Anda di halaman 1dari 2

DOA SEBELUM MENGHADAPI

PEPERIKSAAN SPM.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Kami memohon keampunan mu, kami memohon kerahmatan mu,
kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, ya Tuhan
kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa guru – guru kami, dosa
kedua ibu bapa kami, dosa saudara – mara kami, dosa ahli keluarga
kami, dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Raouf.

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di


akhirat.Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintaimu Ya
Allah. Ya Allah, jadikan lah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu
amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid.

Hari ini kami memohon kepada Mu Ya Allah, bantulah dan


permudahkan lah untuk kami menjawab kertas peperiksaan SPM bagi
mata pelajaran ……………….. sebentar lagi. Jauhilah kami daripada
perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan seperti mana
skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan kami.

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini.


Makbulkan lah permintaan kami agar dapat mencapai sasaran yang
ditetapkan oleh guru kami. Mudah – mudahan dengan keputusan yang
cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk kami, menjadi hambaMu
yang soleh dan menghampirkan diri kepadaMu. Jadikanlah kami
pelajar yang cemerlang Ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang
di akhirat.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana


Engkaulah Tuhan kami. Kami meminta kepadaMu kerana Engkau lah
yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkau lah
yang Maha memakbulkan doa doa kami Ya Allah.

Amin Ya Rabbal Alamin…

Anda mungkin juga menyukai