Anda di halaman 1dari 6

1) ZIKIR NABI SAW SEMASA HARI ARAFAH

Daripada Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari
‘Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah

‫ك َو َل ُه ْال َحمْ ُد َوه َُو َع َلى ُك ِّل َشيْ ٍء َقدِي ٌر‬ َ ‫اَل ِإ َل َه ِإاَّل هَّللا ُ َوحْ دَ هُ اَل َش ِر‬
ُ ‫يك َل ُه َل ُه ْالم ُْل‬
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah
segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu.”
(HR Tirmizi, hadis hasan)

KELEBIHAN MEMBACA ZIKIR INI 100 KALI:


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :
‫ت َل ُه َع ْد َل َع ْش ِر‬ ْ ‫ك َولَ ُه ْال َح ْم ُد َوه َُو َعلَى ُك ِّل َشيْ ٍء َقدِي ٌر فِي َي ْو ٍم ِماَئ َة مَرَّ ٍة َكا َن‬ ُ ‫ك لَ ُه لَ ُه ْالم ُْل‬ َ ‫َمنْ َقا َل اَل ِإلَ َه ِإاَّل هَّللا ُ َوحْ َدهُ اَل َش ِري‬
‫َأ‬ ‫َأ‬ ‫ْأ‬ َ ِ‫ان َي ْو َم ُه َذل‬ ْ ‫ت َع ْن ُه ِماَئ ُة َس ِّيَئ ٍة َو َكا َن‬ ْ ‫ت لَ ُه ِماَئ ُة َح َس َن ٍة َو ُم ِح َي‬
‫ض َل‬ َ ‫ت َح ٌد ِب ْف‬ ِ ‫ك َح َّتى ُي ْمسِ َي َولَ ْم َي‬ ِ ‫ت لَ ُه حِرْ ًزا مِنْ ال َّش ْي َط‬ ْ ‫ب َو ُك ِت َب‬
ٍ ‫ِر َقا‬
َ َ ْ ‫َأ‬ ٌ ‫َأ‬ ‫اَّل‬
‫ِممَّا َجا َء ِب ِه ِإ َحد َع ِم َل كث َر مِنْ ذل َِك‬
Maksudnya: “Barang siapa yang membaca
‫ك َولَ ُه ْال َح ْم ُد َوه َُو َعلَى ُك ِّل َشيْ ٍء َقدِي ٌر‬ َ ‫’اَل ِإلَ َه ِإاَّل هَّللا ُ َوحْ َدهُ اَل َش ِري‬
ُ ‫ك َل ُه لَ ُه ْالم ُْل‬
‘Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa
kulli syai’in qodir’

sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA,
ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya
perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang
lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat
mengamalkan lebih banyak zikir ini”.
(HR Bukhari, hadis sahih)

2) DOA PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH

Daripada Ali Bin Abi Thalib beliau berkata: Kebanyakan doa yang diucapkan Rasulullah SAW
pada hari Arafah di tempat wuquf adalah:

‫ْك‬ َ ‫صاَل تِي َو ُن ُسكِي َو َمحْ َي‬


َ ‫اي َو َم َماتِي َوِإ َلي‬ َ ‫ك‬ َ ‫ك ْال َحمْ ُد َكالَّذِي َنقُو ُل َو َخيْرً ا ِممَّا َنقُو ُل اللَّ ُه َّم َل‬ َ ‫اللَّ ُه َّم َل‬
‫مْر اللَّ ُه َّم‬‫ب ْال َقبْر َو َوسْ َو َس ِة الص َّْدر َو َش َتا ِ َأْل‬
ِ ‫ك ِمنْ َع َذا‬ ُ ‫ك َربِّ ُت َراثِي اللَّ ُه َّم ِإ ِّني َأع‬َ ‫َم ِآبي َو َل‬
ِ ‫تا‬ ِ ِ َ ‫ُوذ ِب‬
‫ك ِمنْ َشرِّ َما َت ِجي ُء ِب ِه الرِّ ي ُح‬ ُ ‫ِإ ِّني َأع‬
َ ‫ُوذ ِب‬
Maksudnya: “Ya Allah, segala puji bagi-Mu seperti yang kami ucapkan, dan lebih baik daripada
apa yang kami ucapkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku. Kepada-
Mu aku akan kembali, dan milik-Mu wahai Tuhanku kekayaanku. Ya Allah, aku berlindung
kepada-Mu daripada seksaan kubur, keraguan hati, serta kekacauan urusanku. Ya Allah, aku
berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang dibawa oleh angin.”
(HR Tirmidzi, hadis gharib)

3) SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)

Daripada Syaddad bin Aus r.a., Rasulullah SAW bersabda:


َ ‫ت َربِّي الَ ِإ َل َه ِإاَّل َأ ْن‬
‫ت‬ َ ‫ اللَّ ُه َّم َأ ْن‬:‫ َس ِّي ُد ااِل سْ ت ِْغ َف ِار َأنْ َت ُقو َل‬،
‫ك‬ َ ‫ َوَأ َنا َع َلى َع ْه ِد‬،‫ك‬ َ ‫َخ َل ْق َتنِي َوَأ َنا َع ْب ُد‬
ُ ْ‫ِك َما اسْ َت َطع‬
‫ت‬ َ ‫و َوعْ د‬، َ
ْ‫ك ِمن‬ ُ
َ ‫عُوذ ِب‬ ‫َأ‬
َّ‫ك َع َلي‬ َ ‫ َأبُو ُء َل‬،‫ت‬
َ ‫ك ِب ِنعْ َم ِت‬ ُ ْ‫ص َنع‬َ ‫ َشرِّ َما‬،
َ ‫وب ِإاَّل َأ ْن‬
‫ت‬ َ ‫الذ ُن‬ ُّ ‫ َفِإ َّن ُه الَ َي ْغفِ ُر‬،‫اغفِرْ لِي‬ ْ ‫ك ِب َذ ْن ِبي َف‬ َ ‫َوَأبُو ُء َل‬
Maksudnya: “Sayyidul Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku,
tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang
menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu.

Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-
Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku
kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan
Engkau”.
(HR Bukhari, hadis sahih)

KELEBIHAN SAYYIDUL ISTIGHFAR

Nabi Muhammad SAW bersabda:


« ‫ات‬ َ ‫ َفه َُو مِنْ َأهْ ِل‬،‫ات مِنْ َي ْو ِم ِه َق ْب َل َأنْ يُمْ سِ َي‬
َ ‫ َف َم‬،‫ َو َمنْ َقالَ َها م َِن اللَّي ِْل َوه َُو مُوقِنٌ ِب َها‬،ِ‫الج َّنة‬ َ ‫ َف َم‬،‫ار مُوقِ ًنا ِب َها‬
ِ ‫َو َمنْ َقالَ َها م َِن ال َّن َه‬
َ ‫ َفه َُو مِنْ َأهْ ِل‬،‫» َق ْب َل َأنْ يُصْ ِب َح‬
‫الج َّن ِة‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di waktu siang hari serta
yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk
dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam
dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk
dalam kalangan penghuni syurga”.
(HR Bukhari, hadis sahih)

4) DOA MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT

Abu Bakar as-Siddiq r.a. pernah meminta Nabi Muhammad SAW mengajarkan satu doa
kepadanya. Lalu baginda SAW bersabda:

َ ‫اغفِرْ لِي َم ْغف َِر ًة ِمنْ عِ ْند‬


‫ِك‬ ْ ‫ت َف‬ َ ‫وب ِإاَّل َأ ْن‬
َ ‫الذ ُن‬ ُ ‫مْت َن ْفسِ ي‬
ُّ ‫ظ ْلمًا َك ِثيرً ا َواَل َي ْغفِ ُر‬ ُ ‫اللَّ ُه َّم ِإ ِّني َظ َل‬
‫ت ْال َغفُو ُر الرَّ حِي ُم‬َ ‫ك َأ ْن‬
َ ‫َوارْ َح ْمنِي ِإ َّن‬
Maksudnya: “Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku dengan banyak kezaliman dan tidak
ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan sebuah
pengampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.’’
(HR Bukhari, hadis sahih)

5) DOA MEMOHON KEAMPUNAN BAGI KEDUA IBU BAPA


Firman Allah SWT:
ُ‫ِين َي ْو َم َيقُو ُم ْالح َِساب‬
َ ‫اغ ِفرْ لِي َول َِوالِ َديَّ َول ِْلمُْؤ ِمن‬
ْ ‫َر َّب َنا‬
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi
orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”
(Surah Ibrahim 14: 41)

6) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT


Firman Allah SWT:

ٰ ‫نت َخ ْي ُر‬
‫ٱلرَّ ِحمِين‬ َ ‫ٱغفِرْ َل َنا َوٱرْ َح ْم َنا َوَأ‬
ْ ‫َر َّب َنٓا َءا َم َّنا َف‬
َ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami
rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”
(Surah al-Mukminun 23:109)

7) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN


Firman Allah SWT:

َ ‫ك َأ‬
ُ‫نت ْال َوهَّاب‬ َ ‫َر َّب َنا الَ ُت ِز ْغ قُلُو َب َنا َبعْ دَ ِإ ْذ َهدَ ْي َت َنا َو َهبْ َل َنا مِن لَّ ُد‬
َ ‫نك َرحْ َم ًة ِإ َّن‬
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu.
Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 8 )

8 ) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA

Firman Allah SWT:

‫| َر َّب َنا َهبْ َل َنا ِمنْ اَ ْز َوا ِج َنا َو ُذرِّ ٰ ّي ِت َنا قُرَّ َة اَعْ ي ٍُن وَّ اجْ َع ْل َنا ل ِْل ُم َّت ِقي َْن ِا َمامًا‬
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami
sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”
(Surah al-Furqan 25: 74)

9) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR

Firman Allah SWT:

َ ٰ ‫مْت َع َلىَّ َو َع َل ٰى ٰ َولِدَىَّ َوَأنْ َأعْ َم َل‬


‫صلِحً ا‬ َ ‫ك ٱلَّت ِٓى َأ ْن َع‬
َ ‫َربِّ َأ ْو ِزعْ ن ِٓى َأنْ َأ ْش ُك َر ِنعْ َم َت‬
‫ِين‬
َ ‫صلِح‬ َّ ‫ِك ٱل‬
َ ‫ك فِى عِ َباد‬ َ ‫ض ٰى ُه َوَأ ْدخ ِْلنِى ِب َرحْ َم ِت‬
َ ْ‫َتر‬
Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah
Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal
soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-
hamba-Mu yang soleh.”
(Surah al-Naml 27: 19)

10) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI

Firman Allah SWT:


‫ان‬ِ ‫ِين َس َبقُو َنا ِباِإْلي َم‬ َ ‫اغ ِفرْ َل َنا َوِإِل ْخ َوا ِن َنا الَّذ‬
ْ ‫َر َّب َنا‬
‫ك َرءُوفٌ رَّ حِي ٌم‬ َ ‫وب َنا غِ اًّل لِّلَّذ‬
َ ‫ِين آ َم ُنوا َر َّب َنا ِإ َّن‬ ِ ُ‫َواَل َتجْ َع ْل فِي قُل‬
Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman
lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami
terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha
Penyayang.
(Surah al-Hasyr 59:10)
Doa Hari Arafah

Nabi Muhammad saw dikatakan mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa pada hari
Arafah ini. Mari lah kita sama-sama ambil peluang untuk turut berdoa memohon kebaikan di
dunia dan akhirat kepada Allah SWT pada hari dan waktu mustajab doa ini. Antara doa-doa yang
boleh dibacakan ialah :

TAMBAHAN: CONTOH DU’A PADA HARI WUKUF / ARAFAH (BAHASA MELAYU)


1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke
Syurga Firdaus.
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab
amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah
sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di
Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah
Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-
mata kerana Mu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan
izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan
dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah
aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan
peningkatan Iman.
11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu
dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-
nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk
dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan
yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada
ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu
dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang
zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang
sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan
selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu
Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami
dijemput olehMu..
28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat
mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami
ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada
pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat
bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Tutup dgn selawat.

Aamiin Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.

Wallahu-a’lam.

Anda mungkin juga menyukai