Anda di halaman 1dari 6

TAFSIR

AL QURAISY
OBJEKTIF
Di akhir ADK hari ini, murid dapat :
1. Membaca dan menghafal surah ini dengan bacaan
yang betul.
ILMU 2. Mengetahui latar belakang surah dan kelebihan
Makkah.
3. Menghuraikan konsep rezeki, usaha dan bersyukur.
Menghargai & Bersyukur dengan rezeki serta nikmat yang
AFEKTIF
diberikan Allah.
1.Berdikari
KEMAHIRAN/ 2.Mempunyai kemahiran asas berniaga / mencari rezeki
PRAKTIKAL 3. Melakukan ibadah dan amalan soleh sebagai tanda bersyukur
kepada Allah

TAFSIR : SURAH AL QURAISY

Ayat dan terjemahan


‫ٱلر ۡح َٰم ِن ه‬
‫ٱلر ِح ِيم‬ ‫ِب ۡس ِم ه‬
‫ٱَّللِ ه‬
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
ِ ‫ِ ِِل َٰيل‬
١ ‫ف قُر ۡي ٍش‬
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah),
‫إِ َٰۦل ِف ِه ۡم ِر ۡحلة ٱلشِتا ٓ ِء وٱل ه‬
ِ ‫ص ۡي‬
٢‫ف‬
(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan)
pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam).
٣‫ت‬ِ ‫ف ۡليعۡ بُدُواْ ربه َٰهذا ۡٱلب ۡي‬
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai rumah (Kaabah)
ini.
ۡ
٤ ِِۢ‫وع وءامن ُهم ِم ۡن خ ۡوف‬ ٓ ‫ٱلهذ‬
ٖ ‫ِي أطعم ُهم ِمن ُج‬
Tuhan Yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari
kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan

2
LATAR BELAKANG SURAH

 Surah Makkiyyah
 Mengandungi 4 ayat

Surah Quraisy menceritakan kelebihan Mekah dan bagaimana Allah menjaganya daripada
sebarang ancaman. Surah ini adalah lanjutan daripada Surah Al Fil dari segi pokok persoalan dan
suasana walaupun ianya merupakan satu surah yang berasingan.
Menurut riwayat-riwayat hadis, terdapat sembilan surah yang turun di antara surah Al-Fil dan
Quraisy tetapi kedudukan kedua-dua surah ini disusun beriringan sesuai dengan pokok
persoalannya yang hampir sama.

HURAIAN AYAT

Hasil doa Nabi Ibrahim

Allah Azzawajalla telah memperkenankan doa kekasihnya Nabi Ibrahim apabila Baginda berdoa
kepada-Nya selepas selesai membina Kaabah dan membersihkannya:

١٢٦ …‫ٱَّللِ و ۡٱلي ۡو ِم ۡٱۡل ٓ ِخ ِر‬ ِ ‫ٱجع ۡل َٰهذا بلدًا ء ِام ٗنا و ۡٱر ُز ۡق أ ۡهل ۥهُ ِمن ٱلثهم َٰر‬
‫ت م ۡن ءامن ِم ۡن ُهم ِب ه‬ ۡ ‫ب‬ِ ‫و ِإ ۡذ قال ِإ ۡب َٰر ِهۧ ُم ر‬

126. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman
sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara
mereka kepada Allah dan hari kemudian…."

Lalu Allah jadikannya bebas daripada kuasa pemerintah yang zalim dan negeri ini aman sentosa
walaupun negeri-negeri di sekelilingnya sentiasa diancam ketakutan seperti yang disebutkan
dalam surah Al-Ankabut ayat 67. Contohnya, apabila bala tentera gajah juga ingin
memusnahkannya, Allah memelihara kaabah. Mereka telah menerima akibat yang pedih
sebagaimana disebutkan dalam surah Al Fil.

3
Mekah sebagai Mahallah Tijariah (pusat perniagaan)

Walaupun jalan-jalan di bukit Semenanjung Tanah Arab dalam keadaan buruk dan penuh dengan
kes samun menyamun, tetapi kehormatan Baitullah dirasai di seluruh Semenanjung Tanah Arab.

Kaum Quraiys diberikan satu keistimewaan. Pintu-pintu rezeki dibuka luas di hadapan mereka
dan mereka dapat berniaga dalam keadaan aman sentosa. Bahkan Allah menjadikan Mekah
sebagai lokasi perjalanan perniagaan dua hala iaitu perjalanan ke Yaman di selatan dan perjalanan
ke Syam di utara. Para peniaga ini kebiasaannya ke Syam pada musim sejuk dan menuju ke
Yaman pada musim panas.

Konsep Rezeki

Rezeki bermaksud pemberian ataupun kurniaan samada bersifat duniawi ataupun agama. Segala
yang boleh dimanfaatkan, samada yang boleh dimakan ataupun tidak boleh dimakan maka itu
rezeki.

Rezeki bukan sahaja minuman, makanan, harta, kenderaan dan segala rupa bentuk kebendaan
semata, rezeki juga ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan,
keselamatan, kegembiraan dan seumpamanya.

Allah menamakan diriNYA ‫الرزاق‬al-Razzaq (dibaca ar-razzaq). Al-Razzaq bermaksud Maha


Pemberi rezeki. DIA memberikan kepada sesiapa sahaja yang DIA pilih. DIA juga yang
menetapkan kadar pemberian menurut yang DIA kehendaki. Tiada satu makhluk pun yang wujud
melainkan Allah pemberi rezekinya.

Usaha

Agama tidak menyuruh kita duduk saja tanpa berusaha mencari rezeki. Tiada dalam Islam
bertawakkal tanpa berusaha. Nabi s.a.w menyebut:
‫ لرزق ُك ْم كما ي ْر ُز ُق ه‬،‫ل ْو أنه ُك ْم تتو هكلُون على هللاِ ح هق تو ُّك ِل ِه‬
ً ‫ ت ْغدُو ِخما‬،‫الطيْر‬
‫صا وت ُرو ُح ِبطانًا‬
“Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal nescaya Allah merezekikan kamu
seperti DIA merezekikan burung. Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang
dalam keadaan kenyang” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll, sahih).
Ada pihak cuba gunakan hadis ini untuk tidak berusaha atas alasan Allah akan berikan
rezeki seperti burung. Itu fahaman yang salah. Hadis ini menceritakan bahawa selepas benar-
benar tawakkal, seseorang hendaklah seperti burung yang keluar dari sarangnya pada awal pagi
mencari rezeki dan akhirnya pulang kekenyangan. Burung tidak tidur dalam sarangnya tanpa
usaha. Demikianlah muslim dengan rezekinya. Alam ini ada peraturan dan percaturan, seseorang

4
hendaklah berusaha. Kejayaan tidak datang bergolek. Usaha itu adalah ibadah. Tugas kita adalah
berusaha dan hasilnya adalah urusan Allah.

Syukur
Syukur merupakan pengiktirafan terima kasih kepada Allah dengan memujiNya.
Hakikatnya menzahirkan atas kesan nikmat pada lidah, hati dan anggota badan di mana
lidah memuji, hati mengiktiraf dan anggota badan melakukan mengikut apa yang
diredhai-Nya (amalan soleh dan ibadah)
Syukur pada istilah ialah seorang hamba menggunakan semua nikmat kurniaan Allah
kepadanya untuk mentaati-Nya. (Lihat Hasyiyah al-Syabramalisi, 1/22)

Bersyukur adalah diperintahkan oleh Tuhan. Allah SWT berfirman:

‫و ا شْ ك ُ ُر وا ن ِ عْ م ت الل ه ـ هِ إ ِ ن ك ُ ن ت ُ ْم إ ِ ي ها ه ُ ت عْ ب ُ د ُون‬

Maksudnya: Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah -
Nya semata-mata.

Surah al-Nahl (114)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW berdiri
solat (malam) sehingga pecah kedua kaki Baginda. Lalu beliau berta nya kepada
Baginda SAW: “Kenapa engkau lakukan ini, hai Rasulullah? Bukankah Allah SWT
telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan akan datang? Lalu Baginda SAW
menjawab:

‫ي ا ع ا ئ ِ ش ة ُ أ ف ال أ ك ُ و ُن ع ب ْ د ًا ش ك ُ و ًر ا‬

Maksudnya: “Wahai Aisyah! Tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang
bersyukur.”

Riwayat al-Bukhari (4837)

Akhir kalam, marilah kita melazimi dengan berdoa sepertimana doa Nabi Allah
Sulaiman AS:

‫ح ا ت ْر ض ا ه ُ و أ د ِْخ لْ ن ِ ي‬
ً ِ‫ي و أ ْن أ عْ م ل ص ا ل‬
‫ي و ع ل َٰى و ا لِ د ه‬ ‫ر ب ِ أ ْو ِز عْ ن ِ ي أ ْن أ شْ ك ُ ر ن ِ عْ م ت ك ال ه ت ِ ي أ نْ ع ْم ت ع ل ه‬
‫ب ِ ر ْح م ت ِ ك ف ِ ي ِع ب ا ِد ك ال صه ا لِ ِح ين‬

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan


nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku

5
tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan
limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Surah al-Naml (19)

Rezeki dan usaha Kaum Quraisy

Keamanan Makanan

 Kerugian dan sia sia usaha Kaum Quraisy kerana tidak tergolong dalam kalangan orang
yang bersyukur kepada Allah iaitu dengan beriman kepada Allah.

APAKAH PENGAJARAN YANG KITA DAPAT?

 Kita perlu:

 Menyedari bahawa Allah Maha Kaya dan Maha Pemberi Rezeki kepada makhluk-
makhlukNya.

 Mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah melalui perkataan


(Alhamdulillah) dan perbuatan (ibadah) di setiap waktu dan keadaan.

PERBINCANGAN

1. Bincangkan 1 amal soleh yang akan dilakukan bersama-sama sepanjang minggu ini
sebagai bukti bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai