Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN MAJLIS PEMBERIAN SUMBANGAN FOODBANK YAPIEM

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pohon cemara;
Pemanis kalam selamat datang;
Awal Bismillah Pembuka Bicara.

‫ِبۡس ِم ٱِهلل ٱلَّر ۡح َم ٰـ ِن ٱلَّرِح يِم‬


‫َر ِّب اْش َر ْح ِلي َص ْد ِري َو َيِّس ْر ِلي َأْم ِري َو اْح ُلْل ُع ْقَد ًة ِم ْن ِلَس اِني َيْفَقُهوا َقْو ِلي‬
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
Yang Berusaha Guru Besar
Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
.1) - PK Pentadbiran.
.2) - PK Hal Ehwal Murid
.3) - PK Kokurikulum.
Yang Dikasihi lagi disayangi, rakan-rakan guru seterusnya murid-murid yang dikasihi
sekalian.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana
dengan izin dan
inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah in

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha Pengetua SMA Nurul Islam, Ustaz Abd Rahman bin Abidin,

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;


1) Ustazah Nawwal binti Zakaria - Penolong Kanan Pentadbiran.
2) Cikgu Sobri bin Saleh – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3) Ustaz Ku Ahmad Munir bin Ku Mustafa – Penolong Kanan Kokurikulum.
4)Ustaz Nurrudin bin Seman- Penolong kanan Tingkatan

Yang dimuliakan, Encik Fahmi (Wakil Pihak Yapiem)

Yang Dikasihi rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana


dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi
ini.
Pihak majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Tuan-tuan ke
Majlis Pemberian Sumbangan Foodbank tajaan Yapiem kepada pelajar Asnaf,
Yatim & Miskin.

DOA
Bagi memberkati program kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
doa yang akan dibacakan oleh saudara MUHAMMAD HASIF BIN MOHD
FADZLI

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Habis Doa
Amin amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Pengetua, Ustaz
Abd Rahman bin Abidin. Majlis dengan segala hormat nya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan pengetua di atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Encik Fahmi selaku wakil dari Pihak Yapiem untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan sukacitnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Fahmi di atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyerahan sumbangan foodbank kepada pelajar-
pelajar yang terpilih. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan
Pengetua, Ustaz Abd Rahman bin Abidin mengiringi Encik Fahmi bagi
menyampaikan sumbangan kepada pelajar.

Majlis menjemput ……(ikut senarai nama)

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua dan Encik Fahmi diatas pemberian
sumbangan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cederahati kepada pihak Yapiem, untuk
itu, majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua, Ustaz Abd. Rahman bin Abidin
dengan diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Nawwal binti Zakaria naik
ke pentas bagi menyempurnakannya.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha Ustaz Abd. Rahmad bin
Abidin atas kesudian meyampaikan cederahati.
Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah majlis kita pada hari ini, ucapan tahniah buat semua pelajar yang
memberi kerjasama, sanggup menunggu sehingga selesai. Semoga semua pelajar
dapat memanfaatkan sumbangan yang diperolehi.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa,
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang
terbaik itudatangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan
saya.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt. Terima kasih.

‫ِبۡس ِم ٱِهلل ٱلَّر ۡح َم ٰـ ِن ٱلَّرِح يِم‬


‫َو الَّص َالُة َو الَّس َالُم َع َلى َاْش َرِف اْلُم ْر َسِلْين‬، ‫ ْلَح ْم ُدِ ِهلل َر ِّب اْلَعاَلِم ْين‬،
‫َو َع َلى آِلِه َو َاْص َح اِبِه َاْج َم ِع ْين‬
Ya Allah ya Tuhan kami
Kami ingin merafakkan kesyukuran kepadaMu atas pertemuan kami pada hari ini
Jadikanlah kami hamba-hambaMu ini sentiasa bersyukur terhadap rezeki dan
kurniaanMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami berhimpun untuk menjayakan majlis hari ini ya Allah.
Maka kau permudahkanlah majlis ini supaya ia berjalan dengan lancar
Kurniakanlah keberkatan kepada kami
Sinarilah hati-hati kami dengan hidayahMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Ya Zal Jalali Wal Ikram


Hadiahkanlah kepada kami kesihatan badan, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan
kekuatan semangat
Kami memohon kepada Engkau Ya Allah
Bantulah kami dalam menghadapi segala cabaran
Ringanlah beban kami
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa

‫ َو َص َّلى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى‬. ‫َر َّبَنا آِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنٍة َو ِفي اآلِخَر ِة َح َس َنٍة َو ِقَنا َع َذ اًبا الَّناِر‬
‫آِلِه َو َاْص َح اِبِه َو َس َّلم‬
‫َو اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَعاَلِم ْين‬

Anda mungkin juga menyukai