Anda di halaman 1dari 4

WAHYU PERTAMA RASULULLAH

TEKS
Awal Bismillah mula bicara,
Assalamualaikum pembuka cerita,
Wahyu pertama Rasulullah akan ________ cerita,
Jadikan teladan kita bersama.

Gua Hirak terletak di Jabal Nur,


5 km dari Masjidil Haram,
Tinggi puncak sekitar 200 meter,
Tempat terpencil tiada berpenghuni.

Pada saat usia hampir 40 tahun, Nabi Muhammad suka mengasingkan diri kerana
bingung mengenangkan masyarakat Arab yang hidup bergelumang dengan maksiat
dan dosa.

Firman Allah dalam surah al-Dhuha ayat 7:


٧﴿ ‫فَهَدَ ٰى‬  ‫ضَ ااًّل‬  َ‫﴾ َو َو َجدَ ك‬
“Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberikan
petunjuk.”

Maka, Nabi Muhammad diberikan petunjuk melalui mimpi supaya mendekatkan diri
dengan Allah. Lantas Baginda beribadah di Gua Hira’ dengan penuh keikhlasan,
mengasingkan diri untuk mencari ketenangan daripada masyarakat Arab yang
sesat dan tidak bermoral. Baginda juga, sering memikirkan keagungan Pencipta
alam ini.

Kawan-kawan,
Ciri-ciri masyarakat jahilliyah pada masa itu, kini semakin menular dengan hebat
pada masa sekarang. Gejala keruntuhan moral seperti berzina, membuang dan
membunuh anak, menjadi nanah di dalam masyarakat Islam. Sungguh menyedihkan.

Berulang alik beribadat,


Diberi bekalan makanan,
Khadijah isteri yang taat,
Menjadi contoh dan teladan.

1
Sidang pendengar budiman,

Akhirnya, pada malam 17 Ramadhan 610 Masihi, datanglah Malaikat Jibril yang
menyerupai seorang lelaki lantas berkata: “BACALAH WAHAI MUHAMMAD!”

Baginda ketakutan dan menjawab: “Aku tidak tahu membaca!!!”. Malaikat Jibril
mengulanginya sebanyak 3 kali. Rasulullah tetap menjawab: “Aku tidak tahu
membaca!!!”. Maka Malaikat Jibril terus memeluk Baginda dan membacakan ayat 1
hingga 5 surah Al-Alaq. Nabi Muhammad pun mengikuti bacaan malaikat Jibril
seperti firman Allah SWT:

َ ‫اقْرْأ َو َرب ُّ َك اَأْل‬


‫) اذَّل ِ ي‬3( ‫كْر ُم‬ َ )2( ‫) َخلَ َق اِإْل ن ْ َس َان ِم ْن عَلَ) ٍ)ق‬1( ‫ا ْق َرْأ اِب مْس ِ َرب ّ َِك اذَّل ِ ي َخلَ َق‬
)5( ْ ‫) عَمَّل َ ا ن ْ َس َان َما لَ ْم ي َ ْعمَل‬4( ِ ‫عَمَّل َ اِب لْ َقمَل‬
‫ِإْل‬
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan. Dia
Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang
Maha pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar
kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Kawan-kawan,

Pengisytiharan “Iqra’” oleh Malaikat Jibril, telah menyebabkan sejarah manusia


berubah wajah. Banyak kemajuan sains dan teknologi yang telah dijana oleh umat
Islam yang digerakkan dari wahyu pertama ini. Oleh itu, amalkanlah amalan
membaca. Bak kata pujangga “Membaca itu jambatan ilmu”. Ilmulah yang
menjadikan kita umat yang bijak pandai dan berjaya di dalam kehidupan.

Menggeletar ketakutan jasad baginda,


Kembali ke rumah bertemu isterinya,
Diselimutkan baginda dengan segera,
Lantas ditenangkan cemas yang melanda.

Setelah mendengar penjelasan suami tercinta, Khadijah menenangkan Baginda


dengan kata-kata yang lemah lembut dan penuh kasih sayang. Khadijah terus

2
menyarankan baginda berjumpa dengan sepupunya Waraqah bin Naufal untuk
mendapatkan penjelasan yang sebenarnya.
Waraqah pun berkata: “Demi Tuhan, sesungguhnya engkau adalah Nabi kepada
umat ini. Sesungguhnya jika aku masih hidup di waktu itu, nescaya akulah orang
yang pertama menolongmu daripada orang-orang memusuhimu,.” Waraqah
menjelaskan, peristiwa itu merupakan tanda bahawa Rasulullah telah dipilih oleh
Allah sebagai seorang Nabi dan Rasul untuk menyampaikan ajaran Islam kepada
seluruh umat manusia.

Kawan-kawan,
Pujukan lembut isteri tercinta telah membuatkan hati Baginda tenang. Sifat isteri
solehah dan keibuan Khadijah merupakan contoh terbaik ibu mithali yang
mempunyai sifat seperti amanah, lemah lembut, cergas, dermawan dan menjaga
rahsia.

Mendengar kata-kata Waraqah itu, maka tenanglah hati Khadijah. Selepas


peristiwa itu,,Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul dan berdakwah kepada
umat manusia. Rasulullah menjadi rahmat kepada semesta alam.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya’ ayat 107 :


١٠٧﴿ ‫ ِللْ َعال َ ِم َني‬ ‫ َرمْح َ ًة‬  ‫ اَّل‬  َ‫َأ ْر َسلْنَاك‬ ‫﴾ َو َما‬
“Dan tidaklah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi)
‫ِإ‬ rahmat bagi
semesta alam.”

Untuk mengakhiri cerita saya ini, marilah kita sama-sama beriman kepada Allah
dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik mungkin. Pandemik Covid-19 yang
melanda dunia sekarang ini menyedarkan kita bahawa tiada yang berkuasa selain
Allah.

Islam juga mengajar kita menjadi individu yang taat dan berdisiplin. Sebagaimana
kita diwajibkan mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, begitu juga
kita perlu mematuhi arahan berada di rumah dan mengamalkan penjarakan fizikal
apabila berada di tempat awam.

Nun di sana indahnya pelita,


Sambil berjalan cahaya tersebar,
Akhir kata tamatlah cerita,
Ambil pengajaran jadikan iktibar.

3
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai