Anda di halaman 1dari 25

Kenikmatan Syurga Untuk Orang-orang Yang Bertakwa dan Beramal Soleh

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Di Syurga ada tujuh buah negeri yang besar-besar, dan mempunyai kota-kota yang besar pula. Gedung-gedungnya yang besar, indah dan megah serta bertingkat. Di tiap kota ada menara yang menjulang ke angkasa, ada taman sari yang kelihatan pemandangannya menyegarkan dan menyenangkan hati, dengan tanaman-tanaman, pohon-pohon yang teratur rapi terhias indah dan pohon bunga yang beraneka ragam warna dan sedap di pandang mata. Pohon-pohon sangat rendang daunnya dan sangat lebat buahnya. Dan tidak ada musimnya, dan tidak akan layu buah-buahan itu, dan tidak akan rosak meskipun tidak dipetik. Buah-buahannya, bermacam-macam pula. Seperti buah-buahan di dunia juga baik bentuk dan rupanya. Seperti anggur, apel, delima, pisang, tin , zaiton, korma dan sebagainya. Akan tetapi meskipun demikian, namun rasa dan manisnya tentunya lebih lezat dan lebih nikmat dari buah-buahan di dunia, demikian Nabi SAW telah menikmati sekalian buah-buahan itu. Dan lain sekali bezanya dengan buah-buahan di dunia, ada musimnya setahun sekali dan ada yang busuk kalau disimpan lama-lama. Tidak demikian halnya buah di syurga. Apabila dipetik saja maka pada masa itu akan tumbuh pula pengantinya. Perhatikan Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 25 maksudnya : "Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa untuk mereka (disediakan) syurga-syurga dibawahnya sungai-sungai . Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga, mereka berkata, 'Ini adalah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu.' Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan di sana mereka (memperolehi) pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya." "Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa untuk mereka (disediakan) syurga-syurga dibawahnya sungai-sungai." Di sana ada sungai-sungai yang besar mengalir terbentang di tengah kota, yang
1

menambah keindahan kota-kota di syurga. Airnya ada yang berwarna merah bening, ada yang berwarna putih, ada yang berwarna seperti madu, dan macam-macam lagi. Tepi-tepi sungai itu di buat begitu rupa, dari batu permata, ada dari batu akik yang kuning, ada dari batu merah delima, ada dari batu mutiara yang putih bening, dan ada dari batu zabarbad yang berwarna hijau. Tiap-tiap warna tepinya dipdankan dengan warna airnya. Batu-batu krikilnya dari mutiara, intan berlian gemerlapan cahayanya berkilau-kilauan. Siapa memandang pasti terpesona. Airnya jangan dikata lagi lezat dan nikmat, sangat Istimewa. Bukan air sembarang air, ia mengalir dari mata air asli, bermata air dan bersumber di bawah pokok Sidratul-Muntaha. Air-air sungai itu bermacam-macam warnanya, merah, putih, kuning, hijau dan sebagainya. Air sungai-sungai ini pernah Nabi SAW merasainya satu persatu, manis lezat dan nikmat, segar rasanya. Demikian keadaan air dan sungainya di syurga. Sungai-sungainya besar-besar dan panjang-panjang membentang berliku-liku. Menembus dari kota ke kota yang lain. Menghiasi negeri dan kota-kota, terbentang di atasnya jambatan-jambatan yang menghubungkan jalan dari kota ke kota. Jembatan-jembatan itu diberi lampu-lampu yang beraneka warna dan bentuknya, juga tepi-tepi sungai diberi lampu sepanjangnya. Di tepi kiri kanan sungai terbentang jalan raya yang licin dan sangat bersih serta di tanami pohon-pohon. Di tepi sepanjang jalan berdiri gedung-gedung yang indah yang menambah semarak keadaan kota. Digedung-gedung mana penghuninya terdiri dari dari pemuda-pemuda yang gagah dan tampan serta bidadari dan inang pengasuhnya, maka dari gedung atau mahlighai-mahlighai itulah terdengar suara nyanyian merdu merayu kalbu membangkitkan ingatan, pujaan kepada Tuhan khaliq Pencipta Alam. Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud: Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga". Di jalan-jalan banyak orang yang berjalan, sedang menikmati keindahan alam. Itulah alam syurga, alam yang kekal abadi, bukan untuk sebulan dua bulan, bukan untuk setahun dua tahun, akan tetapi untuk selama-lamanya berjuta-juta tahun yang akan datang, dan tidak pula ada batas waktunya, infiniti..... "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah
2

Syurga Firdaus menjadi tempat tinggal," (Surah al-Kahfi ayat 107) "Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya." (Surah al-Kahfi ayat 108) Penduduk di syurga tidak ada lain pekerjaannya, selain bercengkrama. Makan minum bersiar-siar dan jalan-jalan menikmati keindahan alam, dengan penuh rasa puas dan bahagia. Di gedung-gedung yang indah itu, di tiap-tiap bilik, berisi bidadari serta inang pengasuhnya yang membantu melayani padanya ketika ingin makan minum atau ketika datang tetamu. Bidadari yang bermata jeli itulah yang jadi isteri lelaki penduduk syurga. Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di sediakan tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka beryanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu. Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya." Mereka duduk bersandar di sofa di hadap oleh inang pengasuhnya bagaikan seorang puteri raja bersama suaminya dengan wajah yang berseri-seri dan senyumnya yang manis, dan bau mulut bidadari harum dan air ludahnya manis dan akan merasa puaslah suami mereka itu bila mencium padanya. Kulitnya putih kuning, raut mukanya cantik menawan hati suaminya, senyumnya yang manis dengan dua baris gigi yang putih bagai mutiara, dengan bibirnya yang merah merekah buah delima. Maka ia dinamakan "Huurun-iien" ertinya bermata bulat dan menarik tidak besar dan tidak kecil. Tuhan sendiri di dalam Al-Quran menamakan mereka dengan julukan "Huurun-iien" ertinya "Simata bulat" dan dinamakan pula dengan julukan "Khoirootun-hisaan" yang ertinya "yang cantik wajahnya dan sangat indah raut tubuhnya". Dan mereka sebelum hari kiamat, tidak pernah di sentuh tubuhnya oleh siapapun juga, kecuali nanti oleh suaminya sendiri. Cobalah perhatikan apa kata Tuhan di dalam Al-Qur'an dalam surat Ar-Rahmaan ayat 54-56 :
3

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buahbuahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." Pendeknya penduduk Syurga hidup serba puas, gedung-gedung tersergam indah, isteriisteri yang cantik, makanan dan minuman yang lezat, perabot rumah tangga serba mewah dan modern. Yang belum pernah dimikiki semasa di dunia dan memang belum pernah dilihat oleh mata. Pakaian dari sutera yang lembut dan cantik. Bermacammacam model dan bentuk yang khas bagi penduduk syurga. Di samping isterinya yang cantik jelita dan tidak akan bosan untuk selama-lamanya, kerana mereka akan tetap muda terus dan tidak akan menjadi tua. Dan tidak haid dan tidak akan sakit, tubuhnya akan tetap awet muda, kuat dan sehat. Dan tidak akan mengganggu kesehatan mereka walaupun mereka berasmara terus-menerus sampai pagi. Mereka disitu dilayani oleh pelayan-pelayan yang muda-muda dan tetap mudanya. Isteri-isteri di dunia yang solehah, akan dinikahkan semuala oleh Allah SWT dengan suami-suami mereka yang menjadi ahli syurga dan mereka (wanita solehah) akan menjadi ketua bidadari (permaisuri syurga) dan kecantikannya melebihi kecantikan bidadari. Selain itu mereka akan dapat menikmati lagu-lagu yang merdu yang mengisi ruangan mereka berganti-ganti terus lagu-lagu itu yang di nyanyikan oleh biduanita syurga iaitu bidadari. Di sana pun disediakan gedung kesenian tempat menghibur mereka diwaktu malam. Mereka dapat menikmati tarian-tarian dan lagu-lagu yang merdu yang akan dibawakan oleh biduan dan penari syurga. Sambil mereka menikmati lagu yang merdu dan menyaksikan tarian yang di bawakan oleh bidadari syurga dengan tarian yang lemah gemulai an menarik hati dari bidadari syurga, sehingga asyik yang melihatnya tengah menikmati lagu-lagu dan tarian-tarian itu. Maka dihidangkan pula makanan dan buah-buahan yang lezat, serta minuman yang enak dan nikmat cita rasanya. Sampai semalam suntuk mereka dihibur di situ, sampai merasa puas dan kesehatan badan tetap tidak berubah.
4

Sahabat yang dikasihi, Bagi mereka yang menduduki syurga 'Adn, mereka akan menduduki istana-istana yang diperbuat daripada mutiara. Di dalam setiap istana terdapat 70 buah rumah dari permata yakut merah. Di dalam setiap rumah terdapat 70 buah bilik dari zamrut hijau. Di dalam setiap bilik terdapat ranjang. Setiap ranjang terdapat 70 permaidani dalam pelbagai warna, dan setiap permaidani terdapat seorang bidadari. Mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yang bersulam benang emas. Ahli syurga akan lupa akan segala kenikmatan yang mereka alami di dalam syurga apabila mereka dihimpunkan dalam satu majlis yang agung. Majlis ini adalah kemuncak bagi segala kenikmatan bagi penduduk syurga kerana di dalam majlis ini, mereka dapat mendengar dengan sendiri kalimat dari Allah SWT, dapat melihat Zat Allah SWT, dapat reda dari Allah SWT. dan dapat pengisytiharan yang mereka akan hidup kekal selamanya di dalam syurga oleh Allah SWT.. Oleh itu marilah sama-sama kita melayakkan diri kita untuk memasuki syurga Allah SWT dengan mematuhi suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya . Dan jadikan takwa sebagai pakaian kita, syukur, reda dan ikhlas sebagai amalan yang sebati dalam kehidupan, dan berpada-pada di dunia ini jangan terlalu cinta akan kenikmatan di dunia ini kerana orang yang sedang mabuk dunia akan terlupa untuk siapkan bekalan untuk hari akhirat.

SYURGA DAN NERAKA SIAPA PENGHUNINYA


SYURGA DEFINASI i. Menurut istilah berasal dari perkataan bahasa arab iaitu Al-Jannah iaitu suatu tempat di alam akhirat yang penuh dengan segala kesenangan dan kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas dalam hati manusia. Allah telah menyediakan syurga untuk semua hamba-Nya yang senantiasa bertakwa dan beramal soleh kepada-Nya semasa mereka hidup. ii. Menurut bahasa Taman yang dipenuhi atau ditutupi oleh pohon-pohon yang rendang sehingga bahagian atasnya menyerupai sebuah naungan atau payung yang dapat digunakan untuk berteduh dibawahnya. NAMA - NAMA SYURGA Di dalam Al-Quran , Allah telah berfirman dengan jelas bahawa syurga itu mempunyai nama-nama lain. 1. Syurga Firdaus Firman Allah yang membawa maksud " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal" ( Al-Kahfi : 107 )
6

2. Syurga Adn Firman Allah yang bermaksud " Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai yang mana mereka kekal di dalamnya serta mendapat tempat yang bagus di syurga Adn." ( At-Taubah : 72 ) 3. Syurga Naim. Di dalam surah Al-Hajj ayat 56, Allah berfirman sebagaimana berikut, " Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh berada dalam syurga yang penuh kenikmatan (Naim)." 4. Syurga Mawa. Allah berfirman ertinya, " Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya" ( An-Naziat : 41 ) 5. Syurga Darussalam Dalam Al-Quran, Allah telah berfirman seperti berikut " Bagi mereka disediakan Darussalam (syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan" ( Al-Anam : 127 ) 6. Syurga Muqaamah 7. Syurga Al-Maqamul Amiin 8. Syurga Khuldi CIRI - CIRI SYURGA
7

Keluasan. Dalam Al-Quran ada menyebut mengenai berapa besarnya syurga itu. " Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa" (Al-Imran:133) Makanan Di dalam syurga disediakan pelbagai jenis makanan dan minuman yang sangat lazat dari pepohon yang merendang dengan buah yang sangat lebat tanpa ada larangan untuk memetiknya. " Di dalam keduanya ada macam-macam buah-buahan, kurma serta delima" ( Arrahman : 68 ) " Dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." ( Al-Waqiah : 32-33 ) Gedung dan istana Firman Allah dalam Al-Quran yang bererti, " Maha suci (Allah) yang jika Dia mengkehendaki, nescaya dijadikannya bagimu yang lebih baik dari demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya dan dijadikan untukmu istana-istana." ( Al-Furqan : 10 ) Perkataan Para ahli syurga dapat berbicara seperti biasa namun segala perkataan yang diucapkan oleh ahli syurga merupakan perkataan yang diredhai oleh Allah iaitu perkataan yang tidak kotor , tidak keji, tidak berguna dan tidak membawa dosa.

" Mereka tidak mendengar didalamnya perkataan-perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yag menimbulkan dosa. Akan tetapi mereka mendengar ucapan salam." ( Al-Waqiah : 25-26 ) Pintu-pintu Di dalam Al-Quran, kita boleh menjumpai firman Allah yang menyatakan dengan jelas dan pasti bahawa syurga itu mempunyai pintu-pintunya yang tersendiri. Malah dalam hadis Nabi SAW sendiripun ada mengemukakan bahawasanya jumlah pintu syurga itu ada lapan. Ini dapat dijelaskan lagi dengan menyingkap satu riwayat Ibnu Abbas r.a , " Syurga mempunyai lapan pintu dari emas yang dihiasi dengan mutiara" Sungai-sungai Di dalam syurga nanti, Allah akan menyediakan sungai-sungai yang airnya berupa: i. ii. iii. iv. air yang tidak berubah rasa dan baunya air susu yang tidak berubah rasanya khamar (arak) yang lazat rasanya madu yang disaring

Hal ini sebagaimana kalamullah, " Di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, sungaisungai dari khamar (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring." ( Muhammad : 15 ) PENGHUNI SYURGA Sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah, penghuni syurga itu terdiri daripada para muttaqin, iaitu orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah ( senantiasa taat dalam melakukan segala perintah serta meninggalkan segala laranganNya ); orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh serta bersegera dalam memohon keampunan dan keredhaan Allah.
9

Ayat-ayat Al-Quran ada menerangkan apakah sifat-sifat manusia yang benar-benar beriman , a. beriman kepada yang ghaib b. mendirikan solat dan berseru kepada orang lain untuk ikut serta melaksanakannya c. menafkahkan rezekinya ke jalan Allah d. mempercayai kebenaran dan mengamalkan segala isi kandungan kitab Al-Quran. e. percaya kepada kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran seperti Taurat, Injil dan Zabur serta suhuf-suhuf yang lain yang diturunkan kepada para rasul dan terdapat dalam Al-Quran. f. yakin akan adanya kehidupan akhirat iaitu percaya akan adanya kehidupan sesudah dunia berakhir. g. apabila mendengar sebutan Allah, hati mereka berasa gementar h. apabila mendengar bacaan-bacaan ayat-ayat Allah, bertambahlah iman mereka. i. senantiasa berserah diri kepada Allah j. senantiasa bersabar terhadap apa jua yang menimpa mereka dan termasuk juga orang-orang yang berjihad fisabilillah.

Calon Syurga Firdaus


senantiasa memelihara dan khusyu dalam melakukan solat senantiasa menjauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak berguna. sentiasa menunaikan zakat menepati janji. memelihara amanat yang dipikulnya. Calon Syurga Adn

orang yang bertakwa kepada Allah manusia yang benar-benar beriman dan beramal soleh manusia yang kebaikan amat banyak dan sedikit sekali kesalahannya orang-orang yang bersabar dalam mencari keredhaan Allah Calon Syurga Naim

orang-orang yang bertakwa kepada Allah iaitu orang-orang yang sentiasa melakukan perintahNya dan menjauhi segala larangannya
10

manusia yang benar-benar beriman dan beramal soleh Calon Syurga Mawa

orang yang bertakwa orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh orang yang takut kepada kebesarannya tuhannya dan orang yang dapat menahan diri dari keinginan hawa nafsu Calon Syurga Darussalam

orang yang kuat iman dan Islamnya orang yang beramal soleh kerana Allah saja Calon Syurga Darul Muqamah

orang yang mempunyai banyak kebaikan dan amat jarang berbuat kesalahan Calon Syurga Almaqaamul Amiin

orang-orang muttaqin ( bertakwa ) Calon Syurga Khuldi

orang yang sentiasa taat dalam melaksanakan perintah Allah * jadi berdasarkan keterangan ini ,yang telah dipetik daripada Al-Quran, memberikan pengertian bahawa manusia yang bertakwa, beriman dan beramal soleh kepada tuhan yang Esa saja dijanjikan tempat di dalam syurga. Cuma yang membezakan kedudukan mereka adalah sekuat manakah ketakwaan, keimanan dan amalan soleh mereka itu. NERAKA

DEFINASI i. Menurut Al-Quran Dalam bahasa arab bererti api yang sangat panas. Firman Allah: Ertinya: "(Iaitu) api yang sangat panas."
11

(Al-Quran:Surah Al-Qaariah: ayat 11) ii. Menurut istilah Suatu tempat di akhirat yang penuh dengan segala seksaan, kesusahan dan kesengsaraan, yang wujudnya api yang bergejolak dan menyalanyala yang teramat panasnya, disediakan oleh Allah untuk orang-orang kafir, orang yang mendustakan ayat Allah, munafik, musyrik, orang derhaka yang menimbunkan dosa dan bermacam golongan lagi. CIRI-CIRI NERAKA Gejolak, panas dan nyalaan api neraka. Al-Quran telah menggambarkan dengan jelas sekali bahawa api yang berada dalam neraka bergelojak dengan bebas dan sangat hebatnya, yang bukan main panasnya seperti lautan api yang tak kunjung padam dan tak kunjung reda. Jambatan di atas neraka. Jambatan ini sangat lembut dan licin serta sangat tajam yang terbentang diatas neraka menuju syurga. Manusia akan melintasi jambatan yang mencemaskan dengan pelbagai cara, ada yang laluannya seperti kerdipan mata, ada yang seperti kilat, ada yang melintasinya dengan berjalan kaki sahaja malah ada juga yang merangkak. Perbezaan-perbezaan cara melintasi jambatan ini disebabkan amalan yang mereka lakukan selama di dunia. Pohon-pohon di neraka. Di dalam neraka terdapat pohon-pohon yang berduri dan pohon Zaqqum yang batangnya dan buahnya adalah makanan ahli neraka. Pohon zaqqum ini adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka yang menyala. Buahnya seperti kepalakepala syaitan. Hal ini sebagaimana dikemukakan didalam firman Allah ertinya: " Sesungguhnya kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai cubaan bagi orangorang yang zalim. Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka yang menyala. Buahnya seperti kepala-kepala syaitan." (Al-Quran: Surah Ash-Shaffat: 63 -65) Rantai dan belenggu di neraka.

12

Di dalam neraka sememangnya terdapat rantai dan belenggu untuk mengikat serta menyeret dan membelenggu ahli neraka. Dimana rantai tersebut panjangnya 70 hasta. Menurut Muhamad bin Al-Munkadir r.a. mengatakan "Andaikata seluruh di dunia dikumpulkan, sesungguhnya tidak akan dapat menandingi satu daripada lubang rantai yang disebutkan Allah itu." Bahan bakar di neraka. Al-Quran menegaskan dengan pasti tentang bahan bakar neraka iaitu berupa manusiamanusia dan batu-batu.

CALON-CALON AHLI NERAKA Calon Neraka Jahannam.


Orang kafir (tidak beriman kepada rukun iman yang lima). Orang munafik.(tidak menepati janji dan khianati sumpah). Golongan durhaka.(gemar melakukan kejahatan). Pengikut syaitan.(menurut kesenangan dan hawa nafsu serta kemaksiatan). Orang diliputi dosa.(tidak sempat bertaubat hingga mati). Calon Neraka Jahim.

Orang yang bangga diri.(bermegah dengan apa yang dimiliki, tidak mahu zakat dan sedekah kepada anak yatim dan fakir miskin). Golongan durhaka.(disebutkan juga sebagai penghuni neraka Jahannam). Calon Neraka Hawiyah.

Golongan timbangan kejahatan lebih berat daripada kebaikannya. Calon Neraka Wail.

Dustai ajaran Islam.(lalai solat, riak, tidak hirau anak yatim, enggan bayar zakat). Golongan menipu dalam timbangan.(mengurangkan sukatan dalam berjual beli). Calon Neraka Sair.

13

Orang yang terpedaya dengan kenikmatan dunia. Orang yang menyimpang dan mengingkari perintah Allah. Golongan tidak amanah.(makan harta yang diperuntukkan untuk anak yatim). Calon Neraka Ladhaa.

Golongan yang membangkang dan berpaling dari kebenaran Islam. Golongan yang mengumpul harta lalu menyimpannya.(tidak membayar zakat dan sedekah). Calon Neraka Saqar.

Orang yang tidak pernah menunaikan solat. Orang yang tidak memberi makan orang miskin. Orang yang mendustakan hari pembalasan sehingga hari matinya tidak bertaubat. Calon Neraka Huthomah.

Pekerjaan harian mengumpat, mencela dan mencari kesalahan orang lain. Orang yang menghitung-hitung hartanya tetapi kikir/kedekut untuk menggunakannya di jalan Allah.

KEADAAN AHLI NERAKA 1. Mereka senantiasa diliputi dengan rasa takut dan khuatir, bersedih hati, menyesal, letih, dahaga, miskin dan sangat hina. 2. Mereka terjerit-jerit meminta dikeluarkan dari neraka dan ingin mati. 3. Penglihatan mereka kabur kegelapan. 4. Muka-muka mereka menjadi hitam, hangus dan kelihatan muram bagaikan diselaputi debu. 5. Pakaian mereka diperbuat daripada api neraka. 6. Mereka disediakan makanan dari pohon yang berduri dan buah zaqqum yang jika di makan sama sekali tidak mengenyangkan apalagi menggemukkan. 7. Segala minuman yang disediakan buat mereka berupa air dari mata air yang mendidih, nanah dan darah luka-luka ahli neraka.
14

8. Permohonan-permohonan yang mereka ajukan kepada Allah ataupun para malaikat senantiasa ditolak.

KESIMPULAN

Manusia pasti menemui mati dan selepas mati akan dihisab amal kebajikan atau kemaksiatan yang dilakukannya. Allah itu maha adil. Segala apa yang dilakukan oleh manusia dimuka bumi ini akan dibalas sama ada di syurga atau neraka. Sebagai makhluk Allah kita mesti bertaqwa , menjaga iman dan ibadat kita supaya hidup kita diredhai Allah Walaupun Allah menjanjikan kita balasan yang amat lumayan di syurga, kita harus ingat bahawa tujuan kita beribadat kepadanya bukannya hanya untuk mendapatkan ganjaran tersebut tetapi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah dan mendapat keredhaannya. Dunia adalah tempat persinggahan sementara, tidak rugi kita mengorbankan dunia semata-mata untuk beribadat kepada Allah yang menjanjikan balasan nikmat yang kekal selama-lamanya. Allah itu maha pengampun, sementara pintu taubat masih terbuka, bersegeralah kita bertaubat sebelum terlam

15

SYURGA DAN NERAKA


Diriwayatkan oleb Abu Yu'la dan Ibni Umar bahawa pada suatu hari Rasulullah saw berkhutbah lalu berwasiat"Jangan kamu lupa tentang dua perkara hebat iaitu Syurga dan Neraka."kemudian baginda menangis sehingga mengalir air mata baginda dan membasahi janggutnya.Katanya lagi"Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad dalam kekuasaanNya,sekiranya kamu mengetahui akan apa yang aku ketahui tentang akhirat pasti kamu akan naik ketempat yang tinggi dan akan menaburkan tanah keatas kepala mu."

1.SYURGA Rasulullah bersabda:"Allah menyediakan satu tempat untuk hamba-hambaku yang soleh iaitu apa yang tidak pernah mata melihatnya ,tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah terbayang dalam hati seseorang.Bacalah olehmu jika kamu suka,maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi disebalik matanya."(hadis riwayat Bukhari).

TINGKATAN ( JENIS SYURGA)

Syurga Firdaus iaitu syurga yang disediakan yang umumnya untuk orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh: -Sentiasa khusyuk dalam mengerjakan sembahyang -menjauhkan maksiat dan perbualan tidak berguna -membayar zakat.

16

-orang yang menjaga kemaluannya dari berbuat maksiat -memelihara amanah dan menepati janji -memelihara solat

Firman Allah swt yang bermaksud: "Sesungguhnya beruntunglah orang orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya,dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak berguna.Orang-orang yang menunaikan zakat,orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki,maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela.Maka barang siapa yang mencari yang sebalik itu mereka itulah orang-orang yang melampaui batas,Dan orang-orang yang memelihara amanah yang dipikulnya dan janjinya.serta orang-orang yang memelihara solatnya.mereka itu orang orang yang akan mewarisi Syurga Firdaus.mereka kekal didalamnya.(al mukminun 1-11)

Syurga Addin Iaitu syurga yang disediakan umumnya buat mereka yang bertaqwa pada Allah swt ,beriman dan beramal soleh sentiasa membuat kebajikan dan orang yang sabar dalam mencari keredhaan Allah swt.

Firman Allah swt bermaksud: "Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertaqwa"apakah yang telah diturunkan oleh tuhanmu? Mereka menjawab"Kebaikan orang-orang yang berbuat baik didunia mendapat balasan yang baik dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik baik tempat orang yang bertaqwa,syurga Addin yang mereka masuk ke dalamnya yang mengalir dibawahnya sungai-sungai didalam syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki.Demikian Allah memberikan balasan kepada orang orang yang bertaqwa"(An-Nahl-30-31)

17

"Dan barang siapa yang datang kepada tuhannya dalam keadaan beriman dan bersungguh sungguh telah beramal soleh maka mereka itulah orang-orang yang telah memperolehi tempat yang tinggi lagi mulia iaitu syurga Addin yang mengalir sungai-sungai dibawahnya .mereka kekal didalamnya Dan itu balasan bagi orangorang yang bersih dari kekafiran dan kemaksiatan"(Thaha75-76)

"Dan diantara mereka ada pula orang-orang yang lebih dahulu berbuat kebajikan dengan izin Allah.Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar.Bagi mereka syurga Addin yang mereka masuk ke dalamnya,didalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dengan mutiara dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera."(Al Fatir-32-33).

"Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Allah mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka secara tersembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan.Orang-orang itulah yang mendapat kesudahan yang baik iaitu Syurga Addin,Mereka masuk bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dan bapabapanya,isteri-isterinya dan anak cucunya sedangkan mereka masuk ketempat itu dari semua pintu."(ArRa'd 22-23.)

Syurga Nai'm Iaitu syurga disediakan umumnya buat mereka yang sentiasa mengerjakan perintah Allah beriman dan beramal soleh.

Firman Allah swt bermaksud: "Sesungguhnya bagi orang orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang penuh nikmat(Na'im) disisi tuhanya,"(Al Qalam 34)

18

"Sesungguhnya orang orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,Bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan (Nai'm)",(Luqman 8 )

Syurga Ma'wa Iaitu syurga yang disediakan bagi mereka yang bertaqwa serta memiliki iman yang kuat dan sentiasa menjaga hawa nafsu.

Firman Allah swt bermaksud: "Sedangkan dekatnya ada syurga Ma'wa(An Najm 15) "Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh,maka mereka memperolehi syurga-syurga Ma'wa sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan ."(As sajadah 19 ) "Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Allah dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya ,maka sesungguhnya bagi mereka adalah syurga Ma'wa"( Ann Nazi'at 40-41 )

Syurga Darussalam Iaitu untuk orang yang kuat imannya dan islamnya serta melakukan amal soleh semata-mata kerana Allah Taala.

Firman Allah swt bermaksud: "Dan inilah jalan yang lurus.Sesungguhnya kami telah menjelaskan ayat-ayat kami kepada orang-orang yang memerhatikan .Bagi mereka syurga Darussalam pada sisi tuhannya dan Dialah pelindung mereka disebabkan amal amal soleh yang selalu mereka kerjakan "(An Na'm 126-127 )

Syurga Darul Muqamah 19

Iaitu untuk orang yang mengerjakan kebaikan sangat banyak dan sangat jarang melakukan kesalahan.

Firman Allah swt bermaksud: "Mereka berkata"Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami .Sesungguhnya tuhan kami benar-benar maha pengampun lagi maha bersyukur.Yang menempatkan kami dalam syurga Muqamah iaitu merupakan kurnianya.Didalamnya kami tiada merasa letih dan tiada pula merasa lesu."(Fathir 34-35)

Syurga Al Maqamul Amin Iaitu khusus untuk orang-orang yang bertaqwa.

Firman Allah swt bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam syurga Maqamul Amin(Ad Dukhan 51 )

Syurga Khuldi Iaitu untuk para muttaqin.

Firman Allah swt bermaksud: "Katakanlah apa azab yang demikian .itukah yang baik atau syurga Khuldi yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa,Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka ."(Al Furqan 15 )

2.NERAKA 20

Perkataan neraka berasal dari bahasa ibrani yang bererti unggun api ,Pada hakikatnya neraka adalah tempat seksaan bagi mereka yang berdosa (jin dan manusia ) kepada Allah swt.Di dalam Al Quran ada juga disebut sebagai NAR atau Narul JAHANAM.

Dari Abu Hurairah r a bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Api neraka itu dinyalakan hingga 1000 tahun hingga menjadi merah,kemudian diyalakan lagi diatasnya selama 1000 tahun hingga menjadi puteh,kemudian dinyalakan lagi selama 1000 tahun hingga menjadi hitam maka ia menjadi hitam dan gelap.''( Hadis riwayat Tirmizi ) Anda mungkin juga meminati:

I. Surga

Pengertian Surga Surga ialah suatu tempat kediaman yang berada di alam akhirat yang tempat itu diliputi oleh berbagai kenikmatan dan kebahagiaan yang belum pernah seseorang hamba Allah swt. melihat, mendengar, dan menikmatinya saat hidup didunianya. Dan ketahuilah bahwa surga dipersiapkan bagi hamba-Nya yang bertakwa semasa didunianya, begitu juga bagi hamba-Nya yang beriman dan senantiasa beramal shaleh. Merupakan balasan baginya buat selamalamanya. Hal ini sesuai dengan firman Allah swt. dalam Al Qur'an, surat asy Syu'araa, ayat 90. "Dan (pada hari itu) surga didekatkan kepada orang-orang yang bertakwa". Dan firman-Nya dalam surat Al Baqarah, aya 82. "Dan orang-orang yang beriman dan beramal shaleh, mereka itu penghuni surga, didalamnya mereka kekal". Dalam Al Qur'an pada lain surat tersebut di atas masih menjelaskan mengenai surga, dan bagi orang yang pantas menghuninya.

21

II. Kenikmatan Yang Diberikan Allah Bagi Ahli Surga


Ketahuilah, bahwa didalam surga itu terdapat kenikmatan yang luar biasa dan lain seperti halnya yang ada didunia. Untuk mengetahui kenikmatan yang diberikan bagi penghuni surga ialah: 1. Dapat Melihat Dzat Allah Azza Wa Jalla. 1. Mengenai melihat Dzat Allah Azza Wa Jalla, dalam Al Qur'an, surat Al Qiyamah, ayat 23, Allah swt. berfirman: "Kepada Tuhan-Nyalah mereka melihat". 2. Mendapatkan Kemuliaan Dan Dihormati Oleh Allah Dan Para Malaikat. Hal ini berdasarkan penegasan Allah swt. dalam Al Qur'an, surat Yaasiin ayat 58: "(Mereka akan mendapat) ucapan penghormatan sebagai ucapan dari Tuhan Yang Maha Penyayang". Begitu juga juga saat itu penghuni surga masuk ke dalam surga, merekapun juga saat itu penghuni surga masuk ke dalam surga, merekapun juga mendapat kemuliaan dan dihormati oleh para malaikat. Dikala itu mereka masuk kedalam dari semua pintu, seraya memberi salam penghormatan. "Salaamun 'alaikum Bima Shabartum. "Keselamatan atas berkat kebesaranmu". Sebagaimana penegasan Allah swt. dalam Al Qur'an, surat Ar Ra'ad,ayat 23-24. "Dan malaikat-malaikat masuk ketempat-tempat mereka dari semua pintu, (seraya mengucapkan salam). "SALAAMUN 'ALAIKUM BIMAA SHABARTUM". Sungguh alangkah baiknya tempat kesudahan itu". Firman-Nya lagi dalam surat Al Ahzab, ayat 44. "Salam penghormatan kepada mereka mereka (bagi orang-orang beriman) pada hari mereka menjumpai-Nya (yaitu): "Salaam sejahtera". 3. Ahli Surga Saling Mengunjungi. Mengenai hal ini dalam Al Qur'an, surat Ath Thuur, ayat 25-28. Allah berfirman : "Dan sebagian mereka menghadap kepada sebagian yang lain (dan) saling bertanya. Berkatalah mereka. Sesungguhnya kami dahulu saat ada di dalam keluarga kami takut (pada siksa). Sebab itu Allah menganugerahi kepada kami dan menjaga kami daripada siksa neraka. Sesungguhnya kami dahulu menyembah-Nya. Sesungguhnya Dia-lah yang mencurahkan kebaikan lagi Maha Penyayang". Nah, dengan menyimak dan memperhatikan penegasan Allah swt.tersebut, maka akan dapat dapat difahami, bahwa penghuni surga itu bisa saling mengunjungi satu sama lainnya,sama halnya sewaktu dikehidupan dunia. Yakni melakukan kunjungan ke tempat ke kerabat terdekat, kawan, dan kepada orang yang kita anggap berjasa dan terhormat serta mulia di dalam kehidupan ini. Adapun kunjungan yang kita lakukan itu demi untuk sesuatu hal yang di butuhkan. 4. Ahli Surga Bercakap-cakap Dengan Ahli Neraka. Mengenai dialog dan perbincangan penghuni surga dengan penghuni neraka ini, dalam Al Qur'an, surat Al A'raaf, ayat 44. Allah swt. menegaskan : "Dan para penghuni surga berkata kepada para penghuni (dengan berkata) : "Sungguh kami benar-benar telah mendapat apa yang tuhan kami janjikan kepada kami. Karena itu apakah kamu telah mendapat dengan sebenar-benarnya (siksa) yang Tuhan kamu menjanjikan (kepada mu) ? ". Mereka ( penghuni neraka ) menjawab : "Betul". Kemudian seorang penyeru ( 22

malaikat ) memberi pengumuman diantara kedua golongan itu : "Kutukan Allah diberikan kepada orang-orang yang dhalim". Demikian juga bagi penghuni neraka, merekapun bisa melakukan dialog dan berbincangbincang dengan penghuni surga. Hal ini sesuai panegasan Allah swt. dalam Al Qur'an, surat Al A'raaf, ayat 50. "Dalam penghuni neraka memanggil penghuni surga (dengan megatakan) : Curahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah dirizkikan Allah kepadamu". Mereka (penghuni surga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya (yaitu air dan makanan) kepada orang-orang yang ingkar". Itulah penegasan Allah swt. mengenai perbincangan ahli neraka kepada ahli surga. Mudahmudahan kita semua termasuk hamba-Nya, sehingga menjadi calon penghuni surga-Nya.

Nama-Nama Surga Dan Tingkatannya


1. Nama-Nama Surga. Mengenai nama-nama surga dalam Al Qur'an, allah swt. telah menegaskan, yaitu sebagai berikut : -Surga Firdaus. Mengenai surga firdaus ini, dalam Al Qur'an, surat Al Kahfi, ayat 107, Allah swt. telah mendengarkan: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh bagi mereka adalah surga firdaus menjadi tempat tinggal". Juga penegasan-Nya dalam Al Qur'an, surat Al Mu'minuun, ayat 9-11. "Dan orang-orang yang memelihara shalat. Mereka itu adalah orang-orang yang akan mewarisi (yaitu) yang bakal mewarisi surga firdaus, mereka kekal di dalamnya". -Surga 'Adn. Perihal surga 'Adn ini telah banyak sekali di jelaskan dalam Al Qur'an. yaitu sebagai berikut : Firman Allah swt. di dalam surat Thaaha, tepatnya ayat 76. "(Yakni) surga 'Adn yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, didalamnya mereka kekal. Dan itulah (merupakan) balasan bagi orang yang (dalam keadaan) bersih (saat didunianya dari berbagai dosa)". Firman-Nya lagi didalam surat Shaad, ayat 50 : "(Yaitu) surga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka". Firman-Nya juga didalam surat Al Kahfi, ayat 30-31 : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh, sungguh pasti kami (Allah) tidak bakal menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amal(nya) dengan baik. Mereka itulah (orang-orang) yang bagi mereka surga 'Adn, (yakni) yang mengalir sungai-sungai dibawahnya. Dan juga firman-Nya didalam surat Al Mu'minuun, ayat 8 : 23

"Wahai Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam surga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang shaleh diantara bapak-bapak mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. -Surga Na'iim. Dalam Al-Qur'an surat Al Hajj, ayat 56. Allah swt. telah menegaskan : "Maka orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh ada di dalam surga yang penuh kenikmatan". Firman-Nya lagi didalam surat Al Luqman, ayat 8 : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh, bagi mereka bakal mendapat surga yang penuh kenikmatan". Firman-Nya didalam surat Ash Shaffat, ayat 43 : "Di dalam surga-surga yang penuh kenikmatan". Juga firman -Nya didalam surat Al Hajj, ayat 56 : "Karena itu orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh ada didalam surga yang penuh kenikmatan". -Surga Ma'wa. Banyak sekali didalam Al Qur'an dijelaskan, antara lain : Surat As Sajdah, ayat 19 Allah swt. menegaskan: "Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh. Maka bagi mereka mendapat surga-surga tempat kediaman, merupakan pahala pada apa yang telah mereka kerjakan". Firman-Nya lagi didalam surat An Naziat, ayat 41 : "Maka sesungguhnya surga ma'walah tempat tinggal (nya)". Firman didalam surat As sajdah, ayat 19 : "Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh. Maka bagi mereka mendapatkan surga-surga tempat tinggal, pahala pada apa yang telah mereka kerjakan". Dan firman-Nya didalam surat An Najm, ayat 15 : "Di sisinya ada surga tempat tinggal (orang-orang yang bertakwa)". -Surga Darussalam. Mengenai surga Darussalam ini, telah banyak dijelaskan didalam Al Qur'an, di antaranya ialah : Dalam surat Yunus, ayat 25 : "Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (yakni surga), dan memimpin orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus". Dalam surat Al An'aam, ayat 127 : "Bagi mereka (disiapkan surga) Darussalam di sisi Tuhannya dan Dia-lah pelindung mereka di karenakan amal-amal shaleh yang telah mereka kerjakan". -Surga Darrul Muqoomah. Sesuai dengan penegasan Allah swt. di dalam Al Qur'an, surat Faathir, ayat 34-35 : "Dan berkatalah mereka : segala puji bagi Allah yang telah menghapus (rasa) duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami adalah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. Yang memberu tempat kami didalam tempat yang kekal (surga) dan karunia-Nya".

24

-Surga Maqoomul Amiin. Sesuai dengan penegasan Allah swt. didalam Al Qur'an, surat Ad Dukhan, ayat 51 : "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa tinggal didalam tempat yang aman (surga)". -Surga Khuldi. Didalam Al Qur'an, tepatnya surat Al Furqaan, ayat 15, Allah swt. telah menegaskan : "Katakanlah : "Apa (siksa) yang seperti itu yang baik, atau surga yang kekal, yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa, sebagai balasan dan kediaman kembali mereka",

25

Anda mungkin juga menyukai