Anda di halaman 1dari 2

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّر ِح ْيِم‬

‫ َو الَع اِقَبة ِلْلُم َّتِقْيَن َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َس ِّيِد َنا ُم َحَّمٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه‬, ‫َاْلَحْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِم ْيَن‬
‫َأْج َم ِع ْيَن‬
, Ya Allah , Tuhan Semesta Alam

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan majlis sambutan hari guru dan jamuan hari raya pada hari yang
berbahagia ini

, Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman
, justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam
menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Lorongkanlah hati
guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah
. mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata

, Ya Allah , Ya Mudabbiral amri

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan
pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik
yang budiman terhadap anak-anak didik mereka, sebagaimana mereka mengasihi dan
menyayangi anak- anak mereka sendiri, kurniakanlah kepada mereka kesabaran,
ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan, semangat
permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul
tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan
kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar
. sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya

, Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah
sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang
luhur, mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati
‫‪guru-guru kami, mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami, kami sentiasa‬‬
‫‪mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru, semoga kami menjadi insan yang‬‬
‫‪. sempurna dan berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta‬‬

‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْمَع َنا َهَذ ا َج ْم ًعا َم ْر ُحْو ًم ا ‪َ ،‬و َتَفُّر َقَـَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّر قًا َم ْع ُصْو ًم ا‪َ ،‬و َال َتْج َع ِل الَّلُهَّم‬
‫ِفْيَنا َو َال َم َع َنا َو َال َم ْن َيْتَبُع َنا َش ِقًّيا َو َال َم ْطُرْو ًدا َو َال َم ْح ُرْو ًم ا‪.‬‬
‫َر َّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َنةً َو ِقَنا َع َذ اَب الَّنارِ ‬
‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّمٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم ‪َ ،‬و اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْيَن‬

Anda mungkin juga menyukai