Anda di halaman 1dari 6

BIDANG : IBADAH

TEMA : RUKUN ISLAM (PUASA DI BULAN RAMADHAN )


TAJUK : PUASA MEMBENTUK INSAN BERTAQWA

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas


kamu untuk berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-
orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”
Surah al-Baqarah, ayat 183.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apa khabar kawan-kawan? Kawan-kawan sihat? Saya harap semoga kawan-


kawan semua sihat seperti saya.

‫احلمدهلل رب العاملني * وبه نستعني وعلى آله‬


*‫وصحبه ومن تبعهم بإحسان اىل يوم الدين‬
Kawan-kawan…
Pejam celik, pejam celik...
Kita dah nak masuk ke bulan Ramadhan! Pada bulan Ramadhan, kita
diwajibkan untuk berpuasa…
Kawan-kawan puasa tak harini?

Ha… Ayat yang saya bacakan tadi menjelaskan kepada kita bahawa puasa
difardhukan ke atas kita dan umat-umat sebelum kita untuk membentuk
insan bertaqwa.
1
Ramadhan tiba.. ( NASYID )
Ramadhan tiba..
Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan

Kawan-kawan ingat lagi tak makna puasa?


Puasa ialah menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang
membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari serta
berniat pada malam hari.

Penat?
Lapar?
Dahaga? Mestilah!
Puasakan mengajar kita untuk merasakan kesusahan seperti orang-orang
yang miskin dan susah...
Mengajar kita erti bersabar..
Mengajar kita erti bersyukur..

Bulan Ramadhan kita berpuasa ( NASYID )


Itulah Rukun Islam yang ketiga
Pada waktu siang lapar dahaga
Siapa taat pasti Allah suka

Wahai kawan-kawan
Janganlah lupa puasa banyak mengajar kita
Ia melatih kita berakhlak mulia
Agar menjadi orang bertaqwa

Namun kawan-kawan…
Kenapa agaknya Ramadhan kita pada hari ini agak berbeza dengan Ramadhan
pada zaman Rasulullah SAW?
Orang sibuk berpuasa, kita sibuk berbelanja.
Orang sibuk beribadah, kita sibuk membeli-
belah.

Bahkan pembaziran lebih banyak berlaku pada bulan Ramadhan.


Menurut statistik, rakyat Malaysia membuang sebanyak 7 986.47 tan sampah
sehari dan 40% daripadanya adalah sisa makanan.
Sepatutnya pada bulan Ramadhan semakin berkurangan makanan, tetapi
sebaliknya kita semakin berlebih-lebihan.
2
Contohnya bila kita pergi bazaar Ramadhan… Semuanya kita nak
belikan? Roti Johnlah.. Murtabaklah..
Air Kathira CikB lah.. Air Boba Terlajak Larislah…
Bukankah membazir itu amalan syaitan?

Oleh itu kawan-kawan…

Sikap yang buruk kita tinggalkan ( SAJAK)


Untuk menghadapi bulan Ramadhan
Persiapkan diri ilmu dan amalan
Insan bertaqwa jadi harapan

Mari berdoa bersama-sama saya…

“Ya Allah, berkahi kami di bulan Rejab dan Sya’ban


serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” (HR.
Ahmad)

Kawan-kawan…
Ku mengharapkan ramadhan, ( NASYID )
Kali ini penuh makna..
Agar dapat ku lalui dengan sempurna...

Sekian.
Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai