Anda di halaman 1dari 3

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( ) adalah


pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh
alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi
Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada
umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah,
yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat
manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan
yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah.
Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia
dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau
juga digelar Al Amin ( )yang bermaksud 'yang terpuji'.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:


1. Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai
tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota
Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sadiah (lebih dikenali Halimah
As-Sadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:


USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.
USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di AlAbwa (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah
SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
* Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas
urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira)
telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan
seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab Sirah , jilid 1,
halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau
15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan
mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul; perjanjian damai untuk
memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti
Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa
saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah)
untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
* Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan
penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul-Aswad ke tempat
asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung
perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira sebagai perlantikan menjadi Nabi dan
Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina
Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zamah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti Umar (anak Saidina Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar Ummu Al-Masakin; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra
Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti
"bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang
bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia
sebelum mencapai usia dewasa.
Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/biodata-dan-sejarah-ringkasrasulullah.html#ixzz3U3JzqtIO

Anda mungkin juga menyukai