Anda di halaman 1dari 1

Tarikh : 26 Julai 2016

Yang Amat Berbahagia


TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Lot 58, Jalan Kuda Emas,
The Mines Resort,
43300 Seri Kembangan,
Selangor

Yang Amat Berbahagia,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENAIKTARAF MENARA


PEMBESAR SUARA MASJID

Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas.

2. Adalah dimaklumkan pihak pengurusan Masjid Al Rahmah, Melele


sangat memerlukan kemudahan seperti yang disebutkan diatas.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, menara pembesar suara ini tidak


mempunyai ketinggian yang sepatutnya untuk membolehkan laungan
azan didengari di serata kawasan qariah.

4. Justeru, pihak pengurusan masjid bercadang untuk menaiktaraf


menara ini supaya ketinggiannya bersesuaian. Bersama surat ini,
disertakan beberapa gambar menara pembesar suara sedia ada untuk
rujukan pihak tuan.

5. Adalah menjadi harapan agar permohonan ini mendapat sokongan


yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian, Terima Kasih

Saya yang menurut perintah,

_______________________________
(MOHD RIZAL BIN AHMAD@OTHMAN)
Pengerusi Masjid Al-Rahmah, Melele

Anda mungkin juga menyukai