Anda di halaman 1dari 6

BADAN PENGAWAS SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTEH


21610 MERCHANG
MARANG, TERENGGANU

Teks Pengacaraan

PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH
BADAN PENGAWAS SEKOLAH
ALUAN PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam SK Pasir Puteh.

Yang berusaha,
En Mohd Mahazam Bin Ismail
Guru Besar SK Pasir Puteh

Yang dihormati,
En Faizo Bin Mat, Penolong Kanan Pentadbiran

Yang dihormati,
En Muhamad Hafiz Bin Md Zin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati,
Pn Zullyawati Binti Kassim, Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Yang dihormati dan disayangi, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ilahi,


kerana dengan izin dan inayahNya, dapat kita berhimpun pada pagi yang
indah ini.

NYANYIAN

Bagi memulakan majlis perhimpunan kita pada pagi ini, mohon semua guru
dan murid berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyikan 3 buah lagu iaitu,
Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan, dan Lagu Sekolah bersama iringan
muzik.
BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, saya mempersilakan saudara
___________________________________ untuk membacakan doa.

DOA PERHIMPUNAN RASMI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

‫بسم اهلل الحمن الرحيم‬


‫ص ْحبِ ِه‬ ِِ ٍ ِ َّ ‫ َو‬، ‫العالَ ِم ْي َن‬
َ ‫ َو َعلَى آله َو‬، ‫الساَل ُم َعلَى َسيِّدنَا ُم َح َّمد‬َّ ‫الصاَل ةُ َو‬ َ ‫ب‬ ِّ ‫ْح ْم ُد هلل َر‬
َ ‫ال‬
‫َأج َم ِع ْين‬
ْ

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Bersempena dengan perhimpunan ini, kami mohon taufik dan inayahMu,


kurniakanlah kepada kami, kesihatan rohani dan jasmani, bukakanlah hati-hati
kami, dan lapangkanlah dada kami, untuk menerima ilmu pengetahuan, dan
bimbingan, dari para guru yang kami kasihi.

Ya Allah Ya Fattah Ya ‘Aliim

Kami memohon dengan kudrat dan iradatMu, kurniakanlah kekuatan, dan


ketabahan kepada kami, untuk menghadapi perjuangan kami, menimba dan
mencari ilmu pengetahuan. Anugerahkanlah kejayaan, dan kecemerlangan
kepada kami, dalam semua ujian dan pencapaian.

Ya Allah, ya Zal Jalali wal Ikram

Tambahkanlah kepada kami, kecintaan kepada segala kebaikan, dan jauhkanlah


kami, dari segala dosa dan kejahatan. Ya Allah, Jadikanlah kami, anak-anak yang
soleh-solehah, guru-guru yang istiqamah, berkhidmat membangunkan ummah,
agama, bangsa dan negara.

،‫اب النَّار‬ ِ ِ ِ ِ ُّ ‫َر َّبنَا َءاتِنَا فِي‬


َ ‫ َوقنَا َع َذ‬،‫سنَة‬ َ ‫سنَة َو في اآلخ َرة َح‬
َ ‫الد ْنيَا َح‬
.‫ين‬ ِ َ ‫ب‬
َ ‫العالَم‬ ِّ ‫ْح ْم ُد لِلَّ ِه َر‬ ِ ‫ و َعلَى آلِ ِه و‬، ‫وصلَّى اهلل َعلَى سيِّ ِدنَا مح َّم ٍد‬
َ ‫ َوال‬،‫ص ْحبِه َو َسلَّم‬
َ َ َ َُ َ ُ َ َ
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ___________________
atas bacaan doa sebentar tadi.
BACAAN IKRAR

Seterusnya, bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid akan diketuai oleh
saudara/saudari ________________.

Mohon semua guru dan murid bersedia untuk bacaan ikrar,


AP!!!

IKRAR RUKUN NEGARA


Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar, akan menumpukan, seluruh
tenaga, dan usaha kami, untuk mencapai, cita-cita tersebut,
berdasarkan, atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

IKRAR MURID
Bahawasanya kami, murid-murid, SK Pasir Puteh, berikrar, akan
menumpukan, seluruh tenaga dan usaha kami, untuk mencapai,
kejayaan yang cemerlang, dalam bidang akademik, dan kokurikulum,
demi masa depan kami,
Kami berjanji, Akan sentiasa, berakhlak mulia, mematuhi disiplin,
dan peraturan sekolah, pada setiap masa,

Kami juga berjanji, akan menghormati rakan-rakan,


Serta patuh dan taat, kepada guru-guru kami.

AP !!!

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara/saudari _______________


atas lafaz ikrar sebentar tadi.

( Semua guru dan murid dipersilakan duduk. )


LAPORAN GURU BERTUGAS

Seterusnya, majlis mempersilakan Encik/Puan ________________________


untuk menyampaikan laporan guru bertugas mingguan.

…………….…………………………..

Terima kasih kepada Encik/Puan ____________________ atas laporan yang


disampaikan sebentar tadi.

MAKLUMAN SENARAI GURU BERTUGAS

Untuk makluman, Kumpulan guru bertugas minggu ini ialah ………. iaitu

1………………………………………………….
2…………………………………………………
3………………………………………………..
4………………………………………………..

Sebarang masalah boleh berhubung dengan guru-guru berkenaan.

UCAPAN GURU PPDa/IBRAH ( Pilih 1 atau 2 )

1. Majlis mempersilakan cikgu :…………………………………………………… untuk


menyampaikan info tentang program pencegahan dadah.

2. Majlis mempersilakan cikgu :…………………………………………………… untuk


menyampaikan info tentang program IBRAH.
………………………………………

Terima kasih kepada cikgu ___________________ di atas info yang


disampaikan sebentar tadi
UCAPAN GURU

Majlis mempersilakan mana-mana guru yang ingin menyampaikan ucapan


atau pesanan, dipersilakan.
……………………………………………………………………………………………

Terima kasih kepada Encik/Puan ____________________ atas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi

UCAPAN GURU BESAR / PENTADBIR

Seterusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakan :

Yang berusaha,
En Mohd Mahazam Bin Ismail
Guru Besar SK Pasir Puteh

Yang dihormati,
En Faizo Bin Mat, Penolong Kanan Pentadbiran

Yang dihormati,
En Muhamad Hafiz Bin Md Zin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati,
Pn Zullyawati Binti Kassim, Penolong Kanan Ko-Kurikulum

untuk memberikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilan.

…………….…………………………..

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang disampaikan
oleh Encik ___________________ sebentar tadi. Semoga amanat, nasihat
dan teguran yang telah diberikan dapat kita jadikan panduan untuk
merealisasikan kecemerlangan SK Pasir Puteh.

Saya, selaku pengacara majlis, memohon maaf jika ada sebarang kekurangan
sepanjang mengendalikan majlis ini.

Sekian terima kasih, Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai