Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih diucapkan kepada saudara pengerusi majlis.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Bagi memberkati Majlis IAB dan NPQEL Bermunajat pada pagi Jumaat yang mulia ini, Marilah sama2
kita menadahkan tangan memanjatkan doa kepada Allah SWT. Insya Allah. Ummul kitab, Al-fatihah.

Doa Majlis

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan


Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi Jumaat yang mulia ini, bagi
menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.
Jadikanlah kami hamba2Mu yg sentiasa bersyukur sama ada nikmat
yang sedikit, lebih2 lagi nikmat yg melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim


Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis IAB dan NPQEL
Bermunajat pada pagi ini. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui
bahawa kami ingin mencari redhaMu.
Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa mencintai Mu ya Allah. Jadikanlah
apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah
yang diterima Mu.

Ya Karim Ya Wadud,
Ikhlaskan hati kami untuk menimba ilmuMu yg sgt luas.
Tetapkan niat dihati kami agar apa yang kami
lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata
mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Justeru, berkati dan rahmatilah majlis kami ini. Kurniakanlah kepada
kami ilmu MU. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah
Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati
serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota badan, kecerdasan
minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya
kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Syafii
Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang
dijangkiti wabak coronavirus walau di mana sahaja mereka berada,
Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya
Allah, Kami bermohon kepada Mu ya Allah lindungilah kami,
selamatkanlah kami, sejahterakanlah hidup kami.
Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil aqiroti hasanah, wakina
azabannar. Wasollalhu ala saiyidina mohammad waala alihi
wasohbihi wasallam, walhamdulillhirobbil alamin.
Amin.Amin ya robbal alamin.

Yang berbahagia,

1. Bonda Judah Binti Ahmad


Pengarah Cawangan
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sarawak

2. Tn Haji Edmund Shah Bin Tambi


Timbalan Pengarah Cawangan
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sarawak

3. En. Philip Anak Chayong


Penolong Pendaftar
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sarawak

4. Encik Jamaludin bin Sabi


Ketua Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan
Selaku Penyelaras Program NPQEL
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sarawak

5. Ketua-ketua Jabatan

6. Pengurus dan Pengurus Bersama

7. Pensyarah-pensyarah Kanan

8. Pensyarah-pensyarah serta kakitangan IAB Cawangan Sarawak

9. Temenggung dan Pen. Temenggung


10. Penghulu dan Penghuluwati kelima-lima kumpulan

11. Para Peserta NPQEL Ambilan 2021

12. Hadirin dan hadirat

Alhamdulillah. Pagi ini kita akan Bersama-sama membaca al Fatihah, surah yasin dan doa yasin.
Seikhlasnya, marilah kita hadiahkan pahala bacaan itu nanti untuk para nabi, junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, salafussolihin, para ulama, pejuang
Islam, juga kepada ibu bapa kita, ahli keluarga, guru-guru kita, dan seterusnya seluruh kaum
muslimin dan muslimat yg tlh meninggal dunia. Pahala bacaan Yassin ini juga dihadiahkan khusus
kepada Allahyarhamah Pn Hajah Halijah binti Ariffin, mantan pensyarah kanan IAB Induk. Semoga
Allah SWT mencucuri rahmat ke atas mereka dan mengampuni segala dosa mereka serta
ditempatkan bersama dengan org2 yg beriman. Insya Allah.

Anda mungkin juga menyukai