Anda di halaman 1dari 1

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa

waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa


asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa
rasuuluh

Surah Al-Qadar
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau
dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu
bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang
ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Menurut suatu riwayat, Imam Ahmad bin Musa pernah ditanya oleh seseorang tentang rezeki. Dia memberi
penjelasan bahawa masalah rezeki akan murah dan mudah diperolehi jika kita berwirid membaca surah Al-Qadar
setiap kali selesai menunaikan sembahyang (wajib) yang lima.

Terdapat banyak faedah dan khasiat yang terkandung dalam surah ini, antara lain ialah:

1. Memudahkan Mendapat Rezeki

Jika disebut ‘rezeki’, maka fikiran kebanyakan orang tertuju kepada harta benda semata-mata. Padahal yang di
namakan rezeki itu lebih luas pengertiannya. Sebenarnya ‘rezeki’ itu meliputi banyak perkara, termasuk umur
panjang, kesihatan tubuh badan dan segala sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika kita memohon rezeki
yang murah kepada Allah bermakna yang kita minta itu meliputi apa sahaja yang kita perlukan dalam hidup kita.
Menurut satu riwayat, orang yang membiasakan diri membaca surah Al-Qadar sebanyak-banyaknya akan
di bebaskan dari kepayahan mencari rezeki. Allah SWT akan melapangkannya.

2. Di lepaskan Dari Seksa Kubur

Khaifiatnya, mula-mula hendaklah membacakan surah tersebut sebanyak 7 (tujuh) kali, selepas itu ambil sejemput
tanah dan di sertakan pada kain kafan si mati atau di masukkan ke dalam liang lahad kuburnya. Mudah-mudahan
dengan izin Allah, si mati akan di jauhkan dari seksa kubur.

3. Menguatkan Iman.

Bacalah surah Al-Qadar pada setiap hari Jumaat sebanyak 1,000 (seribu) kali, mudah-mudahan dengan izin Allah
SWT iman anda bertambah kuat dan terhindar dari godaan syaitan yang terlaknat, insya-Allah.

4. Memudahkan Mendapat Rezeki Yang Halal

Untuk memudahkan mencari rezeki dan kehidupan, anda hendaklah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan
menjauhi perkara-perkara yang haram. Salah satu cara dan khaifiat yang di perturunkan oleh ulama-ulama dahulu
ialah beramal dengan surah Al-Qadar ini, iaitu dengan menjadikan surah ini sebagai perantaraan untuk memohon
dan meminta rezeki rezeki kepada Yang Maha Memberi Rezeki, yakni Allah SWT.

Kaifiatnya ialah membaca surah Al-Qadar ini sebanyak tiga puluh enam (36) kali pada minyak wangi.
Kemudian anda percikkan minyak wangi tersebut pada pakaian anda, setelah itu barulah anda bertolak
untuk pergi bekerja di mana anda akan beroleh hasil atau rezeki yang halal.

5. Untuk Memperoleh Segala Impian.

Khaifiatnya, mula-mula anda hendaklah menunaikan solat hajat dua rakaat pada sebelah malam. Kemudian anda
hendaklah berzikir, lalu bacalah surah Al-Qadar ini sebanyak 61 (enam puluh satu) kali. Seterusnya sebutkan apa
yang anda ingin perolehi dalam hidup ini. Insya’allah, mudah-mudahan dengan izin Allah SWT terkabullah apa
yang anda mohon itu.

6.    Keluasan rezeki selama kain masih dapat dipakai.

Menurut ulama Ahli Hikmah, jika Surah al-Qadar itu dibaca sebanyak 35 kali, dan dibacakan pada air yang suci
lalu disiramkan pada kain yang baru, kemudian kain itu dipakai untuk berusaha atau bekerja, maka insya Allah
diberi keluasan rezeki selama kain masih dapat dipakai

Subhanakallahumma wabihamdika asyhadualla ilahailla anta astagfiruka wa’atubu ilaik

Anda mungkin juga menyukai