Siapa yang membaca ketika pagi dan petang sebanyak 21 kali akan
melihat Nabi S.A.W. Jika dibaca selepas solat Jumaat akan dijelaskan
hutang piutangnya tanpa terhitung. Jika dibaca kepada orang yang sakit
tenat tidak akan dimatikan sebelum dia diperlihatkan tempatnya di dalam
syurga. Jika dibaca kepada telinga Hamba dan binatang ternakan akan
dipelihara oleh Allah.
3. Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata: “Tidak ada seorang pun hamba
yang membaca surat Al-Qadar tujuh kali sesudah shalat Subuh, kecuali
para malaikat ber-shalawat kepadanya 70 shalawat dan mencurahkan
rahmat kepadanya 70 rahmat.” (Mafatihul Jinan: 79).
Selepas setiap solat fardhu di baca 1 kali akan dijauhkan dari kebimbangan
dan kesedihan, diwariskan keberkatan pada rumah tersebut. Siapa yang
menulis pada suatu bekas dan dipadam dengan air kemudian diberi minum
kepada anaknya nescaya tidak akan Fasiq.
Selepas Isya’ di baca 7 kali, terpelihara dari bala’ yang akan turun, dan
akan meminta ampun kepada Allah oleh Malaikat kepada pembaca. Siapa
yang membaca terhadap apa yang dihajati (diingini) akan dikembalikan
dalam keadaan gembira.Siapa yang membaca untuk sesuatu hajat akan
ditunaikannya. Ketika belayar tidak akan ditenggelamkan, terjatuh kedalam
air. Begitu juga kepada pengguna kenderaan, sekiranya dibaca tidak akan
jatuh atau terkeluar darinya Siapa yang dahaga dan membaca surah ini
nescaya akan diberi oleh Allah tanpa terhitung banyaknya.