Anda di halaman 1dari 24

Kempen Perlis Berzikir

PANDUAN KAD FLIP


PERLIS BERZIKIR
Kad flip ini mengandungi ayat-ayat dan kalimah suci dari
al-Quran dan hadis Nabi SAW. Ia perlu dipelihara daripada
dilangkah, dipijak atau seumpama dengannya.

Hadis-hadis pilihan yang terdapat di dalam kad flip ini adalah


hadis sabit daripada Nabi SAW.

Kad flip ini tidak boleh dibawa ke dalam tandas.

Bagi yang hanya mampu membaca rumi, sila semak bacaan


anda bersama guru, atau imbas QR Code untuk semak &
dengar bacaan yang disediakan.
Kempen Perlis Berzikir ZIKIR NAIK
KENDERAAN

“ Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini bagi


kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan 3
sesungguhnya kepada Tuhan kami, kami pasti akan kembali (di hari
Kiamat). ” (Az-Zukhruf: 13-14)
“ Subhaanal lazii sakhkhara lanaa haazaa wa maa kunnaa lahu muqriniina,
wa innaa ilaa rabbinaa lamunqalibuuna ”

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan
Kempen Perlis Berzikir ZIKIR MASUK RUMAH

“ Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk


dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah, kami masuk dan
dengan nama Allah kami keluar dan hanya kepada Allah Tuhan kami,
4
kami bertawakkal ”. (Riwayat Abu Daud - Hasan)

“ Allaahumma innii as’aluka khayral mauliji, wa khayral makhraji, bismillaahi


walajnaa, wa bismillaahi kharajnaa, wa ‘alAllahi rabbinaa tawakkalnaa. ”

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan
FADHILAT

“ Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA berkata, Aku mendengar


Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang masuk ke
rumahnya lalu berzikir mengingati Allah ketika memasukinya
dan ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata kepada
temannya: “Tiada tempat bermalam dan makan malam bagi 5
kamu”. Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika
memasuki rumahnya, syaitan berkata: “Kamu mendapat
tempat bermalam”. Dan apabila dia tidak menyebut nama
Allah ketika hendak makan, syaitan berkata, “Kamu mendapat
tempat bermalam dan makan malam. ” (Riwayat Muslim)
Kempen Perlis Berzikir ZIKIR KELUAR RUMAH

6
“ Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan
kekuatan kecuali dengan-Nya ”. (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi-
Hasan)
“ Bismillaahi tawakkaltu ‘alAllahi, laa haula wa laa quwwata illaa billaahi ”.

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan
FADHILAT

“ Daripada Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW


bersabda: “Sesiapa yang berkata ketika keluar dari rumah
dengan membaca: (zikir di atas) maka akan dikatakan
kepadanya pada ketika itu: “Kamu telah diberi hidayah,
kecukupan dan perlindungan.” Lalu syaitan yang bersama 7
dengannya itu segera menjauhkan dari dirinya, lalu syaitan lain
akan berkata kepada syaitan yang menjauhkan dari dirinya itu,
apa yang kamu boleh buat terhadap seorang yang telah diberi
hidayah, kecukupan dan perlindungan?! ” (Riwayat Abu Daud-
Hasan).
Kempen Perlis Berzikir ZIKIR MASUK PASAR

“ Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada
sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala kepujian,
Dia yang Menghidupkan dan Mematikan, dan Dia Maha Hidup dan
tidak akan mati, di tangan-Nya segala kebaikan dan Dia berkuasa ke
8
atas setiap sesuatu. ”(Riwayat Al-Tirmizi- Hasan)

“ Laa ilaaha illallaahu wahdahu, laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul
hamdu, yuhyii wayumiitu, wahuwa hayyun laa yamuutu, biyadihil khairu,
wahuwa ‘alaa kulli syai’in qadiirun ”

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan
FADHILAT

“ Daripada Umar bin Al-Khatthab RA, Rasulullah


SAW bersabda: “Sesiapa yang memasuki pasar
kemudian membaca: (zikir di atas), maka Allah
akan menuliskan baginya sejuta kebaikan, 9

menghapuskan daripadanya sejuta kejahatan,


dan meninggikan untuknya sejuta darjat. ”
(Riwayat Al-Tirmizi –Hasan)
ZIKIR APABILA SINGGAH
Kempen Perlis Berzikir
DI SESUATU TEMPAT

10
“ Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari
kejahatan apa-apa yang Dia cipta. ” (Riwayat Muslim)

“ A‘uuzu bikalimaatillaah hittaammaati min sharri maa khalaqa ”

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan
FADHILAT

“ Daripada Khaulah binti Hakim RA, Nabi


SAW bersabda: “Sesiapa yang singgah
di suatu tempat, kemudian membaca:
(zikir di atas), tidak ada sesuatu yang 11

akan memudaratkannya sehinggalah dia


meninggalkan tempat tersebut. ”
(Riwayat Muslim)
ZIKIR DIJAUHKAN DARI
Kempen Perlis Berzikir KEMUDARATAN
(DIBACA PAGI & PETANG)

“ Dengan nama Allah yang dengan Nama-Nya tidak akan memberi


mudarat sesuatu pun di bumi dan tidak juga di langit, Dan Dia-lah
12
Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ” (Riwayat Abu Daud
& Al-Tirmizi-Sahih)
“ Bismillahillazi laa yadhurru ma‘asmihi syai’un fil ardhi wa laa fissama’i
wahuwassami‘ul ‘alimu ”

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan
FADHILAT

Daripada Uthman bin ‘Affan RA berkata, Rasulullah


SAW bersabda: “ Tidak ada seorang hamba pun
ketika di setiap pagi harinya dan setiap petangnya
selalu membaca: (zikir di atas) sebanyak tiga 13

kali, maka tidak ada sesuatu apa pun yang akan


membahayakan dirinya. ”
(Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi- Sahih)
Kempen Perlis Berzikir
ZIKIR KETIKA
DITIMPA MUSIBAH
Daripada Ummu Salamah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda: “Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa musibah, lalu ia
mengucapkan:

14
“ Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-
Nya kita akan kembali, ya Allah berikan aku pahala pada musibahku
ini dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya. ”(Riwayat Muslim)
“ Innaalillaahi wa innaa ilaihi raaji'uuna, Allaahumma’jurnii fii musiibatii wa
akhlif lii khairan minhaa ”

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan
FADHILAT

Daripada Ummu Salamah RA berkata,


“ ketika Abu Salamah RA meninggal dunia, aku
mengucapkan: (zikir di atas), sebagaimana
yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW. 15

Maka Allah memberiku pengganti yang lebih


baik dari Abu Salamah iaitu Rasulullah SAW. ”
(Riwayat Muslim)
ZIKIR PENGHULU
Kempen Perlis Berzikir ISTIGHFAR
(SAYYIDUL ISTIGHFAR)

“ Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Engkau, Engkau yang menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu,
dan aku sentiasa berusaha setia pada perjanjianku dengan-Mu sedayaku, aku
16 berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-
Mu kepadaku, dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku.
Sesungguhnya, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau. ”
(Riwayat Al-Bukhari)
“ Allaahumma anta rabbii laa ilaaha illaa anta, khalaqtanii, wa ana 'abduka, wa ana 'alaa 'ahdika,
wa wa‘dika mastata‘tu, a‘uuzubika min syarri maa sana’tu, abu’ulaka bini‘matika 'alayya, wa
abu’ulaka bizanbii, faghfirlii, fa innahu laa yaghfiruz zunuuba illaa anta ”

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan
FADHILAT

“ Sesiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di


pagi hari serta membenarkan dan meyakini dengan isi
kandungannya, jika dia meninggal pada hari itu sebelum waktu
petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga.
17
Dan sesiapa yang mengucapkannya di waktu petang serta
membenarkan dan meyakini dengan isi kandungannya, lalu
dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk
dalam kalangan penghuni syurga. ” (Riwayat Al-Bukhari)
Kempen Perlis Berzikir ZIKIR MASUK MASJID

" Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu ” (Riwayat Muslim).


“ Allahummaftah lii abwaaba rahmatika ”

ZIKIR KELUAR MASJID

18

“ Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kelebihan-Mu ”


(Riwayat Muslim)
“ Allah humma innii as’aluka min fadlika ”

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan
ZIKIR MOHON
Kempen Perlis Berzikir
PERTOLONGAN ALLAH

19
“ Wahai yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri! Dengan rahmat-
Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku seluruhnya, dan
jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata.
(Riwayat An-Nasa’i dalam Al-Sunan Al-Kubra & Al-Hakim - Hasan). ”
“ Yaa hayyu yaa Qayyumu, birahmatika astaghiisu, aslihli sya’ni kullahu,
wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata 'ainin ”

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan
Kempen Perlis Berzikir ZIKIR KETIKA HUJAN

“ Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat. ”(Riwayat Al-Bukhari)


“ Allaahumma soyyiban naafi'an ”

ZIKIR KETIKA HUJAN BERHENTI

20
“ Kita telah dilimpahkan hujan dengan kelebihan dan rahmat daripada
Allah. ” (Riwayat Muslim)
“ Muthirnaa bifadhlillaahi warahmatihi ”

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan
Kempen Perlis Berzikir ZIKIR KETIKA ANGIN KUAT

“ Ya Allah, aku memohon daripada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan


yang ada padanya serta kebaikan yang dibawa bersamanya, dan aku
berlindung dengan-Mu daripada keburukan angin ini dan keburukan 21
yang ada dalamnya serta keburukan yang dibawa bersamanya. ”
(Riwayat Muslim)

“ Allaahumma innii as’aluka khairahaa, wa khaira maa fiihaa, wa khaira


maa ursilat bihi, wa a‘uuzu bika min sharrihaa, wa sharri maa fiihaa, wa
sharri maa ursilat bihi ”

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan
ZIKIR MOHON
Kempen Perlis Berzikir
DIPERMUDAHKAN URUSAN

“ Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan


22 ia mudah. Dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran, jika Engkau
kehendakinya menjadi mudah, maka ia menjadi mudah. ” (Riwayat
Ibnu Hibban- Sahih)
“ Allaahumma laa sahla illaa ma ja'altahu sahlan, wa anta taj'alul hazna
izaa syi’ta sahlan ”

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan
ZIKIR MENGHILANGKAN
Kempen Perlis Berzikir DUKACITA, KEMALASAN &
BELENGGU HUTANG

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari kebimbangan


dan kesedihan, dan Aku berlindung dengan-Mu dari kelemahan dan 23
kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat pengecut dan
bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu dari bebanan hutang dan
kekuasaan manusia. ” (Riwayat Abu Daud - Hasan)

“ Allaahumma inni a'uuzubika minalhammi walhazani, wa a'uuzubika


minal ‘ajzi walkasali, waa a'uuzubika minal jubni walbukhli, wa a’uuzubika
min ghalabatid daini waqahrir rijaali ”

*imbas QR Code untuk


semak & dengar bacaan

Anda mungkin juga menyukai