Anda di halaman 1dari 9

kronologi sirah Nabi Muhammad s.a.

KONSEP SIRAH NABAWIYAH Pengenalan konsep sirah Kajian dan penganalisaan konsep sirah rasulullah memberikan kesedaran dan pendedahan tentang keagungan peribadi rasulullah, selain paksi sejarah dunia.Rujukan buku fiqh al-sirah ,pengarang Muhammad said al buti menagatakan, Kajian sirah rasulullah bukanlah semata-mata memerhati episid bersejarah nabi Muhammad seperti kelahiran rasulullah, perkahwinannya ataupun kehidupan semasa kecilnya.Tetapi yang penting ialah pengajaran yang diperolehi dari mengkaji gerak-geri, tindak tanduk dan juga perangai rasulullah. Mempelajari sirah nabawiyah, sedikit sebanyak memberikan gambaran jelas tentang hakikat islam yang wujud,dalam hidup Nabi Muhammad s.a.w.Selain itu Rasulullah dijadikan idola dan pembimbing didalam memperjelaskan wahyu Allah, memandangkan baginda adalah penfsir alquran yang diwahyukan. Kepentingan mempelajari sirah nabawiyah 1. sebagai sumber ketepatan dalam pentafsiran. Rasulullah sedia dimaklumi adalah sebagai pentafsir alquran yang paling tepat.para sahabat menjadikan rasulullah sebagai sumber rujukan pada setiap masaalah semasa dalam kehidupan . 2. Mengumpul sumber maklumat dan pengajaran. Setiap muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak pengetahuan islam yang sebenar ,samada pengetahuan tentang aqidah,hokum hakam,atau tatasusila.

3. membolehkan para penyelidik dakwah islam mencontohi dan mengajar , mengikut system pendidikan dan pengajaran yang sihat. Nabi Muhammad s.a.w sendiri adalah pendidik ,penasihat dan guru yang tidak pernah membuang masa dan sentisa mencari teknik terbaik dalam dakwahnya.

Sumber rujukan sirah nabawiyah 1. kitabullah( alquran) Didalam alquran memaparkan beberapa bahagian dari penghidupan Nabi Muhamad s.a.w . ayat alquran menjalaskan tentang peperangan badar,uhud, khandak . 2. kitab al- sunnah al- nabawiyah (hadis-hadis) Sumber kedua ini diperolehi dari hadis sahih yang isikandungannya dipercayai kebenarannya. 3. buku- buku tulisan ulama.Usaha ini dijalankan oleh para pencatit riwayat Rasulullah contohnya,Urwah Ibn Al Zubair, Aban bin uthman,Wahb in Mahbah dan Ibnu Syihab Al Zuhri.

KRONOLOGI SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W 9 atau 12 rabiulawal tahun gajah bersamaan 20 april 570 masehi menurut penelitian Al Marhum AL Falaki , berdasarkan perhitungan matahari, kelahiran nabi jatuh pada 20 april 571 masehi( rujukan dari buku kisah Nabi-Nabi dalam Alquran,pengarang Dr Arif Abdul Fatah Tobbaroh) Peristiwa Kelahiran Rasulullah s. a.w Tahun gajah adalah peristiwa yang terkenal yang terjadi di mekah beberapa hari sebelum kelahiran Rasulullah.bagi menghormati kelahiran tersebut ,Allah telah menghentikan peperangan tersebut .menurut buku biografi Muhammad bin Abdullah ,pengarang zulkifli Mohd Yusor dan Nurnaemah Abd Rahman, kelahirannya 50 hari selepas peperangan tentera bergajah.Nabi Muhamad mempunyai keturunan dari bani qurais Mekah dari sebelah bapanya dan dari Yathrib Madinah dari sebelah ibunya.Sebelum kelahiran Aminah bermimpi melahirkan seorang bayi lelaki yang lahir bersamanya cahaya.Menurut Hassan bin Thabit, seorang penyair ulama yahudi memanjat bumbung rumahnya dan melihat bintang muncul yang dinamakan bintang Ahmad.Semasa kelahirannya , bergegarnya iwan kisra iaitui istana raja Farsi, dan api sembahan majusi terpadam 2.Berusia 2 tahun Dalam penjagaan halimatus Saadiah Nabi Muhammad hidup sihat dan membesar dengan baik. Dalam tempoh ini ,sepatutnya Nabi Muhammad perlu diserahkan kepada Aminah. Namun halimah tidak menyerahkan alasannya mekah sangat panas dan ditakutimembawa penyakit kepada nabi Muhamad.Aminah sedih dan terpaksa merelakan demi kesejahteraan anaknya( dari buku kisah aminah bonda Rasulullah , pengarangMuhammad Syafiq Ramli.)

3.Ketika berumur 4 tahun Peristiwa Pembedahan dada oleh malaikat menurut riwayat muslim Rasulullah telah dibedah perutnya semasa bersama bani saad.Ketika itu baginda berusia 5 tahun.( rujukan buku fiqh al sirah pengarang Muhammad Said Ramadhan Al Buti) Jibril membelah tempat hati Rasulullah serta mengeluarkannya dan dibasuh dengan air zam-zam.a(saffiu Al Rahman al mubarrakfun ,2004) 4. Berusia 6 tahun peristiwa kematian ibunya Rasulullah dikembalikan kepada Aminah. Aminah merasa sudah tiba masanya ia membawa nabi Muhammad menziarahi perkuburan ayahnya di Madinah.ia senang sekali mengikut ibunya menziarahi kuburan ayahnda nya. Perjalanan kemadinah dalam cuaca yang panas dan kering.perjalanan agak sukar dan mengambil masa yang lama. Dalam perjalan pulang setelah menziarahi perkuburan Abdullah,Aminah wafat . Banyak riwayat mengatakan bahawa ketika mereka berada di tengah jalan ,diantara dua kota iaitu kota mekah dan madinah(yathrib).tiba tiba bertiup angina kencang dengan suhu yang amat tinggi. ( rujukan buku kisah Aminah bonda Rasulullah,karangan Muhammad syafiq Ramli ). 5. Umur 8 tahun 44 tahun sebelum hijrah, 579 masehi Peristiwa Kematian datuknya abdul mutalib Setelah kematian ibunya Nabi Muhammad dipelihara oleh datuknya, dalam suasana kemiskinan.abdul Mutalib meninggal pada usianya 120 tahun.Dipelihara pula oleh bapa saudaranya abu TalibDalam peliharaan bapa saudara nya kira-kira 40 tahun Abu Talib memelihara nabi bersama-sama anak-anaknya dengan bersungguh-sungguh.hidupnya tidaklah senang tetapi bahagia. 6. Berusia 12 tahun583 masehi Mengikuti perniagaan kesyam bersama Abu Talib. Nabi menawarkan diri untuk menolong bapa saudaranya berniaga di syam. ketika sampai kesyam,rombongan kabilah perniagaan berhenti berehat, berhampiran rumah ibadat orang kristian. Buhaira ,ketua paderi hairan kerana melihat awan sentiasa mengiringi kabilah tersebut.buhaira menasihatkan Abu talib segera membawa Nabi Muhamad pulang ke mekah,kerana ditakuti orang yahudi disyam akan membunuh Nabi Muhammad. 7. Berusia 16 tahun peristiwa Peperangan fijjar peperangan mempertahankan kesucian bulan-bulan haram(zulhijjah,zulkaedah,muharam,rejab) berlaku antara qabilah Qais dan musuhnya.peperangan terjadi diantara Taif dan Mekah.peperangan demi membela kedudukan tanah suci Mekah.Peeprangan berlangsung selama 4 tahun.Ada sesetangah riwayat mengatakan Nabi Muhammad turut berperang.Ada sesetengah

Riwayat mengatakan Nabi hanya membantu Kaum kerabatnya yang turut berperang. 8. Berusia 20 tahun peristiwa Perjanjian fudhul Perang fijjar berakhir dengan mengadakan perdamaian fudhul.isi kandungannya ialah jangan sampai ada ahli Mekah teraniaya atau diusir dan mencegah dari terjadinya peperangan. 9. Berusia 25 tahun28 tahun sebelum hijrah,296 masehi Peristiwa Perkahwinan bersama Siti Khadijah Nabi Muhammad ditawarkan menguruskan perniagaan Khadijah.Nabi Muhamad ditawarkan keuntungan dan dibantu oleh budak suruhan Khadijah bernama Maisara. Tawaran tersebut diterima baik oleh Nabi Muhammad,dan baginda dapat menjalankan perniagaan dengan baik. Khadijah sungguh tertawan dengan akhlak Nabi Muhammad disamping kisah akhlak rasulullah yang dikhabarkan oleh Maisara. melalui perantaraan Nafisah bt Manbah, Khadijah menawarkan kepada Nabi Muhamad untuk menjadi teman hidupnya yang halal.Rasulullah telah menghantar bapa saudaranya Amru bin Asad meminang khadijah.Khadijah ketika itu berusia 40 tahun .Nabi mendapat 6 orang cahaya mata bersama isteri-isterinya .iaitu: Al Qasim(wafat usia 4 tahun) Zainab Ruqayyah Ummu Khalthum Fatimah Abdullah(digelar Al Thayyib@At Tahhir.wafat ketika masih bayi)

10. Berusia 35 tahun,18 tahun sebelum hijrah,605 Masehi Peristiwa Pembinaan semula Kaabah setelah beberapa lama Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi ismail,mulai ratak dan pecah akibat banjir Riwayat berasal dari Amr bin Dinar, ketika kaabah sedang dibangun semula,Nabi Muhammad dan bapa saudaranya, mengangkut batu bata.ketika pembinaan kaabah baginda belum menjadi nabi.ketika membangun kaabah semua kabilah merebut kebanggaan sehingga hampir terjadinya pertikaian senjata. ketika meletakkan Hajar Aswad ditempatnya,telah berlaku pertikaian. Abu Umaiyyah bin Almughirah Almakhzumi mencadangkan usul agar menyerahkan keputusan kepada orangyang pertama masuk dari pintu Safa.Nabi Muhamad menjadi orang yang pertama masuk ke masjidil haram .Nabi Muhammad telah menghamparkan kain dan diletakkan Hajar Aswad diatasnya.Baginda meminta ketua-ketua kabilah mengangkat nya bersama-sama.Rasulullah sendiri telah meletakkan Hajar Aswad ditempatnya,dipenjuru Kaabah.

11. 6 ogos ,pada bulan Ramadhan,610 / 611 masehi,pada usianya 40 tahun. Peristiwa penurunana wahyu yang pertama di gua hira. Nabi Muhammad akan ke gua hira pada setiap bulan Ramadhan,bagi bersendirian untuk memikirkan keadaan kaumnya yang masih hidup menyembah berhala.pada malam 17 ramadhan

Nabi Muhamad ditemui oleh jibril,dan dibacakan surah al;alaq ayat 1-5. 12. berusia 40 tahun Peristiwa penurunan wahyun kedua. Riwayat dari Jabir bin Abdullah,Rasulullah ketika itu sedang berjalan dan mendapati suara dari langit,Nabi mendongak kelangit dan nampak malaikat jibril,duduk dikursi diatas.Nabi terus pulang dalam ketakutan,dan meminta Khadijah menyelimutinya.lalu Allah mewahyukan melalui surah al-Mudatsir.meminta Nabi memberikan peringatan kepada kaumnya. 13. selepas penurunan wahyu kedua Nabi mula berdakwah secara rahsia selama 3 tahun.Nabi berdakwah secara bersembunyi,dimulai dengan siti Khadijah,saidina Ali,Zaid bin Thabit,dan saidina Abu Bakar. 14. Selepas 3 tahun berdakwah secara rahsia. Nabi Muhammad mula berdakwa secara terbuka, setelah Allah memerintahkannya melalui surah Al Hijr.Rasulullah memanjat bukit Qubais(biografi Muhamad bin Abdullah,pengarang zulkifli mohd yusof dan NurNaemah abdul Rahman,sesetengah riwayat mengatakan didalam buku fiqhus sirah karangan Muhammad Al Ghazali, rasulullah memanjat bukit Safa, dan memperingati kaumnya akan azab Allah.Abu lahab lantas menghina Nabi dan mengarahkan orang ramai bersurai.setelah itu Rasululaah menjemput pembesar-pembesar mekah didalam satu jamuan dan mengajarkan mereka memulakan bacaan basmallah sebelum makan .

15. berusia 50 tahun, tahunketiga hijrah,619 masehi 5 tahun selepas kenabiannya,berlaku penghijrahan orang islam keHabsyah,secara senyap atas arahan rasulullah.Mereka kembali semula keMekah setelah diperdaya oleh orang kafir quraish. Kaum muslimin mekah berhijrah kali kedua dan mendapat perlindungan Raja najasy. Khadijah meninggal dunia pada usianya 65 tahun.diikuti bapa saudaranya ,abu talib.rasulullah berhijrah ke Taif ,dan telah dihina oleh orang Taif saudaranya sendiri.Rasulullah kembali semula ke Mekah.

16. berusia 50 tahun 619 masehi berkahwin dengan saudah dan saidatina aisyah anak kepada saidina abu Bakar.

17. 8 mac 620 masehi,27 rejab 2 tahun sebelum hijrah. Berlaku peristiwa isra miraj. peristiwa mengangkat kemuliaan Rasulullah.perjalanan nabi dari masjidil haram (dimekah)ke masjidil aqsa (di palestin). 18. berusia 52 tahun.pada bulan zulhijjah,sebelum hijrah,621 masehi Peristiwa perjanjian Aqabah pertama.sekumpulan orang ansar berkumpul di Aqabah,dinamakan juga baiah annisa, iaitu seumpama jihad orang perempuan.

19. 621 masehi,3 bulan sebelum hijrah. Peristiwa perjanjian Aqabah kedua.menurut riwayat dari kaab bin Malik,mereka bertemu di Aqabah pada hari tasyrik,pada 1/3 malam mereka menemui rasulullah,mereka melakukan aqabah kedua,sinambungan dari aqabah pertama. 17. pada usianya 52 tahun.hari isnin 1 rabiulawal,16 september 622 masehi. Peristiwa penghijrahan dari gua thur ke madinah. Abdullah bin Uraiqith membawa unta dan memandu perjalanan Rasulullah ke Madinah. 18.8 Rabiulawal ,23 september 622 masehi Setelah 8 hari perjalanan, Nabi singgah di quba untuk berehat.nabi berehat diperkampungan bani Amr bin Auf,selama sepuluh hari.Nabi Muhammad telah membina sebuah masjid yang dinamai masjid Quba.ianya merupakan masjid pertama dalam sejarah islam.

19. selepas hijrah.12 rabiulawal tahun 1 hijrah,bersamaan 622 masehi Rasulullah tiba di Madinah.setelah melaksanakan solat Jumaat ,Nabi meneruskan perjalanan hingga sampai keyathrib(madinah).mereka mengucap Allahu Akbar,sebaik sahaja rasululaah tiba.sampai dikawasan suku Najr,Rasulullah telah membina masjid Nabawi,dan berehat di Rumah Abu Ayub Al Ansari. Nabi Muhammad mula berdakwah di Yathrib .orang muslim yang terus menyambut dakwah Rasulullah dan beriman atas kenabian Rasulullah dinamakan kaum Ansar.Orang muslim yang meninggalkan Mekah dan berhujrah ke Madinah dinamakan kaum muhajirin. 20. 13 tahun selepas kerasulan Diperintahkan berjihad melalui surah An Nahl ayat 125.orang muslimin yang masih tinggal di Mekah terus diseksa oleh orang musyrikin Mekah.orang ansar dan Muhajirin diperintahkan menolong rakan-rakannya yang masih tinggal di mekah.

21. Ramadhan 2-5 hijrah(624 masehi) Perang Badar,perang pertama Islam.berlaku diantara 1000 tentera musyrikin dengan 300 tentera islam.kemengan berpihak kepada islam. 22. 3 hijrah,bulan syaban januari 625 Masehi. Perkahwinan nabi bersama Nafisah bt Umar binti khatab.Nafisah merupakan seorang janda yang kematian suaminya semasa peperangan.

23.6 syawal,3 hijrah,22 mac, 625 masehi Peperangan uhud.didalam peperangan ini terkorbannya Hamzah bin abdul al mutalib,iaitu dikenali sebagai singa Allah. Peperangan berlaku kerana orang musyrikin menuntut bela kematian dan kekalahan di perang

badar.3000 tentera musuh melawan 700 orang tentera islam.ramai tentera islam yang terkorban dan hampir tewas.

24. zulhijah,3 hijrah,mei 625 masehi Perkahwinannya dengan Zainab binti Khuzaimah Zainab merupakan janda yang diberikan perlindungan , kerana kematian suaminya didalam peperangan uhud.

25. syawal 4 hijrah,mac 626 masehi Perkahwinan dengan umi salamah. Nama sebenarnya ialah Hindun bt Umayah bt Al Mughirah bin Abdullah bin umar bin Makhzum,dari suku bani Makhzum kabilah Quraisy. 26.3 Syaban , 5 hijrah , 28 december 626 masehi Perang Bani Mustaliq Isteri Rasulullah s.a.w iaitu Aisyah dan Ummu Salamah turut serta dalam peperangan ini. Para ulama sejarah juga menamakan peperangan ini dengan peperangan ajaib,kerana banyak perkara luar biasa berlaku dalam peperangan ini. 27. bulan syawal 5 hijrah, 626 masehi Peristiwa peperangan Ahzab@ Khandak Peperangan ini disertai oleh Bani Nadhir,Bani Fuzarah,dan Bani Murrah.Peperangan dimenangi oleh tentera islam. 28.Syawal 5 hijrah,627 masehi bersamaan 13 mac. Perkahwinan dengan Zainab BT Jahshi. Rasulullah telah mengahwini Zainab setelah ia diceraikan oleh Zaid bin harithah 29. 1 zulkaedah,6 hijra 7 hijrah,627 masehi 628 masehi. Perjanjian Hudaibiyah Peperangan ini merupakan kunci permulaan kepada pembukaan kota Mekah dan juga kemengan umat islam di Semenanjung Tanah Arab.peperangan ini juga merupakan gencatan senjata.

30. 6 hijrah,bulan zulhuijah,April 628 masehi. Perkahwinan Nabi Muhammad dengan ummu Habibah.ummu Habibah merupakan anak Abu Sufian. 31. penghujung 6 hujrah Rasulullah mengakhiri setiap surat-suratnya kepada raja-raja dengan cop mohor daripada perak dan tertulis namanya Muhammad bin Abdullah. 32. Muharam 7 hijrah,628 masehi Peristiwa peperangan khaibar.peperangan islam dengan tentera Yahudi.Rasulullah mengarahkan

orang islam bersiap sedia , dengan serangan yahudi,yang merupakan prnggerak utama pembentukan peperangan khandak. 33. 7 hijrah Berkahwin dengan saffiyah bt huyai sebaik sahaja ia memeluk islam. 34. 7 hijrah Berlaku pengharaman nikah mutah.rasulullah melarang melakukan nikah mutah kepada orang islam. 35.7 hijrah,bulan syawal, ketika usia 59 tahun Berkahwin dengan Maimunah bt Al Hilaliah.Ia adalah bekas isteri bapa saudaranya Hamzah bin Abdul Mutalib.baginda memperisterikan Maimunah setelah kematian Hamzah dalam peperangan uhud 36.jamadilawal,tahun 8 hijrah,September 629 masehi. Peperangan mutah.Rasulullah menghantar 3000 orang untuk menghadapi tentera rom di byazntyne seramai 200,00.adalah kejayaan islam mmenyebarkan agama islam di parsi. 37.10 ramadhan 8 hijrah ,januari 630 masehi(wikipedia,3 jun 2009) Pembukaan kota Mekah.Rasulullah berpecah empat penjuru untuk menakluki mekah.kejayaan ini merupakan kejayaan terbesar umat islam. 38. 8 hijrah,januari 630 masehi Peperangan hunain.berlaku kerana Malik bin Auf tidak berpuas hati kekalahan di mekah. 39. 8 hijrah peperangan taif Peperangan lanjutan daripasda peperangan Hunain,kerana megejar malik bin Auf yang melarikan diri ketaif. 40.9 hijrah,oktober,630 masehi Peperangan antara tentera islam dengan tentera Rom.peperangan tidak berlaku kerana tentera rom berpatah balik. 41. 25 zulkaedah ,10 hijrah Lebih 10,000 kaum muslimin menuju ke mekah.Rasulullah membawa 100ekor binatang untuk dikorban. 43.umur 62 tahun ,29 safar,632 masehi Rasulullah jatuh sakit.Selepas 3 bulan menunaikan haji akbar rasulullah jatuh sakit.sebelum Wafat nabi berziarah di perkuburan para sahabat dan para shuhada di baqiul ghurqad.suhu badan Rasulullah terlalu panas.rasulullah sempatjiga mengimami solat jumaat. 44. usia 63 tahun 12 rabiulawal ,11 hijrah

Rasulullah Wafat pada usianya 50 tahun 4 hari.

KESIMPULAN Dengan menghayati sirah Rasulullah, dapat dijadikan tauladan , memberikan kesedaran, dan pendedahan kepada kita sebagaimana ianya dapat mempengaruhi dan memberikan satu suntikan semangat kepada umat islam.
http://naryzilhamku.blogspot.com/2009/06/kronologi-sirah-nabi-muhammad-saw.html

Anda mungkin juga menyukai