Anda di halaman 1dari 5

TAFSIR

AL QADR
TAFSIR : SURAH AL QADR

OBJEKTIF
Di akhir ADK hari ini, murid dapat :
-Membaca dan menghafal surah ini dengan bacaan yang betul.
ILMU -Mengetahui makna lailatul qadr dan 3 kelebihannya

Menghargai & merasai keagungan Al Quran dan kelebihan


AFEKTIF
Lailatul Qadr

KEMAHIRAN/ Berusaha memperbaiki bacaan Al quran dan menghidupkan


PRAKTIKAL lailatul qadr dengan amal ibadah

Ayat dan terjemahan


ِ‫ٱلر ِح ِيم‬
َ ‫ن‬ ِِ ‫ٱلر ۡح َٰم‬ َِ ‫ِب ۡس ِِم‬
َ ِ‫ٱّلل‬
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
ۡ ‫إِنَآِأنز ۡل َٰنهُِفِيِل ۡيل ِة‬
ِِ١ِ‫ِٱلق ۡد ِر‬
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-
Qadar,
ِ ِِ٢ِ‫ِٱلق ۡد ِر‬ ۡ ُ‫ِومآِأ ۡدر َٰىكِماِل ۡيلة‬
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-
Qadar itu?
ِ ِِ٣ِ‫فِشهۡ ٖر‬ ِ ‫ِم ۡنِأ ۡل‬ ِ ‫ر‬ٞ ‫ِٱلق ۡد ِرِخ ۡي‬ۡ ُ‫ِل ۡيلة‬
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
ٓ ۡ َ
ِ ‫ٱلرو ُحِفِيهاِبِإ ِ ۡذ ِنِربِ ِه‬
ِ ِِ٤ِ‫مِمنِ ُك ِلِأمۡ ٖر‬ ُّ ‫ُِٱلم َٰلئِكةُِو‬ ‫تنزل‬
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana
membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang
berikut);
ِِ٥ِ‫ِٱلف ۡج ِر‬ ۡ ‫ِس َٰل ٌمِهِيِحِت َ َٰىِم ۡطلع‬
ِ
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

2
LATAR BELAKANG SURAH

 Surah Makkiyyah
 Mengandungi 4 ayat

 Surah ini menceritakan tentang malam yang agung iaitu malam yang pertama kali Al Quran
diturunkan kepada Rasulullah ‫ﷺ‬. Ia dinamakan Lailatul Qadr. Peristiwa ini berlaku pada
bulan Ramadan dan pada malam ini bagi sesiapa yang beramal dengan amalan soleh, maka
Allah akan memberikannya pahala lebih baik daripada seribu bulan. Malam ini juga
makna sempit kerana dunia pada malam tersebut menjadi sempit dengan
ramainya malaikat yang turun. Siapa yang tidak mempunyai kemuliaan akan
mendapat kemuliaan dengan melakukan ibadat pada malam tersebut.

HURAIAN SURAH

Malam turunnya Al-Quran

Menurut riwayat Ibnu Ishak, wahyu pertama iaitu surah Al-Alaq diturunkan dalam bulan
Ramadan semasa Rasulullah ‫ِ ﷺ‬sedang beribadah di gua Hira.

3
Memperingati kelebihan Lailatur Qadr

Rasulullahِ‫ ﷺ‬telah menggalakkan kita ini menghidupkan malam ini dengan memperbanyakkan
beribadah dan berdoa. Rasulullah ‫ِ ﷺ‬bersabda seperti yang termaktub dalam Sahih Bukhari dan
Muslim yang berbunyi:

((‫))تحروا ليلة القدر في العشر األواخر من رمضان‬


“Carilah lailatur Qadr itu pada malam-malam sepeluh yang terakhir di bulan Ramadhan.”

((‫))من أقام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه‬


“Barangsiapa yang membangunkan Malam Qadr, kerana didorong keimanan dan harapan
mendapatkan pahala daripada Allah, nescaya diampunkan segala dosanya yang telah lalu.”

Lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar
mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut
dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu
bulan.

Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun
daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan
doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan. Mendapat
keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.

Rahsia Menyembunyikan Lailatulqadar

Antara rahsia menyembunyikan Lailatulqadar ialah supaya menjadi pendorong kepada


orang ramai untuk mencarinya. Juga supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh
dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari Lailatulqadar, seperti disembunyikan
masa yang diperkenankan doa pada hari Lailatulqadar, disembunyikan masa yang
diperkenan doa pada hari Jumaat dan namanya yang agung daripada sega la nama serta
keredhaan-Nya. Begitulah seterusnya.

4
PENGAJARAN

 Kita perlu:
 Berusaha dan bermujahadah menghidupkan lailatul qadr

 Bijak mendahulukan prioriti dalam membangunkan 10 malam terakhir


Ramadhan

 Memperbaiki bacaan Al quran dan sentiasa melazimi tilawah.

 Berinteraksi dengan Al quran sebagaimana Rasulullah dan para sahabat


lakukan. Mereka membaca Al quran untuk beramal.

Apakah 1 amalan kebaikan yang akan dilakukan bersama sama sepanjang minggu ini
berdasarkan pengajaran Surah Al Qadr?

Anda mungkin juga menyukai