Anda di halaman 1dari 7

QANA’AH HIASAN PERIBADI

TERPUJI

1
07 JULAI 2023/18 Zulhijjah 1444

Khutbah : QANA’AH HIASAN PERIBADI TERPUJI

َ‫ َو َأ َع ذز احلعلح َم َو َر َف َع َأ حهلَ ُه ذاَّل حِين‬،‫ليحن‬ِِّ ‫ِف ا‬ ‫ح‬ ً ‫َح‬ َ ََ ‫ذ ح َذ َ َ ح‬ ُ ‫َ حَ ح‬


ِ ِ ِ ‫اْلمد هللِ اَّلِي فقه من أراد ب ِ ِه خْيا‬
ُ ‫َ َ ح َ ُ َ َ ح َ َُ َ َ َ ُ ح‬ ‫َ ح َ َ ح َ ُ َ ح َ ََ ذ‬ ‫ذَ حُ ََ ُح‬
‫ وبِذل ِك أ ِمرت‬،‫َشيك َل‬ ِ ‫َل‬ ‫ه‬ ‫د‬ ‫ح‬‫و‬ ‫اهلل‬ ‫َل‬ ‫إ‬
ِ ِ‫َل‬ ‫إ‬ ‫َل‬ ‫ن‬‫أ‬ ‫د‬ ‫ه‬ ‫ش‬‫أ‬ ، ‫ْي‬ ‫م‬
ِ ِ ِ ‫اتقوه وَكن‬
ِ ‫ل‬ ‫َع‬ ‫ه‬ ‫ب‬ ‫ا‬‫و‬
‫ح‬ ‫َََ َ ح ُ ح ح َ ََ ح َ ُ َ ذ ُ َ ذ ً َ ح ُ ُ َ َ ُ ح ُ ُ ذ ح َ ح َ َ َ َ ذ‬
‫ وأشهد أن ُممدا عبده ورسوَل اَّلِي أرَس قوا ِعد الَّش ِع‬،‫وأنا ِمن المسلِ ِمْي‬
َ َ َ ‫َ ِّ َ َ ِّ ح َ َ ح َ َ َ ِّ َ ُ َ ذ‬ ‫َ َ ِّ َ َ َ ح َ َ َ ح ح‬
ِ‫آَل‬ِ ‫ارك لَع سيِ ِدنا ُمم ٍد ولَع‬ ِ ‫ امهلل ص ِل وسلِم وب‬،‫ْي‬ ٍ ِ‫وبينها أحسن تبي‬
‫َ َ ح ِّ ح‬ َ ‫َ َ ح َ َُح ح‬ َ ‫ََ ح‬
.‫لي ِن‬ ِ ‫ان إَِل يو ِم ا‬ ٍ ‫وأصحاب ِ ِه ومن تبِعهم بِإِحس‬
‫َ َ َ ُ ُ ذ ذ ََ ُ ح‬ َ ُ ‫َ ذ َ ح ُ َ َ َ ُّ َ ح ُ ح ُ ح َ ذ ُ ح َ َ ذ‬
‫ فيا أيها المؤ ِمنون! ا ِتقوا اهلل حق تقات ِ ِه وَل تموتن إَِل وأنتم‬،‫أما بعد‬
َ ُ ‫ُ ح‬
.‫مسلِمون‬
Sidang Jumaat Rahimakumullah.
Mimbar ingin berpesan kepada tuan-tuan termasuk diri khatib sendiri agar marilah sama-
sama kita bertakwa ke hadrat Allah SWT yakni dengan memperkukuhkan pengabadian
diri kita hanya kepada-Nya dengan melaksanakan segala titah perintah-Nya serta
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari Jumaat yang penuh
keberkatan ini akan menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan juga akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,


Kita sebagai hamba Allah yang mukmin perlulah banyak bersyukur terhadap apa jua
kurniaanNYA yang tidak terhingga kepada kita selama ini. Tajuk Khutbah kita pada hari
ini ialah “Qana’ah Hiasan Peribadi Terpuji”.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
07 JULAI 2023/18 Zulhijjah 1444

Istilah ‘Qana’ah’ berasal dari bahasa Arab yang bermaksud merasa cukup, merasa puas
dan redha terhadap apa yang diberikan, serta tidak meminta-minta. Orang yang memiliki
sifat Qana’ah akan merasa cukup dengan apa yang diperolehi meskipun ia sedikit. Maka
hati pun akan menjadi tenang dan jauh dari sifat tamak. Rasulullah SAW menjelaskan
bahawa seseorang yang hidup secara Qana’ah, maka dia telah termasuk dalam kalangan
orang yang beruntung. Seperti mana tersebut dalam sebuah hadith Baginda :

َ‫ وَرُزِق‬،َ ‫ح م َنْ أَ سْ لَم‬


َ َ ‫ ق َ ْد أَ فْل‬: ‫ل‬ َ ‫ص أَ َّن رَسُو‬
َ ‫ل الله قَا‬ ِ ‫ع َنْ عَبْدِ الله ب ْ ِن عَمْرِو ب ْ ِن الْع َا‬

.ُ ‫ و َق ََّنع َه ُ الله بِمَا آت َاه‬، ً ‫كف َافا‬


َ

Maksudnya: “Dari Abdullah ibn Amru ibn Al-Ash bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang masuk Islam yang mendapat rezeki secukupnya
dan dia pula merasa cukup dengan apa yang telah Allah berikan kepadanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Allah SWT telah berfirman:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐ ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱻ ﱼ ﱽ ﱾ ﱿ ﲀ ﲁ ﲂﲃ‬

٧٩ :‫ﲄ ﲅ ﲆ ﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﱠ انلحل‬

Maksudnya: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia
beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik;
dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih
dari apa yang mereka telah kerjakan”.

Kebanyakan ahli tafsir menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan ‘kehidupan yang
baik di dunia’ itulah yang dikenali sebagai Qana’ah.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
07 JULAI 2023/18 Zulhijjah 1444

Muslimin yang dirahmati Allah,


Kehidupan Nabi Muhammad SAW. adalah amat sederhana sekali. Pada satu hari
Rasulullah sedang berehat di rumahnya sambil berbaring di atas tikar yang diperbuat
daripada daun-daun tamar. Tiba-tiba, seorang sahabat yang bernama Ibn Mas`ud datang
menziarahi Rasulullah SAW. Oleh kerana pada masa itu Rasulullah tidak memakai baju,
maka Ibn Mas`ud melihat bekas anyaman tikar itu melekat di tubuh Rasulullah. Melihat
keadaan yang demikian, maka Ibn Mas`ud rasa sedih dan menitiskan air mata. Beliau
berkata di dalam hatinya: “Adalah tidak patut bagi seorang kekasih Allah dan seorang
pemimpin negara hidup dengan cara demikian”.

Lalu Ibn Mas`ud pun berkata: “Ya Rasulullah, bolehkah saya membawakan tilam ke sini
untuk Tuan?” Rasulullah menjawab, “Wahai Ibn Mas`ud, apalah erti kesenangan hidup di
dunia ini bagiku. Hidup di dunia ini bagiku bagaikan seorang musafir dalam perjalanan
jauh, lalu dia singgah sebentar berteduh di bawah pohon kayu yang rendang untuk
berehat. Setelah itu aku harus berangkat meninggalkan tempat itu untuk meneruskan
perjalanan yang sangat jauh dan tidak berpenghujung.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Dalam suatu peristiwa lain pula ketika Rasulullah SAW menikahkan puterinya, Fatimah
dengan Ali ibn Abi Talib. Pada masa itu Rasulullah menjemput Abu Bakar, Umar dan
Usamah untuk membawakan ‘persiapan kahwin’ bagi Fatimah. Mereka tertanya-tanya
apakah yang disiapkan oleh Rasulullah untuk puteri tercinta dan menantunya yang
tersayang itu? Ternyata, Rasulullah hanya menyiapkan gandum yang telah digiling, kulit
binatang yang sudah disamak, sebuah cerek dan sebiji pinggan. Setelah mengetahui hal
itu, maka Abu Bakar pun menangis.

“Ya, Rasulullah, hanya inikah persiapan untuk Fatimah?” tanya Abu Bakar dalam
tersedu-sedan. ”Ini sudah cukup bagi orang yang berada di dunia,” jawab Rasulullah
sambal menenangkannya. Kemudian Fatimah keluar dari rumah dengan memakai
pakaian pengantin yang sederhana, tetapi dalam keadaan baju yang mempunyai 12
tempat tampalan! Tiada pula padanya perhiasan yang mahal-mahal.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
07 JULAI 2023/18 Zulhijjah 1444

Walimah pernikahan puteri Rasulullah itu amat sederhana sekali kerana kesederhanaan
adalah sebahagian kehidupan Rasulullah sendiri. Sebenarnya, Rasulullah mampu untuk
mengadakan walimah puterinya secara besar-besaran dengan meminta bantuan dari para
sahabat yang kaya. Tetapi, sebagai manusia yang terpuji, Rasulullah ingin menampilkan
sifat kesederhanaan sifat Qana’ah serta bersikap ‘iffah’ dari segala kekurangan untuk tidak
meminta-minta kepada insan lain.

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,


Sifat Qana’ah dapat membersihkan hati manusia daripada penyakit tamakkan harta dan
tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimiliki. Seseorang yang dikurniakan kekayaan
duniawi perlulah menyedari bahawa kita tidak akan hidup selama-lamanya dan seluruh
harta yang dimiliki pasti akan ditinggalkan dan yang tersisa hanyalah kain kafan yang akan
dibawa bersama ke dalam liang lahad.

Qarun adalah antara contoh manusia terkaya yang dikurniakan Allah. Qarun telah diberi
nasihat berkali-kali oleh Nabi Musa untuk kembali kepada Allah sebagaimana yang
dirakamkan dalam surah Al-Qhasas ayat 77 :

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐ ﲷ ﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼﲽ ﲾ ﲿ ﳀ ﳁ ﳂﳃ ﳄ ﳅ ﳆ ﳇ‬

٩٩ :‫ﳈ ﳊ ﳋ ﳌ ﳍ ﳎﳏ ﳐ ﳑ ﳒ ﳓ ﳔ ﳕ ﱠ القصص‬
‫ﳉ‬

Maksudnya: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepa-
damu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan
bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-
hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya
yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
07 JULAI 2023/18 Zulhijjah 1444

Lalu Qarun menjawab dengan sombong melalui kata-katanya,

٩٧ :‫ﱠ القصص‬ ‫ﱡﭐ ﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ ﱆﱇ‬


Maksudnya : “Qarun berkata: “Sesungguhnya aku dikurniakan akan harta itu, semata-
mata kerana ilmu dan kepandaian yang ada padaku.”

Maka tatkala Qarun berada di atas puncak kesombongannya, lalu Allah telah
membenamkannya ke dasar bumi yang dinyatakan dalam surah Al-Qasas ayat 81:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﭐﱡﭐ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲌ ﲍ ﲎ ﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ ﲖ‬

٧٨ :‫ﲗ ﲘ ﲙ ﱠ القصص‬

Maksudnya: “Maka Kami benamkan Qarun beserta rumah dan pengikutnya ke dalam
perut bumi. Maka tidak ada sesiapa pun yang mampu menolongnya daripada azab Allah.
Dan tiadalah ia termasuk dalam golongan orang yang dapat menyelamatkan dirinya)”

Muslimin sidang Jumaat yang berbahagia,


Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin menyeru sidang jemaah sekalian agar
marilah kita bersyukur di atas nikmat nafas yang masih kita miliki. Bersyukurlah atas
keluarga yang kita miliki. Bersyukurlah atas pekerjaan yang kita miliki. Bersyukurlah atas
kesihatan yang kita miliki. Bersyukurlah atas rahmat dan nikmat yang kita miliki.
Bersyukurlah dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara yang kita miliki daripada Allah
SWT. Jauhilah sifat sombong dengan apa yang kita miliki kerana ia bukanlah milik kita,
tetapi ia adalah milik mutlak bagi Allah SWT.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
‫‪07 JULAI 2023/18 Zulhijjah 1444‬‬

‫َ ح ََ‬ ‫َََ َ َ ذ ُ َ‬
‫ح‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ُ‬ ‫ََ َ ُ ح ََ‬
‫ات‬‫يم‪ ،‬ونفع ِِن وإِياكم بِما فِي ِه ِمن اْلي ِ‬ ‫رآن الع ِظ ِ‬
‫ىف الق ِ‬
‫بارك اهلل ِِل ولكم ِ‬
‫ول َقوِلح‬‫َ ح َ َ َ ذ َ ِّ ح َ ح ُ ح َ َ َ ُ ذ ُ ُ َ ذ ُ َ ُ َ ُ ُ‬ ‫َ ِّ ح‬
‫ِ‬ ‫كي ِم‪ ،‬وتقبل ِمِن و ِمنكم ت َِلوته إِنه هو الس ِميع العليِم‪ .‬أق‬ ‫واَّلك ِر اْل ِ‬
‫المؤمنْيَ‬ ‫َ ُ‬ ‫َ َ ُ ح َ‬ ‫َُ ح‬ ‫َ َ ََ ح َ ح ُ َ َ َ ح َ َ ُ ح َ َ‬
‫ِِ‬ ‫ات و‬
‫هذا وأستغ ِفر اهلل الع ِظيم ِِل ولكم ول ِسائ ِ ِر المسلِ ِمْي والمسلِم ِ‬
‫َ َ َ ََ َ‬
‫اة اتلذائبْي‪َ.‬‬ ‫َ ح َح ُ حُ ََ َح َ ُ ح َح‬ ‫َ ُ َ‬
‫ِِ‬ ‫ات‪ ،‬فاستغ ِفروه‪ ،‬فيا فوز المستغ ِف ِرين ويا َن‬
‫والمؤ ِمن ِ‬

‫‪Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah‬‬ ‫‪7‬‬ ‫‪Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023‬‬

Anda mungkin juga menyukai