Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullhi wabarakatuh

Saya ……………………. dari kelas ……………… akan menyampaikan Tazkirah


Ramadan yang bertajuk: Memburu Lailatul Qadar

Lailatul qadar adalah malam yang penuh dengan keagungan, malam yang lebih
baik daripada seribu malam, malam diturunkannya al-Quran, malam
diputuskan semua urusan selama setahun, malam yang dipenuhi dengan
ketenangan dan keberkatan, malam dimana Jibril dan malaikat yang lain turun
ke bumi membawa kebaikan, rahmat, keberkatan dan pengampunan.

Menerusi firman Allah subhanahu wa taala:

‫ِّبۡس ِم ٱِهَّلل ٱلَّر ۡح َٰم ِن ٱلَّر ِح يِم‬


‫ۡل‬ ‫ۡل‬ ‫ۡل‬ ‫ۡل‬ ‫ۡل َٰن‬
‫ر ِّم ۡن َأ ِف َش ۡه ٖر‬ٞ ‫ َلۡي َلُة ٱ َقۡد ِر َخ ۡي‬٢ ‫ َو َم ٓا َأۡد َر ٰى َك َم ا َلۡي َلُة ٱ َقۡد ِر‬١ ‫ِإَّنٓا َأنَز ُه ِفي َلۡي َلِة ٱ َقۡد ِر‬
‫َفۡج‬ ‫ َس َٰل ٌم ِهَي َح َّتٰى َم ۡط َل ٱۡل‬٤ ‫ َتَنَّز ُل ٱۡل َم َٰٓلِئَك ُة َو ٱلُّر وُح ِفيَها ِبِإۡذ ِن َر ِّبِهم ِّم ن ُك ِّل َأۡم‬٣
‫ِر‬ ‫ِع‬ ‫ٖر‬
٥
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan

2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu

3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan

4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya
untuk mengatur segala urusan

5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar

Perintah Mencari Lailatul Qadar.


Rasulullah memerintahkan agar semangat memburu malam lailatul qadar di
sepuluh akhir Ramadhan, terutama di malam-malam ganjil sebagaimana beliau
bersabda:

‫َت َح َّر ْو ا َلْي َلَة اْلَق ْد ِر ِفي اْل ِو ْت ِر ِمَن اْلَع ْش ِر اَألَو اِخ ِر ِم ْن َر َمَض اَن‬
Maksudnya: “Carilah kalian lailatul qadar itu pada malam-malam ganjil dari
sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.” [HR. Bukhari, 2017]

Amalan Yang Dianjurkan.

Malam lailatul qadar merupakan salah satu dari sepuluh malam terakhir
Ramadhan, maka pada malam tersebut dianjurkan untuk melakukan pelbagai
ibadah seperti yang dilakukan oleh Nabi seperti qiyamul lail, banyak berdoa,
baca quran, i'tikaf dan amalan lainnya.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

‫َم ْن َقاَم َلْي َلَة اْلَقْد ِر ِإيَم اًن ا َو اْح ِتَس اًبا ُغ ِفَر َلُه َم ا َتَق َّد َم ِم ْن َذ ْن ِبِه‬
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan qiyam pada lailatul qadar dengan penuh
keimanan dan mengharapkan ganjaran berserta keampunan nescaya akan
dihapuskan dosa-dosanya yang terdahulu.” [HR. Bukhari, no. 1901]

Doa yang dianjurkan untuk dibaca adalah sepertimana yang diriwayatkan oleh
Aisyah radhiyallahu anha bahawa dia bertanya kepada Nabi tentang doa
apakah yang dibaca ketika mendapati malam lailatul qadar, lalu beliau
bersabda, bacalah:

‫الَّلُهَّم ِإَّن َك َع ُفٌّو ُتِحُّب اْل َع ْف َو َفاْع ُف َع ِّن ى‬


Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka
akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.” [HR. Ahmad, no.
25384, At-Tirmidzi, no. 3513, sahih]

Waktu Malam Lailatul Qadar.

Ada perbezaan pendapat di kalangan para ulamak berkaitan ketentuan


berlakunya malam lailatul qadar, namun jika melihat kepada beberapa hadis, ia
berlaku di malam yang ganjil.

Al-Nawawi rahimahullah berkata: Majoriti ulamak mengatakan bahawa lailatul


qadar adalah malam yang samar-samar di sepuluh hari terakhir Ramadhan,
kemungkinan besar ia berlaku di malam ganjil iaitu malam ke 27, 23 dan 21,
mereka juga berkata bahawa lailatul qadar berlaku pada malam tertentu yang
tidak akan berubah. Manakala Ulamak muhaqqiqin berkata bahawa lailatul
qadar boleh berubah, maka dalam setahun ia berlaku pada malam ke 27, dan
pada tahun berikutnya malam ke 23, dan pada tahun berikutnya lagi malam ke
21, dan ini pendapat yang lebih zahir (kuat). [Sahih Muslim Bi Syarh An-
Nawawi, 6/43]

Oleh sebab itu, kita tidak boleh meninggalkan satu malam pun dari sepuluh
malam terakhir Ramadhan agar memastikan kita dapat berjumpa dengan
malam lailatul qadar, sesiapa yang boleh beribadah di sepuluh terakhir dengan
maksimum pastilah dia telah berjumpa dengan malam yang sangat mulia ini,
walaupun dia sendiri tidak mengetahuinya.

Demikian, Wallahu taala a’lam.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai