Anda di halaman 1dari 3

Kelebihan Surah AS-SAJDAH:

1- Mendapat pahala seperti solat ketika Lailatul Qadar.

2- Dikuatkan keIslaman dan tauhidnya.

3- Mendapat ilmu yang benar.

Sabda Rasulullah (yang bermaksud) :

“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar
dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.”

4- Melindungi pembacanya daripada kesusahan semasa hari Kiamat.

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

☘ “Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si
pembacanya seraya berkata;

“Tidak ada kesusahan bagimu.”"

5- Merupakan amalan Rasulullah setiap malam (di samping surah Al-Mulk).

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata (yang bermaksud):

”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk”

6- Surah As-Sajdah dan Al-Mulk melebihi 17 kali ganda berbanding surah-surah lain.

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) :

☘ “Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda.”

7- Dikurniakan nur (cahaya) bagi pembacanya ketika ia mati.

8- Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

9- Surah yang dibaca oleh Rasulullah ketika solat Subuh pada hari Jumaat (di samping surah Al-
Insaan).

“Nabi SAW membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat “Alif Laam Miim Tanzil” As-Sajdah
dan “Hal Ata ‘Alal Insaan” Al-Insaan

(Hadis Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)

10- Merupakan salah satu surah Al-Munjiah.

Al-Darimi menyebutkan sebuah athar yang bersumberkan daripada Khalid bin Mi’dan katanya:

“Bacalah surah al-Munjiah iaitu alif lam mim tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita
kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan
surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seorang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut
menebarkan sayapnya seraya berkata:

Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan
memberikan syafaat kepadanya serta berfirman:
Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan
untuknya satu darjat.

Sujud Tilawah

Apabila sampai membaca ayat 15 (Surah As-Sajdah), kita disunatkan sujud Tilawah.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis.
Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh
sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hukum sujud Tilawah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, baginda (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar,
maka ketika sampai pada ayat sajadah, baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut
melakukan sujud.

Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah
baginda berkata: “Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah.

Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak
melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

##################################################################################

Surah As-Sajdah ( Sujud) adalah surat ke-32 dalam Al-quran. Surah ini terdiri atas 30 ayat dan surah
Makkiyah ( diturunkan di Makkah) serta diturunkan selepas surah Al-mukminun. Dinamakan As
Sajdah berhubung pada surat ini terdapat ayat sajadah (sujud), iaitu ayat yang kelima belas. Sajdah
iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika
solat atau tidak.

Terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran
kitab Allah lalu sujud sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain itu ditegaskan dasar
tauhid dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, di samping mengurniakan taufiq dan hidayah
kepada umat Islam.

Isi Kandungan

Keimanan: Menyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu benar-benar seorang Rasul dan
menjelaskan kepada Musyrik Makkah bahawa belum pernah diutus seorang rasul pun sebelumnya.
Menegaskan bahawa Allah Maha Esa, bahawa Dia-lah yang menguasai alam semesta dan Dia-lah
yang mengaturnya dengan aturan yang paling sempurna; menyatakan bahawa hari berbangkit
benar-benar akan terjadi.

Hukum: Anjuran melakukan sembahyang malam

Dan lain-lain: Keterangan mengenai kejadian manusia di dalam rahim dan fasa-fasa yang dilaluinya
sampai ia menjadi manusia; penjelasan bagaimana keadaan orang-orang Mukmindi dunia dan
nikmat serta pahala-pahala yang disediakan Allah bagi mereka di akhirat; kehinaan yang menimpa
orang-orang kafir di akhirat dan mereka pada waktu itu meminta supaya dikembalikan saja ke dunia
untuk bertaubat dan berbuat kebaikan, tetapi keinginan ini ditolak; keingkaran kaum musyrik
terhadap hari berbangkit dan mereka menganggap bahawa hal itu adalah mustahil.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk
mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini :

Baginda tidak akan tidur sehingga Beliau membaca Surah As-sajdah dan Surah Al-Mulk.

Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka yang solat pada malam lailatul-qadar.

Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Anda mungkin juga menyukai