Anda di halaman 1dari 2

DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah
Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa
kami, guru kami , dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami,dosa guru dan dosa
semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia
yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu
ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang
diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Ikhlaskan hati kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati kami agar apa yang
kami lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah kami faham apa yang diajar oleh guru-guru kami
ketika kami berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu Mu ya
Allah.

Ya Allah,
Tidak lama lagi, kami akan menduduki peperiksaan UPSR, dan peperiksaan-peperiksaan
lain,Ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah kami dalam peperiksaan yang
akan kami hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah kami menjawab
soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada kami ketika menjawab
soalan, jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan
peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema
jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan kami nanti. Dorongkanlah
hati mereka untuk memberi markah yang lebih kepada kami. Tutuplah matanya daripada
melihat kesalahan yang kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kami, semoga ia sebagai pembuka
jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada
Mu.
Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Ya Allah,
jadikanlah kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah, Ya Rahim, Ya Rahman


Sesungguhnya, kami inilah harapan keluarga kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah.
Kami mahu mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang
berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah kami anak yang soleh ya Allah. Tetapkan lah hati kami untuk menunaikan solat.
Janganlah Kau melalaikan kami dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Gerakkanlah hati kami untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah
kami daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan
kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu
kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika
Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya
Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Anda mungkin juga menyukai