Anda di halaman 1dari 3

PENGHIJRAHAN NABI MUHAMMAD

TEKS
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kawan-kawan, dua tambah dua berapa? Betul, jawapannya ialah empat. Pada hari ini saya
akan berbicara tentang rukun iman yang keempat iaitu beriman kepada rasul.
“Penghijrahan Nabi Muhammad” begitulah tajuk saya hari ini.

Kekejaman Quraisy tidak terperi,


Lalu merancang membunuh Nabi,
Turunlah wahyu dari Ilahi,
Keluar berhijrah ke Madinatun Nabi.
Pada malam tersebut, Baginda menyuruh Ali bin Abu Talib menyamar dengan tidur di katil
Baginda. Sebelum keluar, Baginda membacakan ayat daripada Surah Yasin lalu
meniupkannya ke arah orang yang mengepung rumah Baginda. Dengan kuasa Allah, mereka
semua tertidur. Setelah itu, Baginda terus menuju ke rumah Abu Bakar.

Abu Bakar sangat gembira kerana terpilih menemani Baginda untuk berhijrah. Mereka
berdua bergerak menuju ke Gua Tsur. Allah berfirman di dalam Surah al-Nisa’ ayat 100:

Mafhumnya:
“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam),
nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang
makmur”.
Kawan-kawan,

Nabi Muhammad dan Abu Bakar sangat berani dan tegas. Walaupun kaum Quraisy
menghalang mereka daripada berhijrah dengan seribu satu cara, mereka tetap yakin.
Sebaik tiba di Gua Tsur, Abu Bakar masuk lalu membersihkan kawasan tersebut dan
menutup lubang-lubang yang ada dengan menggunakan batu.

Kerana keletihan, Baginda terlena


Datang Abu Bakar menyorongkan riba,
Keluar ular mematuk bisa,
Menitis air mata menahan sengsara.

Baginda terjaga lalu bertanya:” Mengapakah engkau menangis wahai Abu Bakar?”. Lantas
Abu Bakar menjawab:” Wahai Rasulullah, aku dipatuk ular”. Nabi bangun lalu mengubati

1
kaki Abu Bakar dan dengan izin Allah, kaki Abu Bakar terus sembuh.

Dalam hal ini, kita wajar memuji ketegasan dan keberanian pemimpin kita yang bertindak
mengeluarkan notis mengarahkan kedutaan Korea Utara supaya meninggalkan Malaysia
apabila kerajaan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Selanjutnya, Nabi Muhammad dan Abu Bakar berada dalam Gua Tsur selama 3 hari.
Asma’ iaitu puteri Abu Bakar bertanggungjawab menghantar makanan setiap hari
kepada mereka.

Asma’ seorang yang berani,


Hantar makanan seorang diri,
Pergi dengan cara sembunyi,
Digelar Zatun Nitaqaini.

Asma’ digelar Zatun Nitaqaini kerana pada hari pertama menghantar makanan,
beliau terlupa membawa tali bagi mengikat bekas makanan. Asma’ mengoyakkan tali
pinggangnya menjadi dua, satu sebagai tali sangkut dan satu lagi bagi mengikat
pinggangnya. Itulah sebabnya beliau dikenali dengan panggilan Zatun Nitaqaini yang
bererti yang mempunyai 2 tali pinggang.

Kawan-kawan,
Perancangan yang bijak dan teratur merupakan asas kejayaan. Sungguhpun kaum
Quraisy merancang untuk membunuh Nabi, Allah mempunyai perancangan yang lebih
baik. Firman Allah dalam surah Al‐ Anfal ayat 30:
‫ون َوي َ ْم ُك ُر ٱهَّلل ُ ۖ َوٱهَّلل ُ َخرْي ُ ٱلْمَٰ ِك ِر َين‬
َ ‫َوي َ ْم ُك ُر‬
Mafhumnya:
“Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana
Allah sebaik‐baik yang menggagalkan tipu daya”.
Kawan-kawan,
Kaum Quraisy berusaha mencari Nabi Muhammad dan Abu Bakar.

Tawaran 100 ekor unta,


Kepada yang menangkap Muhammad,
Masing-masing tidak ketinggalan,
Memburu harta idaman

Pada satu ketika, beberapa orang kafir Quraisy yang mencari Nabi sampai di depan
Gua Tsur. Abu Bakar sangat bimbang lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sekiranya
2
mereka masuk ke dalam gua ini, pasti kita akan dilihat oleh mereka”. Allah
melindungi Nabi Muhammad dan Abu Bakar lalu berfirman di dalam Surah al-Taubah
ayat 40:
ۖ ‫لَا حَت ْ َز ْن َّن ٱهَّلل َ َم َعنَا‬
‫ِإ‬
Maksudnya:
"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita".

Dengan kuasa Allah, labah‐labah dan merpati membuat sarang di depan Gua Thur,
menunjukkan bahawa gua itu tidak dimasuki oleh sesuatupun sejak sekian lama.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.
Setelah 3 hari berada di Gua Tsur, Nabi Muhammad dan Abu Bakar berangkat
menuju Madinah. Mereka menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit sebagai
penunjuk jalan. Sebagai orang yang biasa dan mahir dengan selok belok jalan di situ,
Abdullah membawa mereka melalui jalan yang jarang dilalui oleh orang lain.

‫ ما دعى هلل داع‬،‫ وجب الشكر علينا‬.‫ من ثنيات الوداع‬،‫طلع البدر علينا‬.
Akhirnya Nabi Muhammad dan Abu Bakar serta pembantunya selamat sampai di
Kota Madinah. Segalanya berlaku hasil strategi dan perancangan yang teliti oleh
Nabi Muhammad.
Kawan-kawan,
Begitulah kisah Nabi Muhammad SAW di Gua Thur. Terdapat dua ibrah yang boleh
kita ambil dan amalkan bersama. Pertama, perancangan dan strategi amat penting
dalam menjayakan sesuatu perkara. Sebagaimana perancangan Nabi bermula dengan
menyuruh Ali menyamar, kita juga perlu bijak merancang kehidupan kita dalam
suasana norma baharu sekarang. Langkah-langkah seperti penjarakan fizikal perlu
diamalkan agar wabak covid-19 dapat dibendung. Ingat ya kawan-kawan, pelitup muka
mestilah dipakai apabila berada di tempat awam dan sentiasa menjaga kebersihan
diri. #kita jaga kita #kitapastimenang.

Seterusnya, kita juga mestilah yakin dengan ketetapan Allah SWT. Setelah
merancang dan bertindak, akhir sekali kita perlu berserah dan menyerahkan segala-
galanya kepada Allah. Yakinlah bahawa Allah Maha Penyayang dan tidak zalim, setiap
yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sehubungan itu, teruskan berdoa agar Allah SWT
mengangkat pandemik yang melanda kita sekarang, Sesungguhnya hanya Allah Maha
Berkuasa.
Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai