Anda di halaman 1dari 36

MALAM NISFU

SYA’BAN:
Malam Anugerah
Disediakan oleh:
Al-Faqir ilallahil Qadir,
Ustaz Muhadir bin Haji Joll
‫غفر هللا له وملشاخيه ولوالديه‬
Penasihat Syariah, Galeri Ilmu Media Group
KEMULIAAN 3 BULAN BERGEMBAR

REJAB SYA’BAN RAMADHAN

10 Akhir
10 Awal 10 Pertengahan
(21 - 29/30
(1 – 10 Rejab) (11 – 20 Sya’ban)
Ramadhan)

15 Sya’ban
1 Rejab Malam ganjil =
(Malam Nisfu
(Doa mustajab) Lailatul Qadar
Sya’ban)
Nama-nama malam Nisfu Sya’ban

(2) ‫ليلة القسمة‬ (3) ‫ليلة التكفير‬ (4) ‫ليلة اإلجابة‬


(1) ‫ليلة املباركة‬
(malam yang
‫( والتقدير‬malam (malam (malam
berkat) pembahagian & penghapusan diperkenankan
taqdir) dosa) doa)

(5) ‫ليلة الحياة‬ (6) ‫ليلة‬ (7) ‫ليلة البراءة‬ (8) ‫ليلة‬ (9)‫ليلة‬
(malam (malam
hidup (hati
‫الشفاعة‬ ‫البركة‬ ‫التعظيم‬
kelepasan
tidak lupa (malam daripada api (malam (malam
Allah) syafaat) neraka) keberkatan) pengagungan)

(10) ‫ليلة‬ (11) ‫ليلة‬ (12) ‫ليلة العتق من‬ (13)‫ليلة عيد‬
‫القدر‬ ‫الغفران‬ ‫( النار‬malam ‫املالئكة‬
perlepasan (malam Hari
(malam (malam
daripada api Raya para
penentuan) pengampunan)
neraka) malaikat)
Banyak Banyak fadhilat
nama Banyak kemuliaan
Rahsia Lailatul Qadar dirahsiakan & malam Nisfu
Sya’ban dizahirkan
Syaikh Abdul Qadir al-Jilani dalam kitabnya Al-Ghunyah (ms. 283):

‫ ألن ليلة القدر ليلة‬،‫ إن الحكمة في أن هللا تعالى أظهر ليلة البراءة وأخفى ليلة القدر‬:‫وقيل‬
.‫ أخفاها هللا لئال يتكلوا عليها‬،‫الرحمة والغفران والعتق من النيران‬
“Dikatakan, hikmah Allah Ta’ala menzahirkan malam pembebasan (malam Nisfu Sya’ban) dan
menyembunyikan Lailatul Qadar kerana Lailatul Qadar adalah malam kasih sayang, pengampunan dan
pembebasan daripada neraka. Allah menyembunyikannya (Lailatul Qadar) supaya manusia tidak
mempersia-siakannya.”

،‫ ليلة القبول والرد‬،‫ وليلة السخط والرضاء‬،‫ ألنها ليلة الحكم والقضاء‬،‫وأظهر ليلة البراءة‬
‫ فواحد فيها يسعد واآلخر فيها‬،‫ والكرامة والنقاء‬،‫ ليلة السعادة والشقاء‬،‫والوصول والصد‬
.‫ واحد يهجر وواحد يؤجر‬،‫ وواحد يكرم وواحد يحرم‬،‫ وواحد يجزى ويخزى‬،‫يبعد‬
“Dan Allah menzahirkan malam pembebasan (malam Nisfu Sya’ban) kerana ia adalah malam
penghakiman dan qadha’, malam kemurkaan dan keredhaan, malam penerimaan dan penolakan, malam
penyampaian dan penolakan, malam kebahagiaan dan kecelakaan, malam kemuliaan dan pembersihan.
Ada sebahagian yang beruntung, sebahagian yang lain dijauhkan daripada rahmat-Nya, sebahagian
diberi pahala, sebahagian yang lain dihinakan, sebahagian dimuliakan, sebahagian yang lain dihalang
daripada rahmat-Nya, sebahagian didiamkan dan sebahagian yang lain diberi pahala.”
Rahsia Lailatul Qadar dirahsiakan & malam
Nisfu Sya’ban dizahirkan

Lailatul “rahmat & ampunan”


Qadar

“penentuan nasib”
Amalan setahun dibentangkan kepada
Malam Allah
Setahun diuji: dekat atau jauh daripada
Nisfu Allah
Sya’ban Siapa layak mendapat keredhaan Allah
atau azab-Nya
Nampak siapa yang beruntung dan tidak
KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN
َ ََْ ْ َ َ َ ُ ُ َّ َ
‫يط ِلع هللا ِإلى ج ِمي ِع خل ِق ِه ليلة‬
َ ُ ْ َ َ َ َْ َ ْ
‫ َ فيغ ِفر ِلج ِم ِيع‬،‫ف ِمن شعبان‬ ِ ‫النص‬
ِ
َ ُ ْ َ ُ َّ َْ
.‫احن‬ ِ ‫ ِإَّل ِملشا ِرك أو مش‬،‫خل ِق ِه‬
“Allah menilik kepada seluruh makhluk-Nya pada malam Nisfu
Sya’ban, lalu Dia mengampunkan seluruh makhluk-Nya
melainkan orang musyrik (orang yang menyekutukan
Allah) dan musyahin (orang yang suka bermusuhan).”
(Hadis sahih riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, Imam Ibnu Majah, Imam
Ath-Thabrani dan Imam Ibnu Hibban di dalam Shahihnya.)
KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN
َ ُ َ َْ َ َ ْ َ ُ َ َ ُ ْ َ َ َ ََْ َ َ َ ُ َ ُ ْ َ َ
‫ فخ َرجت ف ِإذا هو ِف َي الب ِق ِيع ر ا ِفعا رأسه ِإلى‬،‫هللا ذات ليلة‬ ِ ‫فقدت رسول‬
َ‫هللا َع َل ْيك‬
ُ ‫يف‬ َ َ َ َ َ ُ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ َ َ َ َ َّ
‫ح‬ ِ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ‫ين‬ ‫ف‬
ِ ‫ا‬‫خ‬ ‫ت‬ ‫نت‬ِ ‫ك‬ ‫أ‬ : ‫ فقال صلى هللا علي ِه وسلم‬،‫اء‬
ِ ‫م‬ ‫الس‬
َ ْ َ َ َ َّ َ ُ َ َ ََ َ ُ َ َ َ َ َ ُ ُْ ْ َ َ ُ ُ ُ ََ
‫ ما ذاك ِبي يا رسول‬:‫ قلت‬:‫ورسوله؟ قالت‬
‫ ول ِكن ظننت أنك أتيت‬،‫هللا‬ ِ
َ َ ْ َ َ ُّ َ َ َ ُ َ َ َّ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ َ َ َ َ َ ْ َ
‫ ِإن هللا ي ِنزل ِإلى سم ِاء الدنيا ليلة‬:‫ قال صلى هللا علي ِه وسل َم‬.‫بعض ِنسا ِئك‬
َ َ ََ ْ َ َ َ ْ ََْ ُ ْ ََ َ َْ َ ْ ‫الن‬
.‫ فيغ ِفر ِألكثرمن عدد شع ِرَن ِم ب ِني ِكلب‬،‫ف ِمن شعبان‬ ِ ِ‫ص‬
“Aku (Sayyidatina Aisyah) pernah ditinggalkan Nabi pada satu malam, lalu aku
keluar untuk mencarinya. Pada waktu itu, Baginda sedang berada di Baqi’ dalam
keadaan kepala mendongak ke langit, lalu Baginda bertanya: Wahai Aisyah, adakah
kamu takut sekiranya Allah murka kepadamu dan Rasul-Nya? Aku menjawab: Itulah
yang aku tidak mahu tetapi aku menyangka engkau pergi ke rumah isteri-isterimu
yang lain. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah menurunkan rahmat-
Nya ke langit dunia pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Dia mengampuni
hamba-hamba-Nya lebih ramai daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani
Kilab.” (Riwayat Imam Ibnu Majah, Imam Ad-Darulquthni dan Imam Ahmad.)
Pendapat ulama’

(1) Termasuk malam yang dikabulkan doa. Imam Asy-


Syafi’i berkata di dalam kitabnya Al-Umm:
َ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ ُّ َّ َ َ َ َ َ
‫ ليل ِة‬:‫س َليال‬ ِ ‫اء يستجاب ِفي خم‬ ‫ع‬ ‫الد‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ‫ا‬‫ن‬ ‫غ‬‫ل‬‫ب‬
َ ْ َ َّ َ ْ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ ُ ُ ْ
‫الجمع ِة وليل ِة األضحى وليل ِة ال ِفط ِروأو ِل ليلة ِمن‬
َ َْ َ ْ َََْ َ َ
.‫ف ِمن شعبان‬ ِ ‫النص‬
ِ ‫رجب وليل ِة‬
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa
dikabulkan pada 5 malam iaitu: pada malam Jumaat, malam
Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama di
bulan Rejab dan malam Nisfu Sya’ban.”
(2) Al-Allamah al-Imam al-Musnid, Syaikh Zahid al-Kauthari dalam
tulisannya Lailah an-Nishf min Sya’ban mengatakan:
“Malam Nisfu Sya’ban adalah malam yang telah menjadi adat untuk
umat menghidupkannya dengan rangkaian amalan dan memanjatkan
doa kepada Yang Mengabulkan segala hajat, jalla jalaluh, kerana
terdapatnya atsar yang warid tentang kelebihannya. Ia juga
mengkhabarkan berita gembira kepada kita dengan dekatnya ketibaan
bulan puasa supaya kita bersedia menghadapinya.
Dan telah menulis Ahlil Ilm dahulu dan sekarang tentang kelebihan
malam tersebut dalam tulisan-tulisan mereka yang khusus umpamanya
ditulis oleh An-Najm al-Ghithi, Ibnu Hajar al-Makki, Ali al-Qari, Salim
as-Sanhuri dan selain mereka dalam risalah-risalah mereka yang khusus
dalam perbahasan ini. Dan antara yang paling bermanfaat yang ditulis
tentang kelebihan malam-malam dan hari-hari yang barakah ialah kitab
Al-Latha’if (iaitu kitab Latha’if al-Ma’arif) karangan Ibnu Rajab al-
Hanbali yang telah dicetak dan beredar di tangan-tangan pembaca.”
(Lihat Lailah an-Nishf min Sya’ban dalam Rasa’il Hammah wa Mabahits Qayyimah, ms. 513.)
(3) Al-Hafizh al-Muhaddits asy-Syaikh
Salim as-Sanhuri al-Maliki, salah
seorang ulama’ besar Al-Azhar asy-Syarif
pada kurun ke-8, telah menulis risalah yang
sangat berguna dalam menerang dan
membincangkan kelebihan malam ini
dengan judul Risalah al-Kasyf wa al-Bayan
‘an Fadha’il Lailah an-Nishf min Sya’ban.
(Telah diterjemahkan oleh Syaikhuna, Al-Alim al-Musnid Datuk
Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin as-Sanusi dengan judul
Kelebihan Malam Nisfu Sya’aban.)
(4) Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menggalakkan untuk membangunkan
malam Nisfu Sya’ban dengan amalan ketaatan kepada Allah dan berpuasa
pada keesokan harinya. Beliau menyebutkan di dalam kitabnya Latha’if al-
Ma’arif (ms. 136-137):
ْ ُ َ ْ َ ُ ْ َّ َ َ ُ َ ْ َ َ َ ُ َّ ْ َ ََْ ْ ُ َ
‫فأشرف هذا الشهر ليلة ِنص ِف ِه‬ ‫يف مص ِليا‬ ِ ‫ف الش ِر‬ ِ ‫النص‬
ِ ‫فقم ليلة‬
َْ ُ َ َ ْ َ ُ ََْ ْ َ َ َْ ََ ْ ََ
‫ف ِآمنا وقد ن ِسخت ِف ِيه ص ِحيفة حت ِف ِه‬ ِ ‫النص‬ ِ ‫فكم ِمن فتى قد بات في‬
ْ َ ْ َْ َ ُ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ َْ ْ ْ ْ ََ
‫انقضا ِئ ِه وح ِاذر هجوم املو ِت ِف ِيه ِبصر ِف ِه‬ ِ ‫فب ِادر ِب ِفع ِل الخي ِر قبل‬
ْ ُ ْ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ُ َ َ َ ْ ْ َ َ َّ َ َ ْ َ ْ ُ َ
‫ّلِل وأح ِسن رجاءه ِلتظفر ِعند الكر ِب ِمن ِه ِبلط ِف ِه‬ ِ ِ ‫وصم يومها‬
Maka bangunkan malam Nisfu Sya’ban dengan mendirikan solat
Semulia-mulia bulan Sya’ban ini terletak pada malam pertengahannya
Berapa ramai pemuda yang tidur pada malam ini dengan aman
Sedangkan telah ditulis tentang kecelakaan baginya dalam catatan
Maka, bersegeralah melakukan amal kebaikan sebelum sampai kematiannya
Dan berjaga-jagalah dengan kejutan kematian padanya dengan kekuasaan-Nya
Dan berpuasalah pada esok harinya kerana Allah dan perbetulkanlah harapan kepada-Nya
Semoga kamu mendapat kurniaan kelembutan-Nya daripada-Nya ketika berlaku huru-hara.
Beliau juga mengatakan dalam kitab Latha’if al-Ma’arif yang
sama:
َّ ْ َ ْ َ ْ ُ َّ َ َ َ َ ْ َ ْ ْ ُ َََْ
‫ كان الت ِابعون ِمن أه ِل الش ِام‬،‫ف ِمن شعبان‬ ِ ‫وليلة ال ِنص‬
َ َْ َ ْ ُ َ َ ََ َ َ ْ َ ْ َ ْ ُ َْ ََ ََْ ُ َ ُ
‫ وكان خ ِالد ب ِن معدان‬،‫يع ِظمونها ويجت ِهدون ِفيها ِفي ال ِعباد ِة‬
ْ َ ْ َ ْ ُ ْ ُ َ َّ َ ْ َ ُ ُ ْ َ َ َ ْ ُ َ َُْ
‫ولقمان ب ِن ع ِامروَيرهما ِمن ت ِاب ِعي الش ِام يقومون ِفي املس ِج ِد‬
َ َ َ َ َ َ َ ُ ْ ُ َ ْ ُ َ ْ ُ ََُ ََ ْ َ ََْ
،‫اإلمام ِإسحاق ابن راهويه على ذ ِلك‬ ِ ‫ وو افقهم‬،‫ف‬ ِ ‫النص‬ ِ ‫ليلة‬
َ ْ َ َ َ َْ َ َ َ َ َْ َ َ ْ َ ََ
. ‫ ليس ذ ِلك ِب ِبدعة‬: ‫اج ِد جماعة‬ ِ ‫وقال ِفي ِقي ِامها ِفي املس‬
“Malam Nisfu Sya’ban, para tabi’in daripada penduduk Syam
mengagungkannya dan bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada malam
tersebut. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan lain-lain daripada kalangan
tabi’in Syam mendirikan solet di dalam masjid pada malam Nisfu Sya’ban.
Perbuatan mereka dipersetujui oleh Al-Imam Ishaq Ibnu Rahawaih. Ibnu
Rahawaih berkata mengenai solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban di masjid-
masjid secara berjamaah, “Perkara tersebut tidak termasuk bid’ah.”
(5) Seorang Waliyullah, Al-Alim al-Allamah Asy-Syaikh
Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linqi al-
Malayuwi, mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus, dalam
karangannya Tuhfah al-Authan wa al-Ikhwan (ms. 74-77),
menulis:
“Di sisi ulama’ kita Ahlus Sunnah wal Jama’ah, kelebihan malam
Nisfu Sya’ban ini adalah tsabit melalui beberapa hadis yang boleh
dijadikan dalil dan hujah dalam bab Fadha’il.
Syaikh Muhammad bin Abd ar-Rahman al-Mubarakfuri rhm.
dalam "Tuhfahul Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tirmizi", juzuk 3 muka
surat 442 menyatakan antara lain: “…Hadis-hadis fadhilat malam
Nisfu Sya’ban itu secara keseluruhan adalah hujah yang
mematahkan pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu
dalil pun tentang fadhilah malam Nisfu Sya'baan.”
(6) Al-Muhaddits al-Alim al-Allamah, al-Habib
Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki juga telah
menulis karangan khusus mengenai kelebihan dan
amalan bulan Sya’ban dalam kitabnya Maza fi Sya’ban.

Mengenai doa yang selalu dibaca pada malam Nisfu


Sya’ban, Sayyid Muhammad mengatakan ialah adalah
doa yang masyhur lagi mujarrab yang sebahagian
besarnya diambil daripada doa yang diriwayatkan
daripada Sayyidina Ibnu Mas’ud seperti mana
dikeluarkan oleh Imam Ibnu Abi Syaibah dalam Al-
Mushannaf dan Imam Ibnu Abi ad-Dunya dalam Ad-Du’a.
(7) Al-Allamah Syaikh Wan
Ahmad al-Fathani juga
menulis kelebihan Nisfu Sya’ban
ini dalam kitabnya Badai’ azh-
Zhuhur.
Cara menghidupkannya

Di dalam kitab Latha’if al-Ma’arif (ms. 135-136) disebutkan:

َ َْ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ ًّ َ َّ َ َّ َ ْ ْ َ َ ْ َ ‫َو‬
،‫ف ِمن شعبان‬ ِ َِ ‫ص‬ ‫الن‬ ‫ة‬ ‫ل‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫ج‬ ‫ر‬ ‫خ‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ِ ‫ع‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ،‫ي‬ ‫ل‬
ِ ‫ا‬‫ك‬ ‫ب‬ ‫ال‬ ‫ف‬
ِ ‫و‬‫ن‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫ي‬ ‫و‬ ِ ‫ر‬ ‫ي‬
َ ُ َ َّ َ َ َ َ َّ َ ُ ُ َ َ ُ ُ ُ ْ َ ََْ َ
‫ فقال ِبأن داود عليه السالم‬،‫اء‬ ِ ‫ ينظر ِإلى السم‬،‫فأكثرالخروج ِفيها‬
َّ‫ إن‬:‫ال‬َ ‫ َف َق‬،‫الس َم َاء‬
َّ ‫ َف َن َظ َرإ َلى‬،‫اعة‬ َ ‫الس‬ َّ ‫ات َل ْي َلة في م ْثل َهذه‬
ِ َ ِ ِ ِ ِ َِ
َ َ ََ َ
‫خرج ذ‬
ِ ُ َ ُ َّ َ َّ ِ َ ٌ َ َ َ َ َ َّ َ
َ ْ َ
...‫ ِإَّل َ ِفرله‬،‫ ما دعى هللا أحد ِفي ه ِذ ِه الليل ِة‬،‫ه ِذ ِه الساعة‬
“Dan diriwayatkan daripada Nauf al-Bakkali, sesungguhnya Ali telah keluar pada
malam Nisfu Sya’aban. Maka banyak kali keluar pada malam itu, dia (Ali) akan
memandang ke arah langit. Lalu dia berkata bahawasanya Nabi Daud telah
keluar pada suatu malam seperti pada ketika ini lalu Baginda melihat ke langit.
Dia pun berkata: Sesungguhnya pada ketika ini, tidaklah seorang itu berdoa
kepada Allah, melainkan akan diberi keampunan kepadanya….”
(Beliau juga menulis):

Di kalangan Tabi’in daripada negara Syam seperti Khalid bin


Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir dan lain-lain, mereka
membesar-besarkan malam ini dan bersungguh-sungguh
melakukan ibadah di dalamnya. Daripada merekalah, orang ramai
selepas itu mengikut mereka kerana ada kelebihan dan kebesaran
malam ini…. Antara yang setuju dengan mereka dalam
membesarkan malam ini ialah sekumpulan ahli ibadah di Bashrah.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar ulama’ Hijaz
mengingkarinya (iaitu tidak bersetuju jika dibangunkan secara
berjemaah) termasuklah Atha’ dan Ibnu Abi Malikah. Abdur
Rahman bin Zaid bin Aslam telah menukilkannya daripada fuqaha’
Madinah. Itulah juga pendapat Ashab Imam Malik dan lain-lain
dan mereka mengatakan: Itu semuanya bid’ah (makruhah).”
Ulama’ Syam khilaf dalam cara menghidupkannya atas dua cara:
(1) Sunat menghidupkannya secara berjemaah (beramai-ramai) di
masjid. Adalah Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan selain
keduanya, mereka memakai secantik-cantik pakaian pada malam
itu, berwangi-wangian, bercelak mata dan membesarkan malam
ini di masjid. Ishaq bin Rahuyah juga bersetuju dengan cara
mereka dan dia mengatakan: “Membangunkan malam ini di
masjid secara berjemaah, itu bukanlah bid’ah (dhalalah).” Ia
dinukilkan oleh Harb al-Kirmani di dalam Masa’ilnya.
(2) Makruh berkumpul di masjid untuk solat, bercerita kisah-
kisah dan berdoa. Tidak makruh jika seseorang solat khas untuk
dirinya sahaja. Inilah pendapat Al-Auza’i, imam penduduk Syam,
yang paling faqih dan paling alim. Ini adalah pendapat yang
paling dekat kepada benar, insyaAllah…” (Imam Al-Qasthillani juga
menyebutkan perkara ini dalam kitabnya Al-Mawahib al-Ladunniyyah.)
Khilaf para tabi’in Syam cara
menghidupkan malam Nisfu Sya’ban

(a) Imam Khalid bin


Ma’dan, Imam Luqman Berjemaah
bin Amir, Imam Ishaq di masjid
bin Rahuyah

Seorang
(b) Imam Al-Auza’i
diri
* Khilaf di sini bukan melibatkan ia boleh atau tidak disambut, tetapi khilaf
bagaimana cara menyambutnya
Solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban
Mengenai mengkhususkan solat sunat pada malam Nisfu
Sya’ban, ulama’ khilaf tentangnya. Hujjah al-Islam, Imam
Ghazali adalah antara ulama’ yang mentsabitkannya. (Lihat Ihya’
Ulum ad-Din, 1/209-210.)
Imam Ghazali mengatakan solat pada malam Nisfu Sya’ban
100 rakaat (iaitu termasuk dalam kategori solat sunat mutlaq).
Setiap dua rakaat, salam. Pada setiap rakaat dibaca Surah Al-
Ikhlas 11 kali selepas Al-Fatihah. Boleh juga solat dengan 10
rakaat, tetapi bacaan Surah Al-Ikhlas ialah 100 kali.
Imam Ghazali mengatakan solat cara ini ada dilakukan oleh
ulama’ Salaf dan mereka menamakannya dengan Solat al-
Khair (solat yang mempunyai banyak kebaikan). Kadang-
kadang mereka mendirikan solat ini secara berjemaah.
Mengerjakan solat sunat muthlaq atau
solat sunat Awwabin, boleh dilakukan
pada mana-mana malam sekalipun.

Berkenaan dengan qiamullail pada


malam ini dengan mengerjakan solat-
solat sunat terutamanya solat Sunat
Tasbih, adalah sangat digalakkan oleh
syarak.
Amalan dalam masyarakat Melayu

Bagi masyarakat Melayu secara khusus dan


masyarakat Islam seluruh dunia secara umum,
apa yang menjadi kebiasaan ialah pada malam
itu akan dibaca surah Yaasin 3 kali dengan niat
pada bacaan yang pertama, minta dipanjang
umur dalam kebaikan, yang kedua dengan
dimurahkan rezeki dan yang ketiga dengan niat
semoga dimatikan dalam husnul khatimah
(pengakhiran yang baik). Ia juga disebut di dalam
kitab-kitab karangan ulama’ muktabar.
Ia adalah amalan yang baik sekali. Tidak ada satu dalil
pun yang mengharamkannya. Malah, terlalu banyak
hadis yang menerangkan pahala membaca Al-Qur’an
dan surah Yaasin adalah termasuk daripada surah-surah
di dalam Al-Qur’an.
Membaca Yaasin sebelum berdoa juga adalah termasuk
dalam bab bertawassul dengan amal soleh sebelum
berdoa, dan tawassul dengan amal soleh ini, tidak ada
seorang pun yang membantahnya.
Niat sebelum membaca surah Yaasin bertujuan supaya
lebih tawajjuh (benar-benar menumpukan hati) kepada
hajat ketika membacanya. Tidak ada dalil yang
mengharamkannya.
Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Abi ad-Dunya, daripada Imam

ْ َْ َ َ َ َ ُ َ َ ْ َ
‘Atha’ bin Yasar berkata:
ْ ُ ََْ َ َ َ
‫ د ِفع ِإلى مل ِك املو ِت‬،‫ف ِمن شعبان‬ ِ ‫النص‬ِ ‫ِإذا كان ليلة‬
َّ‫ َفإن‬.‫يف َة‬
َ َّ َ َ ْ ْ ُ ََُ َ َ
‫ ِاق ِبض من ِفي ه ِذ ِه الص ِح‬:‫ فيقال‬،‫ص ِحيفة‬
ِ ُ ْ ُ ْ ََ َ َ ْ ُ ََْ ََْ ْ
ُ‫ َو َينكح‬،)‫اس‬َ َ
‫َ العبد ليف ِرش ال ِفراش ( ليغ ِرس الغر‬
ِ
َ َ ُ َْ ُ ُ ْ َ َ َ ْ ُ ْ ْ َ َ َ ‫ْ ْ َو‬
) ‫ و ِإ ِن اسمه قد ن ِسخ ِفي ( ِديو ِان‬،‫ ويب ِني البنيان‬،‫األز اج‬
َ ْ َْ
.‫املوتى‬
“Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, diberikan catatan kepada Malaikat Maut,
lalu dikatakan: “Cabutlah nyawa sesiapa dalam catatan ini.” Sesungguhnya
seseorang menanam tanaman, berkahwin dengan isteri-isteri dan membina
binaan, sedangkan Namanya telah dicatat dalam catatan orang yang akan
meninggal dunia (pada tahun itu).”
Ia ijtihad
Bacaan Yaasin 3 kali? para ulama’

Jika nama tidak tercatat


(1) Mohon dipanjangkan
dalam buku orang yang
umur dalam kebaikan
meninggal dunia tahun itu

Jika nama tidak tercatat (2) Mohon dimurahkan


dalam buku orang yang rezeki & diberikan rezeki
meninggal dunia tahun itu yang halal

Jikan nama tercatat dalam (3) Mohon dijauhkan


buku orang yang daripada bala & dikurniakan
meninggal dunia tahun itu mati dalam husnul khatimah
Fatwa mantan Mufti Besar Mesir, Al-Allamah al-Faqih
al-Ushuli, Prof. Dr. Ali Jum’ah Muhammad

No. fatwa : 641 Tarikh: 14/01/2006

‫وَّل بأس بقراءة سورة يس ثالث مرات عقب صالة املغرب‬


‫جهرا في جماعة؛ فإن ذلك داخل في األمربإحياء هذه‬
،‫ وأمرالذكرعلى السعة‬،‫الليلة‬
“Dan tidak mengapa (harus) membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali
selepas solat Maghrib dengan suara yang keras atau nyaring secara
berjemaah (beramai-ramai). Ini kerana amalan tersebut termasuk
perbuatan dan amalan (perintah) untuk menghidupkan malam Nisfu
Sya’ban. Suruhan berzikir adalah sangat luas/ terdapat kelapangan
(tidak terikat).”
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
dalam masyarakat Melayu

Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka


Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 11
Safar 1437 bersamaan 23 November 2015 telah membuat
keputusan seperti berikut:
“Berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi maka adalah wajar bagi
umat Islam untuk tidak melepaskan peluang mengambil dan
merebut rahmat dan kurniaan Allah dengan cara beribadah
seperti solat sunat, membaca Al-Qur’an, berzikir, membaca
doa nisfu Sya’ban dan lain-lain lagi dengan memanjatkan
kesyukuran atas limpahan nikmat Allah yang tiada terhingga
banyaknya.
Oleh yang demikian, merayakan malam Nisfu Sya’ban
dengan melakukan pelbagai ibadah yang membawa
kepada keredhaan Allah dan keampunan adalah
sunat/mustahab hukumnya.
Cara kebiasaan umat Islam di negeri Johor ini
menghidupkan malam nisfu Sya’ban ialah dengan
membaca surah Yaasin tiga kali selepas solat maghrib
dan setiap kali lepas membaca Yaasin mereka membaca
doa. Pada bacaan Yaasin kali pertama diniatkan dengan
memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua
diniatkan dengan memohon semoga dijauhkan daripada
bala dan pada bacaan kali ketiga diniatkan memohon
rezeki yang halal. Cara begini memang digalakkan dalam
Islam.
Justeru, menghidupkan malam nisfu Sya’ban ini
bukanlah satu amalan bida’h bahkan ianya
tergolong dalam kategori perkara-perkara
mustahabah/ sunat.
Walau bagaimanapun, dalam keghairahan kita
meraikan malam Nisfu Sya’ban ini dengan
pelbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati
supaya tidak terjerumus dalam melakukan
perkara-perkara bid’ah antaranya solat sunat
Nisfu Sya’ban kerana ianya tiada sabit dalam
syarak sama ada daripada nas Al-Qur’an
ataupun hadis Nabi.”
Tidak ada dalil khusus Nabi menyuruh membaca
Yaasin 3 kali pada malam Nisfu Sya’ban?

* Tidak ada juga dalil khusus Nabi MELARANG membaca


Yaasin 3 kali pada malam Nisfu Sya’ban
* Dalil umum daripada Al-Qur’an & hadis fadhilat
membaca Al-Qur’an tanpa mengkhususkan tempat, masa
& bilangan
* Dalil umum daripada Al-Qur’an & hadis untuk membaca
Al-Qur’an sebanyak-banyaknya tanpa mengkhususkan
tempat, masa & bilangan
* Dalil khusus fadhilat surah Yaasin
* Termasuk di dalam dalil umum menghidupkan malam
Nisfu Sya’ban dengan amal ibadah
* Ia telah dibolehkan oleh para ulama’ & mereka turut
melakukannya sejak dahulu lagi sehingga sekarang
Nabi tidak pernah melakukan
membaca Yaasin 3 kali pada malam
Nisfu Sya’ban?

Apa yang tidak pernah dilakukan Nabi disebut


“At-Tark” ( ‫ ) الترك‬dalam perbahasan ilmu
Ushul Feqah yang memahamkan:
Apa yang tidak pernah dilakukan Nabi bukan
bermaksud ia TIDAK BOLEH dilakukan, tetapi
TIDAK MENGAPA jika tidak dilakukan.
َ َ ََ َْ ََ َ َْ َ َ َ ْ َ َّ ُ َّ َ
،‫ وب ِلغنا رمضان‬،‫ا َللهم با ِرك لنا ِفي شعبان‬
َ َ ْ َ َ َ ْ َ َ َ َ َّ َ
‫ض البص ِر‬ ِ ُ َْ ‫الصي ِام وال ِقي ِام و‬ِ ‫وأ ِعنا ع ْلى‬
ْ َ َ َ
،‫اللس ِان و ِقراء ِة القر ِآن‬ َ ‫و ِحف ِظ‬َ
ِ
ُ َّ َ َ ُ َ َ ُ ْ َ َ ُ َ َ
.‫ يا ك ِريم يا منان‬،‫يا ر ِحيم يا رحمن‬
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Sya’ban ini, sampaikanlah kami ke
bulan Ramadhan, bantulah kami untuk berpuasa, qiyam, menundukkan
pandangan, menjaga lisan dan membaca Al-Qur’an, wahai (Allah) Yang Maha
Penyayang, wahai (Allah) Yang Maha Pemurah, wahai (Allah) Yang Maha
Mulia, wahai (Allah) Yang Maha Pemberi kurnia.”
‫وهللا أعلم وعلمه أتم‬

Anda mungkin juga menyukai