Anda di halaman 1dari 2

(Membelek Handphone)

Justin Bieber bakal buat konsert di Malaysia?


Lisa Blackpink keluarkan single terbaharu?
Romantiknya Melur dan Firdaus ni..
Ha.. hadirin.. hadirin kenal nama-nama yang saya sebutkan tadi?
Merekalah antara idola-idola remaja masa kini.
Sekarang saya nak tanya, kenal Al-Hasyir? Al-Mahi? Atau Al-Aqib? Mesti tak kenal kan?
Itulah antara nama-nama lain bagi Nabi Muhammad saw yang seharusnya dijadikan Qudwah Hasanah.

Assalamualaikum wbt.. (Selawat)


Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw.
Hadirin, dalam syahadah kita, kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Nabi akhir
zaman yang merubah kegelapan kepada cahaya keimanan.

Setiap tahun kita menyambut Maulidur Rasul. Kita buat perarakan, berselawat dan marhaban, bertanding
sepanduk yang paling menawan, bahkan dihidangkan jamuan besar-besaran.

Namun, jauh di sudut hati kita, adakah kita benar-benar kenal dan meneladani insan mulia bernama
Muhammad saw? Maka, pinjamkan hati dan minda kalian untuk sama-sama kita menghayati tazkirah
berbunyi Rasulullah Qudwah Hasanah.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Ahzab ayat 21 :


‫َة‬ٞ ‫لَّقَ ۡد َكانَ لَ ُكمۡ فِي َرسُو ِل ٱهَّلل ِ ُأ ۡس َوةٌ َح َسن‬
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik

Jelas di dalam firman ini menerangkan bahawa Nabi Muhammad saw adalah contoh ikutan terbaik dalam
segenap aspek kehidupan.
Anak-anak muda boleh mendapat pedoman daripada kehidupan baginda yang rajin bekerja tanpa
bergantung kepada keturunannya yang mulia.
Si suami boleh mengambil iktibar daripada sifat kasih sayang baginda terhadap isteri dan anak-anaknya.
Seorang datuk boleh menghayati ibrah sirah baginda melayani cucunya, Hassan dan Hussin tercinta.
Seorang pejuang pula boleh mencontohi strategi peperangan baginda menentang musuh agama.
Bahkan, seorang pemerintah juga boleh mentadbir negara selari dengan ketokohan yang ditunjukkan
baginda.

Takkan itu sahaja? Sabar hadirin.. sabar.. ha, dengarkan..


Ya Rasulallah qudwah hasanah,
Suka menderma dan pemurah,
Akhlak mulia rajin ibadah,
Tutur dijaga dengan zikrullah.

Pakaian indah dan tidak mewah,


Berlapang dada selesai masalah,
Siddiq amanah tabligh fatonah,
Menyampai dakwah penuh berhikmah,
Islam tersebar ummah barokah.

Subhanallah! Jika kita telusuri satu-persatu sirah baginda, sudah pasti terlalu banyak kisah yang boleh
dijadikan ibrah.

Hadirin yang dirahmati Allah,


Adakah benar kita kasihkan nabi? Adakah sudah cukup sunnah yang kita lazimi?
Jika benar kita kasihkan nabi,
Mengapa setiap hari ada sahaja umat Islam yang berkelahi?
Bermusuhan sesama sendiri, berpecah belah ikut fahaman yang dipercayai,
Ada juga yang cuba menjadi nabi, kononnya menerima wahyu dari Ilahi,
Lebih menyedihkan, ada yang Islam hanya dalam ic, realitinya jauh panggang dari api, apa nak jadi?

Kita lihat baru-baru ini satu isu telah meletus di india, Mereka telah menghina Nabi Muhammad S.A.W
juga isteri baginda saidatina Aisyah. Jadi apakah pendirian kita, berdiam diri? Mencemuh dan memaki?
atau tidak ambil peduli? Tak salah untuk kita sahut cadangan boikot barangan mereka, kerana isu ini
bukan hanya pisang berbuah dua kali tetapi telah beberapa kali mereka ulangi.

Kiri kanan depan dan belakang,


Angin yang menderu tidak tahu bila datang,
Allah dan Rasul tempat kita berpegang,
Agar nafsu tidak kecundang.

Hadirin, renungkanlah.. Nabi sangat menyayangi umatnya, sehingga di akhir ajal baginda, Nabi bersabda
dengan linangan air mata “Semoga Allah menyayangi kamu, menolong dan memberi petunjuk kepada
kamu.” Bahkan di akhirat hanya baginda dikurniakan mukjizat untuk memberikan syafaat.

Sekian dahulu daripada saya. Jadikan Rasulullah Qudwah Hasanah, agar mudah jalan menuju Jannah.
Sekian, Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai