Anda di halaman 1dari 11

Antidote

ifesting ~
n
ing ~ ma

man

-PENAWAR-
ifest
st

e ng
~ manif
man
Objektif
ifest
i
ng
~ mani

Di akhir ADK hari ini, murid dapat :


IR - Rohani yang teguh , Qalbu yang sejahtera

1.Mengetahui kelebihan dan kepentingan beristighfar dalam kehidupan.


ILMU
2. Mengetahui dalil al quran dan hadith yang berkaitan dengan istighfar

Yakin dengan rahmatNya, maghfirah dan pertolonganNYa.


AFEKTIF
Jiwa menjadi tenang dan berhati - hati dalam perkara mahmudah serta mazmumah

Iltizam dengan istighfar dalam kehidupan seharian


KEMAHIRAN/
Melatih diri sabar dalam melaksanakan ketaatan dan menghadapi ujian
PRAKTIKAL
Melatih diri bersangka baik dengan Allah
festing ~
ni

Mencari penawar duka


ing ~ ma

man
ifest
st

i
e ng
~ manif

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan
segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan
keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang
dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian adakalanya seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-
kala memenuhi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan
yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit,
tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah
Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan yang lebih baik yang
tidak disangka. Memindahkan duka & resah kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.
Bagaimana?
Mungkin kita bertanya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu
menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun
apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah
sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya
dengan pantas mendengar rintihan insan?

Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya.
Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun
dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau
hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi.
Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu nurani insan mendampingi Allah
untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang
menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?
Istighfar
Kembali kepada Allah (taubat) dan memohon ampun kepadaNya (istighfar) . Dengan
jujur, dengan luhur, dengan khusyuk . Itulah penawar yang akan membuka kebahagian
hidup. Itulah janjiNya:

‫َو َأِن ٱۡس َت ۡغ ِف ُر وْا َر َّبُكۡم ُثَّم ُتوُبٓو ْا ِإَلۡي ِه ُيَم ِّت ۡع ُكم َّم َٰت ًع ا َحَس ًن ا ِإٰٓىَل َأَجٖل ُّم َس ّٗم ى‬

(maksudnya) “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat
kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)
sehingga kepada suatu tempoh…” (Surah Hud: 3)

Dan lagi firmanNya: “Hai sekalian orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah
dengan taubat yang nashuha -yakni yang sebenar-benarnya.” (at-Tahrim: 8)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shalallahu
alaihi wasalam bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya saya itu memohonkan pengampunan
kepada Allah serta bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.”
(Riwayat Bukhari)

"Sesungguhnya apabila seseorang melakukan dosa, nescaya akan tumbuh pada hatinya
satu titik hitam. Apabila dia bertaubat, maka terhakislah titik hitam tersebut.
Jika ia tidak berbuat demikian, titik hitam tersebut akan terus merebak hingga ke
seluruh hatinya sebagaimana firman Allah bermaksud: "Sebenarnya tiada cacat kepada
ayat-ayat Kami, bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran disebabkan
perbuatan kufur dan maksiat." (Riwayat Tirmizi).

Pelbagai nikmat dan kebaikan


Doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur.
Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan
Allah, nikmat dan kebaikan pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji
dalam banyak ayat dalam al-Quran. Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada
kaumnya:

١١ ‫ ُيۡر ِس ِل ٱلَّس َم ٓاَء َع َلۡي ُكم ِّم ۡد َر اٗر ا‬١٠ ‫ َف ُق ۡلُت ٱۡس َت ۡغ ِف ُر وْا َر َّبُكۡم ِإَّنُه ۥ َكاَن َغ َّف اٗر ا‬٩ ‫ُثَّم ِإِّنٓي َأۡع َلنُت َلُه ۡم َو َأۡس َرۡر ُت َلُه ۡم ِإۡس َر اٗر ا‬
‫َّٰن‬
١٢ ‫َو ُيۡم ِد ۡد ُكم ِبَأۡم َٰو ٖل َو َبِنيَن َو َيۡجَع ل َّلُكۡم َج ٖت َو َيۡجَع ل َّلُكۡم َأۡنَٰه ٗر ا‬

(maksudnya) "Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu,
Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan
langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya
harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman,
serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).
Benteng dosa
Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat
jika insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Ketakutan terhadap dosa dapat
dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman
Allah:

‫َو َم ا َكاَن ٱلَّلُه ِلُي َع ِّذ َبُه ۡم َو َأنَت ِفيِه ۚۡم َو َم ا َكاَن ٱلَّلُه ُم َع ِّذ َبُه ۡم َو ُه ۡم َيۡس َت ۡغ ِف ُر وَن‬

(maksudnya) “ Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai
Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka
beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).

Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar
menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun
istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa!
Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamatkan dari derita dosa.
Ditambah kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak
diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak
akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah.
Firman Allah:

‫َو َٰي َق ۡو ِم ٱۡس َت ۡغ ِف ُر وْا َر َّبُكۡم ُثَّم ُتوُبٓو ْا ِإَلۡي ِه ُيۡر ِس ِل ٱلَّس َم ٓاَء َع َلۡي ُكم ِّم ۡد َر اٗر ا َو َيِزۡد ُكۡم ُق َّو ًة ِإٰىَل ُق َّو ِتُكۡم‬

(maksudnya) “(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian
taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu
kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).

Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya, insan mendapat kekuatan dalam menelusuri
permusafiran di dunia yang fana ini.

festing ~
ni

ing ~ ma

man
ifest
Penutup
Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hati. Setiap insan yang beristighfar
dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya.
Allah akan membuka ufuk ruh dan akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran
minda dan merasai perdampingan dengan Allah. Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang
ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang di jiwa dari mengharapkan
keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana
beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau
lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian
sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn
‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Aktiviti dan Perbincangan


Perhatikan dan hayati makna doa istighfar di dalam Al Mathurat.

Bilakah dan dimanakah kita boleh beristighfar. Berapaka kalikah anda dan kumpulan
melatih diri untuk beristighfar dalam sehari.

Terdapat pelbagai amalan untuk menghapuskan dosa dan mensucikan hati, antaranya ialah
istighfar dengan ikhlas, bertaubat, melakukan amal soleh sebagaimana hadith nabi
Daripada Abu Zar al-Ghiffari dan Mu’az bin Jabal R.anhuma berkata, bahawa Nabi SAW
bersabda:

‫َو َأْت ِب ِع الَّس ِّي َئ َة الَحَس َن َة َتْم ُحَه ا‬


Maksudnya: “Sertakanlah setiap dosa (dosa kecil) yang kamu lakukan dengan kebaikan (amal
soleh) yang mana kebaikan itu akan menghapuskan dosa tersebut.” [Riwayat al-Tirmizi
(1987)

Oleh itu, Kumpulan anda diminta untuk melakukan 1 amal soleh bagi mendidik dan mensucikan
jiwa. Bincangkan idea projek amal soleh kumpulan antum dan antum perlu laksanakannya pada
ADK minggu hadapan.

Anda mungkin juga menyukai