Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Bengkel Menjawab

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wtb
Yang Dihormati Pn Norshila binti Mazlan, ………………………, selaku penceramah undangan
pada hari ini.
Yang Berusaha En Mohammad Junaidy bin Aripin, Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik Vokasional,
Pn Norlidah Binti Othman, Ketua Panitia Kemahiran Hidup.
Barisan guru-guru,

Seterusnya pelajar-pelajar yang di kasihi sekalian,

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan
keizinannya dapat kita sama-sama berada di dalam Program Sukses Perniagaan iaitu satu Bengkel
Teknik Menjawab Perniagaan. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada penceramah
yang sudi datang pada hari ini. Semoga sepanjang program ini berlangsung kita akan mendapat tips-
tips bagaimana untuk menjawab soalan kertas Perniagaan ini.

Dengan tidak membuang masa lagi, majlis menjemput En Zulkefli bin Md Jani, untuk
menyampaikan ceramah beliau.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

[ceramah]

Penutup

Demikianlah tadi ceramah amat menarik, yang telah disampaikan oleh Pn Norshila binti Mazlan.
Semoga segala maklumat dan panduan yang telah diberikan semasa ceramah tadi akan dapat
membantu kita untuk menjawab soalan perniagaan dengan lebih baik semasa peperiksaan nanti.
Sama-sama kita berdoa agar dapat mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Pertanian dan
seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah dengan keputusan yang cemerlang dalam SPM
nanti.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil
kepada penceramah kita pada hari ini. Sehubungan itu majlis dengan sukacitanya menyampaikan
sijil kepada Pn Norshila binti Mazlan selaku penceramah pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dengan penyampaian sijil itu tadi, maka berakhirlah majlis pada hari ini. Pihak majlis sekali lagi
merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Norshila binti Mazlan atas kesudian beliau berkongsi
ilmu dengan kita pada hari ini.

Saya akhiri majlis dengan lafaz wbt wslm. Sekian terima kasih.
TEKS PENGACARA PROGRAM SUKSES PERNIAGAAN (TEKNIK MENJAWAB KERTAS PERNIAGAAN)
TARIKH : 9 OKTOBER 2021 (SABTU : 10.00 - 12.00)

ALUAN BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM....

Assalamualaikum wtb dan Salam sejahtera.

ALHAMDULILLAHHIRABBILALAMIN...RABBISSRAHLISADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ
DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...

Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiring restu Illahi

Yang Dihormati Pn Norshila binti Mazlan, selaku penceramah undangan pada hari ini.
Yang Berusaha Pn Rajeswari a/p Nadarajan, selaku Ketua Panitia Mata Pelajaran
Perniagaan,
Yang berusaha Pn Fauziah Binti Omar, Guru Mata pelajaran Perniagaan.

Seterusnya anak-anak murid kelas perniagaan T4 dan T5 yang di kasihi sekalian,

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana
dengan keizinannya dapat kita sama-sama berada di dalam Program Sukses
Perniagaan iaitu Bengkel Teknik Menjawab Kertas Perniagaan.

Di pagi sabtu yang hening ini marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu
pada pagi ini demi kecemerlangan pendidikan khususnya dalam mata pelajaran
Perniagaan. Tahniah kepada anak-anak murid semua yang sanggup berkorban masa
demi untuk berada dalam program ini pada pagi hari Sabtu ini. Sesungguhnya menuntut
ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. Tuntutlah Ilmu hingga ke negeri Cina’.
Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Bagi pihak majlis juga, saya mengalu-alukan kehadiran puan penceramah ke Bengkel
BIODATA
Sukses Perniagaan pada hari ini iaitu Puan Norshila binti Mazlan yang merupakan

- seorang guru dan sedang berkhidmat di SMK Tanjong Rambutan semenjak tahun 2001

- Puan Norshila juga sering diundang untuk menjadi penceramah dalam program teknik
menjawab di Daerah Kinta Utara

- Menjadi penceramah jemputan Atas Talian untuk subjek Perniagaan.

- Beliau pernah menerima anugerah kategori PDP Kreatif dan Inovatif Guru semasa
PKP.Edidik

- Selain itu beliau turut menjadi CIP Cikgootube Perak

- JU edidik

- dan juga menjadi AJK Tertinggi Persatuan STEM Malaysia cawangan Perak Classpoint
Certified Trainer – Malaysia.

Dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh Pn Norshila diharapkan anak-anak murid
SMK Rawang yang bertuah pada hari ini dapat mengambil peluang untuk menimba ilmu
dengan sebanyak-banyaknya dan fokus disepanjang program.
Terima kasih atas kesediaan puan memenuhi undangan pihak sekolah dan selamat
berkenalan.

Semoga sepanjang program ini berlangsung kita akan mendapat banyak manfaat dan
tips-tips yang berguna bagaimana untuk menjawab soalan kertas Perniagaan ini.
.
BACAAN AL- Hadirin yang dimuliakan,
FATIHAH
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
mulakan majlis kita dengan bacaan Ummul furqan Al-Fatihah

Amin-amin ya Rabbal Alamin..

Ucapan Ketua Hadirin yang dimuliakan…


Panitia perniagaan
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan Ketua
Paniti Perniagaan Pn Rajeswari a/p Nadarajan untuk memberikan sepatah dua kata.

Dipersilakan…

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Rajeswari atas penerangan beliau


sebentar tadi.

Dengan tidak membuang masa lagi, majlis menjemput Pn Norshila binti Mazlan, untuk
menyampaikan ceramah beliau.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan….

Penyampaian Sijil Guru-guru dan murid-murid yang dihormati


Penghargaan
Demikianlah tadi ceramah yang amat menarik, yang telah disampaikan oleh Pn Norshila
binti Mazlan. Semoga segala maklumat dan panduan yang telah diberikan semasa
ceramah tadi akan dapat membantu kita untuk menjawab soalan perniagaan dengan lebih
baik semasa peperiksaan nanti.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Norshila binti Mazlan atas ceramah
beliau sebentar tadi.

Sama-sama kita berdoa agar dapat mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran
Perniagaan dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah dengan keputusan yang
cemerlang dalam SPM nanti.

Syabas anak-anak murid perniagaan SMK Rawang sekalian atas kesabaran dan
perhatian yang telah diberikan

(Sebagai tanda kenangan, saya bagi pihak majlis mempersilakan Yg Berusaha Pn


Rajeswari untuk menyampaikan sijil kepada penceramah kita pada hari ini......

Terima kasih Pn Rajeswari atas penyampaian sijil penghargaan sebentar tadi.

PENUTUP Hadirin sekalian,

Nampaknya …

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Sebelum bersurai, saya mewakili jawatankuasa program ingin merakamkan ucapan


terima kasih kepada semua peserta program dan semua pihak yang terlibat dalam
memastikan penganjuran bengkel berjalan dengan jayanya pada hari ini.

Mohon maaf dari saya andai ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang
mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada
Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.

Sekian,wabillahitaufiqwahidayah..assalamualaikum wbth Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai