,
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis sambutan Hari Guru tahun 2017 peringkat SK TABUAN pada pagi
yang berbahagia ini dengan tema :
(GURU PEMBINA NEGARA BANGSA)
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan
pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik
yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi
dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka
kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan ,
semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa
dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha
menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan
ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana
amnya .