Anda di halaman 1dari 2

Tajuk:Memburu Lailatul Qadar

Apakah amalan yang boleh kita lakukan sekiranya


ditakdirkan bertemu Lailatul Qadar?

Imam Sufyan al-Thawri menyatakan bahawa amalan yang


paling afdhal dilakukan pada malam Lailatul Qadar ialah
memperbanyakkan doa. Ini lebih disukai berbanding banyak
bersolat tahajud.
Namun begitu, lebih molek jika mengikut sunnah Rasulullah
yang mana baginda bersolat dan membaca ayat-ayat suci
al-Qur'an secara tartil. Apabila bertemu ayat yang
menceritakan tentang rahmat, baginda akan berdoa
memohon rahmat. Apabila bertemu ayat yang menyebut
tentang azab, baginda akan berdoa memohon keselamatan
dan perlindungan. Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hambali
menyatakan, "Bererti baginda Nabi telah menghimpunkan
antara solat, membaca al-Qur'an, berdoa dan tafakur."
Dengan erti kata lain, ini lebih afdhal untuk dilakukan pada
malam Lailatul Qadar.
Sayyidah Aisyah pernah bertanya Nabi akan doa yang perlu
diucapkan jika ditakdirkan bertemu Lailatul Qadar. Baginda
mengajar doa yang berbunyi:

"Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan suka memberi


kemaafan. Oleh itu, maafkan aku."
Amalan paling minima yang boleh dilakukan jika bertemu
Lailatul Qadar ialah solat Isyak pada malamnya dan Subuh
pada paginya pula secara berjemaah.

Adakah wanita uzur syar'ie boleh mendapat bahagian


pahala jika bertemu Lailatul Qadar?
Ya, boleh. Dengan syarat dia melakukan amalan soleh
sepanjang bulan Ramadan.
.Walaupun tidak boleh berpuasa, tetapi dia tetap menjaga
kehormatan Ramadan serta memperbanyakkan zikir dan doa
juga amalan lain seperti sedekah, insya-Allah diharapkan dia
mendapat bahagian pahala pada malam Lailatul Qadar.
Jika ditakdirkan bertemu Lailatul Qadar, dia hendaklah
memperbanyakkan doa dan zikir kerana dua amalan ini boleh
dilakukan oleh wanita yang uzur. Oleh itu, jangan berasa
susah hati. Beramal dan berdoalah dalam kerangka
kemampuan yang ada, insya-Allah ada ganjarannya di situ.
Namun, isu yang lebih penting ialah sejauh mana usaha kita
untuk bertemu malam al-Qadar? Setinggi mana keinginan
kita untuk menghidupkan malam yang agung itu?
Tepuk dada, tanyalah iman. Selamat bermujahadah. Semoga
Allah menerima.
Saya suka untuk berkongsi kata-kata taghrib daripada
Maulana Muhammad Zakariyya, dalam kitabnya Fadhilat
Ramadhan;
Setiap orang perlu berusaha mencarinya (Lailatul
Qadar)sepanjang tahunsesuai dengan keupayaan dan
kesungguhan masing-masing. Sekiranya tidak mampu,
maka carilah ia dibulan Ramadhan. Dan akalu itu pun
tidak mampu, maka hendaklah mengangggap10
malam terakhir Ramadhanadalah peluang yang paling
bernilai. Sekiranya itu pun masih tidak mampu, maka
janganlah dibiarkanmalam-malam ganjildari sepuluh
akhir terlepas begitu sahaja.Dan kalaulah (semoga
Allah swt jauhkan) inipun tidak mampu, maka
hendaklahmalam ke-27peluang keemasan.
4

Tajuk: Memburu Lailatul Qadar


Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini
pada malam Lailatul Qadar,
Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu?
Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu
bulan.(Al-Qadr: 1-3)
Bilamalam Lailatul Qadar?
Bila waktunya yang tepat?Pertanyaan tersebut, tidak mampu
menemukan jawapan yang pasti mengenai bila turunnya Lailatul
Qadar itu. Hadis daripada Jabir, RSAW berkata:Bahawa aku telah
diperlihatkan Lailatul Qadar, kemudian aku lupa iaitu pada 10
malam-malam yang akhir Ramadhan.
Kelebihan Malam Al-Qadr:
a) Diturunkan Al-Quran:










Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada
Malam Al-Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?
(Surah Al-Qadar; Ayat 1 2)
b)Lebih baik dari seribu bulan:
Allah berfirman;









Malam Lailatul-Qadar(Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari
seribu bulan.
Surah Al-Qadar; Ayat 3)
c) Malam yang penuh keberkatan:
Firman Allah:









Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam
yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi
peringatan.
Surah Ad Dukhan; Ayat 3)

d) Turunnya Jibril dan para malaikat:


Firman Allah:









Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin
Tuhan mereka.
(Surah Al-Qadar; Ayat 4)
KeistimewaanAr Ruuhatau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di
atas adalah bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat
tersebut.
e) Malam kesejahteraan:
Firman Allah:

Sejahteralah Malam (yangpenuhberkat) itu hingga terbit fajar!


(Surah Al-Qadar; Ayat 5)

Ingin saya kongsikan beberapa tips untuk kekal istiqamah, memburu


malam lailatul qadar:
i) Sediakan diri kita untuk menghidupkan malam dengan
ibadah, sejak daripada waktu siang lagi.
Ii) Baca buku yang mengandungi kelebihan-kelebihan Lailatul
Qadar.
iii) Ceritakan kepada orang lain mengenai kelebihan-kelebihan
Lailatul Qadar
iv) Ceritakan kepada anak mengenai qiamulail / tahajud /
lailatul qadar.
v) Berniatlah sebelum tidur untuk bangun tahajud.
vi) Untuk yang istiqamah mengerjakan witir selepas
terawih/sebelum tidur, anjakkan waktu witir selepas waktu
tahajud
vii) Peruntukkan 10 malam terakhir ini untuk iktikaf di masjid
(bg lelaki).
2

Anda mungkin juga menyukai