Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN KETUA MURID SEMPENA HARI GURU SKBG 2015

Yang berusaha Hjh. Arifah Bt. Arifin, Guru Besar Sek. Keb Bukit Gambir. Yang
dihormati, Pen. Kanan Kurikulum, Puan Zuraidah Bt. Ibrahim, PK Hal Ehwal Murid, Puan Che
Rokiah BT. Abdullah, PK Kokurikulum Encik Abdul Aziz B. Ahmad , PK Pendidikan Khas, Puan
Rosaliyanti Bt. Salleh, barisan guru-guru yang diraikan seterusnya rakan-rakan yang saya
hormati sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNYA,
dapat kita berhimpun pada hari ini bagi meraikan insan yang telah berusaha keras,
mengerah kudrat,memerah keingat dalam usaha menurunkan ilmu kepada kita semua.
Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita sayangi.
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru: Membina
Ilmu, menyempurnakan Akhlak dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan
sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang
lebih berakhlak dan berperibadi mulia. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru.
Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.
Rakan-rakan sekalian...Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan
mencurahkan ilmu pengetahuan. Guru boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kita yang kedua
yang berupaya mencorakkan masa depan kita. Patuhilah arahan mereka dan amalkanlah
tunjuk ajar dan nasihat untuk panduan hidup kita. Saya juga ingin merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada semua guru yang mengajar saya dan rakan-rakan dengan usaha
yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan penuh
dedikasi . Terima kasih cikgu! Pengorbanan dan segala jasa cikgu akan terpahat dalam hati
selagi hayat dikandung badan.
Seterusnya, maafkan kami atas kekasaran ,segala salah laku dan sesuatu yang
mengguris perasaan cikgu. Sesungguhnya kami ini insan yang masih memerlukan bimbingan
daripada guru-guru semua.
Hadirin sekalian, Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada semua warga pendidik.
Hari Guru bukan sahaja meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru, tetapi juga menjadi
dorongan kepada semua warga pendidik untuk terus memperjuangkan dan meningkatkan
kualiti mengajar. Hal yang demikian dapat meningkatkan bilangan ilmuwan di negara kita.
Seterusnya, mari kita panjatkan doa agar SKBG terus cemerlang dan lebih gagah
menghadapi cabaran serta mencapai visi kita dalam melahirkan modal insan yang berdikari,

berwaja diri dan berjasa kepada negara. Bersama kita berpadu tenaga, warga pendidik,
para ibu bapa dan murid-murid meneruskan usaha murni ini. Semoga segala pengorbanan
guru ini akan menjadi amal soleh yang akan memberikan pahala yang berterusan dan
berkekalan.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya membacakan beberapa bait kata daripada
sajak nukilan Usman Awang. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang
diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke
akhir hayat.
Teachers that love to teach.....Create kids that love to learn .... Guru yang suka
mengajar ....akan melahirkan murid yang suka belajar Akhir kata daripada saya,
Terima kasih cikgu!

Anda mungkin juga menyukai