Anda di halaman 1dari 15

KURSUS IMAM DAN BILAL

GURU-GURU KPLI AMBILAN


JAN 2008
1. AZAN DAN IQAMAH
2. KEDUDUKAN SAF DALAM JAMAAH
MUQADDIMAH

 Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Pada


hari qiamat kelak terdapat 3 kumpulan
manusia tinggal di tempat yang sangat
harum (misk hitam) mereka tidak takut
hisab dan tidak bimbang, sampailah
manusia lainnya selesai dari urusan
masing-masing.
3 kumpulan itu ialah…
 Orang yang membaca Al-Quran dengan
keredhaan Allah
 Orang yang mengumandangkan suara
azan di masjid dan berdoa semata-mata
kerana Allah
 Orang yang banyak mendapat rezeki di
dunia tetapi tidak pernah lalai amalan
untuk akhirat……..hadis riwayat at-
Tirmizi
Kelebihan mendengar
azan
 Pada hari kiamat kelak,terdapat sekumpulan
orang yang dibangkitkan yang wajah-wajah
mereka dalam keadaan seperti bintang yang
bergemerlapan,malaikat akan bertanya kepada
mereka..”apakah gerangan amalan-amalan
kalian?..” dan mereka menjawab..’’kami dahulu
apabila mendengar azan dengan segera kami
menyambut seruannya’’
Latar belakang azan

 Dari segi bahasa bermaksud ‘’ al-’ilam..”


(pemberitahuan) atau ‘’ an-nida’..
(seruan). Dari segi istilah,azan adalah
suatu gabungan perkataan-perkataan
tertentu untuk menandakan waktu solat
fardu dengan melaungkan lafaz-lafaz
tertentu.
 Hukumnya..sunat muakkad
 Dalil : Firman Allah..yang bermaksud,
‘’jika kamu dipanggil atau diseru untuk
sembahyang…surah al-maidah ayat 58
 Dalil : Hadis yang bermaksud.. ‘’apabila
tiba waktu sembahyang hendaklah salah
seorang kamu melakukan azan dan yang
lebih tua daripada kamu hendaklah
menjadi imam .. (riwayat bukhari dan
muslim..)
Sejarah azan..
 Mula diamalkan oleh orang islam pada tahun pertama
hijrah
 Penentuan azan dilaksanakan melalui mesyuarat
Rasulullah dan para sahabat.Beberapa cadangan
dikemukakan..1. dikibarkan bendera..2. ditiup serunai
atau terumpit..3.di bunyikan loceng..
 Semua usul di tolak Rasulullah,kecuali cadangan Umar
bin Al—khatob iaitu meneriakkan ucapan (telah datang
waktu)
 Rasulullah bersetuju dan hanya menukar ucapan
kepada lafaz ‘’Assola tul jamiah..’’
 Suatu malam Abdullah bin Zaid telah
bermimpi mengenai cara yang lebih baik
untuk memberitahu solat dengan
mengumandangkan Allahu Akbar..dan
seterusnya lafaz-lafaz azan.
 Pagi harinya dia bertemu dengan
Rasulullah dan rasulullah ,mengatakan
mimpi itu benar..
KEDUDUKAN SAF DALAM
SOLAT BERJEMAAH
 Pengertian saf

Bahasa : Barisan / line


Maksud saf di sini ialah barisan makmum
yang berada dibelakang imam. Imam pula
hendaklah memerhati saf sama ada lurus
ataupun tidak mengikut tertibnya sebelum
memulakan solat.
 Dalam solat berjemaah, saf yang paling
depan itulah yang paling baik dan tinggi
nilai pahalanya

 Manakala saf yang belakang sekali itulah


yang kurang baik (tidak digalakkan).
 Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud :
Saf yang paling baik bagi laki-laki ialah saf
yang pertama dan yang buruk ialah saf
yang paling akhir ( hadis riwayat Muslim)
KEDUDUKAN SAF MAKMUM
 Apabila makmum seorang diri, sunat berdiri di
sebelah kanan imam dan kanan sedikit

 Sekiranya makmum itu wanita, dan seorang diri,


berdirilah di belakang imam

 Jika bersama wanita itu ada makmum lelaki,


hendaklah makmum lelaki berdiri di sebelah
kanan imam agak belakang sedikit dan makmum
wanita berdiri di belakang makmum lelaki
 Sekiranya saf sudah penuh, tariklah seorang yang
berada di saf hadapan berdiri bersamanya di saf
belakang
 Jika imam perempuan, makmum hendaklah
berdiri rapat di kedua-dua belah kanan dan kiri
imam.

PERINGATAN KEPADAIMAM-IMAM :
Pastikan saf makmum lurus dan imam mestilah
menoleh ke belakang ke kanan dan ke kiri sambil
mengarahkan makmum untuk memenuhkan saf
yang masih kosong.
SEKIAN
Semoga anda dapat
mempraktikkan segala ilmu
yang dipelajari seterusnya
berjaya menjadi imam yang
baik

Anda mungkin juga menyukai