Anda di halaman 1dari 7

Zikir Pagi dan Petang

ZIKIR PAGI DAN PETANG

Yang dimaksudkan dengan zikir pagi hari iaitulah zikir yang dibaca selepas solat Subuh
sehinggalah sebelum terbitnya matahari. Manakala zikir petang pula adalah zikir yang dibaca
selepas solat ‘Asar sehinggalah sebelum tenggelam matahari. Dalam masa yang sama sekiranya
seseorang terlepas dari membaca zikir-zikir ini dalam waktu yang ditetapkan disebabkan
halangan, maka tidak mengapa jika dibaca diluar dari waktunya.[1] Antara doa-doa tersebut
ialah:

1. Daripada ‘Uthman bin ‘Affan RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang
hambapun pada setiap pagi dan petang yang mengucapkan:

‫ِبْس ِم ِهللا اَّلِذ ْي َال َي ُضُّر َم َع اْس ِمِه َش ْي ٌء ِفي ْاَألْر ِض َو َال ِفي الَّس َم اِء َو ُه َو الَّس ِمْيُع‬
‫اْلَع ِلْي ُم‬

Mafhumya: “Dengan nama Allah yang sesiapa berlindung dengannya, tiada


sesuatupun yang dapat memberi mudharat kepadanya di langit mahupun di
bumi, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. sebanyak tiga kali, tidak
akan memudharatkanya sesuatupun.”[2]

2. Al-Imam al-Tirmizi meriwayatkan: “Sesiapa yang pada petang hari mengucapkan tiga
(3) kali:

‫َأُعْو ُذ ِبَك ِلَماِت ِهللا الَّت اَّماِت ِم ْن َش ِّر َم ا َخ َلَق‬

Mafhumnya: “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna, dari setiap
kejahatan yang ada” dia tidak akan disengat[3] pada malam tersebut.”[4]

3. Daripada ‘Abdullah bin Khubaib RA katanya: “Kami pernah keluar pada suatu malam
ketika hujan dan sangat gelap mencari Rasulullah SAW untuk baginda menunaikan
solat bersama kami, lalu kami menemui baginda, baginda bersabda: “Katakan!”
namun aku tidak mengucapkan sesuatupun. Kemudian baginda bersabda lagi:
“Katakan!” namun aku tidak mengucapkan sesuatupun. Kemudian baginda
bersabda lagi: “Katakan!” lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang perlu aku
ucapkan? Baginda bersabda: “Bacalah ‫ ُق ْل ُه َو ُهللا َأ َح ٌد‬dan dua surah pelindung ( ‫ُقْل َأُعْو ُذ‬

‫ ِبَر ِّب ْاَلَفَلِق‬dan ‫ )ُقْل َأُعْو ُذ ِبَر ِّب الَّن اِس‬ketika petang dan pagi tiga kali, perkara itu memadai
untukmu dari setiap perkara.”[5]

4. Daripada Syaddad bin Aus RA, Nabi SAW bersabda: “Penghulu al-Istighfar ialah
dengan mengucapkan:

‫ َو َأَن ا َع َلى َع ْه ِدَك َو َو ْع ِدَك َم ا‬، ‫ َخ َلْق َت ِنْي َو َأَن ا َع ْب ُد َك‬، ‫َالَّلُهَّم َأْن َت َر ِّبْي َال ِإَلـَه ِإَّال َأْن َت‬
‫ َو َأُب ْو ُء ِب َذ ْن ِبْي َف اْغ ِفْر‬، ‫ َأُبْو ُء َلَك ِبِنْع َمِت َك َع َلَّي‬، ‫ َأُعْو ُذ ِبَك ِم ْن َش ِّر َم ا َص َن ْع ُت‬، ‫اْس َت َط ْع ُت‬
. ‫ِلْي َفِإَّن ُه َال َي ْغ ِفُر الُّذ ُنْو َب ِإَّال َأْن َت‬

Mafhumnya: “Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku[6], tiada Tuhan yang berhak
disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku
sentiasa setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung denganMu dari
kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui kepadaMu banyaknya nikmatMu kepadaku dan
aku mengakui juga banyaknya dosaku, oleh karena itu, ampunilah daku. Sesungguhnya tiada
yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Sesiapa yang mengucapkan istighfar ini pada siang
hari (pagi hari), membenarkan dan berkeyakinan dengan isi kandungannya, jika dia mati pada
hari tersebut sebelum petang, maka dia termasuk dari kalangan penghuni Syurga. Dan sesiapa
yang mengucapkannya pada malam hari, membenarkan dan berkeyakinan dengan isi
kandungannya, jika dia mati sebelum pagi hari, maka dia termasuk dari kalangan penghuni
Syurga”[7]

5. Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA katanya: “Dahulunya Nabi Allah SAW ketika
petang hari akan mengucapkan:

‫ َل ُه اْل ُم ْل ُك َو َل ُه‬،‫ اَل ِإَلَه ِإاَّل ُهللا َو ْح َدُه اَل َش ِر ْي َك َل ُه‬،‫ َو ْالَح ْم ُد ِهَّلِل‬،‫َأْم َس ْي َن ا َو َأْم َس ى اْل ُم ْلُك ِهَّلِل‬
،‫ َر ِّب َأْس َأُلَك َخ ْي َر َم ا ِفْي َه َذ ِه الَّلْي َل ِة َو َخ ْي َر َم ا َب ْع َد َه ا‬،‫اْلَح ْم ُد َو ُه َو َع َلى ُك ِّل َش ْي ٍء َق ِدْيُر‬
‫ َر ِّب َأُعْو ُذ ِب َك ِمَن اْلَك َس ِل َو ُس ْو ِء‬،‫َو َأُعْو ُذ ِبَك ِم ْن َش ِّر َم ا ِفْي َه َذ ِه الَّلْي َلِة َو َش ِّر َم ا َب ْع َد َه ا‬
‫َأ ُذ‬
‫ َر ِّب ُعْو ِبَك ِم ْن َع َذ اٍب ِفي الَّن اِر َو َع َذ اٍب ِفي اْلَق ْب ِر‬، ‫اْلِكَب ِر‬
Mafhumnya: “Kami telah memasuki waktu petang dan kerajaan hanya milik Allah,
segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah
Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya pujian.
Dialah Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Wahai Tuhan, aku mohon
kepadaMu kebaikan di malam ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung
kepadaMu dari kejahatan malam ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan, aku
berlindung kepadaMu dari kemalasan dan dari kejelekan di hari tua. Wahai Tuhan!
Aku berlindung kepadaMu dari siksaan Neraka dan kubur.”

Jika doa ini dibaca pada waktu pagi, lafaznya adalah seperti berikut:

‫ َل ُه اْلُم ْل ُك َو َل ُه‬،‫ اَل ِإَلَه ِإاَّل ُهللا َو ْح َد ُه اَل َش ِر ْي َك َلُه‬،‫ َو ْالَح ْم ُد ِهَّلِل‬،‫َأْص َب ْح َن ا َو َأْص َبَح اْل ُم ْلُك ِهلل‬
،‫ َر ِّب َأْس َأُلَك َخ ْي َر َم ا ِفْي َه َذ ا اْل َي ْو ِم َو َخ ْي َر َم ا َب ْع َدُه‬،‫اْلَح ْم ُد َو ُه َو َع َلى ُك ِّل َش ْي ٍء َق ِدْيُر‬
‫ َر ِّب َأُع ْو ُذ ِب َك ِمَن اْلَك َس ِل َو ُس ْو ِء‬،‫َو َأُعْو ُذ ِبَك ِم ْن َش ِّر َم ا ِفْي َه َذ ا اْلَي ْو ِم َو َش ِّر َم ا َب ْع َد ُه‬
‫َأ ُذ‬
‫ َر ِّب ُعْو ِبَك ِم ْن َع َذ اٍب ِفي الَّن اِر َو َع َذ اٍب ِفي اْلَق ْب ِر‬، ‫اْلِكَب ِر‬
Mafhumnya: “Kami telah memasuki waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah,
segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah
Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya pujian.
Dialah Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Wahai Tuhan, daku mohon
kepadaMu kebaikan hari ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepadaMu
dari kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan, daku berlindung
kepadaMu dari kemalasan[8] dan dari kejelekan di hari tua[9]. Wahai Tuhan! Aku
berlindung kepadaMu dari siksaan Neraka dan kubur.”[10]

6. Diriwayatkan oleh Ibn al-Sunniy daripada Abu Darda’ RA, Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang setiap pagi dan petang mengucapkan:

. ‫َح ْس ِبَي ُهللا َال ِإَلـَه ِإَّال ُه َو َع َلْي ِه َت َو َّك ْلُت َو ُه َو َر ُّب اْل َع ْر ِش اْل َعِظ ْي ِم‬

Mafhumnya: “Memadailah bagiku dengan Allah, tiada Tuhan (yang berhak


disembah) melainkan Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dialah Tuhan yang
menguasai ‘Arsy yang agung, dibaca sebanyak tujuh kali, Allah akan mencukupkan
apa yang dikehendakinya dari urusan dunia dan akhirat.”[11]

7. Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang pada
pagi dan petang hari mengucapkan:

‫ُسْب َح اَن ِهللا َو ِبَح ْم ِدِه‬

Mafhumnya: “Maha Suci Allah dan dengan segala pujian untukNya, seratus kali
(100 kali), tidak akan datang pada hari kiamat seseorang lain membawa sesuatu yang
lebih utama berbanding dengan apa yang dia bawa, melainkan seseorang lain yang
datang dengan membawa ganjaran seperti yang dia baca atau orang itu membaca lebih
daripadanya.”[12]

8. Di dalam Sunan al-Tirmizi, Abu Daud dan yang lainnya, Nabi SAW mengajar para
sahabat baginda dengan berkata: “Apabila seseorang daripada kamu berada pada
pagi hari hendaklah dia mengucapkan:

.‫ َو ِبَك َن ُمْو ُت َو ِإَلْي َك الُّنُشْو ُر‬،‫ َو ِبَك َن ْح َي ا‬،‫ َو ِبَك َأْم َس ْي َن ا‬،‫َالَّلُهَّم ِبَك َأْص َب ْح َن ا‬

Mafhumnya: “Ya Allah, dengan nikmat dan pertolonganMu kami dapat memasuki
waktu pagi, dan dengan nikmat dan pertolonganMu kami memasuki waktu
petang. Dengan nikmat dan pertolonganMu kami hidup dan dengan kehendakMu
kami mati. Dan kepadaMu kebangkitan (bagi semua makhluk pada hari
kiamat).” Apabila petang hari hendaklah dia ucapkan:

.‫ َو ِبَك َن ُمْو ُت َو ِإَلْي َك اْلَمِص ْيُر‬،‫ َو ِبَك َن ْح َي ا‬،‫ َو ِبَك َأْص َب ْح َن ا‬،‫َالَّلُهَّم ِبَك َأْم َس ْي َن ا‬

Mafhumnya: “Ya Allah, dengan nikmat dan pertolonganMu kami dapat memasuki
waktu petang, dan dengan nikmat dan pertolonganMu kami memasuki waktu
pagi. Dengan nikmat dan pertolonganMu kami hidup dan dengan kehendakMu
kami mati. Dan kepadaMu kebangkitan (bagi semua makhluk pada hari
kiamat).”[13]
9. Abu Hurairah meriwayatkan, Abu Bakr RA pernah bertanya kepada Nabi
SAW: "Wahai Rasulullah ajarkan kepada saya bacaan yang perlu saya baca pada
pagi dan petang hari, sabda Nabi SAW, bacalah:

،‫ َر َّب ُك ِّل َش ْي ٍء َو َم ِلْي َك ُه‬،‫ َع اِلَم اْل َغ ْي ِب َو الَّش َه اَد ِة‬، ‫الَلُهَّم َف اِط َر الَّس َمَو اِت َو ْاَألْر ِض‬
.‫ َأُعْو ُذ ِبَك ِم ْن َش ِّر َن ْف ِس ْي َو َش ِّر الَّش ْي َط اِن َو ِش ْر ِكِه‬، ‫َأْش َه ُد َأْن اَل ِإَلَه ِإاَّل َأْن َت‬

Mafhumnya: ”Ya Allah, Tuhan Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui,
Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Tuhan dan Raja kepada setiap
sesuatu. Aku bersaksikan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Dikau,
daku memohon perlindungan denganMu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan syaitan
dan sekutu-sekutunya.” Di dalam riwayat lain ada tambahan:

‫ َأْو َأُجَّر ُه ِإَلى ُم ْس ِلٍم‬،‫َو َأْن َأْقَتِرَف َع َلى َنْفِسْي ُسْو ًء ا‬

Mafhumnya: ”dan aku (berlindung denganMu) dari berbuat kejahatan terhadap diriku sendiri
atau mengenakannya kepada muslim lain.” Seterusnya baginda bersabda: “bacakan bacaan ini
ketika waktu pagi dan waktu petang dan apabila engkau mendatangi tempat tidur.”[14]

10. Daripada Abdullah bin ‘Umar RA katanya: “Rasulullah SAW tidak pernah
meninggalkan ungkapan-ungkapan doa ini ketika petang dan pagi:

‫ الَّلُهَّم ِإِّن ي َأْس َأُلَك اْل َع ْف َو َو اْلَع اِفَي َة ِفي ِديِني‬،‫الَّلُهَّم ِإِّن ي َأْس َأُلَك اْل َع اِفَي َة ِفي الُّد ْن َي ا َو اآْل ِخ َر ِة‬
‫ الَّلُهَّم اْح َف ْظ ِني ِم ْن َب ْي ِن‬،‫ َو آِم ْن َر ْو َع اِتي‬، ‫ الَّلُهَّم اْس ُتْر َع ْو َر اِتي‬،‫َو ُد ْن َي اَي َو َأْه ِلي َو َم اِلي‬
‫ َو َأُعوُذ ِبَع َظ َمِت َك َأْن ُأْغ َت اَل‬،‫ َو ِم ْن َف ْو ِقي‬،‫ َو َع ْن ِش َم اِلي‬،‫ َو َع ْن َي ِميِني‬،‫ َو ِم ْن َخ ْلِفي‬، ‫َي َدَّي‬
‫ِم ْن َت ْح ِتي‬

Mafhumnya: “Ya Allah sesungguhnya aku memohon keselamatan di dunia dan di


akhirat, Ya Allah sesungguhnya aku memohon keampunan dan keselamatan
agama dan dunia, ahli keluarga dan harta bendaku. Ya Allah tutupilah keaibanku,
amankan daku dari semua ketakutan. Ya Allah peliharalah daku dari
kemerbahayaan dari hadapan, dari belakang, dari sebelah kanan, dari sebelah
kiri, dan dari arah atasku. Aku juga memohon perlindungan dengan
keagunganMu dari bala bencana dari bawahku.”[15]

11. Di dalam Musnad Ahmad, hadis dari Abu Hurairah RA katanya: “Rasulullah SAW
bersabda, siapa yang mengucapkan:

‫ َلُه اْلُم ْلُك َو َلُه اْلَح ْم ُد َو ُه َو َع َلى ُك ِّل َش ْي ٍء َق ِدْيُر‬،‫َال ِإَلـَه ِإَّال ُهللا َو ْح َد ُه َال َش ِر ْي َك َلُه‬

Mafhumnya: “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah, Yang Maha Esa, tidak ada
sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu, siapa
yang membacanya sepuluh (10) kali pada pagi hari, Allah catitkan untuk seratus (100) kebaikan,
dan dihapuskan darinya seratus (100) kejahatan, dan untuknya pahala seumpama
memerdekakan seorang hamba, dan dia dipelihara pada hari tersebut sehingga ke petang hari.
Sesiapa yang membacanya pada petang hari, ia akan memperolehi kelebihan seperti itu
jua.”[16]

Zikir ini juga boleh dibaca seratus kali (100 x) setiap pagi[17] seperti yang diriwayatkan oleh al-
Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengucapkan:

‫ َلُه اْلُم ْلُك َو َلُه اْلَح ْم ُد َو ُه َو َع َلى ُك ِّل َش ْي ٍء َق ِدْيُر‬،‫َال ِإَلـَه ِإَّال ُهللا َو ْح َد ُه َال َش ِر ْي َك َلُه‬

Seratus kali – 100 x – dalam sehari, baginya pahala seperti memerdekakan sepuluh – 10 – orang
hamba, dicatitkan untuknya seratus kebaikan, dihapuskan seratus kejahatan dan dipelihara dari
syaitan pada hari itu sehingga petang, dan tidak ada seseorang lain yang melakukan sesuatu
yang lebih baik dari apa yang dilakukannya (dengan zikir tersebut), melainkan seorang lelaki
yang melakukan (mengucapkanzikir tersebut) lebih banyak dari apa yang diucapkannya. Dan
sesiapa yang mengucapkan:

‫ُسْبَح اَن ِهللا َو ِبَح ْمِدِه‬


Mafhumnya: “Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya” dalam sehari seratus kali,
dihapuskan kesalahan-kesalahannya, sekalipun sebanyak buih di lautan.[18]

12. Daripada Abdul Rahman bin Abza ( ‫أبزى‬ ‫ )عبد الرحمن بن‬RA yang berkata: Dahulunya Nabi SAW apabila
pagi hari akan mengucapkan:

‫ َو َع َلى ِد ْي ِن َن ِبِّي َن ا ُمَح َّم ٍد َص َّلى ُهللا َع َلْي ِه‬، ‫ َو َك ِلَم ِة ْاِإلْخ َالِص‬، ‫َأْص َبْح َن ا َع َلى ِفْط َر ِة ْاِإلْس َالِم‬
. ‫ َو َع َلى ِم َّلِة َأِبْي َن ا ِإْبَر اِه ْي َم َح ِنْي ًفا ُمْس ِلًم ا َو َم ا َك اَن ِمَن اْل ُم ْش ِر ِك ْي َن‬، ‫َو َس َّلَم‬

Mafhumnya: “Kami berada pada pagi hari dalam keadaan berpegang dengan fitrah
(agama) Islam, dan kalimah al-Ikhlas[19], dan di atas agama Nabi kami Muhammad
SAW, dan agama datuk kami Ibrahim, yang berdiri di atas jalan yang lurus, Muslim dan
beliau bukanlah tergolong dari orang-orang musyrik.”[20]

13. Dari Ummu Salamah, Isteri Nabi SAW katanya: bahawa Nabi SAW selepas solat Subuh, sebaik sahaja

memberi salam akan mengucapkan:

‫ َو َع َم اًل ُم َت َق َّب اًل‬،‫ َو ِر ْز ًقا َط ِّيًبا‬،‫الَّلُهَّم ِإِّن ْي َأْس َأُلَك ِع ْلًما َن اِفًعا‬

Mafhumnya: “Ya Allah daku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang
diterima.” [21]

14. Dari Juwairiah RA, Nabi SAW pernah keluar dari sisinya pada awal pagi waktu Subuh pergi ke masjid,

ketika itu Juwairiah berada di tempat solatnya. Kemudian baginda pulang setelah masuk waktu Dhuha,

beliau masih duduk di tempat solatnya, lalu baginda bersabda: Kamu masih berada seperti keadaan ketika

aku meninggalkan mu tadi? Beliau menjawab: Ya. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya tadi aku telah

ucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali |3x|, sekiranya kalimat itu ditimbang dengan apa yang kamu

baca dari tadi, sudah tentu kalimat yang aku baca tadi lebih berat, iaitulah:

‫ َو ِمَداَد َك ِلَماِتِه‬،‫ َو ِز َن َة َع ْر ِش ِه‬،‫ َو ِر َض ا َن ْف ِس ِه‬،‫ُسْب َح اَن ِهللا َو ِبَح ْم ِدِه َع َد َد َخ ْلِقِه‬


Mafhumnya: “Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya sebanyak bilangan makhlukNya[22],
seperti keredhaanNya[23], seberat timbangan arasyNya dan sebanyak tinta tulisan kalimatNya

Anda mungkin juga menyukai