Anda di halaman 1dari 3

TEKS MODERATOR BENGKEL TEACHER’S GEAR UP SOSA21

Sebelum kita mula. Di sini terdapat beberapa pengumuman penting.


Diminta semua untuk tetapkan mikrofon anda dalam mod senyap untuk
memastikan kelancaran bengkel kita pada petang ini.

Digalakkan juga para peserta untuk membuka kamera bagi mewujudkan


interaksi antara penceramah dan peserta. Jika terdapat persoalan,
peserta boleh menekan simbol tangan sebelum buka mic atau tulis di
ruangan chat ketika sesi soal jawab.

Pautan kehadiran dan penjanaan sijil akan diberikan pada hujung


bengkel ini. Diharapkan para peserta dapat kekal sehingga tamat
bengkel. Kerjasama anda amat kami hargai. Terima kasih

ALUAN
Saya CIKGU MAGDELINE, selaku pengacara majlis bagi program pada hari
ini memohon izin untuk memulakan majlis. Diharap semua sudah berada
dalam keadaan selesa dan bersedia untuk meluangkan masa bersama
kita dalam program ini.
Saya bagi pihak penganjur program (SK KPG Sawai, Daro) dengan
sukacitanya ingin mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
ke PAROGRAM TEACHER’S GEAR UP SKILING 2021 PADA HARI INI.

Salam sejahtera dan salam menjulang Pendidikan negeri Sarawak.

Yang Berusaha, Encik Ian Bin Felix Arip, GURU BESAR SK KAMPUNG
SAWAI.

Yang dihormati, Barisan guru besar,(JIKA ADA) Guru-guru penolong


kanan serta rakan-rakan guru yang dikasihi sekalian.

Pihak majlis juga mengalu-alukan kedatangan penceramah jemputan


kita Encik KHAIRUL AZLAN BIN MOHD FAIZUL. Terima kasih atas
kesediaan Encik KHAIRUL memenuhi undangan pihak sekolah dan
selamat berkenalan.

Selamat datang ke Bengkel Teacher’s Gear Up SOSA21. Anjuran Unit


Kurikulum SK Kampung Sawai, Daro yang julung julung kalinya
diadakan. Seperti yang semua sedia maklum, Perkongsian pada petang
ini IAITU, TUTORIAL VIDEO PDPR MENGGUNAKAN MICROSOFT
POWERPOINT bagi meningkatkan kualiti kemahiran dan menambahbaik
keberkesanan PDPC para guru di sekolah.

Hadirin yang dihormati sekalian, gembira rasanya dapat bersua muka di


alam maya, dalam normal Baharu kehidupan kita.Tahniah kepada semua
peserta yang sudi meluangkan masa pada petang ini.
Semoga usaha kita semua sentiasa diberkati demi kecemerlangan
pendidikan dan kebaikan pelajar kita.

Bacaan Doa Hadirin yang dimuliakan, sebelum kita melangkah lebih jauh lagi,
moleklah kita memulakan langkah kita dengan bacaan doa. Bagi
memberkati program kita pada pagi ini majlis menjemput Al Fadil Ustaz
Nabil Bin Nasir untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Bacaan doa…………………………………………………………………………………

Terima kasih Al Fadil Ustaz Nabil Bin Nasir di atas bacaan doa sebentar
tadi. Semoga usaha kita semua diberkati dan dipermudahkan
hendaknya.

Ucapan GB Seterusnya, dijemput Yang Berusaha En Ian Bin Felix Arip, Guru Besar,
Sk Kampung Sawai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dipersilakan…………………..

Jutaan terima kasih atas ucapan yang diberikan sebentar tadi.

Biodata Sebelum kita mulakan bengkel, terlebih dahulu mari kita berkenalan
Penceramah dengan penceramah kita pada hari ini.

Bengkel Nama Penuh Encik KHAIRUL AZLAN BIN MOHD


FAIZUL
Jawatan dan GURU PENYELARAS ICT (DG 41)
Gred Terkini
KelulusanAkademik SARJANA MUDA PENDIDIKAN -
/Ikhtisas MATEMATIK SK

PENGALAMAN BEKERJA 7 TAHUN


STESEN BERTUGAS SK ULU DARO

Tanpa membuang masa, dipersilakan Encik Khairul untuk berkongsi


ilmu beliau berkaitan dengan penggunaan Microsoft Powerpoint.

Sesi Soal Terima kasih En. Khairul atas perkongsian yang bermanfaat kepada
Jawab kami itu tadi. Selanjutnya kita akan memasuki sesi soalan. Sekiranya
guru-guru ada soalan kepada En. Khairul, boleh kemukakan.

Hadirin yang dihormati,


Dengan sempurnanya perkongsian kita pada hari ini, maka program
kita telah sampai ke penghujungnya.

Perkongsian yang sangat-sangat menarik dan bermakna untuk kita.


(……………)
Syabas semua atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang
bengkel ini diadakan. Nampaknya ramai yang bersemangat. Mudah-
mudahan ada sesuatu yang dapat kita perolehi dan aplikasikan semasa
di sekolah.

Sebelum bersurai, saya mewakili jawatankuasa bengkel merakamkan


ucapan terima kasih kepada semua peserta bengkel dan semua pihak
yang terlibat dalam memastikan penganjuran bengkel berjalan dengan
jayanya pada hari ini.

Mohon maaf dari saya andai ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan program sebentar tadi. Sesungguhnya, yang
terbaik itu datangnya daripada Dia Yang Maha Esa dan yang
kekurangan itu adalah kelemahan saya.

Sedikit Mutiara kata,


Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad’. ‘Tuntutlah ilmu hingga
ke negeri China’. Semoga usaha kita semua diberkati.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai