang. Oleh itu, dengan mempelajari teknik tendangan yang betul melalui
program kami, dapat mengurangkan risiko kecederaan yang disebabkan salah teknik.
POSTER

Anda mungkin juga menyukai