Anda di halaman 1dari 5

KISAH KEANGKUHAN ABU LAHAB

‫السالم عليكم ورمحة اهلل وبركاته‬


SALAM
. ‫ والصالة والسالم على أشرف األنبياء واملرسلني وعلى اله وصحبه أمجعني‬. ‫ احلمدهلل رب العلمني‬. ‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬
Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang
setia dengan masanya, guru-guru serta hadirin yang dihormati sekalian.
Sinar ilmu umpama pelita,
PENGENALAN Terangi hati tingkatkan iman,
Keangkuhan Abu Lahab tajuk cerita,
Mari hayati jadikan pedoman.

Ha… kawan-kawan pernah dengar nama Abu Lahab?


Nama sebenar Abu Lahab adalah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusyai
bin Kilab. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Abu Lahab yang bermaksud menyala-nyala.
ISI 1
Ketika Muhammad lahir ke dunia,
(PENGENALAN
Abu Lahab sangat gembira,
TAJUK)
100 ekor unta dikorbankannya,
Merdekakan hamba-hambanya. (Nasyid)

Firman Allah :
ُ َّ َ َ َ ۡ ُ ۡ َ َ َ ۡ ُ ُّ َ َ َّ َ َ ۡ
ۡۡۖ‫كم‬ ‫ِإَوذ ثأذن ربكم مئِن شكرتم َلزِيدن‬
DALIL
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan
menambah nikmat kepadamu “(Surah Ibrahim: 7)
Kawan-kawan,
Sesungguhnya rasa syukur dihayati, rezeki sama dikongsi.
ISU SEMASA Semasa kita berhadapan dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang lalu, ramai yang
menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kepada mereka yang terkesan? Semoga kita juga
termasuk dalam golongan orang-orang yang bersyukur.
Hadirin sekalian,
Pada suatu hari, ketika Rasullah SAW mula menyebarkan risalah Islam secara terbuka,baginda naik ke
atas Bukit Safa lalu bersabda yang maksudnya :
“Sekiranya aku mengatakan kepada kamu sekalian bahawa pasukan musuh akan menyerang kalian di
pagi ini atau petang ini, apakah kalian akan mempercayainya?”

ISI 2
Mereka serentak menjawab ,”ya, kami percaya”. Lalu baginda bersabda lagi, “Sesungguhnya aku
seorang rasul yang memberi peringatan kepada kalian tentang datangnya azab yang pedih”.

Mendengar ucapan Nabi Muhammad SAW Abu Lahab dengan angkuhnya menyahut, “celaka engkau,
apakah hanya untuk menyampaikan hal ini engkau mengumpulkan kami?”

Allah SWT melalui Jibril AS lalu menurunkan surah Al Masad berisi ancaman keras untuk Abu Lahab.
Firman Allah SWT:
َّ‫ت يَ َدا ٓ أَِب ل َ َىب َوثَب‬
ۡ ‫َت َّب‬
DALIL ٖ ِ
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.”
(Surah Al Masad :1)
Kawan-kawan,
Sayangi Rasulullah, hidupkan sunnah.
Bagaimana baru-baru ini, kita dikejutkan dengan isu menghina nabi. Allahuakbar. Apakah peranan kita?
ISU SEMASA
Berdiam diri? Mencemuh atau memaki? Atau tidak ambil peduli?
Ingatlah kawan-kawan, taat perintah Nabi kelak hidup akan diberkati.
Kawan-kawan,
Setelah Nabi menyampaikan isi kandungan Surah Al-Masad, isteri Abu Lahab iaitu Ummu Jamil segera
mengadu kepada suaminya. “Wahai suamiku, Muhammad telah menghina kita dan keturunan kita".
Keangkuhan Abu Lahab tercabar lagi. Dia mengarahkan anak-anak lelakinya untuk menceraikan puteri-
puteri Rasulullah. Bahkan mereka meletakkan duri-duri di jalanan untuk mencederakan baginda.

Kesombongan,hasad dan iri


Dengki telah menguasai hati
ISI 3
Terhalang dari hidayah Ilahi
TaufiqNya jauh menyendiri

Setiap halangan ke arah kebenaran


Datangnya daripadaMu Tuhan
Pasti akan temui kegagalan
Dalam upayanya, ada keindahan
Lirik : Pergi Tak Kembali (Rabbani)
Firman Allah :
َ َّ ّ َٞۡ َ َ َ ۡ َ َ َّ َ ُ ُ َ َ ۡ َ َ َ ‫ات ل‬
َ ‫ارا َذ‬
ٗ َ‫َل ن‬َ ۡ َ َ
٥ ِۢ‫جي ِدوا حبل مِن مسد‬ ‫ِف‬
ِ ِ ٤ ‫ب‬
ِ ‫ط‬ ‫ٱۡل‬ ‫ة‬ ‫ام‬‫َح‬ ‫ۥ‬‫ه‬ ‫ث‬ ‫أ‬‫ر‬ ‫ٱم‬‫و‬ ٣ ‫ب‬
ٖ ‫ى‬ ٰ ‫سيص‬
DALIL Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.
(Surah Al-Masad ayat 3 - 5)
Kawan-kawan,
Jauhilah perbuatan yang membawa kepada sikap angkuh dan sombong kerana ia dibenci Allah.
ISU SEMASA
Pada masa kini , gejala maksiat dan pergaulan bebas yang berleluasa perlu dihindari. Ingatlah, azab
dan siksaan Allah amat pedih sekali.
Kawan-kawan,
Kebencian dan keangkuhan Abu Lahab terhadap Nabi Muhammad semakin menjadi-jadi. Dia mula
mengumpul orang-orang dan menyusun strategi perang untuk memerangi Baginda Rasulullah.
Disebabkan usianya yang sudah lanjut, Abu Lahab membayar 4000 dirham kepada Al Ashi bin Hisham
untuk menggantikannya di medan Perang Badar.

Tentera Islam tidak kecundang,


ISI 4 Bantuan Allah segera datang,
Abu Lahab ditimpa malang,
Temui ajal di tanah gersang. (Syair)

Jasadnya dibiarkan tiga hari berturut-turut. Mereka tidak tahan dengan bau busuk yang keluar dari jasad
Abu Lahab sehingga mereka memasukkan peti jasad Abu Lahab jauh dari penempatan. Kemudian
lubang tadi dilempari dengan kerikil dan tanah sampai rata. Demikianlah akhir hayat Abu Lahab yang
angkuh dan sombong.
Firman Allah :
َ َ َ َ َ ُُ َ ُ ۡ َ َ ۡ َ ٓ َ
٢ ‫َن عنه ماُلۥ وما كسب‬ ٰ ‫ما أغ‬
DALIL
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
(Surah Al-Masad ayat 2)

Ya kawan-kawan,
Kita lihat sendiri kesombongan dan keangkuhan Yahudi, mereka merancang bagi menguasai dunia dan
ISU SEMASA
mengatasi segalanya bangsa yang lain. Pemimpin utama Negara Israel, Ariel Sharon merupakan musuh
islam yang sangat angkuh dan sombong serta gemar menumpahkan darah.
Oleh itu kawan-kawan,

Bagaikan sebuah tembok


Kesombongan itu berdiri angkuh
Menatap kaku pada kehidupan

Apa pun yang engkau angkuhkan


Ilmu,pengalaman atau pengajaran
Kekayaan,kekuasaan,pangkat atau jawatan
PENUTUP

Kesombongan menutup mata hatimu


Dalam melihat sebuat kebaikan dan kebenaran
Memudarkan keindahan ribuan warna warni kehidupan (Sajak)

Begitulah kawan-kawan, kisah keangkuhan dan kesombongan Abu Lahab yang mengandungi banyak
hikmah dan pengajaran untuk kita semua.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah. Wassalamualaikum wbh.

Anda mungkin juga menyukai